Rabu, 23 November 2011

Majlis fikir atas iman dan amal 3- karkuzari chile n argentina

     Satu jemaah telah dihantar ke Santiago, Chile dan Argentina. Di santiago seramai 250 orang pemuda dan pemudi datang kepada jemaah dan mereka datang untuk mengetahui tentang Islam, untuk mengetahui tentang kebenaran Nabi Muhammad Saw dan untuk mengetahui tentang kebenaran Isa a.s.Yang bawa mereka adalah Allah Swt, tidak ada siapa yang pergi mengajak mereka datang, mereka sendiri datang, mereka berkata dengan harapan, "Kami akan masuk Islam."

     Semasa di Argentina pula, seorang pemuda telah menemui jemaah ini. Dia mengatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam. Kerana khuatir, mungkin yang datang ini adalah daripada penyiasat atau orang-orang yang nak menguji jemaah . Jadi jemaah telah menangguh keinginannya dan memikirkan lebih baik sekiranya dia datang pada hari Ahad kerana pada hari Ahad itu, ramai kawan-kawan kami bercuti dan dia boleh diIslamkan di depan kawan-kawan yang lain. Dia tidak datang pada hari Ahad bahkan dia datang pada hari Isnin. Setelah dia datang pada hari Isnin, dia beritahu kepada jemaah, "Adakah untuk masuk Islam perlu pada hari ahad? Jikalau seandainya saya mati sebelum hari Ahad, di hari Kiamat nanti saya akan beritahu kepada Tuhan, "Wahai Allah, sesungguhnya saya telah datang untuk memeluk agama Islam, tetapi mereka telah menangguhkan saya, untuk lewatkan saya masuk Islam.".

      DI seluruh dunia, hati sudah lembut untuk masuk Islam. Hati sudah bersedia dan lembut untuk masuk Islam. sekiranya kita hari ini bangun dengan usaha dakwah, dengan meninggalkan keluarga kita, meninggalkan anak isteri kita,  meninggalkan urusan-urusan pekerjaan kita, kita pergi ke seluruh dunia dan kita dakwahkan kepada kalimah tauhid, dakwah kepada Allah yang Maha Esa, pasti dan pasti seluruh dunia akan datang kepada iman. Tuan-tuan yang mulia, oleh kerana kita tidak buat kerja dakwah, kita telah tinggalkan kerja agama, yakin kita dengan yakin orang kafir sama sahaja. Sepertimana yakin orang kafir dengan hartalah.. kita boleh bina kehidupan kita, kita boleh selamat, begitulah orang-orang Islam pun berkata sedemikian, dengan hartalah kita boleh buat segala-galanya. Nampaknya, keyakinan yang rosak ini tuan-tuan mulia kerana kita orang Islam telah meninggalkan kerja asal orang Islam. Oleh itu tuan-tuan yang mulia, sangat perlu kita semua bangun dan pergi ke seluruh dunia, pelusuk dunia, untuk menyampaikan dakwah tauhid ini kepada manusia.

      Sekiranya orang Islam hari ini bangun untuk buat kerja agama, kerja dakwah, maka Allah Swt akan kembalikan suasana agama, suasana orang masuk Islam sepertimana di zaman Baginda Rasulullah Saw. Apabila datangnya bantuan Allah Swt, kamu akan lihat manusia akan datang dan masuk Islam berbondong-bondong.Jai marilah kita kena bangun untuk buat usaha dakwah ini kerana kini kita telah melihat asbab dari usaha ini hati-hati manusia sudah lembut untuk menerima Islam.

      Sewaktu jemaahnya berada di Argentina, mereka pergi ke satu kampung, kampung yang jauh, di sana ada seramai 360 orang atau pun 370 orang Islam kesemuanya, masyaAllah, mereka mengikuti sunnah dan berserban. penduduk ditanya, "Bagaimana kamu memeluk agama Islam?" Dia menjawab, "Ada dua orang syeikh daripada Cyprus telah datang dan ajak kami kepada Islam." Maka  begitulah bumi/ hati -hati manusia sudah lembut,jadi kita kena bangun dan bergerak.

       Satu orang wanita telah datang dan masuk Islam. Apabila dekat waktu malam, jemaah beritahu kepadanya, kamu pergilah daripada sini.. Maka dia enggan dan dia pun tidak bersedia meninggalkan jemaah. Akhirnya, kami telah panggil orang Islam di sana dan meminta dia difahamkan supaya meninggalkan jemaah. Maka wanita tadi menangis dan berkata, "Wahai  orang Islam, mana saya nak pergi? saya telah terima Islam." Saya beritahu kepadanya bahawa kamu pergilah ke mana-mana, kamu cari seorang lelaki Islam dan kahwinlah dengannya untuk selamatkan Islam kamu.

    Begitulah keadaan dunia hari ini, di seluruh dunia memang sudah bersedia untuk datang kepada Islam, memeluk agama Islam. Tetapi  bukan masalah orang kafir masuk Islam, bukan masalah orang Amerika masuk Islam, bukan masalah orang Kanada masuk Islam, bukan masalah orang South Africa masuk Islam, masalah yang sebenarnya, kita orang Islam kena menjadi benar-benar orang Islam, kita orang Islam supaya mempunyai akidah dan keyakinan yang betul, kehidupan orang Islam dapat meniru kehidupan Nabi Muhammad Saw, kehidupan orang Islam dapat mengikuti kehidupan Nabi Muhammad Saw. Inilah masalah yang sebenarnya. Apabila kita orang Islam bangun buat usaha dakwah, Allah Taala akan am/ umumkan hidayat kepada seluruh manusia di dunia." semoga ALLAH memiloh kita an keluarga kta dalam membuat usaha ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan