Rabu, 25 November 2009

UNTUKMU ISLAM.....usah bertaklid buta

Untuk saudara seagama...harap kita semua dalam lindunganNYA dari fitnah akhir zaman, kekolotan dan kesempitan akal,beremosi,sifat2 mazmumah dan hasad dengki manusia. Teringat saya pada kem motivasi anjuran BTN untuk program peranis siswazah pada awal bulan.Menanam sifat kenegaraan dalam setiap hati para peserta.Pasti dari segi pemikiran yang dangkal, penyampaian modul2 terasa berat sebelah, lebih kearah meraih undi,atau sokongan kepada pihak kerajaan.Bagi saya...mungkin ada benar,cuma disini saya hanya mahu membuka rakyat tentang kepentingan kenegaraan yang lebih positif dengan menolak parti2 di hati mereka.Pasti kita banyak membaca dan mendengar berbagai cerita dunia politik masa kini,dengan gejala2 rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya,tapi bukan ini yang ingin saya ketengahkan,yang saya mahu,bahawa kita sebangsa,seagama lebih2 lagi para golongan X,bakal peneraju masa depan negara,tidak cepat melatah,beremosi dan bertaklid buta, bila mendengar atau membaca sesuatu rencana.Bukankah ISLAM mengajar kita meneliti setiap berita dan tidak sewenang2 nya menelan untuk mengelakkan darai fitnah yang boleh mengakibatkan perpecahan kita..Lihatlah wahai saudara2 ku dan sedarlah,kita telah berpecah,berpuak2,lebih mementing soal kuasa,soal kepentingan peribadi dari memikirkan kebaikan bersama.Saya masih teringat akan kata2 seorang hamba ALLAH,kenalan saya yang bertaklid buta menyatakan kekafiran sesama agama,menyatakan org itu ,org ini wahabi termasuklah Dr Asri bekas mufti perlis hanya bila dia mendengar org berkata dan membaca rencana2 yang tanpa soal selidik dan dilapisi dengan hujah2 yang kuat.Begitu mudahnya masyarakat kita sekarang menyatakan sesuatu biarpun pada dasarnya dia sendiri tidak selidiki dan jelas.Saya tidaklah marah,malah saya selidiki setiapa kenyataan yang dibuat,saya telah banyak memabaca rencana2 Dr Asri,rencana melalui blog2 pembanteras wahabi,blog JAKIM dan lain2 demi mendapatkan penjelasan sebenar.Keputusannya saya tidak nampak apa2pun yang salah pada setiap rencana2 Dr Asri dan forum2nya.Mengapa kita mudah mempercayai sesuatu berita daripada meneliti terlebih dahulu.Saya tidak bermaksud menyokong mana2 pihak tetapi biarlah kita berdiri dengan kebenaran dan hujah2 yang jelas dan terang tetapi bukan kerana kepentingan peribadi dan hujah2 yang kosong tanpa ilmu yang cukup.Saya sendiri ingin menegur segolongan ahli2 politik berucap yang ingin meraih undi,jujurlah pada setiap perkatan dan jauhi dari ucapan2 kesat,menghina,cercaan,hasad dan menjatuhkan seseorang pihak lawan baik UMNO,PAS atau PKR.Yang saya amat sedih bila melihat tokoh2 dengan berpakaian agama,berucap dengan kata2 hinaan,tanyalah kepada diri,adakah ini NABI kita MUHAMMAD S.A.W ajar.Ini boleh mengakibatkan penerimaan masyarakat yang mudah bertaklid buta membuat andaian2 dan akan mendatangkan perpecahan dikalangan umat islam,lihat sahaja bukti2 yang kita lihat,perpecahan dikalangan umat2 islam di MALAYSIA,lebih melihat pada parti,kepentingan diri dari kesatuan ummah.Saya sedar ini agak pedas untuk ditelan tetapi marilah kita bersama2 menilai sesuatu perkara sedalam2 nya daripada bertaklid buta dan usahlah kita sering memperkatakan aib2 saudara kita,menghina,mengkafirkan,mencerca sesama agama ingatla pada hadis2 nabi bahawa baginda lebih mementingkan ummah dari peribadi.MUdah2an kita berubah kepada yang lebih baik demi kesejahteraan bersama.

Jumaat, 20 November 2009

ANTI ISLAM

ASSALAMU'ALAIKUM buat saudara islam ku,semoga dirimu sentiasa dalam keteguhan iman,kedamaian hati,dan ketengan akal...SALAM PERSAUDARAAN n SEJAHTERA buat sahabat2ku xsealiran agama denganku,semoga dirimu senantiasa dalam kebaikan dan kebahgiaan.

Anti islam?saya telah banyak membaca blog2 seperti ini, saya sedikitpun tidak terasa tentang hujah2 di blog sedemikian, kerana islam  bukan lah seperti yang mereka katakan, itu hanyalah sekadar takliq buta.

wahai sahabat2ku yang bukan seagama denganku, tanya lah dirimu sendiri, kami islam tidak pernah anti kepada apa2 agamapun di dunia ini,ketahuilah islam bukanlah pengganas, tetapi bermaksud kedamaian,keharmonian,fitrah manusia...ia...FITRAH...

wahai sahabat2ku...FITRAH bermaksud asal keinginan,asal kejadian.....semua bayi yang lahir kedunia ini adalah islam...tetapi ibubapa yg mencorakkan agama ank2 mereka sama ada majusi,nasrani atau yahudi.

Kami umat islam sedar,kami dilanda penyakit kemiskinan dan kemunduran serta perpecahan....tetapi itu berlaku kepada umatnya sahaja...yang disebabkan ujian dan bala dari TUHAN YG ESA kepada kami yang mana salah kami semakin hari semakin hilang keimanan,ketakwaan,solat makin dilupakan,terpengaruh dengan budaya2 kuning dll.Tetapi ISLAM tetap terpelihara dan dijaga,seperti yang telah terbukti sehingga kini AL QURAN tidak tercemar denga cubaan2 utk mengubahnya seperti mana yang berlaku kepada kitab golongan yahudi dan nasrani yang dikotori oleh tangan2 mereka dengan mengubah ayat2 dari TUHAN YANG ESA.

Saya bukanlah berpendidikan tinggi dalam agama ,tetapi saya berusaha erdakwah kepada jalan yang benar,
wahai sahabat2ku....setiap rumah pasti ada pintu,dan setiap pintu ada kuncinya...begitu jua dengan pintu2 langit dan syurga......kunci itu hanya ada pada islam....iaitu ucapan AKU BERSAKSI TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI MUHAMMAD ITU PERSURUH ALLAH....insyaALLAH,kita berdialog dengan positif dan mengikut tata tertib bukan dengan emosi...

Kepada saudara islamku, berubahlah....jangan salahkan umat lain memijak umatmu...tanya lah dirimu sendiri adakah RASULLULLAH akan mengaku dirimu umat baginda, jika dirimu tidak pernah ingat kepadanya, melalaikan suruhanNYA,n alpa kepada kewajiban yang DIA tetapkan iaitu SOLAT..Marilah kita berubah...jangan menunding jari kepada kesilapan sendiri,jangan lah beremosi dengan cacian umat lain tetapi ingatlah NABI KITA MUHAMMAD S.A.W berdakwah dengan akhlak yang terlalu mulia.insyaALLAH kita bersama2 berpimpin tangan berubah kepada yang lebih baik...amin.

Khamis, 19 November 2009

PERPADUAN

Dr Rahmat Ghazali

Usaha kerajaan untuk mewujudkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ sebagaimana yang dicanangkan tahun lalu mengheret beberapa persepsi terhadap pencapaian negara dalam usaha menyemarakkan perpaduan kaum. Antara persoalan yang terbangkit ialah sejauh manakah usaha kerajaan selama ini berhasil untuk memakmurkan perpaduan kaum, dan apakah pencapaian usaha perpaduan kaum selama ini amat lemah sehingga kerajaan memerlukan suatu sistem indikator bagi mengesan konflik perkauman.

Pada junktur sejarah, usaha serius Malaysia ke arah perpaduan kaum dilihat mula bercambah setelah tercetusnya tragedi 13 Mei apabila Majlis Perpaduan Negara dan selaras dengan itu Kementerian Perpaduan Negara ditubuhkan. Namun saya lihat bahawa bibit-bibit usaha ke arah yang sama juga telah dibenihkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957 lagi. Dalam konteks ini klausa-klausa dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjurus kepada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, peruntukan pelaksanaan sekolah jenis kebangsaan dan penggunaan bahasa kaum minoriti, telahpun dimaktubkan melalui Artikel 152 dan 153, yang seringkali kita rujuk sebagai ‘kontrak sosial’ antara pemimpin-pemimpin parti pelbagai etnik yang dominan di Malaysia.

Sebagaimana yang pernah ditunjukkan oleh kajian Furnival (1956), negara-negara Dunia Ketiga pascamerdeka amat teruk dikacaubilaukan oleh penjajah dengan polisi ‘pecah dan perintah’. Polisi sedemikian juga amat lumayan diamalkan oleh pihak British ke atas datuk nenek kita dahulu sebelum merdeka kerana pendekatan sedemikian menguntungkan pihak penjajah. Bagi Furnival falsafah sedemikian telah mewujudkan dan mengukuhkan pluralisme atau suatu bentuk masyarakat berbilang kaum yang ‘they mix but do not combine’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mereka bercampur tetapi tidak bersatu.’ Bagi Furnival falsafah pluralisme sedemikian lebih banyak mendatangkan bencana kepada kestabilan sosial dan politik negara. Menurut Dr Candra Muzaffar, masyarakat kita lebih cenderung kepada hubungan ‘fungsional daripada hubungan empatetik’. Makudnya kita sekadar berhubungan di pejabat, di pasar dan di tempat kerja, tetapi kita tidak mahu berkongsi masalah yang melampaui sempadan-sempadan persekitaran tersebut.

Sebaliknya kita juga sedar bahawa ‘perpaduan kaum’ adalah pemboleh ubah penting dalam menentukan kestabilan politik, sosial, malah ekonomi. Perpaduan kaum itu menuntut hubungan ‘empatetik’ sebagaimana disarankan oleh Dr Chandra. Mana-mana kerajaan jua pastinya berusaha untuk menentukan elemen-elemen penting perpaduan kaum ini digarap supaya pembangunan sosial, ekonomi dan infrastruktur dapat dicapai. Konsep masyarakat majmuk sebagaimana yang dilihat oleh Furnival, memperakui dan membenarkan keperbedaan nilai, norma, budaya dan adat resam sesuatu kaum minoriti. Malah dalam konteks Malaysia, kerajaan amat prihatin dan kaya timbang rasa sehingga toleransi dalam konsep pluralisme itu, tanpa disedari, sedikit-sebanyak telah menjadi peyumbang kepada benih-benih perkauman sesama kita.

Pada suatu ektrim tertentu saya melihat bahawa usaha jitu kerajaan untuk memakmurkan dan menyuburkan perpaduan kaum melalui program perpaduan kaum antara masyarakat berbilang etnik telah banyak terganggu dan kadangkala terbantut pada kadar yang tidak sanggup kita perakui. Tanpa niat mencabar Perlembagaan, melalui falsafah yang didokong oleh Artikel 152 (memberi hak kepenggunaan bahasa minoriti), saya melihat seakan-akan wujud konflik dengan falsafah yang didokong oleh Artikel 153 (menekankan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi).

Saya juga terlihat Artikel 152 telah menyuburkan kewujudan sekolah-sekolah monoetnik, dan media massa monoetnik yang memberikan tumpuan kepada etnik-etnik yang diperwakilkan melalui bahasa ibunda masing-masing. Malah kita lihat papan tanda iklan kedai-kedai di mana-mana bandar di Malaysia lebih mengutamakan bahasa ibunda masing-masing daripada mengangkat falsafah Artikel 153.

Dalam persekitaran yang keterasingan sedemikian saya lihat aliran dan hala tuju perpaduan kaum tidak menggalakkan pertembungan budaya yang dibawa oleh sistem sekolah monoetknik, dan begitu juga media massa monoetnik. Hal ini menjadi semakin rumit apabila institusi politik kita juga di lihat tertegak atas falsafah monoetnik yang turut memakmurkan konsep pluralisme Furnival.

Profesor Hamdan Adnan, bekas Pesuruhjaya Suhakam, pernah mencatatkan bahawa daripada tahun 1945 hingga 1969 sejumlah dua puluh dua insiden pergeseran etnik telah berlaku, dengan peristiwa 13 Mei 1969 sebagai insiden yang paling dahsyat. Saya gusar dan sangsi jika statistik sedemikian menurun kerana kadangkala diri kita sendiri seringkali menutup sebelah mata untuk mendedahkan secara serius isu-isu sedemikian.

Misalnya Malaysia tidak sunyi daripada peristiwa yang condong kepada perbalahan etnik seperti peristiwa penentangan Dong Jiao Zhong terhadap dasar kementeraian pendidikan pada tahun 1987 yang membawa kepada pelaksanaan ‘Operasi Lalang’, yang menurut beberapa pemerhati politik, hampir sahaja mengulangi peristiwa 13 Mei. Perbalahan pengurusan sebuah kuil Hindu dan masjid di Kampung Rawa, Pulau Pinang pada tahun 1998, tragedi Kampung Medan pada tahun 2001, peristiwa pergaduhan etnik antara peserta PLKN, dan isu mahasiswa UM (malah di semua universiti di Malaysia secara amnya) yang tidak mesra dalam bentuk hubungan silang-etnik, mungkin mengundang kita untuk sama-sama memikirkan tentang kejayaan dasar dan modus operandi perpaduan kaum negara.

Mungkin juga pada suatu ekstrim yang lain, peristiwa-peristiwa berkenaan hanya sekadar kes-kes terpinggir yang tidak harus dilihat sebagai perbalahan etnik tetapi sebaliknya hanyalah perbalahan dua pihak yang boleh saja berlaku dalam kandang intraetnik itu sendiri, dan bukan sekadar dalam persepsi silang-etnik. Sebagaimana lunaknya peribahasa Melayu yang mengatakan bahawa ‘sedangkan lidah lagi tergigit’ apatah lagi situasi iklim kepelbagaian etnik di Malaysia yang bersandar kepada perbezaan bahasa, budaya dan agama sebagai komponen sensitif yang menuntut toleransi tinggi sesama kita.

Walau bagaimanapun kita tidak boleh memandang ringan pada perkembangan hubungan ethnik kontemporari sebagaimana terpancar daripada usaha kerajaan untuk menubuhkan ‘sistem amaran konflik perkauman’ yang akan berpusat di Putrajaya. Nampaknya dengan tertubuhnya sistem sedemikian, kerajaan telah mencari pendekatan ‘adhoc’ iaitu mencegah perbalahan etnik daripada mencambahkan dan menyuburkan benih-benih hubungan mesra antara kaum. Mungkin persepsi saya salah, kerana sebenarnya kerajaan mengutamakan kedua-duanya sekali.

Meninjau realiti politik dan sosial di Malaysia, saya melihat bahawa terdapat elemen-elemen pendekatan yang diambil oleh Malaysia dalam hal membina perpaduan kaum, agak berbeza dengan pendekatan yang dianggap sebagai arus perdana di Barat. Pendekatan yang digunakan oleh kepimpinan Malaysia dalam beberapa aspek berada dalam ekstrim yang bersongsangan berbanding dengan teori perpaduan kaum yang disarankan oleh pemikir-pemikir Barat dan yang diamalkan di sebelah sana.

Amerika dan beberapa negara Eropah seperti Britain dan Perancis misalnya menggunakan konsep ‘melting pot’ atau ‘acuan pelebur’ dalam pendekatan mereka untuk menyatukan pelbagai etnik minoriti, etnik peribumi, dan etnik dominan dalam negara. Dalam proses peleburan itu budaya etnik minoriti terlebur, tercerna, teradun malah sesetengahnya tersirna dalam budaya majoriti yang dominan. Namun di Malaysia kita lihat konsep ‘acuan pelebur’ itu tidak wujud, sebaliknya yang wujud ialah konsep ‘salad bowl’ atau ‘mangkuk sayur-mayur’ yang tidak meleburkan mana-mana unsur etnik tetapi mempersatukan kepelbagaian warna kulit dan budaya dalam satu persekitaran ynag sama.

Dalam konteks yang sama di Britain, sama ada mereka bersetuju atau tidak, juga telah berlaku proses asimilasi budaya yang kadangkala terpaksa mengorbankan malah melenyapkan bahasa dan budaya nenek moyang golongan minoriti tertentu.

Bagi sesetengah budayawan, yang menolak model asimilasi, mereka melihat pendekatan ini sebagai satu bentuk ‘penjajahan dalaman’ kerana dalam proses ini berlaku eksploitasi golongan majoriti terhadap golongan minoriti. Namun dalam banyak contoh di sebelah Barat, golongan majoriti itu adalah juga merupakan pihak pemerintah yang melaksanakan dasar memperlemahkan budaya dan bahasa minoriti atas nama perpaduan kaum.

Dalam konteks ini, banyak kerajaan Barat yang mempertegaskan penggunaan bahasa rasmi sebagai satu-satunya bahasa komunikasi tanpa sebarang kompromi, baik dalam urusan perkhidmatan awam, pendidikan asas di sekolah mahupun di institusi pengajian tinggi. Demi mewujudkan perpaduan kaum, ada kerajaan yang mengharamkan penggunaan dan pengajaran bahasa ibunda golongan minoriti sehingga ke tahap menguatkuasakan hukuman ke atas para pelajar yang berkomunikasi antara mereka dalam bahasa minoriti di dalam kawasan dan persekitaran sekolah. Kerajaan Perancis misalnya telah hampir mengharamkan terus penggunaan bahasa Breton, kerajaan British mengharamkan bahasa Welsh dan kerajaan Scotland telah melenyapkan bahasa Gaelic di bumi Scotland. Berbeda dengan Malaysia, kebanyakan kerajaan Barat menolak sama sekali kewujudan sekolah-sekolah monoetnik dan media massa monoetnik.

Dalam konteks perpaduan kaum, Malaysia juga menghadapi banyak masalah kerana kepercayaan dan perbezaan agama tidak memungkinkan proses asimilasi berlaku. Asimilasi dalam konteks budaya juga tidak berjalan lancar kerana setiap kaum melihat bahawa budaya dan tamadun bangsa mereka masing-masing lebih dominan daripada yang lain. Orang-orang India melihat keagungan tamadun Indus yang bermula pada 2500 S.M. lebih agung daripada tamadun Melayu yang mereka lihat hanya bermula pada kira-kira lima ratus tahun dahulu (jika Kesultanan Melaka menjadi tanda aras). Kaum Cina pula melihat ketamadunan China yang bermula kira-kira 2000 S.M. di Peking jauh lebih hebat daripada tamadun Melayu. Banyaklah elemen-elemen ketamadunan ini yang boleh mereka rasionalkan untuk menyokong kelangsungan budaya mereka masing-masing.

Dengan perkiraan sebegini kadangkala saya lihat bahawa kerajaan juga menjadi serba salah dalam hal menentukan halatuju kebudayaan nasional. Misalnya, pada tahun 1982, Tun Mahathir pernah menyatakan bahawa ‘Budaya Melayu harus menjadi ciri-ciri utama budaya nasional, supaya diterima dan diamalkan oleh semua kaum. Malah terdapat juga yang mahukan budaya Melayu dijadikan satu-satunya elemen budaya nasional’ (dipetik daripada Munro-Kua 1996).

Walau bagaimanapun pada tahun 1995, Tun Mahathir dengan jelas menyatakan bahawa konsep perpaduan kaum tidak lagi bertunjangkan kepada konsep yang berasaskan budaya Melayu. Menurut Tun, ‘Bangsa Malaysia membawa maksud rakyat yang dikenali sebagai membawa identiti Malaysia, menuturkan bahasa Melayu dan meluhurkan Perlembagaan. Untuk merialisasikan bangsa Malaysia, rakyat harus mula menerima kewujudan masing-masing seada-adanya, tanpa mengira kaum dan agama’ (dipetik daripada Francis Loh Kok Wah dan Khoo Boo Teik 2002). Ertinya rakyat Malaysia harus dilihat sebagai Melayu, Cina dan India sebagimana terpancar melalui amalan budaya masing-masing. Konsep ini condong kepada konsep pluralisme Furnival.

Namun pendirian kerajaan yang sedemikian terhadap perpaduan kaum seperti berdiri atas platform yang berbeza pula jika dilihat pada matlamat yang didokong oleh Wawasan 2020, kerana ia diangkat sebagai suatu ‘Bangsa Malaysia’ tanpa melihat perbedaan warna kulit dan amalan budaya. Secara idealnya tidak akan wujud lagi Melayu, Cina atau India jika Wawasan 2020 direalisasikan. Konsep ini condong pula kepada konsep asimilasi.

Jelaslah bahawa di Malaysia pendekatan asimilasi dirujuk semula kerana saya kira pendekatan inilah dilihat sebagai yang terbaik untuk membina perpaduan kaum yang utuh dan tulen, sekurang-kurangnya dalam konteks peleburan bahasa ibunda etnik minoriti. Pendekatan sedemikian telah lama dibuktikan terbaik bagi Malaysia, misalnya dalam konteks golongan Baba Nyonya di Melaka dan juga di Pulau Pinang, golongan India peranakan atau Mami di Pulau Pinang, dan Arab Peranakan telah meleburkan sehingga mengorbankan bahasa nenek moyang mereka. Malah di kalangan golongan Baba Nyonya tercipta bahasa ‘kreol’ mereka yang tersendiri yang pastinya terbina daripada improvisasi bahasa ibunda golongan majoriti Melayu yang lebih dominan.

Amat jelas juga kita lihat bahawa budaya golongan minoriti dalam konteks asimilasi sosial teradun dalam acuan budaya Melayu meskipun secara halusnya terdapat perbezaan di sana-sini. Namun, jika budaya nasional Malaysia boleh diterjemahkan sebagai budaya etnik peribumi Melayu sebagai asasnya, maka saya lihat bahawa budaya Baba Nyonya, India Peranakan dan Arab Peranakan ini telah menjelmakan satu proses perpaduan kaum yang utuh dan tulen.

Namun realitinya dalam konteks kontemporari, dasar perpaduan kaum Kerajaan Malaysia amat mesra dan bertoleransi terhadap bahasa etnik minoriti. Penggunaan bahasa etnik minoriti tidak pernah dikenakan hukuman malah tidak pernah dilarang digunakan di mana-mana sekolah di Malaysia, meskipun di sekolah-sekolah kebangsaan. Malah diwujudkan pula sekolah-sekolah jenis kebangsaan dengan memberikan hak mutlak kepada etnik minoriti untuk menggunakan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa pengajaran.

Dengan ekstrim pendekatan pluralisme atau konsep ‘mangkuk sayur-mayur’ seperti di Malaysia kita lihat bahawa dalam situasi tertentu bahasa rasmi menjadi bahasa rojak, malah dicampuradukkan pula dengan bahasa Inggeris mungkin untuk menyuntik ciri-ciri lenggok komunikasi antarabangsa. Bahasa Melayu lisan telor Cina dan telor India menjadi tegar diamalkan bukan sahaja apabila golongan ini berkomunikasi sesama mereka, malah disokong dan disuburkan oleh golongan Melayu sendiri ketika berkomunikasi dengan kaum India dan Cina.

Saya percaya bahawa untuk menjaga martabat bahasa rasmi, penggunaannya mesti juga terlaksana dalam situasi yang tidak formal, bukan sekadar dalam kandang situasi yang rasmi dan formal sahaja. Hanya golongan yang amat sensitif dan insaf sahaja yang beria-ia berjuang untuk mempertahankan gaya dan hukum-hukum tatabahasa bahasa rasmi negara, tetapi malangnya golongan ini seperti Tan Sri Profesor Ameritus Dr Awang Had Salleh, Tan Sri Profesor Dr Ismail Hussien, Profesor Dr Nik Safiah Karim, Dr Awang Sariyan, Dr Chandra Muzaffar, YB Dr Rais Yatim, dan SN A Samad Said, (sekadar menyebut beberapa nama) sudah seperti kehilangan golongan pelapis. Adakah ini suatu kepincangan dalam proses perpaduan kaum yang dicita-citakan Malaysia atau ia suatu kelebihan dan kekuatan pendekatan ‘mangkuk sayur-mayur’ Malaysia?

Akhir-akhir ini pula, kita lihat DBP mahu dinobatkan secara legitimasinya sebagai ‘polis bahasa’. Saya tidak tahu bagaimana polis ini akan melaksanakan tanggungjawabnya apabila melihat di kebanyakan bandar di Malaysia, papan-papan iklan seringkali mengabaikan penggunaan dan pengutamaan bahasa Melayu. Malah bahasa rojak yang haru-biru dan celaru sudah menjadi identiti yang tegar di papan-papan tanda kedai. Namun pada sudut yang amat jauh dalam hati kecil ini, saya optimistik bahawa DBP akan berjaya walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang yang penuh onak dan duri, dan sekali gus menyuburkan perpaduan kaum. Saya juga yakin bahawa kejayaan tersebut haruslah dimulakan dengan semangat kecintaan yang tinggi setiap rakyat terhadap negara ini.




BUATMU PARA PEMIMPIN2 KAMI

Kepada : Para2 Pemimpin2 kami......

      Dengarlah rintihan hati ke hati dari anak2mu ini,
pewaris2 generasi peganti barisan kepimpinanmu suatu hari nanti.
Kami berharap,kamu pimpin lah dengan akal berlandaskan ilmu,
bukan hati berlandaskan emosi,
pimpinlah dengan kejujuran dan ikhlas bukan kerana kepentingan dirimu,
jauhilah dari rasuah yang bisa menjerat dirimu kelembah kehinaan,
berbincanglah dengan penuh berikhmah bukan dengan emosimu,
janganlah saling menunding jari dan bertengkar menegakkan ideologi masing2.
kami merayu,janganlah merosakkan pemikiran kami dengan fitnah2,
cacian, yang kamu lemparkan demi mengaut undi daripada kami,
kami takut,kami khuatir,kami gelisah andai kami berpecah,
pasti kan hilangnya MALAYSIA di dunia ini.
Berubahlah wahai pemimpin2 kami demi kami,demi pewarismu,demi negaramu.

7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

     Ini adalah perkara yang perlu diketahui oleh setiap rakyat malaysia,sebelum itu saya berharap agar bukan bumiputera berfikir secara positif,ini bukanlah disebabkan perkauman tetapi untuk menyampaikan sejarah sebenar negara,agar kita dapat hidup harmoni,saling bertolak ansur dan aman damai.
     Wasiat ini disampaikan semasa Raja-Raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957.
Wasiat itu ialah:


Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melalyu(sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayuselain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara ini;

Kami isytiharkan Islam adalah Agama Persekutuan;

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu;

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungikedudukan istimewa orang Melayu danKepentingan sah kaum-kaum lain. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).



Wahai sahabat2ku,marilah kita buangkan segala perbezaan antara kita,buangkan sifat syak wasangka,bertolak ansur sesama kita,tidak teikut dengan anasir jahat yang cuba mengapikan kita berperang sesama kita,bersyukurlah akan setiap apa yang kita ada,marilah kita belajar dari sejarah,agar kita dapat menikmati kehidupan aman dan makmur..


wahai sahabatku bukan bumiputera,agar kamu dapat bertolak ansur seperti bangsaku bertolak angsur kepada bangsa2mu,usahlah dipertikaikan keistimewaan bangsaku,seperti bangsaku tak pernah pertikaikan apa yang bangsamu lakukan,marilah kita bersatu,hidup harmoni dalam satu malaysia....

Rabu, 18 November 2009

GEMURUH

BILA BERTALU,
RENTAK DIKALBU,
HASRAT YANG TERSIRAT SEMAKIN KUBURU,
BILA BERGEMA LAUNGAN GEMPITA,
HARAPAN BERNYALA NADIKU BERGANDA,

GEMURUH JIWA
SEMANGAT MEMBARA,
DARI PUNCAK INGIN KE ANGKASA
BERKALUNGKAN BINTANG BERKELIPAN,
MENYERLAH JAUH DARI BIASA...

BILA BERTALU,
RENTAK DIKALBU,
HASRAT YANG TERSIRAT SEMAKIN KUBURU,
BILA BERGEMA LAUNGAN GEMPITA,
HARAPAN BERNYALA NADIKU BERGANDA,

GEMURUH JIWA,
SEMANGAT MEMBARA,
DARI PUNCAK INGIN KE ANGKASA,
BERKALUNGKAN BINTANG BERKELIPAN,
MENYERLAH JAUH DARI BIASA.....................

UNGKAPAN INI BUKAN SEKADAR BERMIMPI,
SEGALA PASTIKAN TERBUKTI NANTI,

GEMURUH JIWA
SEMANGAT MEMBARA,
DARI PUNCAK INGIN KEANGKASA
BERKALUNGKAN BINTANG BERKELIPAN,
MENYERLAH JAUH DARI BIASA.....................