Sabtu, 3 September 2011

DOA SUJUD RASULLULLAH

(INDUK SEGALA DOA)


«اَللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِرِضَاكَ مِنْ سَخَطِكَ، وَبِمُعَافَاتِكَ مِنْ عُقُوبَتِكَ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْكَ، لاَ أُحْصِي ثَنَاءً عَلَيْكَ أَنْتَ كَمَا أَثْنَيْتَ عَلَى نَفْسِكَ» رواه مسلم
Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu; dan daku berlindung denganMu daripadaMu. Daku tidak mampu meluahkan segala pujian ke atasMu; kerana Engkau sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu. (HR Muslim).





Maksud doa

Ya Allah, sesungguhnya daku berlindung dengan keredhaanMu dari kemurkaanMu; Keredha-an Allah swt adalah matlamat hidup mukmin, hamba mukmin bergiat menjauhkan diri dari punca-punca kemurkaanNya. Manusia terbahagi dua, golongan yang berbahagai adalah mereka yang kehidupannya diredhai Allah. Sedang golongan yang merugi adalah mereka yang terjerumus ke dalam kemurkaan Allah. Hamba yang menegakkan solat, shiyam, zikir, dan lain-lain yang diredhai Allah adalah yang bergiat menjaga keutuhan amalan yang mereka lakukan. Sedang si hamba yang terjatuh ke dalam kemurkaan Allah, tidak bergiat menjauhi punca-punca ibadatnya terhapus dan terhebah, wal ‘iyazu billah!!!

“dan (berlindung) dengan keafiatanMu dari siksaanMu“ ‚Keafiatan’ adalah termasuk perkata-an Arab yang telah diguna-pakai dalam bahasa Melayu. Dan termasuk perkataan yang terpenting di dalam kehidupan mukmin. Oleh itu si mukmin digesa membaca dan berdoa dengannya semasa solat (doa duduk antara dua sujud, waa’fini, berilah daku keafiatan). Termasuk makna keafiatan ialah terhindar dari:

- Segala penyakit jasmani dan penyakit rohani.

- Dosa dan punca-punca dosa.

- Punca-punca penyebab iman jadi lemah.

- Punca-punca keberkatan harta benda dan usia hilang.

- Suul khatimah (kesudahan yg buruk).

- Azab kubur, azab padang mahsyar.

- Dari azab neraka...

- Dll

Dalam pada itu ’seksaan Allah’ di dalam doa pula adalah segala perkara yang bercanggah dengan ’keafiatan’ tersebut. Oleh itu jika si hamba tidak beroleh ’keafiatan’, ia akan terdedah kepada ’siksaan’. Media elektronik pada masa kini adalah punca utama manusia terjauh dari keafiatan dan terdedah kepada ’siksaan’. Dalam hal ini yang paling anehnya ’seksaan’ jenis ini sangat selaras dengan kehendak nafsu jahat (ammarah dan lawwamah), wal ’iyazu billah...

’dan daku berlindung denganMu daripa-daMu’. Ungkapan ini mengandungi, doa, harapan, pengakuan, penyerahan, atau tawakal yang jitu, bulat, dan sempurna kepada Allah. Bahawa si hamba memohon perlindungan, penjagaan Allah, kerana segala peristiwa dan keadaan yang berlaku adalah dengan ketentuan Allah. Allah adalah sebaik-baik tempat berlindung (ni’mal maula wa ni’man nasir). Sesiapa yang berlindung kepada Allah tidak akan memiliki sebarang kerunsingan, kerana Allah telah cukup baginya (fahua hasbuhu).

‚Daku tidak mampu meluahkan segala pujian ke atasMu’. Hal ini menunjukkan keagungan dan ketinggian Allah yang tiada tara, (laisa kamislihi syaiun). Tidak ada manusia yang mampu mengemukakan pujian kepada Allah. Kerana hal ini adalah diluar keupayaan manusia. Ungkapan doa ini adalah satu pujian yang tinggi. Bila si hamba mengatakan bahawa ia tidak mampu memuji Allah Tuhan Yang Maha Tinggi, dan Yang Maha Agung, bermakna ia memberikan pujian kepada Allah setinggi-tingginya.

‚kerana Engkau sepertimana yang Engkau puji sendiri ke atas diriMu’. Hanya Allah sahaja yang tahu akan hakikat sifat, kekuasaan, dan keagungannya. Ini juga termasuk pujian dan sanjungan yang tinggi.

Bila pujian yang tinggi seperti ini ditujukan kepada Allah, sedangkan termasuk sifat Allah adalah, Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Pengampun, Maha Pemaaf, Allah lebih kasih kepada hambaNya dari si hamba terhadap dirinya. Bila inilah hakikat dan maksud tujuan doa tersebut maka sangat diharapkan doa yang merupakan induk segala doa ini didengar dan dikabulkan oleh Allah swt. Maka patut benarlah Rasulullah mengajarkan doa ini kepada kita, terutama semasa sujud dalam solat, khasnya solat tahajud, dan solat-solat sunat lainnya. Tidak salah juga jika dibaca dalam doa harian. Doa ini sangat sesuai bagi semua peringkat usia,

TIADA ALASAN UTK TIDAK KE MASJID


Sebelum ini kita telah membincangkan bahawa sesiapa yang tidak solat fardhu berjemaah di masjid dengan alasan yang kuat adalah melakukan kesalahan bid’ah dan boleh diiktiraf sebagai munafiq yang nyata.

Lalu apakah alasan-alasan yang membolehkan kita tidak solat di masjid?

Ulama-ulama telah menggariskan kelonggaran untuk tidak solat di masjid iaitu:

1. Musafir,
2. Sakit, atau menjaga orang sakit.
3. Keadaan Tidak Aman (seperti peperangan, banyak perompak, dan sebagainya)
4. Hujan ( namun alasan kerana hujan ini tidak boleh digunakan sepenuhnya ketika ini kerana Nabi memudahkan untuk tidak solat ke masjid ketika hujan adalah untuk tidak mengotorkan lantai masjid. Pada hari ini, jalan beraspal dan masjid berkapet dan bersemen, manusia berkereta dan sebagainya)
5. Bertugas menjaga sesuatu yang amat penting. Jika ditinggalkan boleh mendatangkan bahaya.
6. Tempat tinggal amat jauh dari masjid.

Apakah kita mempunyai alasan seperti di atas untuk tidak tidak turut hadir ke masjid menunaikan solat fardhu berjemaah?

Adakah kita sangat sibuk menghantar dan mengambil anak sekolah sehingga tidak sempat singgah ke masjid pada waktunya?

Kalau itu alasannya mengapa tidak tuan singgah dulu ke masjid sebelum mengambil anak atau singgah ke masjid selepas mengambil anak sekolah? Terlewat sedikit mengambil anak dalam 10 minit ke 15 minit tidak apa bukan?

Atau mungkin kita perlu cadangkan agar kerajaan menetapkan waktu solat fardhu zuhur seluruh Negara pada jam 12:45 tengahhari sama seperti solat fardhu Jumat.

Sebenarnya tiada alasan untuk meninggalkan solat fardhu zuhur walaupun masa amat singkat. Penulis sendiri sudah mengamalkan dalam waktu yang agak lama untuk solat fardhu zuhur di masjid-masjid yang berdekatan dengan sekolah anak penulis. Al-Hamdulillah semuanya tertunai dengan izin Allah swt jua.

Kalau alasan tuan tidak solat Asar di masjid kerana meeting, mengapa tuan tidak berhenti seketika terlebih dulu untuk menyambung meeting selepas waktu asar. Bukankah meeting lepas solat asar berjemaah lebih selesa dan lebih membuka minda? Bukankah meeting selepas solat asar berjemaah ditunaikan lebih berkat.

Kalau alasan tuan tidak solat ke masjid kerana takut dikatakan menunjuk-nunjuk atau riya. Maka tuan sebenarnya telahpun riya atau menunjuk-nunjuk. Kerena alasan anda kerana takut dikatakan riya adalah demi cakap orang, bukannya kerana Allah swt. Tuan bukannya takut Riya, tapi tuan Takut Orang mengatakan tuan riya. Tuan lebih takut cakap orang dari kemurkaan Allah swt.
Bukankah pengharaman riya adalah disebabkan berubahnya niat dari beribadat untuk Allah swt semata-mata kepada untuk orang lain.

Kalau alasan anda tidak solat Isya ke masjid adalah untuk menghantar anak tusyin, maka tuan telah membawa anak tuan belajar jauh dari rumah Allah swt. Tuan boleh saja memanggil guru tusyen untuk mengajar anak tuan pada waktu-waktu yang lain.

Jika alasan tuan kerena sibuk bersukan, maka alasan tuan ini sebenarnya hanyalah akan menyihatkan lagi api neraka untuk memakan tuan. Bukankah tuan boleh bersukan selepas Isya. Atau waktu pejabat atau waktu pagi hari Jum’at dan Ahad?

Bersukan selalu bukanlah boleh memberikan kesihatan yang baik. Kalau ajal datang tidak boleh ditangguh lagi. Banyak pemain bola yang mati di tengah berlatih atau tengah padang. Dan banyak pula perempuan yang tidak pernah bersukan berumur panjang. Sudahkah tuan bersyahadat banyak-banyak hari ini?

Lalu apakah lagi ada alasan tuan untuk tidak solat fardhu berjemaah ke masjid untuk melepaskan diri tuan dari melakukan Bid'ah dan juga kemunafikan yang jelas dan nyata?

KEWAJIBAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID BAGI LELAKI


Masjid yang tidak cukup jemaah 3 orang pada sesuatu waktu akan mengundang bala seperti ini.
 

by Muhammad Ahmad on Saturday, May 14, 2011 
 
Bismillah. Al-Hamdulillah. Was-Salatu Was-Salamu 'Ala Rasulillah Wa 'Ala Aaalih.
Was-Salamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.
Mudah-mudahan nota saya kali ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat sekalian amin. Ianya mengenai dalil-dalil kewajipan solat fardhu berjemaah di masjid, di dalam al-Qur'an bagi lelaki. Semoga hati kita semua khusyuk dan tawadhuk membacanya, kerana ianya adalah dari al-Qur'an sendiri. Jika tuan2 telah membacanya, maka saya serahkan pada tuan-tuan untuk berfikir sendiri.
1. Rukuklah bersama orang-orang yang Ruku'
1) وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ 
(  سورة البقرة  43)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Ayat di atas, jelas menunjukkan perintah Allah memerintahkan umat Yahudi untuk solat berjemaah bersama umat Islam. Dalam Ilmu Usul Fiqh, suatu perintah asalnya ialah wajib, melainkan jika ada dalil yang membawanya kepada sunat atau harus sahaja barulah hukumnya berubah. Dalam ayat ini tiada dalil yang membawa kepada makna sunat dan harus itu. Kerana ayat ini ditujukan kepada orang Yahudi. Ertinya mereka wajib memeluk ugama Islam dan solat bersama orang Islam.
Persoalan yang penting di sini ialah. Jika orang Yahudi di wajibkan untuk solat berjemaah, maka adakah umat Islam tidak diwajibkan solat berjemaah?
2. Hendaklah solat di buat di masjid
    قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ  
(  سورة الأعراف  29)
Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang di setiap masjid dan bermunajatlah padanya dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
      31.    ۞ يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ    
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(  الأعراف  31)
Keterangan ayat
 Pada mulanya makna ayat 29 di atas tidak menyebutkan di setiap masjid, makna di setiap masjid itu saya tambah untuk menyatakan bahawa ayat itu mungkin diubah maksudnya bagi mengurangkan tekanan kewajipan untuk solat di masjid. Padahal jelas ayat itu menyuruh solat di masjid.
Makna ayat itu telah diertikan dengan makna ini:
Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Solat yang disebut sebenarnya hanyalah solat fardhu berjemaah di masjid sahaja bukannya solat sunat yang dibuat di rumah. Kerana apabila seorang solat berjemaah di masjid, maka mungkin niatnya adalah untuk riya dan sebagainya. Jadi kita diperintahkan untuk solat di masjid dan ikhlas dalam solat kita.  Namun bagi solat sunat di rumah, maka keikhlasansudah tentu. Jadi ayat itu bukanlah di maksudkan solat di rumah. Bahkan di masjid semata-mata.
Maksud ayat menyuruh ke masjid itu jelas dan ditafsirkan lagi oleh ayat 31 berikut iaitu ayat yang menyuruh untuk berhias apabila hendak ke masjid. Sekali lagi jelas bagi kita ayat itu telah di ubah maksudnya dengan tempat ibadat sahaja. Maksud ayat saya kekalkan seperti yang didapat dari tafsir, kerana untuk menggalakkan menghiasi diri di setiap solat sunat.
Hukum berhias dalam ayat  ini adalah wajib kerana tidak ada qarinah yang membawanya pada hukum lain. Kerana orang yang tidak berhias, lebih-lebih lagi berbau busuk akan menganggu orang lain solat. Manakala ketika solat  sendiri adalah sunat sahaja. Manakala bagi perempuan pula jika mereka berhias dengan hiasan yang boleh membawa tarikan untuk lelaki melihatnya, maka hukumnya adalah haram. Jadi solat fardhu berjemaah di masjid bagi perempuan adalah tidak lah wajib.
Dalam  hadis Rasulullah saw juga ada menyatakan, sesiapa yang memakan pokok ini (bawang), maka ia tidak boleh menghampiri Masjid kami ini (untuk masuk dan solat berjemaah) Au kama Qal saw.
(3) Tidak Hiraukan Laungan Azan
يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ 
(  سورة القلم  42)
  (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ 
(  سورة القلم 43)
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
Keterangan Ayat
Di akhirat nanti, untuk menguji seseorang itu solat sempurna atau tidak atau mereka telah solat berjemaah atau tidak, maka mereka akan disuruh bersujud kepada Allah swt. Namun sesetengah umat Islam yang pernah solat atau yang penuh solatnya ada juga yang tidak dapat sujud. Perkara ini ialah kerana apabila azan berkumandang, mereka tidak mengerjakan solat di sana. Sedangkan mereka tidak ada keuzuran yang berat dan menghalang mereka untuk solat berjemaah, seperti sakit atau bermusafir.
Ada pula yang merasa bijak sedikit mengatakan bahawa Nabi saw membenarkan bahkan menyuruh untuk menghabiskan hidangan terlebih dulu sebelum solat berjemaah. Namun sebenarnya, perkara itu tidak boleh dibuat setiap hari untuk menjadi alasan tidak solat kemasjid. Bahkan hendaklah diaturkan jadual sebaik-baiknya agar penghidangan makanan itu tidak bertembung dengan waktu solat.
Bahkan jika betul kita mahu solat berjemaah, kita boleh menghabiskan hidangan dan solat berjemaah sesudahnya bersama jemaah lain di masjid. Jadi kita tiada alasan untuk tidak ke masjid.
 
(4) Hanya yang mentakmirkan masjid itulah saja yang mungkin mendapat Hidayat
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ  
  (  التوبة  18)
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Keterangan Ayat
Wahai saudaraku yang beriman, jika ayat di atas menyatakan hanya yang mentakmirkan masjid sahaja yang mungkin mendapat hidayah, maka jika mereka pun dikatakan mungkin dapat hidayah itu, maka bagaimanakah lagi dengan orang lain yang tidak ke masjid?  Maka adakah kita mahu tidak mendapat hidayah itu? Wa iyadzu billah  min dzalik.
Semoga bermanfaat. yang baik dari Allah swt jua. yang kurang baik adalah dari saya sendiri. Semoga dengannya, kita akan lebih dekat kepada kebenaran. Amin.

JALAN MENUJU KEBAHAGIAAN

Pasti ramai mengenali satu golongan yang menziarahi rumah ke rumah umat islam di seluruh dunia atas niat dakwah ilallah,ikhlas semata2 kerana ALLAH. Tetapi berapa ramaikah yang benar2 membuka ruang kepada mereka ini, bukankah mereka satu2nya golongan yang hak membuat satu usaha agama seperti cara para nabi an para sahabat tetapi alangkah seihnya masyarakt kita yang memandang rendah,memperlekeh mereka ini sehingga aa yang sanggup menghalau. Begitu juga dengan saya sebelum dipilih ALLAH utk membuat usaha suci ini, dahulu saya juga antara manusia yang suka bedebat dengan jemaah tabligh ini, tetapi tiadalah sampai menolak dan menghalau mereka,huhhuhu. Alhamdulillah setelah saya keluar 3, hari,40hari, dan mengikuti program mereka,datangnya kefahaman agama dlm hidup saya, saya merasai satu ketenangan ,lapang dan bahagia.Terasa setiap hari2 yg dilalui tanpa rasa gusar kerana dlm usaha ini di semai segalanya kerana ALLAH dan ALLAH shj yg MAHA BERKUASA dengan menafikan segala makhluk tetapi masyrakat memandang hina mereka ini mengatakan mereka meninggalkan dunia,itu fitnah yang besar,tidak sama sekali cuma mereka ini menafikan makhluk dan dunia,bahawa dunia sekadar keperluan dan tiada yang berkuasa melainkan ALLAH. Kesimpulannya,usahlah kita bicara sesuatu tanpa kita sendri terjun ke dalamnya, dan jika tuan2 mahu mengikuti jemaah ini, buangkanlah segala prasangka buruk dihati dan ikutilah kerana ALLAH kerana saya akui ada segelintir jemaahpun berakhlak kurang baik tetapi itu adat dan lumrah manusia yg tidak sempurna tetapi adakah kerana segelintir jemaah yang bereperangai kurang menyenangkan , jalan yang hak ini kita musuhi juga,itu satu yang tidak adil dan amat merugikan cthnya kita sedia tahu islam itu agama yang hak,itupun sebab kita dilahirkan islam tanpa bersusah payah berkorban utk mndptkannya tetapi kerana segelintir umat yang berakhlak buruk tidak seperti yang diajar islam,masyarakat luar telah memandang islam suatu agama yg teruk,inilah terjadi dlm jemaah tabligh juga.

         Pernahkah anda mengikuti jemaah tabligh keluar berdahwah 3 hari, seminggu, 40 hari ataupun 4 bulan? sekiranya pernah pasti ahli jemaah menganggap anda sebagai antara manusia bertuah kerana memperuntukan sebahagian daripada usia kepada agama, sedangkan masa sekarang ramai manusia berebut2 untuk mendapat habuan keduniaan. Kerana terlalu memikirkan keduniaan sehingga tidak masa untuk memikirkan agama. Untuk sembahyang jemaah di surau berdekatan pun susah, inikan pula sanggup berjauhan dengan anak isteri semata-mata melakukan kerja agama.Aa diantara masyarakat yang kurang faham mengatakan jemaah meninggalkan keluarga sehelai sepinggang, ini adalah satu fitnah juga ,sebenarnya sebelum keluar setiap ahli jemaah akan diperiksa oleh syura iaitu barisan kepimpinan utk memastikan mereka keluarda dengan keperluan yang mencukupi dan keperluan keluarga dirumah pun mencukupi, semasa mereka keluar pula,ahli2 kelurga mereka akan diziarhi oleh jemaah lain dan bertanya hal ehwal, dan jemaah ini akan bertanggungjawap keperluan rumah keluaraga jemaah yang keluar ini. Jika ada berita mengatakan ada jemaah keluar tanpa memberitahu keluarga dan meninggalka mereka sehelai sepinggang,ini sebenrnya mereka yang melanggar tertib tetapi kerana nial setitik rosak susu sebelanga.

           Ahli jemaah tabligh amat berkeyakinan bahawa cara dakwah mereka menepati cara yang dibuat oleh Rasulullah SAW. Cara yang dibuat selain cara sedemikian adalah sukar untuk berjaya. Ada yang kata melalui internetkan mudah,adakah semua rumah mempunya internet terutama golongan miskin ? aakata melalui nasyid, ini juga tidak sesuai dan tidak sunnah kerana ia hanya populariti,hiburan tetap hiburan yang boleh melalaikan dan adakah semua mahu mendengar nasyid an berbagai2 pendekatan yang dicipta bertujuan dakwah tetapi cara tetap salah seperti kita berniat utk bersedekah tetapi dengan cara mencuri.Jadi kita mempunyai akal,renungkanlah dan fikirkanlah sebelum terlewat. Buatapa ada ilmu jika kefahaman kepada ilmu tersebut tiada.

          Perkara yang paling penting dalam berdakwah mengikut cara tabligh ialah keihklasan pada diri setiap jemaah. Kesabaran juga perlulah kuat dalam diri. Ini kerana bukan sedikit kata-kata daripada orang Islam sendiri yang seolah-olah memperlekehkan kerja-kerja dakwah mereka. Setiap kata-kata yang kadang kala pedas diterima dengan hati yang tenang dan bersangka baik.
Jemaah Tabligh berpendapat gerakan dakwah perlu keluar dari rumah untuk menyampaikan ajaran agama. Semua umat Islam apabila ditemui akan diberi peringatan tentang ajaran agama. Ini kerana manusia sering lupa dan hanyut dengan keindahan serta tipu daya dunia yang sementara ini. Inilah cara yang dibuat oleh nabi SAW dan para sahabat RA. Mereka saling memberi peringatan sesama islam dan dalam masa yang sama memberi semangat dan motivasi supaya tidak patah semangat dalam mengamalkan syariat.
Seperkara yang lebih penting ialah cara melakukan dakwah.  Mereka mendakwa cara berdakwah dengan cara berceramah di masjid, surau dan madrasah kurang memberi kesan kepada masyarakat Islam. Salah satu pendekatan dakwah yang paling penting yang amat kurang dilakukan oleh umat Islam hari ni ialah dengan cara keluar berjumpa dengan saudara seIslam. Apabila berjumpa, maka mereka akan saling mengingati pesanan Nabi SAW dan ajaran agama Islam. Golongan yang diziarahi itu bukan hanya golongan tertentu sahaja, sebaliknya semua lapisan masyarakat tanpa mengira status kedudukan.
Dengan cara ini semua golongan akan dapat dijumpai, seterusnya berpeluang untuk bercakap hal-hal keagamaan. Orang-orang yang selalu lepak di kedai kopi yang amat jarang dan liat untuk mengunjungi masjid akan dijumpai dengan cara ini. Anak-anak muda yang biasa duduk di pinggir dengan motosikal sambil mengusik gadis akan ditemui, seterusnya akan ditegur dan disampaikan pesanan agama. Perkara sama ada dia menerima nasihat atau tidak adalah perkara kedua. Ini kerana yang memberi hidayah bukan ditangan manusia. Yang paling penting penyampaian dakwah  sudah dilaksanakan.
Ini berbeza sekiranya penyampaian nasihat agama hanya dilakukan di masjid, surau ataupun madrasah. Golongan pemuda nakal, golongan yang liat untuk berjamaah di masjid dan orang islam yang tidak bersembahyang tidak akan dapat mendengar nasihat agama ini. Keadaan ini seolah-olah akan terus membiarkan mereka dengan dunia mereka tanpa dinasihati oleh orang yang memehami agama. Ini akan merugikan ummat Islam keseluruhannya.
Niat adalah perkara yang penting. Mereka sentiasa mengambil berat berkaitan niat. Niat keluar tabligh adalah kerana melakukan urusa agama, menyiarkan sunnah nabi yang semakin dilupakan dan menyampaikan ajaran Islam dengan ikhlas, tanpa mengharapkan balasan apa-apa, melainkan keredhaan Allah Taala. Sekiranya tidak diniatkan betul-betul, maka perbuatan mereka adalah sama seperti melancong. Ini kerana golongan tabligh akan berjalan ke mana sahaja ada kumpulan manusia. Setiap negara di dunia semua sudah dimasuki oleh jemaah tabligh. Walau sesulit manapun cara untuk memasuki sesuatu tempat, mereka tetap akan mencari jalan untuk sampai ke sana.
Sebenarnya jika diperhatikan pada Ayat Al-Qur'an dan Hadith Nabi SAW, akan didapati betapa banyak ayat dan nas yang memberi galakan dan pujian kepada cara dakwah melalui kaedah jemaah tabligh. Dalam Surah Al-Asr dikatakan bahawa mereka mereka yang sentiasa saling memberi peringatan agama agalah orang yang beruntung dan tidak rugi. Dikatakan lagi dalam suatu Hadith Nabi SAW bahawa apabila dua orang lelaki berjumpa kerana Allah, bercakap dan memperkatakan tentang agama dan kebesaran Allah, dan berpisah kerana Allah, maka Allah akan memberkati hidupnya.
Seorang orang aktif dengan kumpulan tabligh menegaskan bahawa kumpulan tabligh sekarang amat aktif memasuki negara China, Jepun, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan dan Korea Utara. Penerimaan masyarakat bermata sepet tersebut terhadap Islam amat menggalakkan. Rupa-rupanya ramai daripada mereka yang masih belum mendengar dan melihat dengan sendiri seruan dakwah Islam. 
Negara Korea Utara yang berfahaman komunis walaupun sekarang berdepan dengan sekatan antarabangsa kerana isu nuklear, tetapi jemaah tabligh tetap tidak berputus asa untuk masuk ke sana. Negara itu dapat dimasuki dengan jalan darat melalui negara China. Saudara-saudara seIslam dari yang berbangsa Korea dan China dengan senang hati mempermudahkan kemasukan jemaah tabligh ini. Inilah semangat persaudaraan Islam yang amat tinggi nilainya. Jemaah Tabligh amat menyakini bahawa sekiranya sesuatu amalan dibuat dengan ikhlas, maka Allah akan mempermudahkan urusannya dan meneguhkan pendiriannya serta memantapkan semangatnya.
Jemaah tabligh tidak akan menghebahkan kegiatannya. Mereka tidak mahu amalan mereka menjadi riya'. Bagi Mereka, biarlah Allah Taala sahaja yang membalasnya. Wang ringgit yang dibelanjakan ketika mereka keluar akan dianggap sebagai infak di jalan Allah tanpa mengharapkan balasannya. Apabila keluar, maka mereka tidak akan menceritakan kerjaya mereka walaupun amat ramai dari mereka yang memiliki kerjaya profesional seperti doktor, jurutera, peguam dan ahli perniagaan yang berjaya.Jadi adakah jalan ini dianggap sesat hanya kerana kiat mendengar hujah2 dr beberapa uztaz yang pastinya mempunyai kesilapan bukannya utk kita terima bulat2 dr hujah2 mereka,lebih2 lagi dikalangan uztaz2 yg tidak berapa suka jemaah ini,lalu mengeluarkan fakta2 n hujah2 yang menyesatkan ummmat.nauzubillah. Inilah jalan yang hak,jalan menuju kebahagaiaan buktinya semua golongan dan lapisan masyarakat dlm jemaah ini,miskin sederhana,kaya,jahil,berpendiikan,yang beragama,awam,ulama,yang sempurna,o.k.u etc semuanya ada dlm jemaah ini.Jadi marilah kita berpipmpin tanagn menuju ke jalan kebahagiaan,jalan telah terbentang cuma kita sahaja yang perlu membuat keputusan samada ingin melangkah atau tidak,Moga2 ALLAH memberi tuan2 kekuatan utk melangkah di jalan ini sebelum ALLAH membuat keputusan menemuiNYA.