Rabu, 23 November 2011

ASBAB DAKWAH..HIDAYAT DISELURUH ALAM

       Karguzari Jemaah Negara Jauh, Mei 1993.Merupakan jemaah pertama daripada Malaysia pergi ke Jerman. Sebelum jemaah ini pergi ke Jerman, mereka telah ditashkil ke England dan berkesempatan membuat jord(perhimpunan) di Dewsbury. 10 jemaah tunai dapat dibentuk bagi memenuhi takaza agama di sekitar Eropah dan Amerika seperti Surinam, Holland, France dan South Africa. Jemaah ini mengatakan, penduduk Islam di sini terdiri drpd 99 buah negara yang terdiri daripada Morocco, Algeria, Tunisia, Somalia, Sudan, Nigeria, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Malahan pernah satu ketika di dalam majlis bayan mereka, orang yang duduk dengar bayan berasal daripada 12 negara yang berlainan.

     Karguzari jemaah ini;1. Di setiap masjid yang kami pergi, ada saja orang masuk Islam dan sepanjang tashkil kami, seramai 14 orang telah masuk Islam dan 3 daripadanya jemaah sendiri yang ajar mereka ucap syahadah. Boleh dikatakan setiap hari di Jerman ini ada org masuk Islam. Ada yang kami jumpa 2 adik beradik abangnya berumur 18 tahun dan adik perempuannya berumur 15 tahun telah secara sembunyi-sembunyi masuk Islam dari pengetahun ibu bapanya dan dia telah buat ta'lim secara sembunyi bersama adiknya. Apabila dia pergi ke masjid, dia akan memasukkan baju 'kurta'nya(jubah) ke dalam seluar(tuck in) untuk mengelakkan ibu bapanya daripada mengetahui yang dia telah masuk Islam.

     2. Ada satu lagi yang kami jumpa, di mana hasratnya yang ingin hendak masuk Islam menyebabkan dia telah pergi ke sebuah masjid dan bertanya tentang Islam tetapi apa yang diberitahu oleh pihak masjid, "kamu pergilah sendiri ke Mekah untuk belajar Islam", dan dia amat kecewa sekali dengan jawapan yang diberikan. Walaupun begitu, dia pergi lagi ke sebuah masjid di mana dia lihat orang di sana bertelagah sesama sendiri dan ini membuatkan dia berasa bingung. Akhir sekali, dia pergi ke sebuah masjid yang mana tempat jemaah berkumpul dan dia telah terpegun melihat orang daripada berbilang bangsa dan termasuk jemaah kami orang Malaysia berada di situ dalam keadaan satu hati dan kasih sayang antara satu sama lain dan dia pun berfikir inilah orang Islam yang sebenarnya, maka dia pun dapat hidayat.

     3. Di satu lagi tempat di Germany(Dusseldorf), kami telah berjumpa dua adik-beradik yang telah memeluk Islam yang mana emak mereka adalah orang kristian Kadazan(Sabah) dan bapanya adalah orang Jerman. Kedua-dua mereka ini baru setahun masuk Islam dan Alhamdulillah, mereka telah banyak belajar tentang Islam dan berpakaian 'full-sunnah'. Sekarang si abangnya sedang mendapatkan passport untuk keluar 4 bulan dan adiknya akan keluar 40 hari dalam masa terdekat. Kesan daripada akhlak mereka berdua, emak mereka akhirnya telah memeluk Islam pada 9 bulan yang lepas selepas bapanya meninggal dunia. Walau bagaimanapun, mereka amat bersedih kerana ayah mereka mati tanpa kalimah Laa Ilaha Ilallah.

     4. Satu karguzari jemaah Bangladesh yang keluar di Jerman yang mana satu orang pun dalam jemaah itu tidak tahu berbahasa Inggeris apatah lagi berbahasa Jerman. Tetapi dengan fikir dan risau mereka, setiap orang yang mereka jumpa, mereka telah gunakan bahasa mereka sendiri sehingga dalam satu umumi jaulah yang mereka buat, seramai 22 orang Jerman kulit putih telah ikut mereka pergi ke masjid dan masuk Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan