Selasa, 20 September 2011

tariqat


Postby zikri on Fri Dec 27, 2002 7:01 am
Assalamualikum

Rasullullah pernah didatangi malaikat Jiril as yang menyamar sebagai seorang yang hebat perawakannya dan bertanyakan baginda berhubung Iman, Islam dan Ihsan. Lalu baginda menjawab lima perkara berhubung rukun Iman, enam perkara berhubung rukun Islam. maka setiap kali baginda menjawab jibril yang menyamar itu bewrkata "Engkau benar".

berhubung persoalan Ihsan Rasullullah menjawab Ihsan itu dengan menganggap bahawa ketika dalam ibadah itu anggaplah kamu melihat Allah dan kalau tidak pun Allah melihat Kamu maka jibril berkata "Engkau benar" .... dan ihsan inilah Tariqat.

Berdasarkan Hadis Jibril di atas membayangkan bahawa Tariqat itu mempunyai silsilahnya.

Baginda rASULLULLAH JUGA BERSABDA ... Sahabat-sahabat ku umpama bintang-bintang dilangit , ikutilah mereka nescaya kamu akan beroleh petunjuk.

Tariqat merupakan Jalan untuk mengenal tuhan, selepas mengenal maka datanglah kecintaan. Apabila cinta pada Allah maka akan lahirlah keikhlasan dalam setiap qadha Nya.

Perjalanan tariqat juga dikenali sebagai perjalanan kaum sufi atau ahlullah. Tariqat mempunyai guru yang menjalankan aturcara wirid dan selawat yang menjadi amalan baginda dan para sahabat sehingga Allah melimpahkan kepada mereka ilmu-ilmu yang tersembunyi.

MUS'AB UMAIR R.A BERTABLIGH

SEPUTAR JAMAAH TABLIGH
kisah sahabat ra.

Kisah sahabat Mus’ab Bin Umair ra. Dalam Bertabligh
Sebelum masuk Islam Mus’ab bin Umair ra. Adalah seorang bangsawan, dia adalah pemuda terkaya di antara rekan-rekanya. Pada masa mudanya, ia menjalani kehidupan dengan penuh kesenangan dan kemewahan. Ayahnya membelikannya pakaian seharga ratusan dirham. Pada permulaan islam ia masuk Islam dengan diam-diam. Hingga beberapa lama kemudian, seseorang mengadukan kepada keluarganya bahwa ia telah masuk islam, sehingga keluarganya marah dan mengikatnya selama beberapa hari. Ketika ada kesempatan, ia melarikan diri dan ikut berhijrah ke Habasyah bersama kaum muslimin. Lalu ia kembali ke Madinah, dan mulai hidup dalam keadaan zuhud dan fakir.
Keadaanya benar-benar memprihatinkan. Ketika Rasulullah saw. Sedang duduk-duduk, lewatlah Mus’ab bin Umair ra. Di tubuhnya hanya melekat sehelai kain lusuh penuh tambalan, yang salah satu tambalanya dari kulit. Melihat hal ini, terbayang oleh Rasulullah saw. Bagaimana keadaan Mus’ab ra. Sebelum masuk Islam, sehingga Nabi saw meneteskan air mata.
Mus’ab juga terdaftar sebagai salah satu dari 70 sahabat ra. yang syahid di medan Uhud. (banyaknya para sahabat yang gugur di medan Uhud ini di sebabkan kelalaian para sahabat ra. pada pesan Nabi untuk tetap waspada di tempat masing-masing). Saat akan di kebumikan di tubuhnya hanya melekat sehelai kain yang tak cukup untuk mengkafaninya, lalu Nabi saw. bersabda agar menutupkan kain itu ke kepalanya dan menutupi kakinya dengan daun-daun Adkhar.
Pada masa kehidupanya, Rasulullah saw. pernah mengirimnya bersama sekelompok orang-orang Madinah yang pertama memeluk islam di lembah Mina untuk mengajarkan agama. Mereka adalah orang-orang yang selalu sibuk dengan ta’lim dan tabligh di Madinah. Mereka mengajarkan Al-Quran dan masalah agama kepada orang lain.
Mereka tinggal di tempat as’ad bin Zurarah, yang terkenal dengan sebutan ‘Muqri (pengajar agama atau ustadz). Sa’ad bin Mu’adz ra. Dan Usaid bin Hujair ra. Adalah kepala suku di tempat itu. Mereka mencurigai kegiatan para sahabat tersebut. Sa’ad berkata kepada Usaid, "Temiulah As’ad dan katakan kepadanya bahwa saya telah mendengar bahwa kamu telah berkawan dengan musuh dan telah membuat orang-orang lemah menjadi bodoh serta menyesatkan mereka." Maka Usaid menjumpai As’ad dan menegurnya dengan keras. As’ad berkata , "Dengarlah dulu apa yang ia ucapkan. Jika kamu menyukainya, maka terimalah, dan jika kamu tidak menyukainya, janganlah kamu terima." Usaid menjawab, "ini usul yang bagus." Ia pun mendengarkan, kemudian Mus’ab bin Umair menceritakan tentang kebaikan Islam dan membacakan ayat-ayat Al-Qur’an. Usaid berkata, "Alangkah baiknya kata-kata ini, tidak ada yang lebih baik darinya. Bagaimanakah caranya jika ada orang yang ingin masuk ke dalam agamamu?" Para sahabat menjawab, "Hendaklah engkau mandi dan berpakaianlah dengan pakaian yang suci, lalu bacalah kalimat syahadat." Usaid melaksanakan itu semua dan jadilah ia seorang Muslim.
Kemudian ia pergi menjumpai Sa’ad dan menyampaikan ucapan yang sama kepadanya sehingga terjadilah pembicaraan di antara keduanya. Akhirnya, Sa’ad bin Mu’adz pun memeluk Islam. Lalu ia pergi menjumpai kaumnya, yaitu bani ashal. Ia berkata kepada mereka, "Wahai kaumku, bagaimanakah pendapatmu tentang diriku?" Kaumnya menjawab, "Engkau adalah orang yang paling mulia dan paling baik di antara kami." Sa’ad ra. Berkata , "Jika demikian haram bagiku untuk berbicara dengan laki-laki ataupun wanita di antara kalian sebelum kalian memeluk Islam dan beriman kepada Rasulullah saw,." Atas ucapan itu, seluruh Bani ashal, baik laki-laki ataupun wanitanya memeluk Islam sehingga Mus’ab bin Umair ra. Sibuk mengajar mereka.
Faedah:
Demikianlah kebiasaan para sahabat ra. pada umumnya. Jika mereka telah memeluk Islam, mereka langsung menjadi mubaligh untuk selamanya. Hal apapun mengenai agama yang telah sampai kepada mereka langsung di sampaikan kepada orang lain adalah pekerjaan tetap mereka selamanya, tanpa menghalangi mereka dari bertani, berdagang ataupun pekerjaan-pekerjaan lainya.

Sabtu, 3 September 2011

DOA SUJUD RASULLULLAH

(INDUK SEGALA DOA)


«اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ» رواه مسلم
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu; dan daku berlindung denganMu daripadaMu. Daku tidak mampu meluahkan segala pujian ke atasMu; kerana Engkau sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu. (HR Muslim).





Maksud doa

Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; Keredha-an Allah swt adalah matlamat hidup mukmin, hamba mukmin bergiat menjauhkan diri dari punca-punca kemurkaanNya. Manusia terbahagi dua, golongan yang berbahagai adalah mereka yang kehidupannya diredhai Allah. Sedang golongan yang merugi adalah mereka yang terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Hamba yang menegakkan solat, shiyam, zikir, dan lain-lain yang diredhai Allah adalah yang bergiat menjaga keutuhan amalan yang mereka lakukan. Sedang si hamba yang terjatuh ke dalam kemurkaan Allah, tidak bergiat menjauhi punca-punca ibadatnya terhapus dan terhebah, wal ‘iyazu billah!!!

“dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu“ ‚Keafiatan’ adalah termasuk perkata-an Arab yang telah diguna-pakai dalam bahasa Melayu. Dan termasuk perkataan yang terpenting di dalam kehidupan mukmin. Oleh itu si mukmin digesa membaca dan berdoa dengannya semasa solat (doa duduk antara dua sujud, waa’fini, berilah daku keafiatan). Termasuk makna keafiatan ialah terhindar dari:

- Segala penyakit jasmani dan penyakit rohani.

- Dosa dan punca-punca dosa.

- Punca-punca penyebab iman jadi lemah.

- Punca-punca keberkatan harta benda dan usia hilang.

- Suul khatimah (kesudahan yg buruk).

- Azab kubur, azab padang mahsyar.

- Dari azab neraka...

- Dll

Dalam pada itu ’seksaan Allah’ di dalam doa pula adalah segala perkara yang bercanggah dengan ’keafiatan’ tersebut. Oleh itu jika si hamba tidak beroleh ’keafiatan’, ia akan terdedah kepada ’siksaan’. Media elektronik pada masa kini adalah punca utama manusia terjauh dari keafiatan dan terdedah kepada ’siksaan’. Dalam hal ini yang paling anehnya ’seksaan’ jenis ini sangat selaras dengan kehendak nafsu jahat (ammarah dan lawwamah), wal ’iyazu billah...

’dan daku berlindung denganMu daripa-daMu’. Ungkapan ini mengandungi, doa, harapan, pengakuan, penyerahan, atau tawakal yang jitu, bulat, dan sempurna kepada Allah. Bahawa si hamba memohon perlindungan, penjagaan Allah, kerana segala peristiwa dan keadaan yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat berlindung (ni’mal maula wa ni’man nasir). Sesiapa yang berlindung kepada Allah tidak akan memiliki sebarang kerunsingan, kerana Allah telah cukup baginya (fahua hasbuhu).

‚Daku tidak mampu meluahkan segala pujian ke atasMu’. Hal ini menunjukkan keagungan dan ketinggian Allah yang tiada tara, (laisa kamislihi syaiun). Tidak ada manusia yang mampu mengemukakan pujian kepada Allah. Kerana hal ini adalah diluar keupayaan manusia. Ungkapan doa ini adalah satu pujian yang tinggi. Bila si hamba mengatakan bahawa ia tidak mampu memuji Allah Tuhan Yang Maha Tinggi, dan Yang Maha Agung, bermakna ia memberikan pujian kepada Allah setinggi-tingginya.

‚kerana Engkau sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu’. Hanya Allah sahaja yang tahu akan hakikat sifat, kekuasaan, dan keagungannya. Ini juga termasuk pujian dan sanjungan yang tinggi.

Bila pujian yang tinggi seperti ini ditujukan kepada Allah, sedangkan termasuk sifat Allah adalah, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Allah lebih kasih kepada hambaNya dari si hamba terhadap dirinya. Bila inilah hakikat dan maksud tujuan doa tersebut maka sangat diharapkan doa yang merupakan induk segala doa ini didengar dan dikabulkan oleh Allah swt. Maka patut benarlah Rasulullah mengajarkan doa ini kepada kita, terutama semasa sujud dalam solat, khasnya solat tahajud, dan solat-solat sunat lainnya. Tidak salah juga jika dibaca dalam doa harian. Doa ini sangat sesuai bagi semua peringkat usia,

TIADA ALASAN UTK TIDAK KE MASJID


Sebelum ini kita telah membincangkan bahawa sesiapa yang tidak solat fardhu berjemaah di masjid dengan alasan yang kuat adalah melakukan kesalahan bid’ah dan boleh diiktiraf sebagai munafiq yang nyata.

Lalu apakah alasan-alasan yang membolehkan kita tidak solat di masjid?

Ulama-ulama telah menggariskan kelonggaran untuk tidak solat di masjid iaitu:

1. Musafir,
2. Sakit, atau menjaga orang sakit.
3. Keadaan Tidak Aman (seperti peperangan, banyak perompak, dan sebagainya)
4. Hujan ( namun alasan kerana hujan ini tidak boleh digunakan sepenuhnya ketika ini kerana Nabi memudahkan untuk tidak solat ke masjid ketika hujan adalah untuk tidak mengotorkan lantai masjid. Pada hari ini, jalan beraspal dan masjid berkapet dan bersemen, manusia berkereta dan sebagainya)
5. Bertugas menjaga sesuatu yang amat penting. Jika ditinggalkan boleh mendatangkan bahaya.
6. Tempat tinggal amat jauh dari masjid.

Apakah kita mempunyai alasan seperti di atas untuk tidak tidak turut hadir ke masjid menunaikan solat fardhu berjemaah?

Adakah kita sangat sibuk menghantar dan mengambil anak sekolah sehingga tidak sempat singgah ke masjid pada waktunya?

Kalau itu alasannya mengapa tidak tuan singgah dulu ke masjid sebelum mengambil anak atau singgah ke masjid selepas mengambil anak sekolah? Terlewat sedikit mengambil anak dalam 10 minit ke 15 minit tidak apa bukan?

Atau mungkin kita perlu cadangkan agar kerajaan menetapkan waktu solat fardhu zuhur seluruh Negara pada jam 12:45 tengahhari sama seperti solat fardhu Jumat.

Sebenarnya tiada alasan untuk meninggalkan solat fardhu zuhur walaupun masa amat singkat. Penulis sendiri sudah mengamalkan dalam waktu yang agak lama untuk solat fardhu zuhur di masjid-masjid yang berdekatan dengan sekolah anak penulis. Al-Hamdulillah semuanya tertunai dengan izin Allah swt jua.

Kalau alasan tuan tidak solat Asar di masjid kerana meeting, mengapa tuan tidak berhenti seketika terlebih dulu untuk menyambung meeting selepas waktu asar. Bukankah meeting lepas solat asar berjemaah lebih selesa dan lebih membuka minda? Bukankah meeting selepas solat asar berjemaah ditunaikan lebih berkat.

Kalau alasan tuan tidak solat ke masjid kerana takut dikatakan menunjuk-nunjuk atau riya. Maka tuan sebenarnya telahpun riya atau menunjuk-nunjuk. Kerena alasan anda kerana takut dikatakan riya adalah demi cakap orang, bukannya kerana Allah swt. Tuan bukannya takut Riya, tapi tuan Takut Orang mengatakan tuan riya. Tuan lebih takut cakap orang dari kemurkaan Allah swt.
Bukankah pengharaman riya adalah disebabkan berubahnya niat dari beribadat untuk Allah swt semata-mata kepada untuk orang lain.

Kalau alasan anda tidak solat Isya ke masjid adalah untuk menghantar anak tusyin, maka tuan telah membawa anak tuan belajar jauh dari rumah Allah swt. Tuan boleh saja memanggil guru tusyen untuk mengajar anak tuan pada waktu-waktu yang lain.

Jika alasan tuan kerena sibuk bersukan, maka alasan tuan ini sebenarnya hanyalah akan menyihatkan lagi api neraka untuk memakan tuan. Bukankah tuan boleh bersukan selepas Isya. Atau waktu pejabat atau waktu pagi hari Jum’at dan Ahad?

Bersukan selalu bukanlah boleh memberikan kesihatan yang baik. Kalau ajal datang tidak boleh ditangguh lagi. Banyak pemain bola yang mati di tengah berlatih atau tengah padang. Dan banyak pula perempuan yang tidak pernah bersukan berumur panjang. Sudahkah tuan bersyahadat banyak-banyak hari ini?

Lalu apakah lagi ada alasan tuan untuk tidak solat fardhu berjemaah ke masjid untuk melepaskan diri tuan dari melakukan Bid'ah dan juga kemunafikan yang jelas dan nyata?

KEWAJIBAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID BAGI LELAKI


Masjid yang tidak cukup jemaah 3 orang pada sesuatu waktu akan mengundang bala seperti ini.
 

by Muhammad Ahmad on Saturday, May 14, 2011 
 
Bismillah. Al-Hamdulillah. Was-Salatu Was-Salamu 'Ala Rasulillah Wa 'Ala Aaalih.
Was-Salamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.
Mudah-mudahan nota saya kali ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat sekalian amin. Ianya mengenai dalil-dalil kewajipan solat fardhu berjemaah di masjid, di dalam al-Qur'an bagi lelaki. Semoga hati kita semua khusyuk dan tawadhuk membacanya, kerana ianya adalah dari al-Qur'an sendiri. Jika tuan2 telah membacanya, maka saya serahkan pada tuan-tuan untuk berfikir sendiri.
1. Rukuklah bersama orang-orang yang Ruku'
1) وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ 
(  سورة البقرة  43)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Ayat di atas, jelas menunjukkan perintah Allah memerintahkan umat Yahudi untuk solat berjemaah bersama umat Islam. Dalam Ilmu Usul Fiqh, suatu perintah asalnya ialah wajib, melainkan jika ada dalil yang membawanya kepada sunat atau harus sahaja barulah hukumnya berubah. Dalam ayat ini tiada dalil yang membawa kepada makna sunat dan harus itu. Kerana ayat ini ditujukan kepada orang Yahudi. Ertinya mereka wajib memeluk ugama Islam dan solat bersama orang Islam.
Persoalan yang penting di sini ialah. Jika orang Yahudi di wajibkan untuk solat berjemaah, maka adakah umat Islam tidak diwajibkan solat berjemaah?
2. Hendaklah solat di buat di masjid
    قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ  
(  سورة الأعراف  29)
Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang di setiap masjid dan bermunajatlah padanya dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
      31.    ۞ يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ    
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(  الأعراف  31)
Keterangan ayat
 Pada mulanya makna ayat 29 di atas tidak menyebutkan di setiap masjid, makna di setiap masjid itu saya tambah untuk menyatakan bahawa ayat itu mungkin diubah maksudnya bagi mengurangkan tekanan kewajipan untuk solat di masjid. Padahal jelas ayat itu menyuruh solat di masjid.
Makna ayat itu telah diertikan dengan makna ini:
Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Solat yang disebut sebenarnya hanyalah solat fardhu berjemaah di masjid sahaja bukannya solat sunat yang dibuat di rumah. Kerana apabila seorang solat berjemaah di masjid, maka mungkin niatnya adalah untuk riya dan sebagainya. Jadi kita diperintahkan untuk solat di masjid dan ikhlas dalam solat kita.  Namun bagi solat sunat di rumah, maka keikhlasansudah tentu. Jadi ayat itu bukanlah di maksudkan solat di rumah. Bahkan di masjid semata-mata.
Maksud ayat menyuruh ke masjid itu jelas dan ditafsirkan lagi oleh ayat 31 berikut iaitu ayat yang menyuruh untuk berhias apabila hendak ke masjid. Sekali lagi jelas bagi kita ayat itu telah di ubah maksudnya dengan tempat ibadat sahaja. Maksud ayat saya kekalkan seperti yang didapat dari tafsir, kerana untuk menggalakkan menghiasi diri di setiap solat sunat.
Hukum berhias dalam ayat  ini adalah wajib kerana tidak ada qarinah yang membawanya pada hukum lain. Kerana orang yang tidak berhias, lebih-lebih lagi berbau busuk akan menganggu orang lain solat. Manakala ketika solat  sendiri adalah sunat sahaja. Manakala bagi perempuan pula jika mereka berhias dengan hiasan yang boleh membawa tarikan untuk lelaki melihatnya, maka hukumnya adalah haram. Jadi solat fardhu berjemaah di masjid bagi perempuan adalah tidak lah wajib.
Dalam  hadis Rasulullah saw juga ada menyatakan, sesiapa yang memakan pokok ini (bawang), maka ia tidak boleh menghampiri Masjid kami ini (untuk masuk dan solat berjemaah) Au kama Qal saw.
(3) Tidak Hiraukan Laungan Azan
يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ 
(  سورة القلم  42)
  (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ 
(  سورة القلم 43)
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
Keterangan Ayat
Di akhirat nanti, untuk menguji seseorang itu solat sempurna atau tidak atau mereka telah solat berjemaah atau tidak, maka mereka akan disuruh bersujud kepada Allah swt. Namun sesetengah umat Islam yang pernah solat atau yang penuh solatnya ada juga yang tidak dapat sujud. Perkara ini ialah kerana apabila azan berkumandang, mereka tidak mengerjakan solat di sana. Sedangkan mereka tidak ada keuzuran yang berat dan menghalang mereka untuk solat berjemaah, seperti sakit atau bermusafir.
Ada pula yang merasa bijak sedikit mengatakan bahawa Nabi saw membenarkan bahkan menyuruh untuk menghabiskan hidangan terlebih dulu sebelum solat berjemaah. Namun sebenarnya, perkara itu tidak boleh dibuat setiap hari untuk menjadi alasan tidak solat kemasjid. Bahkan hendaklah diaturkan jadual sebaik-baiknya agar penghidangan makanan itu tidak bertembung dengan waktu solat.
Bahkan jika betul kita mahu solat berjemaah, kita boleh menghabiskan hidangan dan solat berjemaah sesudahnya bersama jemaah lain di masjid. Jadi kita tiada alasan untuk tidak ke masjid.
 
(4) Hanya yang mentakmirkan masjid itulah saja yang mungkin mendapat Hidayat
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ  
  (  التوبة  18)
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Keterangan Ayat
Wahai saudaraku yang beriman, jika ayat di atas menyatakan hanya yang mentakmirkan masjid sahaja yang mungkin mendapat hidayah, maka jika mereka pun dikatakan mungkin dapat hidayah itu, maka bagaimanakah lagi dengan orang lain yang tidak ke masjid?  Maka adakah kita mahu tidak mendapat hidayah itu? Wa iyadzu billah  min dzalik.
Semoga bermanfaat. yang baik dari Allah swt jua. yang kurang baik adalah dari saya sendiri. Semoga dengannya, kita akan lebih dekat kepada kebenaran. Amin.

JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN

Pasti ramai mengenali satu golongan yang menziarahi rumah ke rumah umat islam di seluruh dunia atas niat dakwah ilallah,ikhlas semata2 kerana ALLAH. Tetapi berapa ramaikah yang benar2 membuka ruang kepada mereka ini, bukankah mereka satu2nya golongan yang hak membuat satu usaha agama seperti cara para nabi an para sahabat tetapi alangkah seihnya masyarakt kita yang memandang rendah,memperlekeh mereka ini sehingga aa yang sanggup menghalau. Begitu juga dengan saya sebelum dipilih ALLAH utk membuat usaha suci ini, dahulu saya juga antara manusia yang suka bedebat dengan jemaah tabligh ini, tetapi tiadalah sampai menolak dan menghalau mereka,huhhuhu. Alhamdulillah setelah saya keluar 3, hari,40hari, dan mengikuti program mereka,datangnya kefahaman agama dlm hidup saya, saya merasai satu ketenangan ,lapang dan bahagia.Terasa setiap hari2 yg dilalui tanpa rasa gusar kerana dlm usaha ini di semai segalanya kerana ALLAH dan ALLAH shj yg MAHA BERKUASA dengan menafikan segala makhluk tetapi masyrakat memandang hina mereka ini mengatakan mereka meninggalkan dunia,itu fitnah yang besar,tidak sama sekali cuma mereka ini menafikan makhluk dan dunia,bahawa dunia sekadar keperluan dan tiada yang berkuasa melainkan ALLAH. Kesimpulannya,usahlah kita bicara sesuatu tanpa kita sendri terjun ke dalamnya, dan jika tuan2 mahu mengikuti jemaah ini, buangkanlah segala prasangka buruk dihati dan ikutilah kerana ALLAH kerana saya akui ada segelintir jemaahpun berakhlak kurang baik tetapi itu adat dan lumrah manusia yg tidak sempurna tetapi adakah kerana segelintir jemaah yang bereperangai kurang menyenangkan , jalan yang hak ini kita musuhi juga,itu satu yang tidak adil dan amat merugikan cthnya kita sedia tahu islam itu agama yang hak,itupun sebab kita dilahirkan islam tanpa bersusah payah berkorban utk mndptkannya tetapi kerana segelintir umat yang berakhlak buruk tidak seperti yang diajar islam,masyarakat luar telah memandang islam suatu agama yg teruk,inilah terjadi dlm jemaah tabligh juga.

         Pernahkah anda mengikuti jemaah tabligh keluar berdahwah 3 hari, seminggu, 40 hari ataupun 4 bulan? sekiranya pernah pasti ahli jemaah menganggap anda sebagai antara manusia bertuah kerana memperuntukan sebahagian daripada usia kepada agama, sedangkan masa sekarang ramai manusia berebut2 untuk mendapat habuan keduniaan. Kerana terlalu memikirkan keduniaan sehingga tidak masa untuk memikirkan agama. Untuk sembahyang jemaah di surau berdekatan pun susah, inikan pula sanggup berjauhan dengan anak isteri semata-mata melakukan kerja agama.Aa diantara masyarakat yang kurang faham mengatakan jemaah meninggalkan keluarga sehelai sepinggang, ini adalah satu fitnah juga ,sebenarnya sebelum keluar setiap ahli jemaah akan diperiksa oleh syura iaitu barisan kepimpinan utk memastikan mereka keluarda dengan keperluan yang mencukupi dan keperluan keluarga dirumah pun mencukupi, semasa mereka keluar pula,ahli2 kelurga mereka akan diziarhi oleh jemaah lain dan bertanya hal ehwal, dan jemaah ini akan bertanggungjawap keperluan rumah keluaraga jemaah yang keluar ini. Jika ada berita mengatakan ada jemaah keluar tanpa memberitahu keluarga dan meninggalka mereka sehelai sepinggang,ini sebenrnya mereka yang melanggar tertib tetapi kerana nial setitik rosak susu sebelanga.

           Ahli jemaah tabligh amat berkeyakinan bahawa cara dakwah mereka menepati cara yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cara yang dibuat selain cara sedemikian adalah sukar untuk berjaya. Ada yang kata melalui internetkan mudah,adakah semua rumah mempunya internet terutama golongan miskin ? aakata melalui nasyid, ini juga tidak sesuai dan tidak sunnah kerana ia hanya populariti,hiburan tetap hiburan yang boleh melalaikan dan adakah semua mahu mendengar nasyid an berbagai2 pendekatan yang dicipta bertujuan dakwah tetapi cara tetap salah seperti kita berniat utk bersedekah tetapi dengan cara mencuri.Jadi kita mempunyai akal,renungkanlah dan fikirkanlah sebelum terlewat. Buatapa ada ilmu jika kefahaman kepada ilmu tersebut tiada.

          Perkara yang paling penting dalam berdakwah mengikut cara tabligh ialah keihklasan pada diri setiap jemaah. Kesabaran juga perlulah kuat dalam diri. Ini kerana bukan sedikit kata-kata daripada orang Islam sendiri yang seolah-olah memperlekehkan kerja-kerja dakwah mereka. Setiap kata-kata yang kadang kala pedas diterima dengan hati yang tenang dan bersangka baik.
Jemaah Tabligh berpendapat gerakan dakwah perlu keluar dari rumah untuk menyampaikan ajaran agama. Semua umat Islam apabila ditemui akan diberi peringatan tentang ajaran agama. Ini kerana manusia sering lupa dan hanyut dengan keindahan serta tipu daya dunia yang sementara ini. Inilah cara yang dibuat oleh nabi SAW dan para sahabat RA. Mereka saling memberi peringatan sesama islam dan dalam masa yang sama memberi semangat dan motivasi supaya tidak patah semangat dalam mengamalkan syariat.
Seperkara yang lebih penting ialah cara melakukan dakwah.  Mereka mendakwa cara berdakwah dengan cara berceramah di masjid, surau dan madrasah kurang memberi kesan kepada masyarakat Islam. Salah satu pendekatan dakwah yang paling penting yang amat kurang dilakukan oleh umat Islam hari ni ialah dengan cara keluar berjumpa dengan saudara seIslam. Apabila berjumpa, maka mereka akan saling mengingati pesanan Nabi SAW dan ajaran agama Islam. Golongan yang diziarahi itu bukan hanya golongan tertentu sahaja, sebaliknya semua lapisan masyarakat tanpa mengira status kedudukan.
Dengan cara ini semua golongan akan dapat dijumpai, seterusnya berpeluang untuk bercakap hal-hal keagamaan. Orang-orang yang selalu lepak di kedai kopi yang amat jarang dan liat untuk mengunjungi masjid akan dijumpai dengan cara ini. Anak-anak muda yang biasa duduk di pinggir dengan motosikal sambil mengusik gadis akan ditemui, seterusnya akan ditegur dan disampaikan pesanan agama. Perkara sama ada dia menerima nasihat atau tidak adalah perkara kedua. Ini kerana yang memberi hidayah bukan ditangan manusia. Yang paling penting penyampaian dakwah  sudah dilaksanakan.
Ini berbeza sekiranya penyampaian nasihat agama hanya dilakukan di masjid, surau ataupun madrasah. Golongan pemuda nakal, golongan yang liat untuk berjamaah di masjid dan orang islam yang tidak bersembahyang tidak akan dapat mendengar nasihat agama ini. Keadaan ini seolah-olah akan terus membiarkan mereka dengan dunia mereka tanpa dinasihati oleh orang yang memehami agama. Ini akan merugikan ummat Islam keseluruhannya.
Niat adalah perkara yang penting. Mereka sentiasa mengambil berat berkaitan niat. Niat keluar tabligh adalah kerana melakukan urusa agama, menyiarkan sunnah nabi yang semakin dilupakan dan menyampaikan ajaran Islam dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan apa-apa, melainkan keredhaan Allah Taala. Sekiranya tidak diniatkan betul-betul, maka perbuatan mereka adalah sama seperti melancong. Ini kerana golongan tabligh akan berjalan ke mana sahaja ada kumpulan manusia. Setiap negara di dunia semua sudah dimasuki oleh jemaah tabligh. Walau sesulit manapun cara untuk memasuki sesuatu tempat, mereka tetap akan mencari jalan untuk sampai ke sana.
Sebenarnya jika diperhatikan pada Ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW, akan didapati betapa banyak ayat dan nas yang memberi galakan dan pujian kepada cara dakwah melalui kaedah jemaah tabligh. Dalam Surah Al-Asr dikatakan bahawa mereka mereka yang sentiasa saling memberi peringatan agama agalah orang yang beruntung dan tidak rugi. Dikatakan lagi dalam suatu Hadith Nabi SAW bahawa apabila dua orang lelaki berjumpa kerana Allah, bercakap dan memperkatakan tentang agama dan kebesaran Allah, dan berpisah kerana Allah, maka Allah akan memberkati hidupnya.
Seorang orang aktif dengan kumpulan tabligh menegaskan bahawa kumpulan tabligh sekarang amat aktif memasuki negara China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Korea Utara. Penerimaan masyarakat bermata sepet tersebut terhadap Islam amat menggalakkan. Rupa-rupanya ramai daripada mereka yang masih belum mendengar dan melihat dengan sendiri seruan dakwah Islam. 
Negara Korea Utara yang berfahaman komunis walaupun sekarang berdepan dengan sekatan antarabangsa kerana isu nuklear, tetapi jemaah tabligh tetap tidak berputus asa untuk masuk ke sana. Negara itu dapat dimasuki dengan jalan darat melalui negara China. Saudara-saudara seIslam dari yang berbangsa Korea dan China dengan senang hati mempermudahkan kemasukan jemaah tabligh ini. Inilah semangat persaudaraan Islam yang amat tinggi nilainya. Jemaah Tabligh amat menyakini bahawa sekiranya sesuatu amalan dibuat dengan ikhlas, maka Allah akan mempermudahkan urusannya dan meneguhkan pendiriannya serta memantapkan semangatnya.
Jemaah tabligh tidak akan menghebahkan kegiatannya. Mereka tidak mahu amalan mereka menjadi riya'. Bagi Mereka, biarlah Allah Taala sahaja yang membalasnya. Wang ringgit yang dibelanjakan ketika mereka keluar akan dianggap sebagai infak di jalan Allah tanpa mengharapkan balasannya. Apabila keluar, maka mereka tidak akan menceritakan kerjaya mereka walaupun amat ramai dari mereka yang memiliki kerjaya profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan ahli perniagaan yang berjaya.Jadi adakah jalan ini dianggap sesat hanya kerana kiat mendengar hujah2 dr beberapa uztaz yang pastinya mempunyai kesilapan bukannya utk kita terima bulat2 dr hujah2 mereka,lebih2 lagi dikalangan uztaz2 yg tidak berapa suka jemaah ini,lalu mengeluarkan fakta2 n hujah2 yang menyesatkan ummmat.nauzubillah. Inilah jalan yang hak,jalan menuju kebahagaiaan buktinya semua golongan dan lapisan masyarakat dlm jemaah ini,miskin sederhana,kaya,jahil,berpendiikan,yang beragama,awam,ulama,yang sempurna,o.k.u etc semuanya ada dlm jemaah ini.Jadi marilah kita berpipmpin tanagn menuju ke jalan kebahagiaan,jalan telah terbentang cuma kita sahaja yang perlu membuat keputusan samada ingin melangkah atau tidak,Moga2 ALLAH memberi tuan2 kekuatan utk melangkah di jalan ini sebelum ALLAH membuat keputusan menemuiNYA.

Jumaat, 2 September 2011

kerana nila setitik rosak satu jemaah tabligh

         Majoriti masyarakat yang tidak kenal secara dekat memandang negatif kepada Jemaah Tabligh. Patang sahaja ada ruang dan titik lemah pasti Jemaah Tabligh akan dilanyak habis-habisan layak statusnya lebih rendah daripada penjenayah dan kaki maksiat. Tak kurang juga orang yang lebih ilmu agamanya memandang sebelah mata terhadap Jemaah Tabligh.
   
          Jemaah yang memperjuangkan 6 prinsip yang diamalkan oleh Para Sahabat tidak  pernah melabelkan mereka sebagai Jemaah Tabligh. Jemaah yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan cara hidup yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW. Jemaah yang sentiasa mengajak Solat Berjemaah di masjid, bersangka baik kepada Allah dan sesama Manusia, menghormati yang muda dan memberi khidmat pada yang tua, membudayakan membaca kitab setiap hari di rumah dan masjid, mengamalkan akhlak baik, berkongsi ilmu walaupun sedikit, mengajak kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan banyak lagi aktiviti baik yang bertentangan dengan amalan kehidupan moden.


jemaahtabligh 300x200 Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik

           Mana yang lebih baik seandainya seorang pemuda Islam itu mengikut Jemaah Tabligh atau mengikut Jemaah Rempet, dadah dan jenayah? Yakinlah ramai dikalangan kita tidak kisah jika anak bangsanya tercebak dalam dunia rempet, dadah dan jenayah daripada ikut Jemaah Tabligh. Agama lain memang sudah lama tidak suka kepada Jemaah Tabligh yang sentiasa sahaja bertebaran di seluruh dunia tanpa dibayar oleh sesiapa dan lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri juga membeci Jemaah Tabligh.

          Jemaah Tabligh juga manusia yang sentiasa dibisikan kata-kata hasutan oleh Iblis durjana jadi sudah pasti ada kes-kes terpencil seperti kes kahwin bawah umur,pencabulan,dll. Jangan hanya kes-kes terpencil ini maka Jemaah Tabligh yang banyak jasanya kepada perkembangan Islam di dunia dilabelkan dengan label yang negatif.

          Tak kenal maka tak cinta. Ambilah peluang untuk mengenali Jemaah Tabligh dan azam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita keluar ke jalan Allah SWT. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk bertebaran di seluruh muka bumi menegakan Islam sekarang?
Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:’Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” (QS. 29:19-20)
Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu” (Al An’am: 11)

KITA DI GOLONGAN MANA???

ASSALAMU'ALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARKATU
Semoga tuan2 yang dimuliakan ALLAH s.w.t senantiasa di dalam taufiq dan hidayatNYA dan dibawah rahmatNYA. Pastinya tajuk di atas membuat kita tertanya2, tetapi sebelum kita melayari dengan lebih jauh lagi artikel ini marilah kita bersama2 buka minda dan hati dahulu seluasnya agar kita dapat melayari artikel kali ini dengan lebih tenang dan lapang. 


Sesungguhnya seperti kita seia maklum dahulu kehebatan sejarah islam di dunia, yang mana 2/3 dunia di kaki para sahabt r.a, apalah agaknya rahsia kejayaan mereka.. adakah mereka berjuang atas tiket parti seperti sekarang atau menubuhkan sesuatu kumpulan atau persatuan atupun mncipta ideologi2 untuk menakluk dunia dan mnjadi hebat lalu dihormati dan  disegani. Sesungguhnya tidak sama sekali, perasaan hormat, digeruni, isegani yg diletakkan ALLAH dlm hati2 musuh2 islam pada waktu itu ke atas shbt asbab para sahabt r.a mempunyai iman yg benar kpd ALLAH .s.wt.. mereka tidak prnah meyakini segala teknologi atau apa2pun ieologi utk membngun maju,tetapi mereka hanya usahakan atas iman dan amal mereka, mereka ahanya memikirkan bagaimana utk memasukkn kalimah toyyibah ini ke dlm hati setiap umat muhammad s.a.w dan bagaimana umat dpt mntaati sgl prnth ALLAH s.w.t. Sedikit pun mereka tidak tunuk kpd dunia dan terkesan dngn dunia tetapi dunia yg terkesan dngn mereka.. ini krn amalan2 yg mereka bawa seperti yg dia ajar oleh nabi muhammad s.a.w..


4 perkara itu adalah:
  • TIANG UGAMA
  • TULANG BELAKANG UGAMA
  • GANJARAN UGAMA
  • HATI UGAMA
***********
TIANG UGAMA
(solat berjemaah)

Sebelum Nabi SAW mengembuskan nafasnya yang terakhir, Nabi ada pesan kat Umat supaya Menjaga SOLAT, SOLAT ! SOLAT ! dan di akhirat kelak, soalan yang pertama kali akan di soal adalah solat, jika solat di terima, maka amalan lain semuanya akan di terima.., jika tidak., naduzubillah, sia sialah amalan yang lain walaupun beribu tahun beramal dah berjaya membina Negara islam sekalipun.

 Jika disebut utk membina kerajaan islam, ada satu golongan yang sibuk berusaha ke sana kemari berceramah sehingga mengeluarkan ayat2 yang kurang manis utk didengar yg dilemparkan kepada saudara seagama yang lain semata2 untuk meraih sokongan dari masyarakat, adakah ini cara nabi s.a.w yang menyebabkan perpecahan umat seperti yg telah direncana oleh golongan dajjal laknatullah. Sesungguhnya musuh2 islam ,inilah mereka mahukan perpecahan umat islam,tanpa mereka bersusah payah hanya menabur sedikit fitnah utk memecahbelahkn umat islam. Dikalangan para ilmuan mereka pula sering memandang rendah kepada insan lain sehingga ada yang menyatakan dengan nada sindiran berkata ''ada golongan yang jaga solat 5 waktu kat masjid tapi sia sia sebab tak buat usaha untuk dapatkan Negara islam ''  Inilah masalah umat akhir zaman lbh2 lagi yg kononya bergelar uztaz yg berilmu agama, berilmu tetapi hilangnya keberkatan ilmu tersebut di mana ALLAH menarik kefahaman agama dlm kehidupan mereka sehingga bercakap berlandaskan nafsu sahaja.
Jika dikatakan mereka tidak faham agama pada ilmu yang mereka ada, pasti mereka akan marah, al maklumlah mereka terpelajar mana mahu mendengar cakap orang lain, mereka sahaja yang benar dan orang lain salah. lebih2 lagi dr golongan2 yg tak berilmu. Adakah ini yang rasullullah s.a.w ajar?


Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
ada pula dlm golngan ini yang menafsirkan hadist ini bahawa seluruh bumi Allah ini adalah masjid Allah, kita boleh solat di mana sahaja, Nabi pun ada solat di rumah, di padang.
ALLAH menarik nur ilmu dari hati mereka, ilmu ada tetapi tidak mampu memahami ilmu yang ada dan mengamalkannya.

Dlm kitab Muslim, halaman 89, hadith riwayat Al bukhari, Dari abu hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah bersabda,
“Demi Dzat yang nyawaku berada di tangan-Nya, sungguh aku berkeinginan untuk memerintahkan (agar) mengumpulkan kayu bakar, kemudian aku menyuruh muadzin mengumandangkan azan untuk solat, kemudian aku menyuruh seorang lelaki untuk mengimami jamaah, lalu aku pergi menjumpai orang orang yang tidak solat dengan berjemaah lalu membakar mereka di rumah-rumah mereka. Demi Dzat yang jiwaku di tangan-Nya, seandainya sesorang mengetahui pasti ia akan mendatanginya walaupun harus berkeringat ataupun hujan deras.

 hadith riwayat Abu Daud, dari abu hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Aku mahu untuk menyuruh beberapa pemuda mengumpulkan sberkas kayu-kayu api dan pergi ke rumah orang-orang yang bersembahyang di rumah masing masing tanpa uzur syarie, dan membakarnya.

Kini kita hanya bercermah utk org dtg kpd ceramah2 kita atas lndasan parti berbnding mngjak manusia kmbali kpd rumah2 ALLAH, masihkah mereka tidak nampak bahawa Tiang agama yang mereka selalu katakan selama ini yang mereka sendiri telah bengkokkan di atas kekurangan kefahaman dlm agama walaupun ilmu setinggi gunung sekalipun. Mengapa RASULLULLAH S.A.W bersusah payah ketika sakit tenat masih lagi mahu ke masjid mendirikan solat berjemaah di masjid sehingga di papah 2 org sahabat dan banyak hadist2 lagi yang ALLAH mencela kepada mereka yang tidak mendirikan 5 waktu Di rumah2 ALLAH. Bukankah ini adalah amalan sunnah, bukannya sunat!!!! Inilah cara menyatukan umat bukan cara kita sekarang yg dianggap kononnya atas prjuangan agama tetapi hakikat jauh dr cara yg nabi ajar tetapi mengikut cara musuh2 islam.

 Bila ada pendapat mengatakan solat jemaah di masjid itu fardu kifayah, maka orang munafik mulai berfikir dengan ambil mudah iaitu, jika dah ada orang pergi, kita tak payah pergi, cukup solat kat rumah.., ini fikir orang munafik.., orang beriman bila dengar fardu kifayah, mereka kata: saya kena buat, orang lain tak payah!!
Jika semua orang kampung fikir dengan fikir orang yang beriman, maka penuhlah masjid!! insyaALLAH.
Hari ni masjid kosong sebab kita berfikir macam orang munafik,  nauzubillah.. moga2 ALLAH mengampuni kita semua.

Maka disini kita boleh renung sejenak, siapakah golongan yang benar2 menjaga solat lima waktu kat masjid mengikut sunnah rasullullah s.a.w sehingga golongan ini sendiri berjumpa umat mendakwahkan kepada masyarakat akan kepentingan solat berjemaah di rumah2 ALLAH.

Dalam Al Quran, ALLAH ada berfirman yang mahumNYA
Wahai orang yang beriman, berimanlah…”
Adakah ayat ini kita faham ? untuk kita lebih memahami kita tukarkan sedikit ayat ini
supaya kita lebih memahami.
“Wahai orang yang duduk, duduklah…”
“Wahai orang yang berdiri, berdirilah…”
Tentu kita akan marah kan..kita dah duduk nak kena duduk lagi.. dah berdiri nak kena berdiri lagi.
Tetapi sesungguhnya AL QURAN itu bahasanya cukup indah.

Menegur atau menyaran sesuatu dengan penuh brhikmah, bagi hambaNYA yang di campakakan kefahaman ilmu didadanya pasti mereka akan faham
“Wahai orang yang duduk, duduklah macam nabi SAW duduk, cara sunnah yang beradab dan merendah diri dan janganlah duduk seperti cara Yahudi,Nasrani duduk, ikut logik akal sahaja!!!
Jadi, Itulah maksud ayat dia atas, kita dah beriman, tapi kita belum beriman macam Nabi SAW dan Sahabat beriman. Bukankah nabi mendidik iman sahabat selama 13 tahun, Bukankah ini satu tempoh yang lama. Jadi dakwah orang islam yang beriman kepada iman yang di kehendaki oleh Allah dan rasul, bukan beriman dengan cara yang nafsu kita suka.Inilah yg musuh2 kita mahukan kita hanya beriman sekadar dibibir tetapi bukan sepenuhnya di hati seperti sahabat2 r.a.

Jadi, kepada mereka yang BERSOLAT, bersolatlah macam NABI BERSOLAT. dimana ? di rumah2 ALLAH S.W.T

Hazrat Abdullah bin Ibnu abbas r.a berkata bahawa rasulullah SAW bersabda,
“Sesiapa yang mendengar azan dan tidak pergi solat berjemaah tanpa sesuatu uzur maka solat yang di kerjakan itu tidak terima,” para sahabat bertanya, “apakah uzur itu?” Jawab rasulluah SAW, “takut dan sakit’(Hadith riwayat Iman Abu Daud dan Ibnu Hibban)
Tuan-tuan, Kejayaan manusia bila taat perintah Allah ikut cara Nabi Muhammad s.a.w.
Bila azan berkumandang, Nabi SAW dan semua sahabat pergi solat jemaah di masjid, tetapi kita sering beri alasan,sakitlah, penatlah, jauhlah, perasan sibuk, itu ini begitu begini, maka tahniah kepada kita sendiri kerana masih taat perintah Allah dengan solat di rumah, tapi celakalah bagi mereka kerana mengingkari Rasul dengan tiada langsung perasaan bersalah meninggalkan sunnah Nabi, tapi mahu pula nak syafaat nabi di sana, adakah nabi mahu mengaku kita umat jika sunnah2 baginda s.a.w kita tinggalkan ? Jadi kita boleh sama2 kumpul jawapan utk memberi jawapn kpd soalan2 ALLAH, kenapa tak mampu berjemaah dirumah2 ALLAH......

Kita pula sering kata..
alahhhhhhhh Sunnah tu sunnatje.., buat dapat pahala, tak buat tak apa..
Inilah kata2 yang menyesatkan kita.
Sesungguh nya kedua2 perkara ini adalah jauh berbeza
Sunnat: buat dapat pahala, tak buat tidaka menapa tetapi amatlah rugi ialah takkan taknak pahala tambahan. Duit tambahan nakkan.. sanggup kerja OT utk keperluan dunia apath lagi keperluan akhirat lagi2 lah kena buat.
Sunnah: buat dapat pahala banyak malah lbh mulia dr arasy ALLAH, tetapi jika tinggalkan, Nabi    tak mengaku ummat!!!
mcm mana nak ngaku saudara jika sauar kita sendiri buang kita mcm tulah kita hari ini membuang sunnah2 nabi dlm kehidupan, kononnya ketinggalan zaman.nauzubillah 

 Nabi s.a.w pernah bersabda" Siapa yang mengikut sunnah2 aku tanda dia mencintai aku, siapa yg mncintai aku dia brsama2 aku di dlm syurga "

Nak lagi mudah faham, ibadat2 tambahan seperti solat dhuha,solat rawatib etc adalah sunat, tetapi CARA SOLAT itu di kerjakan, itu adalah SUNNAH!!  cth bersolat di masjid secara berjemaah.

''Di riwayatkan daripada Hazrat Abdullah bin Mas’ud r.a katanya, Sesiapa yang berhasrat menemui Allah pada hari esok sebagai seorang islam maka hendaklah dia memelihara solah solah fardu dengan mengerjakan solat di tempat azan di azankan(yakni di masjid). Allah telah mengsyariatkan untuk Nabi kamu jalan petunjuk, dan solat berjemaah adalah salah satu daripada jalan jalan petunjuk. Jika kamu bersolat di rumah sebagaimana yang di lakukan oleh mereka yang meninggalkan solat berjemaah maka sebenarnya kamu telah meninggalkan sunnah Nabi kamu Dan apabila kamu meninggalkan sunnah Nabi kamu maka sesatlah kamu…(hadith riwayat imam muslim, abu daud, Nasai dan Ibnu Majah)''

Jadi tuan2 yang mulia, tanya lah diri, cerminlah diri adakah kita dlm golongan yang menitik beratkan mendirikan solat berjemaah 5 waktu di rumah2 ALLAH S.W.T atau hanya melepaskan batuk di tepi tangga sahaja, sekadar cukup syarat solatje. Marilah kita sama2 bentuk fikir semula dan belajar2 berusaha mengamalknnya, insyaALLAH ALLAH akan mbntu hambaNYA yg berazam utk berubah kpd yg lbh baik.
--------------

TULANG BELAKANG UGAMA
( DAKWAH )

Ini satu bab lagi yang ramai ulama dan para ustaz keliru apatah lagi org awam mcm kita ni..
Wahai orang yang beriman, berimanlah
Wahai orang yang berdakwah, berdakwahlah
Wahai ustaz dan ulamak, Berdakwahlah kamu macam Nabi berdakwah
Bukankah ulamak pewaris Nabi ?
Kenapa berdakwah cara yahudi, nasrani, majusi ?
Adakah Nabi tersilap mewarisi ?
Atau ulama kini bukan sebenarnya ulama yg mursyid ?
Kenapa tergamak menyesatkan ummat ?
Ilmu yg ada hanya utk kpntngan peribadi.
ALLAH akan memperhitung ilmu2 kamu disana !!!
Dahulu para sahabt menangis menyampaikan sesuatu ilmu berbanding  segelintir ulama2 kini kerana para sahabat faham akan setiap ilmu yg mereka sampaikan pasti akan diperhitungkan. Inilah para sahabat r.a yg memahami agama seperti yg ALLAH kehendaki.

Hari ini ramai ustaz dan ulamak tidak berdakwah seperti Nabi berdakwah n para sahabat r.a, bukankah ini ummu ibadat dan sunnah yang tertinggi. Benarlah, Usaha dakwah ini ialah pilihan ALLAH bukan kerana kebolehan. Jika kebolehan pasti kutu rayau,penagih dadahpun tak buat usaha agama ini tetapi ia pilihan ALLAH, mungkin ada sesuatu amal yg ALLAH suka hingga memberi hidayah memilih utk membuat usaha agama ini seperti para nabi n para sahabat. Jika dulu semua 124 ribu Nabi berdakwah dari pintu ke pintu, hati ke hati, berjumpa masyarakat sehingga ada di antara mereka dibunuh, dihina, dilukai tapi hari ni ustaz dan ulamak(bukan semua) hanya menanti ummat datang kepada mereka, duduk di kerusi dengan senang lenang dan duit masuk ke poket tiap2 bulan berbeza dengan para nabi n para sahabat yang pergi cari ummat n korbankan segalanya utk agama tetapi kita pula mengumpul dunia dari agama. Adakah kita lebih mulia dr para nabi n para sahabat ini sehingga kita meninggalkan kerja usaha agama ini.

Mungkin mereka keliru dengan MENGAJAR dan MENGAJAK, MAJLIS ILMU dan MAJLIS DAKWAH.

Dalam majlis ilmu, pelajar kena mencari guru, guru yang bercakap di muliakan, orang yang mendengar kena rendah hati. Jika ini, tuan2 guru tidak dpt ditarbiah hati mereka kerana sentiasa dimuliakan.
Tapi dalam majlis dakwah yang biasa para Nabi buat di depan pintu rumah orang yang baginda dakwahkan itu: Guru kena cari pelajar.., orang bercakap kena rendah diri dan orang yang mendengar kena di muliakan.., walaupun dia orang kafir dan jahil sekalipun. Inilah jln ALLAH akan mertarbiah kepada sesiapa yg membuat kerja usaha agama ini seperti ALLAH mentarbiah para nabi dan para sahabat sehinggakan mereka memiliki iman yang teguh dan bulat berbeza dengan kita.

Allah sendiri perintahkan Nabi Musa a.s berlemah lembut bila berdakwah pada firaun!!

Ada Riwayat dari Bukhari daripada Jabir RA akan berkatalah dua malaikat ketika melihat Nabi Muhammad SAW sedang tidur, buatkan perbandingan mengenai diri Nabi ini.
Maka berkatalah salah satu malaikat bahawa perbandingan akan diri Nabi Muhammad ini adalah seperti seorang yang menyeru kaumnya supaya berpindah dari kampung kerana akan datang bala tentera untuk menyerang, lalu ada yang ikut dan ada yang enggan percaya, kemudian datanglah bala tentera memusnahkan kampung itu dan binasalah mereka yang enggan dan selamatlah mereka yang mengikut jejak Nabi Muhammad SA

Pendakwah, penyampai, utusan, dan mereka yang seangkatan dengannya adalah seperti seorang juruteknik yang telah di beritahu oleh jurutera pakar bahawa akan terdapat sebuah kondominium akan runtuh, lalu si juruteknik ini menyeru penghuni kondo mengosongkan kondo itu, namun hanya sebahagian yang percaya, sebilangan besar dengan bodoh dan bangangnya menolak, mentakwil, mempertikaikan, memperlekehkan, mengejek, hanya kerana dia seorang juruteknik….oh!

Lalu tak lama kemudian, runtuhlah kondo itu…

Dan cerita tentang Nabi akhir zaman ini pula adalah seorang yang buta huruf, anak yatim, pengembala kambing…orang miskin
Inilah  cerita benar yang kita seniri trlepas pandang…, Nabi seorang yang buta huruf, tanpa PhD, miskin, mengaku Nabi di kawasan paling ramai orang jahat, mengejutkan bangsa Yahudi yang telah lama memandang hina bangsa Arab dan marilah kita lihat situasi sekarangpun sama seperti kisah nabi kita.
Lihat kepada diri kita,bila ada satu golongan yg hadir kerumah kita atas agama dan kerana ALLAH, kita memandang renahkan mereka ini, menghalau mereka, memandang rendah apa perkara yang mereka inginsampaikan semata2 mereka bukan uztaz!!!! Kadang kadang ada orang melayu kita bila ulamak India yang datang berdakwah di pandang hina, kerana dek perbezaan kulit berbanding bila melihat orang eropah kafir bertali leher,berkemeja kemas kita memandang tinggi akan mereka. Jadi tidakkah kita sama seperti kaum2 yahudi di zaman rasullullah, penentang agama. nauzubillah.

Seorang mubaligh India pernah berkata
“kami orang India bila bila buat dakwah, seluruh dunia hina kami macam anjing, kami di halau macam pengemis, Ya, memang kami pengemis,tetapi kami mengemis kepada manusia supaya pulang kepada Allah…(sedang air mata mengalir di pipinya)

Bersabarlah kamu wahai pendakwah, Nabi dahulu bila berdakwah telah di hina oleh bangsa sendiri, Hari pertama istihar Kenabian, telah di tempelang oleh anak Abu jahal, Nabi pernah di sepak macam anjing, pernah di humban ke tanah seperti sampah, pernah di tumbuk sehingga tercabut giginya, di baling najis, di lontar batu sehingga berdarah , di hina di caci, di dusta di lukai, ini adalah gara gara berdakwah dari pintu ke pintu.Hati ke hati,yakinlah inilah jalan yang hak bukan jalan para ulama atau uztaz yg hanya berdiam diri di pejabat2,masjid menanti umat datang seang diluar terdapat berbilion umat yg sedang menderita, berlari2 ke neraka ALLAH, nauzubillah.....

Maka.. berbalik kepada isu mana-mana fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic, akan siapakah yang BENAR . Cerminlah diri, janganlah menyombongkan diri.

Jika kita rasa di pihak yang BENAR, maka kita kena bergerak menyampaikan walaupun satu ayat kebenaran dari rumah ke rumah untuk bagitahu pada setiap orang bahawa kita adalah benar menyampaiakan kalimah lailahhaillallah!! Inilah yang di buat oleh semua Nabi dan Rasul!!! Bagitahu kebenaran mereka di setiap pintu rumah manusia!!! Bagitahu dengan lemah lembut dan rendah diri..Korbankan masa,diri dan harta.

Kalau kita hanya duduk bercakap berapi api di masjid ,balai raya, dewan, kita telah menzalimi masyarkat kita kerana berapa ramaikah yang hadir pada ceramah2 kita,wahai tuan2 yang dimuliakan ALLAH.
Biarpun kita berhujah dengan benar, tapi tetap salah kerana tidak bergerak dari pintu ke pintu untuk menyampaikan kebanaran dan tiada perasaan seikitpun bersalah kepada masyrakat diluar sana yang berbillion menderita, malah memandang rendah kepaqda golongan yang berdakwah rumah ke rumah ini mengatakan mereka tidak berilmu malah ada dikalangan kita mengatakana mereka sesat, nauzubillah. Sesungguhnya kita la yang sesat sedangkan merekalah yang hak kerana mereka telah mengamalkan kandungan al quran bukan kita yang hanya setakat baru membaca dan berbahas tentang ilmu2 yang terkandung di dlm kitab suci tersebut.

we are SELFISH man!!!

Macam contoh, jika kita pakar bangunan runtuh, kita tahu sebuah flat akan runtuh, kita ada bukti kukuh, dan dalil saintifik yang menguatkan hujah, tapi jika kita setakat bersembang di pejabat, Habislah penduduk di flat tersebut,lebih2 lagi di sana ada ibubapa kita,pakcik makcik kita dan kita akan di salahkan oleh kerajaan kerana:
Kenapa tak bagitahu setiap penduduk di flat itu bahawa bangunan akan runtuh..
Dengan tanpa perasaan serba salah kita jawap 
Dah iklan dalm surat khabar.(bukan semua baca surat khabar)
Dah bagi ceramah kat masjid.(bukan semua orang pergi masjid)
Dah buat lagu Nashid muzik rojak.(bukan semua orang dengar lagu)
Dah buat VCD.(bukan semua orang ada VCD player)
Dah sampaikan melalui internet, FB, blog ( bukan semua ada internet)
Jadi tanya lah kita adakah kita sekarang dalam golongan yang hak yang  ikut sunnah Nabi terutama dalam berdakwah, tak kira macam mana canggihpun zaman, bila bomba nak runtuhkan bangunan, maka ahli bomba itu akan pergi setiap pintu ke pintu untuk memastikan semua orang dah keluar, begitulah dakwah para nabi dan rasul, mereka akan pergi ke setiap pintu manusia, nabi Nuh a.s bagitahu pada semua orang, banjir besar akan datang..,
Kalaulah setiap kali dari bekas tapak kaki Nabi berjalan itu dapat tumbuh rumput.., maka seluruh Mekkah dan Madinah akan penuh dengan rumput kerana Nabi SAW sendiri selama 13 tahun di mekah dan 10 tahun di madinah pergi jumpa manusia dari pintu ke pintu, dari hati ke hati.. dari rumah ke rumah , dari kabilah ke kabilah..tapi pelik ada satu golongan yang sibuk dengan politik yang kononnya berpaksikan islam mempergunakan kisah nabi mendirikan negara di madinah tetapi mereka lupa atau buat2 lupa tentang 13 tahun di mekah dan hakikat di madinah rasul tetap menghantar jemaah2  yang terdiri dr sahabat2 baginda s.a.w pergi berdakwah hingga kehujung dunia, mereka tekan perasaan mereka, sanggup meninggalkan biumi madinah,mekah,sanggup menggalkan nabi yang trcinta demi agama tetapi lain pula kita,tak habis2 dengan hujah2 sombong kuasa, politik,negara islam,bagaimana nak fikirkan dahan sedangkan akar mati.

Bertaubatlah wahai para pendakwah yang tak ikut cara Nabi, kembalilah kepangkal jalan, setakat pergi 5 tahun sekali bila tiba pilihan raya baik tak payah, dulu cakap ahli neraka kerana tak pergi mengundi, sekarang dekat batu talam baikot pilihan raya apa cerita? Siapa pulak ahli neraka, betulah kata Nabi, siapa tuduh orang islam sebagai orang kafir, maka kapir itu akan kembali kepada dirinya sendiri, kenapa mudah kita mengkafirkan saudara kita yang lain, jika mereka jauh dr ALLAH sepatutnya kita kena jumpa mereka,cerita dengan penuh berhikmah tentang agama,dan rendahkan hati insyaALLAH hidayat ditangan ALLAH. Ini tidak ceramah sana sini membusukkan saudara seagama,kafir mengkafirkan adakah ini politik cara rasulullah.. cuba jawap ci .

Ibrahim adham seorang wali Allah yang terkenal tinggalkan kerajaan dan pangkat dia untuk sempurnakan iman, kita pulak bercita cita untuk dapatkan kerajaan untuk sempurnakan iman? Boleh ke macam tu? Sama ada kita yang tak faham agama atau Ibrahim adham yang tak faham ugama?

Dakwah adalah tulang belakang agama, tanpa dakwah agama akan lumpuh, dan agama memang sedang lumpuh sekarang ini kerana kita sedang sibuk mematahkan tulang belakang agama secara tidak sedar dengan mengabaikan dakwah cara nabi SAW malah menghalang dan tidak menyokong saudara kita yang lain membuat dakwah,nauzubillah, sedangkan orang murtad berbondong bondong…,


------------
GANJARAN UGAMA
( TIDAK MEMINTA UPAH )

Zaman sekarang, pendakwah yang tak mintak upah di anggap sesat, manakala pendakwah yang dapat upah di muliakan, di sanjung…huh!

Dulu Nabi buat dakwah tanpa upah juga, dan memang Nabi juga di anggap sesat, so kITA FIKIRLAH SENDIRI.

Dalam surah Yassin ada bagitahu, ''ikutlah orang yang tak minta upah''..,
JIka ada fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang mintak upah, nak bayar duit minyak duit tol, nak beli poster tampal poster, tengah ceramah datang tabung bergerak. fIKIR FIKIRKANLAH.
Nabi suruh guna harta kita sendiri untuk tegakkan agama, bukan harta duit orang lain, masa nak hijrah dulu, Abu bakar RA bagi free kat nabi SAW unta dan kelengkapan, Nabi tolak, Nabi beli dengan abu bakar secara hutang kerana tertib nak tegakkan ugama kena guna harta sendiri!!!
Kalu korang takde duit nak tegakkan ugama, kenapa tak berhutang? Nak beli kereta dan rumah boleh pulak berhutang, untuk ugama kenapa nak orang support? Tak faham ugama betul!!!


-------
HATI UGAMA(HUBUNGAN DENGAN MASJID)

Hati bagi kampung adalah masjid,
Jika hati kosong bagaimanakah perasaan kita, pasti terasa serba tak kena,jika hati sakit apatah lagi,pasti kita akan berikhtiar mencari penawar,jumpa doktor dan berbagai2 cara utk menyembuhkan hati tetapi bagaimana jika masjid kosong ? siapa yang peduli ?Ada golongan  yang sibuk berzikir sehingga tiak ke masjid, sehingga ada seorangahlinya berkata jika ke masjid maka tak dapatlah habiskan zikir. nauzubillah,sesungguhnya iblis telah berjaya menyesatkan kita dalam bidang agama.

Pernah seorang ahli tarikat bertanya:
kenal tak Allah?
Dia cakap:
“Permulaan agama, adalah mengenal Allah”
Tetapi bagaimana kita nak mengenal ALLAH sedangkan rumah ALLAHpun kita tidak mampu pergi, adakah iman sebegini mampu membuat kita mengenal ALLAH,ingatlah bahawa zikir dikurniakan ALLAH untuk kepada para pendakwah mententeramkan hati mereka selepas mereka penat keluar berdakwah,dihina,icacai,,ditentang dan ALLAH ubati mereka dengan zikir.Ini barulah jalan yang hak untuk kita mengenal ALLAH,kita membuat kerja ALLAH,memakmurkan rumah ALLAH.

Pelik ,jika mereka ini yang dikatakan benar2 mengenal ALLAH, Kenapa masih tidak memakmurkan rumah Allah,? Bukankah ALLAH mencintai hamba2NYA yang memakmurkan rumah2NYA.
kita sibuk berzikir sampai tak datang masjid apa cerita?
Zikir tu memang dapat menteramkan jiwa, tapi jika sampai tak datang solat jemaah kat rumah ALLAH itu tandanya iblis berjaya menipu kita. Allah bagi nikmat zikir kpd nabi dan rasul sebab mereka dah banyak korban perasaan bila berdakwah, jadi bila berzikir dapat menenagkan jiwa raga dan pulihkan semangat, ini kita tidak, yang sibuk berzikir tapi tak berdakwah , apa cerita?
Zikir seperti bawang goreng atas nasi goreng, memanglah bawang goreng tu sedap terutamanya bagi mereka yang takde makanan, tapi hakikatnya bawang goreng adalah penghias kepada nasi goreng, itulah hakikat dakwah, berdakwah tu macam nasi goreng, manakala berzikir tariqat itu macam bawang goreng,
Bila korang buat amalan agama tapi tidak menghubungkan diri dengan masjid, maka amalan kita seperti air mustrakmal, bersih tapi tidak menyucikan… kita kena jadi air mutlak, suci lagi menyucikan..

Ada jugak golongan yang nak kemajuan, ekomomi, ilmu, dan Negara islam tapi aktiviti mereka tak buat kat masjid macam Nabi buat, mereka sibuk nak islamkan bank,  islamkan mahkamah, islamkan universtiti dan islamkan Negara… tapi lupa nak memakmurkan rumah Allah.., masjid jadi tempat solat sahaja dan adat nauzubillah..,

Sungguh kasihan..
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18)
Benarkah kita sudah jadi orang yang beriman walaupun mengabaikan pemakmuran rumah Allah?
Kita sibuk marah jika tiadanya klinik yang 24jam,jika hospital tidak 24jam jika balai polis tidak 24jam,jika bomba tidak 24jam malah pusat2 membeli belah kinipun ada yang 24jam, kerana kita sedar akan kepentingannya,cuba bayangkan jika hospital tidak 24jam, bomba tidak 24jam, polis tidak 24jam,
askar tidak 24jam,apa yanag akan terjadi kepada negara ? Tetapi kita tiak pernah sedikitpun kisah tiada satupun rumah ALLAH yang hidup 24jam kecuali markas JEMAAH TABLIGH di SRI PETALING YG HIDUP 24 JAM jadi kita ucapkan tahniah kpd mereka krn golongan ini berjaya menghidupkan markas mereka dan pelik jika golongan ini berusaha untuk memakmurkan rumah2 ALLAH di kawasan2 kita kita halau mereka,kita tidak mahu bekerjasama,kita memandang rendah akan mereka ,kamu sedar atau tidak sbenarnya disisi ALLAH darjat mereka cukup tinggi dan mulia berbanding kita,mereka hanya sibuk memikirkan soal umat seperti fikir nabi,sibu dengan kerja dakwah seperti kerja nabi,sibuk dengan amalan2 memakmurkan masjid seperti nabi dan sahabat,sibuk dengan amalan n memprbaiki akhlak seperti yang di ajar nabi, menghidupkan sunnah dlm kehiupan mereka tetapi kita ? Tanya kemabali sedalam2nya dalam hati,
Kenapa? Kenapa masjid berkunci? Kerana takde fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang sudi lapangkan masa untuk hidupkan masjid 24 jam macam masjid Zaman Nabi saw!!!

Jangan jadikan masjid sekadar pelepas hajat(buang air), pergi bila berhajat sajer, bila nak khawin, bila nak tahlil dan bila jadi mayat baru tunjuk muka kat masjid!!!



Kesimpulan:


Maka nasihat aku kepada korang semua yang masih keliru atau sedang keliru dengan berbagai bagai fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic supaya renung an fikir dengan akal yang di kurnia Allah untuk menilai siapakah yang benar?
yang mana bagi kita jika ada fahaman, parti, kumpulan, pertubuhan, sindiket dan gerakan so call Islamic yang :
MENGABAIKAN SOLAT JEMAAH
BERDAKWAH BUKAN CARA NABI
MINTAK UPAH
AKTIVITI MEREKA BUKAN DI MASJID

Maka mereka adalah sesat dan menyesatkan!!!!!!
 dan KENAPA PERLU MENYESATKAN DAN MENGHALAU
  golongan yang :

MENGHIDUPKAN SOLAT BERJEMAAH
MENGHIDUPKAN AMALAN DAKWAH
IKHLAS KERANA ALLAH
MEMAKMURKAN MASJID DENGAN AMALAN2 MEREKA DI MASJID

Tanya kembali kepada kita adakah ita masih lagi mahu menyombongkan diri menegakkan benang yang basah,terserahlah sesungguhnya ALLAH lebih maha mengetahui hamba2nya yg benar2 jujur dalm memeprjuangkan agamaNYA seperti cara NABI MUHAMMAMD S.A.W