Rabu, 20 April 2011

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AMALAN ISLAM

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AMALAN ISLAM

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.
berkabung2.jpg
- Gambar Hiasan
2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,
“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.
3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.
Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!
4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!

Isnin, 4 April 2011

ARASY bahagian 1

Tiada yg tahu akan kebesaran arasy melainkan ALLAH.




Fiman ALLAH.. '' ALLAH,tiada tuhan (yg berhak disembah) kecuali IA,Tuhan yg mempunyai arasy yg besar'' (surah an-naml :26)


" Ia, Tuhan (Yg mempunyai) Arasy yg mulia'' ( surah al mukminuun::116)

''...yg mempunyai Arasy lg Maha Mulia'' (surah al-buruj:15)

''Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi...." (surah al-baqarah:255)

Abu Zar berkata tentang Arasy , ''Tidaklah kursi terhadap Arasy ,melainkan sebuah besi yg diletakkan dipermukaan padang pasir yg ada dibumi''. maksudnya, kursi yg luasnya seluas langit dan bumi dibandingkan dengan arasy , seperti sebuah besi yg diletakkan di tengah tanah kosong.Disifatkan Arasy dengan keagungan,krn Arasy adlh makhluk yg paling agung diantara makhluk.

BERATNYA ARASY

Imam Muslim meriwayatkan dari juwairiyah binti harith, " ketika rasullullah masuk ke dlm rumah juwairiyah dan saat itu juwairiyah sedang bertasbih menggunakan batu kecil, mulai sembahyang subuh hingga masa sembahyang dhuha.Kemudian beliau berkata kepadanya, ''Sungguh kamu telah mengucapkan empat kalimat, andaikata kamu timbang dengan apa yg kamu katakan, nescaya mereka akan menyamainya, ''subahanallah utk seluruh makhlukNYA,subahanallah utk berat ArasyNYA,utk keridhaan diri NYA, subahanallah utk seluruh kalimatNYA'' dari sini jelas lah bg kita bhw 'Arasy makhluk yg paling berat.

PEMIKUL ARASY

Ghazali dlm bukunya Musyafatul Qulub dr Ibnu Abbas berkata "Manakala ALLAH menciptakan pikulan Arasy, ALLAH berfirman kpd para malaikatNYA, " pikullah Arasy!" Maka mereka tidak mampu memikulnya.Maka ALLAH mnciptakan kekuatan salah seorang mereka seperti kekuatan tujuh lapis langit.Kemudian ALLAH,berfirman kpd mereka " Pikullah ArasyKU!" Tetap mereka tidak mampu memikulnya,Kemudian ALLAH memberikan kepada setiap mereka seperti kekuatan tujuh lapis langit ditambah dengan kekuatan makhluk yg ada dibumi. Lalu ALLAH berfirman lagi "Pikullah ArasyKU!" mereka juga tidak mampu memikulnya. Kemudian mereka berkata " Tiada daya upaya melainkan dr ALLAH semata." Manakala mereka mengucapkan kalimat itu, mereka mampu utk memikulnya,tetapi kaki mereka terjurumus kedlm tujuh lapis bumi dan berada diatas angin.Manakala tiada sesuatu yg dpt dijadikan pijakan kaki mereka,mereka segera memegang Arasy.Mereka tidak berhenti mengucapkan kalimat " Tiada daya dan upaya melainkan ALLAH semata " kerana takut Arasy tersebut berbalik meimpa salah seorang mereka.

ALLAH s.w.t berfirman :

"(malaikat-malaikat) yg memikul Arasy dan malaikat yg berada disekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka berima kpdNYA"  (surah al-mukmin:7)

" dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. dan pada hari itu ada lapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka" ( surah al-haaqqah:17)

Syahir bin Hausyib berkata, "empat dr mereka berkata"

"Maha Suci Engkou, ya ALLAH! segala puji bagiMU,kpd MU segala kepujian kerana kemurahanMU setelah IlmuMU"

sedangkan empat lagi berkata"

"Maha Suci Engkou,ya ALLAH! segala puji bagiMU,kepadaMU segala kepujian kerana kemaafanMUsetelah kekuasaanMU"

Imam Abu Daud meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah berkata Rasullullah s.a.w bersabda " izinkan aku utk berbicara tentang satu malaikat dari para malaikat yg memikul Arasy ALLAH.Sesungguhnya jarak diantara dua telinganya dan lehernya perjalanan 700 tahun"

SIFAT ARASY

     Imam Baihaqi berkata " Para ahli bahasa sepakat bahawa Arasy merupakan singgahsana raja dan ia merupakan makhluk yang ALLAH ciptakan.ALLAH memerintahkan kepada para malaikatNYA utk memikul dan mengagungkannya serta tawaf di sekelilingnya.Sebagaimana ALLAH mnciptakan sebuah bangunan dibumi,kemudian ALLAH memerintahkan anak adam utk tawaf di sekitar bangunan tersebut dan sebagai kiblat sembahyang.

     Qatadah dan ulama yg lain berkata " Sesungguhnya Arasy diperbuat dr permata merah" Ibnu Hajar dlm Syarah Shahih Bukhari berkata " Sesungguhnya Arasy merupakan makhluk yg diciptakan dan para malaikat memikulnya.Maka tidak mustahil mereka menyentuh Arasy ,ketika mereka memikulnya.Sekalipun mereka memikul Arasy tetapi pada hakikatnya ALLAHlah yg memikulnya."  Maha Suci ALLAH.......

bersambung..............