Sabtu, 27 Februari 2010

SEMINAR - MENYINGKAP SEJARAH KHILAFAH

PDF Print E-mail
Para Muslimin dan Muslimat adalah dijemput ke Seminar Terbuka yang bertajuk "Menyingkap Sejarah Khilafah - Antara Pejuang dan Petualang” anjuran Hizbut Tahrir Malaysia dengan kerjasama Khilafah Center. Maklumat seminar adalah seperti berikut:

Tarikh : 7hb Mac 2010 (Ahad) bersamaan 21 Rabi’ul Awwal 1431 H
Waktu :  0830 pagi - 1:00 petang
Tempat :  Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya
(Berhampiran Hospital Assunta, PJ).

AYUH...TEGAKKAN DAULAH KHILAFAH !!!!

Sejak kehancuran Daulah Khilafah pada 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924), seluruh sistem pemerintahan Islam pun turut musnah. Sistem Khilafah yang selama ini telah menguasai dan memerintah hampir dua per tiga dunia kini telah lenyap. Sistem Khilafah yang telah menaungi manusia selama lebih 13 abad dan yang telah membawa rahmat ke seluruh alam, kini telah berkubur dengan runtuhnya Daulah Khilafah lebih 80 tahun yang lalu, sebuah institusi politik agung umat Islam. Justeru, generasi yang hidup selepas itu, hinggalah ke hari ini, sudah tidak lagi dapat merasai hidup di dalam Daulah Islam. Mereka sudah tidak dapat merasakan hidup di dalam sebuah Negara Islam yang benar-benar menerapkan sistem pemerintahan Islam.

Oleh sebab itu, di antara pelbagai kesulitan yang dijumpai di tengah-tengah umat Islam saat ini adalah bagaimana untuk mendekatkan gambaran sistem pemerintahan Islam di dalam benak mereka. Ini kerana, gambaran yang ada sekarang di dalam pemikiran umat Islam sudah tidak dapat lari dari sistem demokrasi kufur ciptaan Barat. Fikiran umat Islam sudah tidak mampu menggambarkan bentuk sistem pemerintahan Islam yang sebenar sebagaimana yang ada pada zaman Rasulullah dan para Khulafa’ Rasyidun. Jika ada dalam gambaran mereka sekalipun tentang sistem pemerintahan Islam, maka ia tidak dapat lari dari ruang lingkup sistem demokrasi kufur yang ada sekarang, dengan kata lain, mereka cuba menggambarkan atau menyesuaikan sistem Islam mengikut kehendak/acuan demokrasi yang ada, tanpa dapat lari darinya. 

Kesulitannya tidak hanya berhenti di situ. Terdapat pula kesulitan-kesulitan lain iaitu untuk mengubah pemikiran umat Islam yang telah teracuni oleh tsaqafah Barat. Tsaqafah ini benar-benar telah menjadi senjata utama Barat dalam menghadapi umat Islam. Tsaqafah inilah yang telah Barat hunjamkan ke dalam tubuh Daulah Islam sehingga melahirkan kesakitan yang amat mendalam di dalam kehidupan umat Islam. Barat kemudian membawa senjata ini (tsaqafah) dan memberikannya kepada anak cucu Daulah, di saat senjata tersebut masih menitiskan darah ‘ibunya’ (Daulah Islam) yang baru sahaja di bunuhnya. Tatkala Barat membawa senjata ini, mereka berkata kepada anak-cucu Daulah dengan angkuh dan sombong, “Sungguh aku telah membunuh ibu kalian yang memang patut dibunuh kerana penjagaannya yang buruk terhadap kalian. Sekarang aku menjanjikan penjagaan yang lebih baik yang akan membuatkan kalian merasakan kebahagiaan hidup dan kenikmatan yang nyata.” Kemudian, anak-anak itu pun menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan sang pembunuh yang mana senjatanya masih terhunus dan berlumuran dengan darah ibu mereka.

Semenjak kematian ibu mereka, umat Islam sudah kehilangan orang yang selama ini mengasuh dan menjaga mereka. Umat Islam sudah mula lupa akan orang yang selama ini menjaga dan menyayangi mereka. Racun tsaqafah yang dicucuk oleh Barat telah membiuskan mereka dari semua ini, sehingga mereka terus alpa dalam tsaqafah yang menyesatkan ini. Apabila terhantuk dan tersedar, sekali-sekala umat lalu Islam bangkit untuk memerangi Barat, tetapi sayangnya pada masa yang sama mereka masih mengambil tsaqafah Barat. Tatkala mereka bangkit menyatakan kemarahan kepada Barat, umat Islam juga dalam masa yang sama masih berpegang erat dengan sistem yang di bawa oleh Barat. Padahal dengan tsaqafah dan sistem itulah yang telah mengakibatkan mereka selama ini terjajah dan berada di dalam kehinaan. Kemudian umat Islam terhantuk lagi, dan mereka bangkit lagi untuk memerangi Barat, namun dalam masa yang sama mereka masih menghulurkan tangan kepada Barat dari arah belakang dengan mengambil racun-racun yang mematikan itu, lalu meminumnya. Lantaran itu, umat Islam terus tersungkur di dalam kelemahan, kekalahan dan kehinaan di hadapan Barat.

Justeru, pokok persoalannya sekarang adalah umat Islam itu wajib kembali menegakkan semula Daulah Islam yang akan menerapkan kepada segala hukum-hakam Islam. Umat wajib kembali menerapkan sistem pemerintahan Islam. Kita tidak mahu negeri-negeri umat Islam yang ada sekarang terus-menerus berada dalam keadaan terpecah belah dan menerapkan sistem demokrasi, kerana inilah yang dimahukan oleh Barat. Kita mahukan penyatuan semua negeri umat Islam di bawah seorang Khalifah yang menerapkan sistem yang berasal dari langit. Oleh itu, kita mesti bersatu membangun Daulah Islam yang satu untuk keseluruhan umat Islam. Dalam hal ini, kita bukannya mahu mendirikan sebuah negara yang hanya dikenali dengan ‘sebutan’ Negara Islam, tetapi berhukum dengan hukum selain hukum Allah dan Rasul. Kita juga tidak mahu mendirikan sebuah negara yang hanya ‘dikenali’ dengan Negara Islam, namun menerapkan sistem demokrasi, yang nyata-nyata sebuah sistem pemerintahan kufur. Apa yang kita mahukan adalah sebuah Daulah Khilafah yang menerapkan sistem-sistem pemerintahan Islam semata-mata. 

Sesungguhnya Daulah Islam bukanlah sebuah mimpi. Bukan pula sebuah khayalan dalam imaginasi. Sebab, ia dahulunya pernah wujud dalam bentuk yang nyata, ia benar-benar wujud dan telah memenuhi relung-relung sejarah selama lebih 13 abad. Maka dari itu, Daulah Islam yang akan kita dirikan ini pun akan wujud secara nyata sebagaimana wujudnya di masa lampau. Bukti-bukti dan unsur-unsur ke arah terwujudnya sebuah Daulah Khilafah kini, ternyata jauh lebih kuat dari suara-suara yang menganggapnya sebagai sebuah mimpi. Waktu ini, umat Islam yang memiliki akal yang jernih sudah mula nampak akan kehadirannya dan mereka semakin merindukan tegaknya sebuah institusi agung pemersatu umat ini.

Sesungguhnya orang-orang yang meniti jalan dakwah untuk mewujudkan Daulah Islam mestilah mempunyai pemikiran dan pengetahuan yang jernih akan segala sistem yang bakal diterapkan di dalam Daulah Islam nanti. Sebagaimana kita meyakini firman Allah bahawa deen Islam ini sempurna, maka kita juga meyakini bahawa sistem pemerintahan Islam juga adalah sempurna. Justeru, kesempurnaan sistem Islam itu bermaksud sistem itu “berdiri sendiri” tanpa memerlukan ‘pelengkap’ dari sistem yang lain. Dengan kata lain, umat Islam tidak memerlukan sistem demokrasi, baik sebagai ‘pelengkap’, ‘penghias’, ‘penumpang’, apatah lagi sebagai ‘asas’ untuk kita melaksanakan sistem pemerintahan Islam.

Sesungguhnya Hizbut Tahrir telah memperjelas dan merincikan segala bentuk sistem pemerintahan Islam di dalam kitab-kitabnya, yang kesemuanya disertakan dengan nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunah. Selain itu, sistem-sistem pemerintahan ini juga telah diistinbat berdasarkan ijtihad tiga orang Amir Hizbut Tahrir iaitu Syeikh Taqiyuddin An-Nabhani, Syeikh Abdul Qadim Zallum dan yang terbaru, Syeikh Atha’ Abu Rasytah. Kesemua kitab yang membincangkan tentang sistem-sistem ini merupakan kitab yang mesti dipelajari oleh setiap orang yang ingin bergabung di dalam barisan Hizbut Tahrir.

Atas dasar untuk memudahkan kefahaman umat Islam dan juga sebagai penjernihan pemikiran tentang struktur Daulah Islam, maka Hizbut Tahrir Malaysia mempersembahkan di sini Carta Organisasi sistem-sistem Khilafah untuk tatapan semua. Carta ini adalah diambil atau di ekstrak dari sebahagian kitab-kitab keluaran Hizbut Tahrir seperti Ajhizah Daulah Al-Khilafah Fi Al-Hukm Wa Al-Idarah (Struktur Negara Khilafah Dari Segi Pemerintahan dan Administrasi, Nidzamul Hukmi Fil Islam (Sistem Pemerintahan Di Dalam Islam), Al-Amwal Fi Daulah Al-Khilafah (Harta-Harta Dalam Daulah Khilafah) dan juga kitab Nizamul Iqtisadi Fil Islam (Sistem Ekonomi Dalam Islam) di mana Hizbut Tahrir, berdasarkan nas-nas yang jelas, telah mentabanni (adopt) bahawa terdapat 13 struktur utama di dalam Daulah al-Khilafah.

Insya Allah, kandungan carta organisasi ini akan dimuatkan dengan penjelasan dari teks-teks yang diambil dari kitab-kitab tersebut dan akan dikemaskinikan dalam sedikit masa lagi. Semoga carta ini dapat memberi manfaat kepada seluruh kaum Muslimin yang menginginkan kembalinya Daulah Khilafah yang sama-sama kita perjuangkan ini. ALLAHU AKBAR!
 
 
(1) Al-Khalifah
Al-Khalifah
 
(2) Mu'awwin At-Tafwidh
Mu'awwin At-Tafwidh (Pembantu Pemerintahan)
 
(3) Mu'awwin At-Tanfiz
Mu'awwin At-Tanfiz (Pembantu Pentadbiran)
 
(4) Al-Wulat
Al-Wulat (wali-wali)
 
(5) Amirul Jihad
Amirul Jihad (Ketua Turus Angkatan Tentera)
 
(6) Da'irah Al-Amni
Da'irah Al-Amni (Jabatan Keamanan Dalam Negeri)
 
(7) Da'irah Al-Kharajiyah
Da'irah Al-Kharajiyah (Jabatan Luar Negara)
 
(8) Da'irah As-Sina'ah
Da'irah As-Sina'ah (Jabatan Perindustrian)
 
(9) Al-Qadha'
Al-Qadha' (Kehakiman)
 
(10) Al-Jihaz Al-Idariy
Al-Jihaz Al-Idariy (Jentera-jentera Pentadbiran)
 
(11) Baitul Mal
Baitul Mal
 
Baitul Mal - Al-Waradat
Baitul Mal - Al-Waradat (Pendapatan)
 
Baitul Mal - An-Nafaqat
Baitul Mal - An-Nafaqat (Perbelanjaan)
 
(12) Da'irah Al-I'lamiy
Da'irah Al-I'lamiy (Jabatan Penerangan)
 
(13) Majlis Al-Ummah
Majlis Al-Ummah (Majlis Umat)

Rabu, 17 Februari 2010

Pengakuan Orang-orang Barat Terhadap Imam Mahdi

messiahwar

Di dalam post terbaru ini, kita akan lihat pengakuan orang-orang barat terhadap Imam Mahdi.
Agenda Yahudi yang Kesembilan (untuk memusnahkan umat Islam): Menjauhkan umat Islam dari memegang tampuk pemerintahan di negara-negara Islam dan jangan beri kesempatan bergerak.






Montgomery Watt
Montgomery Watt

1. Sehubungan itu, seorang orientalis Inggeris, Montgomery Watt, menulis dalam ‘London Time’ pada tahun 1968:
“Kalau sudah ditemui seorang pemimpin Islam yang (benar-benar) berkelayakan dan bercakap dengan suara Islam yang tepat pula, kemungkinan besar agama itu akan (bangkit kembali dan) merupakan sebuah kekuatan politik yang besar di dunia ini sekali lagi.”
Yang dimaksudkan oleh Montgomery itu adalah pemimpin yang bertaraf khalifah, kerana hanya seorang pemimpin yang bertaraf khalifah sahaja yang akan mampu menyatukan kembali seluruh umat Islam yang sedang kronik berpecah-belah pada hari ini. Pemimpin yang bertaraf Presiden atau Perdana Menteri tidak termasuk dalam senarai pemimpin yang dimaksudkan oleh beliau.
Taraf Presiden atau Perdana Menteri hanya layak untuk memimpin di dalam wilayah yang terhad atau dihadkan, tidak layak untuk memimpin dunia yang tanpa sempadan, atau sekurang-kurangnya di seluruh dunia Islam. Hanya seorang pemimpin yang bertaraf Khalifah sahaja yang akan diberi kemampuan dan berkelayakan penuh untuk berbuat demikian.

Ben Gurion
Ben Gurion

2. Bekas Perdana Menteri Israel, Ben Gurion pernah dilaporkan berkata,
“Sesungguhnya yang paling menakutkan kami ialah, kalau dalam dunia Islam, sudah lahir seorang Muhammad Baru.”
Muhammad Baru yang dimaksudkan oleh Ben Gurion itu tidak lain dan tidak bukan adalah Imam Mahdi, kerana nama Imam Mahdi itu adalah Muhammad, sama dengan nama datuknya, Nabi Muhammad SAW. Jelaslah bahwa pihak Barat amat takutkan peribadi yang bernama Muhammad ini, yang digelar sebagai Imam Mahdi, dan ketakutan mereka itu tidak dapat disembunyikan lagi.
Jelaslah bahwa orang-orang Kristian adalah jauh lebih peka daripada kita, umat Islam sendiri dalam hal mempercayai dan meyakini kedatangan Imam Mahdi ke dunia ini. Mereka sentiasa berjaga-jaga menanti tibanya seorang pemimpin Islam bernama Muhammad, tahu pula tempat keluarnya dan bila keluarnya. Pada masa yang sama kita umat Islam masih lagi sibuk bercakaran mengenai sahih atau dhaifnya hadis-hadis mengenai Imam Mahdi itu.
Yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi sibuk mengutuk golongan yang tidak percaya, manakala yang tidak percaya, sibuk pula mengutuk golongan yang percaya kepada kedatangan Imam Mahdi. Titik pertemuan tidak juga diperoleh. Siapa lagi yang harus dipersalahkan dalam soal ini?

The Mahdi
The Mahdi

3. A. J. Quinnell, seorang novelis Barat telah menulis sebuah novel bertajuk The Mahdi.
Di dalam novel itu disebutkan andaian beliau bahawa isu Imam Mahdi ini akan dieksploitasi oleh kuasa-kuasa besar Barat. Kuasa-kuasa besar ini akan bergabung tenaga, fikiran dan matlamat untuk menonjolkan seorang yang mereka pilih sebagai Mahdi untuk diikuti oleh seluruh umat Islam. Tujuannya adalah untuk mencapai tujuan jahat mereka terhadap umat dan negara-negara Islam. Mahdi boneka ini dirancang oleh perisik-perisik CIA, MI5 dan KGB untuk muncul di Tanah Suci Makkah. Setelah itu, beliau akan mengarahkan seluruh umat Islam mengikut beliau tunduk kepada kuasa-kuasa besar Barat itu.

Selasa, 16 Februari 2010

5kegelapan yang diterangi 5cahaya

Abu Bakar Assidiq RA adalah salah seorang sahabat Rasullullah s.a.w yang paling rapat dan dijanjikan syurga,semasa hayat beliau,pernah menyatakan bahawa adanya 5kegelapan yang pasti anak adam akan lalui tetapi ada 5 cahaya yang akan menemani.

Dalam 5 Kegelapan dan 5 cahaya itu adalah :

Pertama

Kegelapan dunia,dunia yang disangka terang dengan cahaya mentari,cahaya bulan mahupun lampu yang bergemelapan rupanya  gelap gelita,ramai yang terjatuh,tersungkur,rebah akibat kegelapan dunia, kegelapannya lebih dari gua tanpa cahaya dan malam tanpa bulan dan bintang di mana tinta2 lautan nafsu dan lembah2 kemaksiatan menutup segala cahaya yang membuat manusia lupa tujuan mereka di dunia,lupa akan TUHAN mereka dan jauh dari fitrah mereka.Yang amat menyedihkan sisi cahaya kebaikan dinodai perasaan aneh dan nampak buruk tetapi sisi gelap noda maksiat dilihat indah . ALLAH lebih maha mengetahui dan maha penyayang,DIA utuskan bulan di bumi,utusan2 yang membimbing manusia kejalan Takwa iaitu satu2nya cahaya penyelamat dan penyuluh manusia tetapi masih lagi yang menidakkan utusan2 ini,sengaja menutup mata kerana sifat sombong dan angkuh bermaharaja di hati,Sungguh benarlah firmanNYA Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian,tetapi tidak pada yang bertakwa di jalanNYA.Ada yang menerima tetapi memalapkan cahaya itu dengan hawa nafsu,maksiat yang terus menerus sehingga cahaya itu hilang,dan mereka tersungkur dilembah kehinaan.Tanpa takwa manusia akan buta,akal tertutup dan ilangnya pertimbangan sehinggakan gejala2 sosial dan maksiat bermaharajalela,sebelum cahaya ini di tarik buat selamanya,ayuhla kita bersama kembali kejalanNYA,meniti titian keredhaanNYA,semoga fitnah2 kegelapan duniawi dapat diterangi untuk kita terus menyusuri denai2 perjuangan.



Kedua

Kegelapan noda2 dosa ,menggelapkan hati,membuatkan mata yang celik menjadi buta,akal yang waras menjadi gila,sifat manusia akan jadi haiwan,sesungguhnya manusia yang menzalimi diri mereka sendiri.Hanya cahaya taubat sahaja dapat mengelap noda2 agar cermin hati bisa menerima cahaya menembusinya.Nilai kegelapan hati boleh diukur dengan penerimaan kita terhadap segala perintahNYA.Dengan taubat kita hati akan merasa terang dan lapang.Seringkali kita dengar,masih belum dapat hidayah ,bagaimana nak bertaubat,ini adalah kesilpan manusia yang memberi alasan mengkhianati pintu2 cahaya taubat untuknya dari TUHAN yang MAHA ESA. Usahla menanti nyawa tiba di halkum untuk bertaubat kerana sesungguhnya dikala itu cahaya taubat telah ditarik selamanya.Wahai sahabat2,kasihanila dirimu sendiri,usahla memberi alasan2 lagi untuk berubah kepada jalanNYA.

Ketiga

Kegelapan ketiga ialah kuburan,yang pastinya ramai telah mengetahui kisah2 alam barzakh ini atau kubur,tetapi kerana kesombongan hati yang telah sedia hitam,kita mengkhianati kegelapan kuburan ini,yang amat ditakuti,tetapi berutunglah bila mereka meninggalkan alam yang fana ini dengan gengaman keyakina ucapan La Illa Ha Illallah Muhammadarrosulullah yang menjadi penyuluh di kuburan.kegelapan yang membuat kita takut,panas dan sesak nafas,apakah waktu itu baru kita mahu mengakui akan setiap cahaya2NYA yang dahulunya kita sengaja khianati.Bila kita dapat bayang,pasti kita akan menggeletar ketakutan,menangis kegerunan,tetapi kerana cahaya2 palsu dunia yang membuat kita lupa,leka dan cuai dalam mengembara alam fana ini.Bagaimana mereka boleh katakan istana yang besar itu istana mereka sedangkan kuburan yang sempit lagi gelap menanti mereka,rumah yang sebenar yang patut mereka sedar untuk dihiasi dan diterangi.



Ke empat

Kegelapan Akhirat cahayanya adalah amal sholeh, akhirat tak dapat untuk dibayangkan kegelapannya berbagai2 fitnah terjadi,kita akan menjerit2 bila melihat kejadian pembunuhan di depan mata,tetapi bagaimana dengan fitnah yang akan terjadi di akhirat yang pastinya lebih dasyat yang tidak dapat dibayangkan oleh akal yang waras,jika manusia sedar pasti mereka akan beramal soleh untuk menjdi lilinm,pelita,lampu,penyuluh dan bekalan di sana.Yang pastinya ketika itu ibubapa yang kita sayangi tidak akan mengenali kita,anaka2 tidak dikenali,kawan2 yang rapat hilang kemana,siapa yang dapat membantu,siapa?sedarlah wahai sahabat2ku kerana kegelapan di sana bukanlah seperti yang kita dapat bayng di dunia ini.Dengan berbagai fitnah,marila kita berdoa memohon agar Dia memimpin kita dalam istiqamah menataati perintahNYA dan beramal soleh sebagai bekalan di sana.Sedar la,sebelum matahari bersinar di barat,sebelum ayat2NYA hilang dari muka bumi,sebelum hilangnya ulama'sesungguhnya kita diamabng akhir zaman,pintu akhirat makin dekat.


Kelima

Kegelapan sirath cahayanya adalah iman

Sirath adalah jambatan yang menghubungkan masyar dengan syurga,lebih ahalus dari sehelai rambut dan lebih tajam dari pedang yang di bawah sirath terbentang neraka yang menyala.Adakah kita masih lagi ingin menidakakn titian sirat ini yang salah satu perkara ghaib yang wajib diimani.bagaimana logiknya untuyk kita lalui dengan selamat,tetapi itu kuasaNYA,yang lebih MAHA MENGETAHUI.bagaimana untuk kita selamat adalah dengan cahaya iman,ahanya kualiti iman yang membezakan manusia selamat atau tidak,lamabat atau cepat untuk meniti titian tersebut.Yang pasting manusia seperti hujan akan jatuh ke bawah,kedalam neraka yang maha dasyat azabNYA.usahlah kita terpedaya lagi dengan keindahan dan tipu daya fitnah dunia dengan cahaya2 palsu,yang pasti sebenarnya membuat kita gelap dan buta,teraba2.Selagi Dia memberi kita peluang,marilah kita bersama kembali kejalan yang diredhaiNYA,gunala sebaik2nya 5 cahaya pemberianNYA itu sebelum DIA menggelapkan kita selamanya.