Selasa, 7 Februari 2012

6 sifat sahabat yang patut seluruh umat hidupkan dlm kehidupan

Assalamu'alaiakum warahmatullah...  Segala puji bagi ALLAH , Tuhan semesta alam , dengan sifat kerahimanNYA, kita masih diberi taufiq dan hidayah utk kita berusaha dlm mendekatkan diri kpdNYA. Semoga kita sentiasa di atas landasan dan petunjukNYA. Selawat dan salam kpd junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w yang telah bnyak berkorban jiwa dan raganya utk keselamatan kita bersama di dunia dan akhirat, semoga kita diberi taufiq dan hidayah untuk mengamalkan segala sunnah2 baginda s.a.w. Tidak lupa jua ingatan kita kepada para sahabat baginda s.a.w, golongan yang terbaik dalam zaman yang terbaik.Golongan yang telah mencapai kesempurnaan iman dan mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan mereka. Mereka laksana bintang2 dilangit dan merekalah golongan al quran, bukan setakat menghafaz malah mereka memahami dan mengamalkan kehidupan seperti apa yg terkandung di dalam al quran. Menurut satu riwayat menyatakan bahwa umar al khatab r.a pernah bertanya kpd rasulullah s.a.w apakah cara kehidupan dia telah sama seperti surah al baqarah, rasullullah s.a.w bersabda ya, maka barulah dia beralih kpd surah yg lain, inilah sahabat bukan mereka cuba menghafaz tetapi memahami dan hidup seperti apa yg dikehendaki ALLAH. maka ALLAH telah meredhai mereka dan begitu jua mereka meredhai ALLAH sebgai tuhan sehinggakan di dunia lagi mereka telah dijanjikan syurga, dan ALLAH kirim salam kepada mereka asbab pengorbanan mereka utk agama maka beruntunglah kpd sesiapa yang berusaha menjadikan kehidupan mereka seperti kehidupan para sahabat r.a.Menurut para ulama, para sahabat mempunyai berbagai sifat dan akhlak yang terpuji maka mereka telah mengariskan beberapa sifat atau perkara yang utama yang ada pada sahabat sehinggakan mereka mendapar gelaran golongan yg di redhai ALLAH ( r.a ). Perkara2 ini lah sebenarnya kehidupan al quran yg dihidupkan oleh para sahabat yg mana zaman ini telah jauh terpesong akibat berbagai2 fitnah dan masyarakat telah hidup dengan kehidupan kaum2 kufur, majusi, nasrani, dan yahudi sehinggakan seperti terlihat macam agama sedangkan mereka tidak mebawa agama malah perkara2 agama yg hak dipandang sinis dan asing dlm kehidupan masyarakat maka beruntunglah kepada mereka yg belajar2 utk menghidupkan amalan2 agama ini.

Perkara2 yg telah digariskan oleh para ulama ada mempunyai 6 perkara utama atau 6 sifat iaitu :
  1. KALIMAH TOYYIBAH ( LAILLAH HAILLALLAH MUHAMMADARASULLULLAH )
  2. SOLAT KHUSYU' DAN KHUDU'
  3. ILMU DAN ZIKIR
  4. IKRAM MUSLIMIN 
  5. IKHLAS NIAT ( MEMPERBETULAKN NIAT )
  6. DAKWAH
 
          Inilah 6perkara yg sahabat telah hidupkan dlm kehiupan mereka, kebenaran akan 6 perkara ini sendiri diakui oleh golongan yahudi zionis seperti yang telah tercatat dalam  satu laporan jemaah dakwah yang telah keluar membuat usaha agama di Palestin dimana mereka telah ditangkap oleh pihak tentera israel lalu disoal siasat, dipendekkan cerita di akhiri perbualan mereka ,pegawai israel tersebut telah menunjukkan 6 perkara (sifat sahabat) ini kpd para jemaah melalui komputernya dalam bentuk,  dan pegawai israel itu mendakwa telah lama mengkaji 6 perkara ini dan sekiranya seluruh umat islam berusaha atas 6 perkara ini pasti kami akan binasa. Samaada ini hanya sekadar satu laporan biasa , terserah kpd anda utk meneliti dengan menggunakan akal yg telah ALLAH anugerahkan tetapi bukan menggunakn hati yg diselubungi dengan nafsu dan kesombongan. Moga2 artikel ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam mengejar keredhaan ALLAH lalu mendapat kejayaan didunia dan akhirat.

         Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat hanyasanya dalam agama yang sempurna. Agama yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW tetapi manusia pada zaman ini tidak mempunyai kemampuan untuk mengamalkan agama yang sempurna. Sebagaimana yang kita tahu,para sahabat yang hidup dizaman Rasulullah SAW merupakan hamba Allah yang berjaya didunia dan diakhirat. Mereka telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki sifat-sifat yang terkandung dalam sifat enam perkara ini :

          Maka , jika kita mengamalkan enam sifat para sahabat tersebut, Insyaallah Allah akan mempermudahkan kehidupan dunia dan akhirat kita. Di bawah,saya akan cuba huraikan dengan terperinci setiap sifat sahabat yang seharusnya kita contohi dan usahakan ke dalam kehidupan kita, apapun ia hanya satu garisan penunjuk aras utk kita berusaha mencapai iman,amal dan akhlak seperti apa yg ALLAH kehendaki.

1. KALIMAH TOIYYIBAH
            Kalimah Toiyyibah merupakan kalimah iman dan amal iaitu, kalimah iman ialah “laa ilaaha illallah” yang bermaksud''tiada tuhan selain ALLAH ''  . yg mana kini wajib meyakini 100% hanyasanya ALLAH sahaja yang maha kuasa, tiada yang berkuasa melainkan ALLAH s.w.t, makhluk langsung tiada kuasa. Untuk mendapatkan keyakinan seperti itu kita mesti berusaha memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan mengeluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan, tumbuhan, penyakit, iblis, jin dan sebagainya langsung tidak memberi manfaat atau mudarat kpd kita tanpa izin ALLAH. Sebagai contoh, kebiasaa kita sakit, pastinya yg dicari ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah sekadar asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan seperti kisah nabi musa a.s yg sakit perut, kali pertama nabi musa a.s bemunajat kpd ALLAH s.w.t, mengadu akan kesihatannya kpd ALLAH, dngn kerahiman ALLAH telah meemerintahkan nabi musa a.s memakan sejenis tumbuhan, lalu nabi musa makan dan izin ALLAH, sakit perut nabi musa hilang, Untuk kali ke dua, nabi musa sakit lagi lalu baginda terus sahaja makan tumbuhan tersebut tanpa merujuk kpd ALLAH, dari itu musa tidak sembuh lalu mengadu kpd ALLAH dan ALLAH s.w.t berfirman kpd nabi musa a.s bahawa sesungguhnya yg beri kebaikan kpd tumbuhan itu ialah AKU, bukan tumbuhan itu yg menyembuhkan kou wahai musa, ini lah iman yg mahu diajar oleh ALLAH kpd setiap hambaNya.. Jika kita lapar atau dahaga pasti kita akan makan dan minum tetapi itu hanyalah asbab dr ALLAH yg membuat kita kenyang atau hilang dahaga hanyalah dr ALLAH, nabi sulaiman a.s pernah memohon kpd ALLAH s.w.t utk memberi makanan kpd makhluk ALLAH, lalu ALLAH izinkan. Selama 40hari nabi sulaiman menyiapkan hidangan yang mana hidangan tersebut terhidang sejauh mata memandang. Setelah seluruh haiwan berhimpun maka nabi sulaiman memerintahkan haiwan laut yang memulakn santapan terlebih dahulu lalu datanglah seekor ikan yg besar, hanya dengan sekali telan seluruh makanan habis dan ikan tersebut berkata kepada nabi sulaiman a.s bahwa dia masih lapar lagi, maha suci ALLAH, inilah kehebatan ALLAH, AR RAZAK.MAHA Memberi Rezeki. ALLAH mempunyai 3kudrat, dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan asbab, kuasa ALLAH tiada tolok bandingnya. Seperti yg kita ketahui kita hidup hanya dengan asbab seperti dlm fikiran kita kita perlu makan utk hidup tetapi tanpa mknminumpun boleh hidup dngn kehndak ALLAH seperti nabi nuh a.s di dlm perut ikan nun 40 hari dlm kegelapan tnpa oksigen dan makan minum, tetap hidup dan sihat, inilah antara kudrat ALLAH tanpa asbab oksigen,makan dan minum ALLAH mampu mnjaga nabi nuh a.s, walaupun berlawanan asbab sekalipun , ALLAH mampu mengaturnya dengan penuh harmoni seperti kajian sains yg telah menemui api yg menyala di dasar laut. api dan air bercampur tetapi api tidak padam, maha kuasa ALLAH. DTetapi ini tidak bermaksud utk kita menolak dunia dan asbab cuma kita perlu menafikan asbab dan bahwa makhluk langsung tiada kuasa , tidak dapat memberi mudarat dan manfaat walau seikitpun, inilah kita kena belajar2 memperbetulkan niat walau hal sekecil sekalipun dlm membuat sesuatu adlah krn perintah ALLAH bukan kerana makhluk, seperti mkn bukan krn lapar tetapi krn perintah ALLAH.Kerja bukan utk hidup tetapi ALLAH yg prntah kita krja dan yg beri rezeki ALLAH. Inilah iman yang perlu kita bawa kpd ALLAH, iman yg sempurna tanpa syirik kpd ALLAH.


          Iman tidak terkira nilainya kerana dengan hanya membawa iman yg sempurna walau sebesar zarah sekalipun , Allah SWT akan anugerahkannya syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. 10 negara di dunia ini sealipun belum kita terokai apatah lagi satu dunia inikan pula 10 kali dunia, Subhanallah. Inilah kita perlu yakini imbuhan2 yg dijanjikan oleh ALLAH, sesungguhnya dunia hanya sekadar tempat ujian dan mengasah iman kita. Seorg hamba yg mati tidak membawa iman pula , bau syurgapun tidak akan dapat dia cium, bau syurga sahaja boleh dicium dari jarak 500 tahun perjalanan.
Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:
Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".
          Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rabb (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT berfirman bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya dan mereka akan menapat redha ALLAH selamanya yg melebihi dari kenikmatan syurga.
Kelebihan:
1.Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah wajib syurga ke atasnya.
2. Barang siapa yang bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan hatinya membenarkan lisannya, maka dipersilakan masuk surga dari pintu mana yang dia suka.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwahkan kalimah ini secara infradi mahupun istima'i akan maksud dan kelebihan2 akan kalimah ini.
2.Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah.
3. Doa supaya Allah memebri kita taufiq dan hidayah utk kita mendakwahkan kalimah ini dan ALLAH memasukkan kalih iman ini kedlm hati kita dan matikan kita dlm kalimah ini.

          “muhammadurrasulullah”  yg bermaksud nabi muhammad s.a.w itu pesuruh ALLAH s.w.t pula bererti kita hendaklah menanam keyakinan bahawa hanya sifat (sunnah) dan cara Nabi Muhammad SAW sahaja yang akan membawa kejayaan didunia dan diakhirat, tiada cara lain yg berjaya hatta sekalipun di dunia cara tersebut dipandang mulia di mata masyarakat seperti yg telah di bawa oleh golongan yahudi, nasrani, majusi dll semata2 utk menggatikan cara kehidupan yg dibawa oleh nabi muhammad s.a.w.  Tetapi sunggguh merasa hairan sunnah nabi dipandang asing brbanding sunnah kaum kufur yg dipandang tinggi oleh masyarakat islam, inilah punca kemunduran umat yg mana kaum kufur telah brjaya mengalihkan kehidupan islam dr sunnah baginda s.a.w dan mengikuti seperti kehidupan mereka.

      Sunnah2 nabi terdiri daripada 3 iaitu sirah ( cara kehidupan nabi ) seperti cara nabi bangun tidur, masuk tandas, mandi, makan, tidur dll. surah ( paras wajah nabi ) iaitu cara pakaian nabi seperti serban,jubah, janggut, dll dan sarirah ( cara fikir nabi)di mana nabi hanya memikirkan bagaimana umat dapat membawa agama yg sempurna dlm kehidupan mereka.Dlm satu riwayat, semasa nabi s.a.w balik dari kenduri rumah abd rahman bin auf r.a, nabi terlihat seorg sahabt yg termenung, lalu nabi s.a.w memberi salam dan bersabda kpdnya,bertanya kenapa tidak ke rumah abd rahman, sahabat teresubt berkata dia terlupa lalu nabi bersabda lagi , bertanya apa yg membuatkan dia terlupa, dan sahabat membalas bahawa dia memikirkan bagaimana mahu mengembangkan agama hingga ke seluruh dunia sehinggakan dia terlupa, nabi bersabda kpdnya sesungguhnya fikirnya walau sesaat utk agama lebh baik dr amalan sedekah abd rahman sepanjang hayatnya.  Ini lah 3 sunnah yg patut kita amalkn dlm kehidupan dan sesungguhnya sunna h yg terkecilpun lebih tinggi nilainya dr arasy ALLAH s.w.t.Tika nabi s.a.w dimikrajkan , sebelum nabi s.a.w mahu naik ke arasy ALLAH S.W.T, baginda s.a.w telah membuka seliparnya krn teringat akan prstiwa nabi musa yg disuruh menanggalkan seliparnya ketika naik ke bukit tursina utk bermunajat kpd ALLAH, tetapi ALLAH berfirman kpd baginda s.a.w agar tidak menanggalkan seliparnya krn sesunggunya debu2 yg melekat di selipar baginda s.a.w lebih tinggi dr arasy ALLAH. Subahanllah, betapa tinggi dan mulianya yg ALLAH beri kpd  nabi muhammad s.a.w tetapi malangnya kita yg selalu menyatakan cinta dan sayang kpd rasulullah s.a.w tidak memandang berat akan sunnah nabi s.a.w malah dipandang asing dan ketinggalan zaman dan masyarkat islam kini taksub dngn sunnah2 yahudi nasrani n majusi yg dianggap lebih moden.

Kelebihan
1.Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w  secara istiqamah di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.
2.Nabi bersabda siapa menghidupkan sunnahku beerti dia menyitai aku, siapa mnyintai aku dia bersama2 aku di dlm syurga ALLAH S.W.T
3. Dengan menghidupkan sunnah rasullullah s.a.w akan adanya nusrah ghaib ALLAH s.w.t dan dipandang tinggi di sisi ALLAH s.w.t

Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah kpd masyarkat akan maksud dan kelebihan2 sunnah rasullullah s.a.w dan ajar kpd mereka cara kehidupan nabi muhammad s.a.w.
2.Berusaha amalkan  sunnah2 Rasulullah s.a.w.
3.Doa supaya diberi taufiq dan hidayah utk mengamalkan sunnah2 rasullullah s.a.w an kalimah toyyibah ini meresap ke dlm hati.
2.Solat yang khusyuk dan khuduk 
          Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat. Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w. Dalam solat dimulai takbir dan diakhiri dengan salam yang mempunyai rangkuman ibadat dan amalan seperti zikir, membaca al quran, memprbesar ALLAH, mentashdiqkan ALLAH, berdoa, menisiplinkan waktu,menundukkan pandangan, bersifat tawadhuk, tawaju' , dan takwa kpd ALLAH dan begitulah halnya diluar solat yg mana ALLAH nak mentarbiyah kita seperti dlm ibadat solat.Yg mana kita perlu tawadhuk, tawaju' dan takwa kpd ALLAH walau dimana sekalipun kita berada, mnjaga pndangan mata, bibir dan anggota lain dr membuat prkara yg sia2 tetapi memperbanyakkan amalan kpd ALLAH s.w.t.

KELEBIHAN SOLAT KHUSYU' DAN KHUDUK

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya. Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat
1. Berkat rezeki di dunia
2.Diangkat azab kubur.
3.Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan.
4.Melalui titian sirat sepantas kilat;
5.Masuk syurga tanpa dihisab.
       Bagi sesiapa yang menjaga solat 5waktu selama empat puluh 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula (takbir selepas imam mengangkat takbir ) maka dijauhkan dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.

Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:
(i)Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha mendakwahkannya untuk menyediakan dia kepada solat.
(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita :
(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).
(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Berjemaah dirumah ALLAH s.w.t, diawal waktu )
(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).
(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.
(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT.
(iii) Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.
       
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah maksud dan  kelebihan solat kpd masyarakat.
2.Mengamalkan solat secara berjemaah di rumah2 ALLAH seperti nabi n para sahabat.
3.Memperbanyakkan solat2 sunat.
4.Berusaha memperbaiki bacaan dan berusaha utk khusyuk dlm solat.
4.Berdoa agara ALLAH memeberi kita taufiq an hidayah utk mnjaga solat 5 waktu secara berjemaah dirumah2 ALLAH dan khusyuk dlm solat.

3.Ilmu dan zikir
Ilmu
          Ilmu bermaksud mengetahui perintah ALLAH dan larangan ALLAH mengikut keutamaan. Dengan adanya ilmu akan terbitnya keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah  dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw. Ilmu terbahagi kpd 2d iaitu ilmu masail (ilmu feqah, ilmu slyariat, ilmu muamalat,hudud dll ) yg berkaitan masalah hukum hakam agama dan ilmu ini boleh diperolehi dengan belajar daripada uztaz2, ulama2 yg mursyid di madrasah,sekolah2 agama mahupun di masjid2 dan yg ke dua ilmu fadhail iaitu ilmu berkaitan fadhilat sesuatu amalan yg mana boleh kita dapati daripada halqah taklim taklum di rumah2 dan masjid2 dengan mendengar  hadist2 nabi dr kitab fadhilat amal ataupun munthakab hadist tentang ganjaran sesuatu amalan,  yg mana utk mendatangkan keghairahan dlm beramal. Seperti dunia yg kita berlumba2 mengejarnya asbab keindahan ganjaran2 yang disediakan kpd yg berusaha ke arahnya tetapi ini semua hanyalah sementara dan tipudaya semata2 berbanding akhirat yg kekal selamanya.

           "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang''

Kelebihan Ilmu
1.Allah mudahkan jalan ke syurga
2.malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.
4.Barangsiapa mempelajari satu ayat Al Quran maka nilainya adalah lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat.
5Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu maka lebih baik nilainya daripada solat sunat 1000 rakaat.
6.Orang yang keluar menuntut ilmu,Allah akan tunjuk kan satu dari jalan jalan ke syurga dan dikira syahid sekiranya dia meninggal sewaktu menuntut ilmu.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan2 ilmu kpd masyarakat.
2.Berusaha mempelajari ilmu walau bersusah payah sekalipun dengn penuh kesungguhn krn ALLAH.
2. Doa kpd ALLAH agr memberi taufiq dan hidayah kpd kita agar mnjadi hambaNYA yg mnyintai ilmu

Zikir 
       Bermaksud sentiasa mengingati ALLAH dimana jua kita berada ,keadaan apapun dan setiap masa. Orang yg berzikir kpd ALLAH adalah manusi yg hidup disisi ALLAH tetapi sesiapa yg tidak brzikir seperti manusi tanapa kepala, mayat hidup yg berjalan.

Kelebihan zikir
 
Kelebihan Zikir
1.Perumpamaan orang yang berzikir(pada Allah)dengan orang yang tidak berzikir,seperti orang yang hidup dengan orang yang mati
2.Bacaan Al Quran,solat dan sedekah adalah sebahagian dari rezeki,maksudnya ialah Allah akan murahkan rezeki .
3.Orang yang banyak zikir pada Allah ,terbebas dari sifat munafik
4.Ganjaran majlis zikir adalah syurga
5. Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum
Abu Mussa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati."
Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.

Cara mendapatkannya :
(i)Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari dngn penuh tawadhu',tawaju' dan takwa kpd ALLAH.
 (a)Seratus (100 x )  istighfar, tand akita cinta kpd diri kita dan kelebihan istigfar membuka pintu2 rezeki n mendapat kbrkatan rezeki.
 (b) Seratus (100 x ) selawat ke atas nabi s.a.w, tanda kita menyintai nabi dan kelebihannya wajib safaat nabi ke atas nya dengan istiqamah 10 x selawat setiap hari dan ALLAH akan selawat ke pada hamba yg selawat kpd nabi muhammmad s.a.w.
(c) Seratus (100 x ) tasybihat tanda kita mncintai ALLAH dan kelebihan mnjadi penyelamat kita didunia dan akhirat.
(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?
(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
4. Ikromul Muslimin
         Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka. Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga dan setiap saudara seagama diibaratkan satu badan , jika satu anggota yg sakit pasti anggota yg lain akan turut merasainya. Tidak dikatakan beriman seseorang itu jika tidak menyintai saudaranya yg lain seperti mana dia menyintai dirinya sendiri.Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.
Nilai Ikram Muslimin
Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya
"Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi
Riwayat At-Tabrani. 
Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."
Riwayat Muslim dan Bukhari. 
Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu."
Riwayat Muslim.
Kelebihan
Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran = Satu 1 diberi di dunia dan tujuh puluh dua 72 lagi disimpan di Akhirat.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud dan kelebihan ikramul muslimin kpd masyarakat
2. Kasihi kanak-kanak, hormati 'Alim-Ulamak dan orang tua
3. Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.
5.IKHLAS NIAT
          Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.
          Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.
           Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.
Nilai ikhlas
maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya
An-Nasai.
Kelebihan
1. Walau sedekah satu tamar dengan ikhlas akan dikurniakan ganjaran emas sebesar Bukit Uhud.
2.Ikhlas meninggikan sesuatu nilai amalan dan amalan tanpa ikhlas tidak akan diterima ALLAH malah akan dicampakkan dia ke neraka ALLAH.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwahkan maksud dan kelebihan ikhlas niat kpd masyarakat
2. Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu.
3. Doa supaya dikurniakan hakikatnya.

6.Dakwah 
          Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah].
Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman,
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."
 At-Taubah ayat 111.
 
          Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya. Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari dalam setahun dan 10hari sebulan atau sekurangnya 3hari sebulan membuat usaha agama ini. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan  iaitu

1. Taklim taklum
2. Fikir atau mesyuarat harian tentang agama
3.memberi masa 21/2 jam setiap hari utk membuat usaha agama
4. Ghast (ziarah rumah ke rumah atas mksud agama di kwsn sendiri dan yg berjiran dengan kws yg diduduki)
5. Khuruj 3hari ( luangkan 3hari/bulan membuat usaha agama ) 

Cara mendapatkannya
1.Sampaikan maksud dan kelebihan dakwah illallah.
2.Buat 5 amal masjid
(i) setiap bulan kita melapangkan masa tiga hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal
(ii) membuat dua 2 usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran
(iii) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah
(iv) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia
(v) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah. Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.
Kelebihan
1.sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.
2.sepatah perkataan dijalan ALLAH lbh baik dr setahun ibdat sunat.
Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT
(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."
Bukhari, Muslim
(2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."
Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.

          Semoga artikel ini memberi manfaat kpd kita bersama dan semoga ALLAH memberi kita taufiq dan hidayah untuk berusaha hidup seperti kehidupan nabi muhammad s.a.w dan para sahabat r.a. Kehidupan ynag dikehendaki ALLAH s.w.t. Sesungguhnya kita umat yg lemah dan ALLAH lbh maha mengetahui tetapi kepada sesiapa yg belajar berusaha utk hidupkan kehidupan nabi,pasti ALLAH akan membuka jln2 kemudahan baginya, ini smeua terpulang kpd hati kita, kemahuan kita, jika kehidupan dunia kita berlumba2 utk kita kejar apatah lagi kehidupan akhirat yang sepatutnya kita junjung, dan sesungguhnya ALLAH menyukai bagi hamba2NYA yg bersusah payah krn agama.Mudahan dngn usaha kita belajar2 mnghidupkan amalan kehidupan nabi dan sahabat ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T..semoga tuan2 yg membca mndapat taufiq hidayah begitu jua dengan saya insan yg kerdil ini...jazakallah ......segala apa yg baik dtgnya dr ALLAH, yg burukpun dr ALLAH asbab dr sy yg lemah ini...
.

Selasa, 17 Januari 2012

APA AKAN JADI JIKA USAHA DAKWAH DITINGGALKAN...... ????

Lelaki Mabuk!!

Assalamualaikum..

Kali ni nak post satu karkuzari (laporan) jemaah 40 hari.

Ada seorang lelaki ni kehidupannya penuh dengan maksiat, siangnya sibuk dengan kerja dan malamnya akan dimanfaatkan dengan mabuk, mabuk, mabuk dan mabuk sehinggalah mabuk. Begitulah keadaan tu berlarutan setiap hari. Dan dengan takdir Allah, bukan kebetulan ya. Dalam dunia ni tak ada kebetulan, semuanya Allah dah tentukan. Ok, sambung balik. Ditakdirkan Allah, satu jemaah 40 hari telah keluar ke penempatan si Lelaki tadi tu. Jemaah ada disana selama 3 hari, selepas 3 hari jemaah akan pindah ke penempatan lain pula. Nak dipendekkan cerita. Jemaah telah keluar buat Gash (ziarah) dan ketika waktu dah nak masuk waktu maghrib, amir jemaah putus nak tangguh ziarah. Dan ditakdirkan Allah, lelaki yang mabuk tadi tu baru balik dari kerja dan nak masuk ke rumah. Jadi amir jemaah putus, untuk jumpa lelaki tu dan selepas tu baru tangguh. Jadi, mutakkalim (jurubicara) pun berbicara dengan lelaki tu, tukar fikir dunia pada fikir akhirat. Dan bila di tashkil (ajak) untuk turut serta dengan jemaah untuk solat maghrib jemaah sama-sama dan duduk dalam majlis fikir atas iman dan amal, lelaki tadi tu terus sedia untuk ikut jemaah. Bila lelaki tu dah zahirkan niat dia yang dia sedia, maka jemaah pun tunggu dia di luar untuk pergi sama-sama dengan jemaah.

Masa majlis bayan, lelaki tadi dengar dengan tawajuh. Dan bila Pembayan tashkil untuk ambil nama sesiapa yang sedia untuk keluar di jalan Allah, maka lelaki yang Pemabuk tadi tu telah beri nama dan sedia untuk bersama-sama dengan jemaah selama 3 hari. Jadi, lelaki tu pun balik selepas isya' dan telah bagitahu pada isteri dan anak-anak dia yang dia akan keluar ikut jemaah tabligh esok pagi lepas subuh selama 3 hari. Diceritakan isterinya dalam keadaan terkejut bila si lelaki tu cakap macam tu. Terkejut sebab tak percaya yang suaminya ni tak berkelakuan macam biasa dan lepas tu baru balik dari Surau. Dan, atas dasar taat. Si isteri tadi pun tolong kemas kemudahan untuk suaminya.

Apabila tengah malam, dalam pukul 3-4 pagi macam tu, si lelaki yang pemabuk tadi telah kejutkan isteri dan anak-anak dia untuk solat tahajud. Jadi, dengan penuh kehairanan dan pelik, si isteri pun terkejut dengan perubahan suaminya tadi. Tak pernah-pernah tunaikan solat sunat, apatah lagi yang wajib. Atas dasar taat, si isteri dan anak-anak pun ikut apa yang si suami/lelaki tadi tu suruh. Dan diceritakan, selepas habis solat tahajud tu, lelaki tu telah pesan kepada isterinya supaya kejut sebelum subuh sebab waktu nak tunggu subuh masa tu lambat lagi, jadi si lelaki ni tadi pun tidur dulu sementara menunggu waktu subuh.

Bila, waktu subuh dah semakin hampir. Si isteri pun kejutkanlah suaminya tadi, ditakdirkan Allah swt. Lelaki tu tak bangun-bangun. Lelaki tadi telah pun meninggal. Dan dalam keadaan yang macam tu pembaca semua pun fahamkan macam mana keadaan keluarga tu. Jadi, untuk bahagian yang tu saya skip kan.

Dipendekkan cerita, amir jemaah yang ikram (iktilad) lelaki tadi tu pun pelik. Kenapa lelaki yang semalam tu tak datang sebab jemaah nak gerak lepas sarapan pagi. Jadi, jemaah pun telah dihantar ke rumah lelaki tadi tu untuk menjemputnya ke Surau. Bila mana jemaah sampai, kediaman tersebut ramai dengan kehadiran orang. Pembaca pun fahamkan keadaan masa tu macam mana. Jadi, saya skip bahagian yang tu.

Bila jemaah dapat tahu yang lelaki tadi telah meninggal. Maka amir jemaah telah datang ke rumahnya untuk ziarah. Bila mana sampai saja, amir jemaah terus pergi ke mayat lelaki tadi tu, dan dengan hidayah dari Allah, maka terpancullah "SUBHANALLAH" dari mulut amir jemaah tadi kerana mayat lelaki tadi dalam keadaan yang berseri-seri dan tersenyum. Amir jemaah menangis.

Kemudian amir jemaah telah tanya pada isteri lelaki yang mati tu. Apakah amalan dan macam mana kehidupan suami kamu semasa hidupnya? Diceritakan, si isteri pun menceritakan tentang perlakuan suaminya tu seperti mana yang saya ceritakan di awal tadi. Dan juga telah diceritakan perlakuan suaminya tu pada malam sebelum kematiannya tu. -tamat-

Note: Hari ni ramai orang biarkan orang yang jauh dari agama. Kalau ada pun orang yang buat usaha agama, ada sesetengah daripada usaha agama tersebut tidak akan mendekati golongan2 yang teruk macam tu. Rata-ratanya akan biarkan. Hanya tumpu pada mereka yang masih nampak ada lagi amalkan agama. Tetapi orang-orang yang macam saya ceritakan tu pastinya dibiarkan.

Bayangkanlah, andai jemaah tadi tak pergi jumpa orang tu. Adakah si Lelaki tadi tu akan tersenyum dan berseri-seri mukanya selepas matinya Lelaki tu tadi? Pastinya tidak, kerana amalannya yang sentiasa pada maksiat. Maka, berkat jemaah tersebut telah datang pada dia, maka Allah telah "jentik" hati dia untuk berusaha atas iman dia. Walaupun dengan waktu yang amat singkat sekali pun dia dapat beriman, dia dapat merasai kemanisan iman tu walaupun sebelum ni dosa menyelubungi Lelaki tersebut. Dan berkat taubat dan kemanisan iman yang diperoleh, maka dia mati dalam keadaan yang mana semua umat islam impikan.

Tapi kita hari ni, terutamanya saya yang menaip post ni. Rata-rata kita akan cakap "baguslah dia tu mati, kalau hidup pun menyusahkan orang". Kita tak sedar, bahawasanya bila saat di akhirat nanti kalau kita tak ajak orang lain pada kebaikkan dekat dunia ni, kita akan didakwa oleh orang-orang yang jauh dari agama sehinggakan amalan orang yang sebesar gunung uhud sekali pun mampu menjadi tanah rata kerana didakwa oleh orang-orang yang jauh dari agama. Meraka akan mendakwa kita, "ya Allah, jiran aku ni selalu pergi solat kat surau tapi dia tak pernah pun ajak aku ke surau". Dan macam-macam pembelaan yang kita cakap nanti untuk membela diri kita sehinggakan si pendakwa akan berkata,"sekiranya kau pukul aku dan heret aku ke surau untuk solat pastinya aku akan datang". Sehinggakan macam tu sekali kita akan didakwa.

Hari ni kita leka, kita membiarkan sahaja orang-orang yang jauh dari agama dengan alasan orang tu tak boleh dibentuk lagi. Saidina Umar r.a yang masa zaman jahilnya mengorek lubang yang dalam bersama-sama dengan anak perempuannya dan kemudian menanamnya hidup-hidup pun Allah boleh bagi hidayah sehinggakan Nabi saw bersabda: Kalau ada Nabi selepas aku, pastinya Umar r.a lah orangnya.(Auko makol)
Dan Allah muliakan lagi Saidina Umar dgn menjadi Khalifah. Itu orang yang lahirnya bukan Islam pun Allah boleh bagi hidayah. Apakan lagi orang yang lahirnya Islam, pastinya ada hidayah untuk mereka. Cuma mereka perlu digoncang sedikit untuk berganjak.

Sepatutnya kita hari ni kena risau, dan kena usaha juga atas orang lain. Kita buat usaha agama, usaha atas iman, dakwah semua tu bukanlah untuk orang lain. Yang pertamanya ialah untuk diri sendiri dan kemudian barulah untuk orang lain. Jangan kita biarkan orang-orang yang jauh dari agama semakin jauh dari agama. Sebaliknya kita kena jumpa meraka, ajak mereka. Kita tunaikan tanggungjawab kita, dan selebihnya serah pada Allah. Sekurang-kurangnya kita ada usaha ke arah tu. Tak cukup sekadar bagi ceramah di masjid dan hanya beri pada orang yang datang pada masjid dan yang ambil tahu akan aktiviti penceramah tersebut. Macam mana pula dengan orang yang tak hadir pada majlis tu? Yang ada kelapangan tapi tak nak datang pada majlis ilmu, tak nak dekat pada agama. Sebaliknya kita kena ajak juga orang-orang lain, tak kira siapa dan macam mana sekali pun orang tu. Buruk ke, baik ke, jahat ke, zalim ke, bakhil ke dan sbgnya kita kena jumpa mereka dan ajak mereka pada Allah.

Sepatutnya kita buat perkara ni dari dulu lagi. Tapi disebabkan kelemahan diri saya tak buat dakwah betul-betul, tak usaha atas iman saya dan orang lain betul-betul. Maka, natijahnya macam-macam perkara jadi..:'(..
Lepas ni, sama-sama kita ajak orang yang jauh dari agama dekat pada agama dan kita keluarkan mereka untuk berada di jalan Allah untuk berpesan-pesan juga pada orang lain yang jauh pada agama. In Sya Allah.

KEBENARAN USAHA DAKWAH TABLIGH DIAKUI YAHUDI ZIONIS

ini hanyalah beberapa laporan dari sahabat2 seperjuangan..

1. Pada tahun 2003 satu jemaah MALAYSIA telah keluar ke india n telah berjumpa dengan jemaah arab dari israel yang . Satu soalan yg ditanya jemaah malaysia, bagaimanakah usaha dakwah dan tabligh boleh berlangsung di dlm israel secara Madaniyyah (terbuka)  dan terdapat 4 markas tabligh di sana sedangkan orang arab di Palestin diancam dan diseksa teruk oleh orang israel sementa di Palestin terdapat 5 markas.
Kata mereka ''orang Yahudi adalah pakar di dalam soal kitab asmawi termasuk Al-Quran dan Ahadis Nabi. Mereka tahu yang mana benar dan yang mana salah dan mereka tahu usaha Agama yang mana mandapat bantuan Allah SWT yang ghaib dan yang tidak memperolehinya. Maka mereka tidak berani mengganggu orang-orang yang membuat usaha dakwah dan tabligh kerana dengan mengganggu oran-orang ini bermakna menarik azab Allah SWT dan balaNya ke atas mereka sendiri, sebab itulah mereka dibiarkan bebas. Sedangkan pergerakan lain yang radikal dibanteras dan diseksa habis-habisan kerana mereka tahu cara mereka salah dan tiada bantuan Allah SWT bersama mereka itu''   

2. Suatu ketika, beberapa rakan seusaha sedang menjalani usaha jaulah/ghast/ziarah, mereka telah ditahan oleh tentera yahudi untuk meneruskan perjalanan mereka, tetapi mereka berpendirian tetap dan tekad untuk terus pergi. Akhirnya seperti biasa dengan sifat zalim yahudi, tentera itu telah menujukan senapang mesin mereka kearah jemaah tetapi peluru tidak keluar setelah dipetik tetapi apabila dihalakan ke atas, peluru boleh keluar tetapi apabila dihala kearah jemaah peluru tidak keluar, bila dihala ke arah lain peluru keluar.
Peristiwa itu telah dibawa ke pihak atasan israel dan mereka telah faham golongan ini adalah golongan haq, mereka mengeluarkan arahan supaya jemaah tabligh tidak dihalang lagi.   


3. Karkuzari dari jemaah Palestin yg keluar 1 bulan di Malaysia. mereka datang tempat saya di Ipoh, Taman Meru.Antara karkuzari mereka, mereka2 ni tinggal dlm kawasan Hebron, iaitu betul2 dalam tembok. Ada sorang tu, belakang rumah dia,memang pintu dapur ngadap tembok. Mengikut mereka, di sana, walaupun mereka duduk dlm kepongan Yahudi laknatullah, namun, bagi umat islam yang benar2 amal agama, dan beriman dengan penuh yakin, dan ada buat usaha iman, Masturat2 yang usaha atas iman dan amal serta tututp aurat yg sempurna, bila nak di buat inspection, makanya, tentera Yahudi lelaki ni, jgn kata nak periksa masturat2 tu, pandang pun taknak. Sebaliknya, mereka suruh tentera perempuan mereka yang buat pemeriksaan. Allah pelihara masturat2 yg tutup aurat yg sempura dan beriman amal ikut cara nabi s.a.w,even thou mereka berada dalam kepungan musuh sekalipun. manakala lelaki yang buat usaha atas iman dan amal pula di sana, Rabbai (pendeta2 yahudi) ni sendiri akan halang tentera yahudi dari cuba berbuat sesuatu kepada karkun. Kiranya, memang tak di sentuh lansung le. jadi, kesemua penyelesaian kesusahan, hanya ada dlm iman dan amal sahaja. Samapikanlah berita gembira ini pada masturat2 kawasan puan. bergembiralah kerana kita di pilih Allah untuk sama2 buat kerja, dan bagi masturat, sebagai tulang belakang suami yg buat kerja.

4. Ada satu laporan pula apabila satu jemaah telah ditangkap oleh sepasukan tentera israel di palestin. Amir jemaah telah dimasukkan ke dalm bilik pegawai yg bertugas dan ditanya kenapa mreka ke palestin adakah mahu melawan israel... dengan tenang amir jemaah cakap, tidak,kami tiada apa2, hanya bawa peralatan tidur dan memasak sahaja,cuma kami ke sini utk sampaikan kalimah lailahaillah muhamadarasullullah.. lalu pegawai israel itu pun menaip sesuatu dari komputernya lalu menunjukkan skrin komputer tersebut kepada amir jemaah, Pegawai itu bertanya lagi, adakah anda mengusahakan 6 point ini.. iaitu 6sifat para sahabat yg diusahakan oleh setiap ahli jemaah... iaitu ( kalimah toiyyibah, solat khusyuk n khuduk, ilmu n zikir, iklas niat, ikram muslimin , dakwah ) amir dengan penuh kehairanan,berkata ya,kami ushakan atas sifat2 ini tetapi bagaiaman kamu tahu. pegawai itu menjawap,kami telah lama mengkaji tentang golongan kamu, jika semua umat islam usahakan apa yg kamu usahakan pasti kami akan binasa......

Ini hanyalah beberapa karkuzari atau laporan tentang usaha yg dibuat golongan ini adalah yg hak bukan sesat,bidaah oleh sesetngh masyarakat. Jika tuan2 masih dlm keraguan ,solatlah ishthikarah,jika ini jalan yg batil maka musnahkanlah jalan usaha ini, jika nbenar, oalah semoga tuan2 juga diberi hidayah oleh ALLAH utk membuat usaha agama ini.

Isnin, 28 November 2011

PERINGATAN BUAT UMAT-KARKUZARI JEMAAH DAKWAH


Karkuzari Jemaah Ke Kashmir 8 Okt 2005..
Salam..
Karkuzari ini disampaikan oleh Saudara Munir Shah Sakandar Miah.
oleh: fikirumat.blogspot.com

Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah dihantar ke Kashmir daerah Bagh.
Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu.
Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama di kawasan itu.
Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2 elit di kawasan bandar Bagh.
Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden.
Dari segi agama pula, kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur’an.
Mereka tidak ada kaitan dengan mana2 kumpulan ajaran sesat.
Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.
Mereka menganggap bahawa usaha agama ini adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka.

Mereka berkata “kita kena usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju kemudian barulah buat usaha agama”.
Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi pembesar mereka.
Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut.
Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.
Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami.
Kebiasaan mereka akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang).
Sekali, semasa melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul.
Dan semasa menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan gasht di situ lagi.
Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip sampah-sarap.

Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air (lota/bekas wudhu’))untuk kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota.
Kami mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja.
Ada juga orang di situ kencing di dalam air kami.

Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang mengalami kesakitan yang teruk.

Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang mimpi itu.
Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat.
Hampir jam 5 pagi kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind.
Saya sendiri telah bercakap dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh.
Haji Sab telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di kawasan itu dengan segera.
Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2 sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.
Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang.
Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat tersebut.
Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.
Demikianlah, dengan susah payah kami telah usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu.
Dua jemaah lagi kami tidak dapat hubungi mereka.
Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan,
Kami telah berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang-orang kampung tetapi mereka tidak ingin mendengar cakap kami.
Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan telah menghabiskan masa malam bersama kami.

Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu.
Sebaik sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi dan bukit-bukau yang berdekatan.
Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi mengenai kejadian tersebut.
Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam datang dengan begitu laju.
Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama.
Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya.
Selepas beberapa minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat.
Gempa itu begitu kuat sehingga kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya iaitu gegaran yang turun naik.
Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.

Runtuhan di sebabkan gegaran,ribut serta hujan lebat yang aneh.

Di hadapan mata kami,hanya dalam beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi.
Bangunan 2 di sekolah dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi.
Kemudian selepas itu, hujan lebat sangat dahsyat mula turun.
Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.

Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup.
Kemudian selepas itu, ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan pokok2 telah tumbang.
Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat hinggakan kerbau, lembu, kambing,
anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan.
Hanya dalam beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian.

Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata “kun faya kun”..


Setiap bangunan telah rebah menyembah bumi.
Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih hidup.
Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima.
Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah dgn menaiki helikopter.

Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan itu.
Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku.
Tidak ada apa bantuan yang boleh sampai ke tempat itu.
Haji Abdul Wahab telah menghantar sebanyak 9000 beding (alas tidur).
Dalam setiap beding disertakan gula, beras dan lain-lain sebagai bantuan.
Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang tinggal.
Di mana-mana sahaja kelihatan mayat-mayat bergelimpangan.
Kami telah menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah.
Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.

Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau Ya Allah..

Setelah menghadapi mujahadah (susah payah) menguruskan jenazah selama 3 hari,
kami berusaha mencari orang2 yang terselamat dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup kecuali seorang bayi.
Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami bernafas.
Pemuda yang bermimpi itu telah nampak malaikat-malaikat memegang tali cambuk.
Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan kebimbangan.
Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,
maka amir jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal dunia.
Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah meninggal dunia.

Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah bermimpi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam Al-Qur’an atau mana2 sahabat Nabi R.Anhum.
Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T untuk menenangkan kami yang menghadapi ketakutan dan kebimbangan.






Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah dongengan, bahkan satu hakikat.
Kenapakah azab Allah S.W.T dalam bentuk gempa bumi telah datang?
Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di dalam hati.

Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi tiada amalan2 Nabi S.A.W
(dakwah,ta’lim ta’lum,ibadat dan khidmat).
Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan mereka.
Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.
Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan ahli agama/akhirat.

Saudara2ku,
demi Allah tinggalkanlah fikiran2 seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.
Tuan2 buatlah azam utk mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W.
Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang.
Kami telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.

Ya Allah..Terima Kasih kerana mengasihi kami di Malaysia ni..
Sedang maksiat,kemungkaran,wanita tidak tutup aurat,isteri derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim,homoseks,riba berleluasa,minum arak tanpa segan silu,pecah belah dlm urusan agama yg berlaku di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsat seperti yg telah Engkau timpakan ke atas Kashmir,kaum Nabi Luth,tentera Abrahah,tentera Firaun,kaum Ad,umat Nabi Nuh,kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi Muhammad s.a.w.

Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg telah kami lakukan..
Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini kpd ketaatan..
Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu sehingga kami tiada lagi..
Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la kami memohon pertolongan..

Ameenn Ya Rabbal Alameen..

coretan membuka minda

Satu Jemaah  telah dihantar ke amerika selatan untuk buat kerja selama setahun di sana - bandar di mana mrk ditugaskan ini, pihak jemaah masih baru dan tiada bantuan dari sdr-sdr islam tempatan. Dalam keaadaan sebegini, jemaah akan menginap di hotel dan akan mencari saudara-saudara islam di bandar tersebut dengan panduan direktori telefon.

Dalam kisah ini, setelah mendapat nama mereka-mereka yg dirasakan penganut islam, beberapa jemaah telah dibentuk - Satu jemaah terdiri dari 3 org; kasim, karim & kadir telah ditugaskan melawat jaafar (semua nama2 ini bukan nama sebenar). Setibanya jemaah ini ke rumah jaafar, mereka telah memberi salam - salam mereka dijawab dan seorang lelaki berwajah arab telah menyambut mereka dan keadaan seolah-seolah beliau sedang bersiap-siap untuk keluar.

"Siapa kamu", tanya Jaafar. "Kami datang dari pakistan dan kini sedang berada di bandar tuan. Kami berminat untuk menziarahi sdr islam kami di sini hanya semata-mata kerana Allah swt!", jawab salah seorang dari ahli jemaah. "Maaf, saya sibuk. Malahan saya sedang bersiap-siap untuk keluar" Jaafar mencelah. "Tapi, kami hanya beberapa minit masa tuan. Kami datang dari jauh. Kami harap tuan dapat beri masa mendengar penerangan kami" kasim cuba memujuk jaafar.

"Baiklah, mungkin sekadar 5 minit, silakan masuk".

Jemaah telah mengambil peluang ini untuk menerangkan bahawa maksud mereka datang adalah untuk menghubungkan silaturahim dengan saudara-saudara islam di bandar itu. Di samping itu juga tujuan jemaah juga bagi bertukar-tukar fikiran disamping dapat memberi peringatan tentang kehidupan dunia kita yang sementara. Bagaimana kita semua akan menemui maut. Kematian itu pasti. Namun bagaimana disebalik kesibukan hidup, kita dapat membuat bekalan untuk bekalan akhirat. Amir jemaah lalu meminta diri menjelang berakhirnya tempoh 5 minit tersebut.

Namun Jaafar meminta mereka meneruskan bicara. "Sudah lama aku tidak mendengar kata-kata begini", ujarnya.

Maka, jemaah telah mengambil peluang untuk menerangkan tentang kehebatan Allah swt, kepentingan amal, pahala, keseronokan syurga, & bahaya neraka. Jaafar tiba-tiba menangis teresak-esak.

"Sebenarnya, kami keluarga yg berasal dari timur tengah - datukku telah berhijrah ke negara ini membawa ayah aku & adik-beradiknya. Aku dari golongan generasi yg kedua. Kami memang berugama Islam tapi malang, kami tidak mengamalkannya dengan sungguh-sungguh. Bila meningkat dewasa, aku telah menikahi gadis kristian, namun aku tetap dgn keislamanku. Isteriku tegas mengajak ku masuk ke dalam agamanya, namun aku tegar mempertahankan keimanankun. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Ajakannya berterusan. Hingga menjadi leteran yg berpanjangan. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku telah membuat keputusan malam tadi utk keluar islam. Sebentar tadi saya sedang bergegas untuk memenuhi temujanji saya dengan seorang paderi di pinggir kota untuk urusan saya masuk kristian. Hari ini, tuan-tuan telah menyelamatkan akidah saya"

Jaafar telah membuat keputusan untuk memberi masa bersama-sama jemaah. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku seterusnya tentang jaafar & hubungan dengan isterinya, namun yang jelas jaafar telah bertekad untuk mempertahankan iman dan melakukan sesuatu utk mengukuhkan nya.

Takaza & tuntutan untuk kita untuk menjalankan dakwah ke serata dunia sebenarnya amat mendesak. Episod sebegini hanya sekelumit cerita happy-ending utnuk halwa telinga. Bagaimana yg lain-lain. Ulama ada mengingatkan bahawa seluruh umat bertanggungjawab kepada setiap individu umat, sekiranya satu orang mati di hujung dunia tanpa iman, seluruh umat bertanggungjawab ke atas tragedi ini. Dan setiap individu umat bertanggungjawab ke atas seluruh umat - Jika seluruh umat mati tanpa iman, seorang yang ada iman akan dipertanggungjawab atas kelalaian nya tidak menyampaikan yg hak kepada seluruh umat.

Jumaat, 25 November 2011

USAHA ATAS IMAN DAN AMAL

Dakwah adalah tulang belakang agama. Semua Nabi as. Di turunkan di dunia untuk berdakwah. Dengan dakwahlah awal wujudnya agama. Nabi Muhammad saw sendiri telah mencontohkan perjuangannya dalam berdakwah, begitu pula para sahabat r.a.. Perjuangan dan pengorbanan mereka telah banyak di kisahkan dalam kitab-kitab. Hampir seluruh waktu, harta, bahkan diri mereka habis di gunakan untuk memperjuangkan agama. Dengan asbab perjuangan dan pengorbanan Rasulullah saw,  yang kemudian di lanjutkan para sahabat ra, Islam telah menjadi revolusi terbesar yang pernah ada dalam peradapan manusia. Revolusi tersebut meliputi berbagai bidang, termasuk revolusi akhlak dan moral sehingga menjadikan tamadun masyarakat terbaik yang pernah ada. Islam waktu itu telah menunjukkan wibawanya sehingga menjadi kaum yang paling di segani di seluruh dunia. Al-quran dan hadist telah banyak menyebutkan tentang pentingnya usaha agama ini,usaha atas iman dan amal. Usaha dakwah ini sangat mempengaruhi kemajuan dan kemerosotan umat. Banyak wilayah / negara yang dulu teguhnya dengan ajaran Islam kini tinggal bekasnya saja. Hal ini terjadi karena kurangnya kepedulian umat untuk mengamalkan dan mengusahakan agama.Agama seperti air yang perlu digerakkan seperti juga dunia yang mana masyarkat kini berlumba2 usaha atas dunia mereka kerana mereka nampak akan kepentingan unia ke atas mereka berbanding agama yang seperti melepaskan batuk ditangga sahaja. Dengan sifat kerahiman ALLAH,telah membangkitkan satu golongan mengusahakan agamaNYA kembali,inilah yang di sabdakan nabi Muhammad s.a.w yang mana setiap 100 tahun,ALLAH akan bangkitkan golongan yang memperbaharui agama.Inilah golongannya,yang penuh dengan tawaju',tawadhuk hanya kepada ALLAH,menidik hati bahawa hanya ALLAH sahaja segalanya,mengeluarkan kebesaran makhluk dalam hati,ketika manusia lain sibuk dengan dunia dan berehat dirumah dengan senang tetapi mereka ini bermujahadah Di jalan ALLAH semata2 untuk menyelamatkan manusia dari azab ALLAH,tetapi masih ada segelintir masyarakt yang memandang sinis kepada golongan ini,ini adalah kerana kurangnya kefahaman agama dalam hati mereka.

Syaikh Muhammad Ilyas rah.a salah satu tokoh yang memahami cita-cita dan perjuangan Rasulullah saw beserta para sahabat ra merasakan kerisauan yang dalam atas ketidak pedulian umat terhadap agama. Apalagi keadaan masyarakat( India) yang beliau saksikan waktu itu yang jauh dari agama. Hal itu semakin menambah kerisauan di hati beliau yang kemudian berusaha mencari jalan keluar untuk mengubah suasana dan keadaan masyarakat atas dasar cinta beliau kepada Umat Islam. Beliau berusaha menegakkan kembali kepentingan usaha dakwah dan menanamkan kefahaman pada umat tentang pentingnya dakwah untuk di usahakan sebagaimana yang telah di tuntut oleh agama, serta agar setiap individu memiliki rasa tanggung jawab untuk memajukan agama. Akhirnya beliau mengirim rombongan dakwah dari india untuk di gerakkan dengan tujuan mempraktikkan kehidupan Islam dan membudayakan usaha dakwah serta usaha amar ma’ruf nahi munkar dalam kehidupan masyarakat. Serta agar berlatih mengorbankan harta, diri dan waktu untuk agama.

Sejarah telah menjadi saksi betapa besar pengaruh gerakan dakwah yang di tegakkan kembali oleh Syaikh Muhammad Ilyas rah.a. Dan telah menjadi satu2 usaha perbaikan umat dalam meninggikan kalimat imaniyah di akhir abad ke-20 ini. Sehingga menjadi tinggilah kepentingan agama di atas kepentingan lainnya dan kepentingan usaha atas agama di atas usaha lainnya. Kemudian orang berbondong-bondong untuk mengutamakan amal daripada mal (harta), menghidupkan sunnah-sunnah dan adab-adab nabawiyah serta menyiapkan diri untuk menjadi pejuang-pejuang agama, dengan mengorbankan harta dan diri mereka di jalan Allah (semata-mata mengharap keridhaa-Nya).

Karena taufik dan inayah dari Allah swt. sajalah, usaha dakwah dan tabligh tersebut kini telah menyebar ke seluruh penjuru dunia. Allah-lah yang menolong usaha dakwah terswebut dan Allah kuasa untuk menghancurkanya. Pada saat ini dapat di lihat betapa banyaknya manusia yang berbondong-bondong keluar di jalan Allah ke setiap penjuru, bahkan ke setiap sudut perkampungan terpencil dengan semangat, niat, cara dan tujuan yang sama untuk menyebarkan agama, hidayah dan perdamaian. Setiap hari selalu ada jamaah atau rombongan dakwah yang terus di kirim ke berbagai wilayah. Mereka senantiasa mendakwahkan agama siang dan malam, mengingatkan umat bahwa tidak ada jalan menuju kebahagiaan kecuali mengamalkan agama. Tujuan mereka yaitu untuk memperbaiki diri serta agar agama yang telah di turunkan Allah swt dengan sempurna ini bisa wujud dalam kehidupun umat islam seluruh alam (khususnya pada diri pekerja dakwah itu sendiri). Sehingga seluruh kampung-kampung di seluruh alam bisa hidup sebagaimana Madinah Al-munawarah pada zaman Rasulullah saw. Masjid-masjid dapat hidup sebagaimana kehidupan masjid Nabawi pada zaman Rasulullah saw. Serta agar manusia memahami pentingnya kerja atas agama melebihi kerja atas kebendaan.

Tidak ada satupun lapisan masyarakat yang tertinggal dalam menyambut seruan untuk dakwah tersebut, dari Ulama-ulama, Hufadz Qur’an, pelajar, orang awam, orang miskin, koprat, intelek, ahli perniagaan, pejabat, orang bandar mahupun desa. Berkat usaha dakwah dan tabligh tersebut telah banyak orang yang hidupnya kelam mejadi terang, banyak orang kembali taubat dari kemaksiatannya. Dalam usaha ini,perbezaan suku, bahasa, negara, status sosial tidak menjadi halangan,mereka semua bahu membahu sebagai umat akhir zaman yang mempunyai tanggung jawab untuk meneruskan risalah kenabian. Bersatu padu menyatukan fikir dan saling tolong-menolong dalam memperjuangkan agama yang sedang sakit parah ini. Ini juga bukti bahwa dakwah memang ampuh untuk memperkuat persatuan umat dan menghindari perpecahan.

Amalan dakwah ini telah bergerak dan berkembang di Afrika seperti Maroko, Al-Jazair, Tunisia, dan Libya. Amalan dakwah ini juga bergerak dan berkembang di Perancis, Belgium, Belanda, Albania, Inggris dan Amerika. Juga di Timur tengah seperti Mesir, Jordan, Syiria, Libanon, Yaman dan negara-negara Arab lainnya, di samping juga di negeri tempat asal mula usaha ini berkembang, yakni India. Saat ini lebih dari 240 negara telah hidup amalan dakwah ini.Ini amat ajaib kerana tiada satu organisasipun yang menyalurkan bantuan kepada mereka,ini menunjukkan bahawa alam usaha agama ini adanya nusrah atau pertolongan ghaib ALLAH, seperti ALLAH mebantu para nabiNYA a.s dan para sahabat r.a.

Usaha dakwah dan tabligh telah berkembang dengan baik bak anai2 meskipun di negara-negara barat yang sangat minoriti Islamnya (seperti Amerika, Eropa, Australi dll). Dengan sebab usaha dakwah di sana, ''PANJI-PANJI ISLAM'' semakin berkibar tinggi. Di sana orang-orang semakin berani untuk menampakkan ke-Islamannya. Orang semakin bangga untuk memakai pakaian sunnah seperti serban dan ghamis. Bahkan banyak orang yang akhirnya masuk Islam asbab usaha dakwah tersebut.

Suatu usaha yang besar, berskala dunia dan berkaliber Internasional tentu mengundang reaksi yang besar pula. Berbagai cemuhan dan kritikan datang dari segala arah, Ada yang mendukung, simpati, mendorong dan mencintainya. Ada juga yang membenci, dan menghalang. Hal ini wajar, hampir semua pembaharuan selalu di iringi pertentangan dan inilah tertib dakwah seperti yang berlaku kepada para nabi dan sahabat. Namun fakta membuktikan, siapapun yang terjun langsung dalam kerja dakwah tersebut maka akan timbul jazbah (semangat) untuk mengamalkan agama. Dan timbul semangat untuk mendakwahkan agama tersebut kepada orang lain.

Tentang asal nama "Jamaah Tabligh”, Pada dasarnya tidak ada penamaan rasmi terhadap kerja dakwah ini, dan awal gerakan da’wah tersebut juga memang tidak ada nama khusus.  Munculnya nama "Jama’ah Tabligh" terwujud secara alami, sebagaimana jika orang menjual ikan maka orang-orang akan menyebutnya "Penjual Ikan" atau jika orang menjual buah-buahan maka orang-orang akan memanggilnya "tukang buah".

Di kisahkan bahwa Maulana Muhammad Ilyas rah.a. ketika memulai kegiatan dakwah tabligh ini mengatakan, “aku tidak memberikan nama apa pun terhadap usaha ini. Tetapi, seandainya aku memberinya nama, tentu aku menamakannya ‘gerakan iman’”. Beliau menyadari bahwa memberikan satu nama khusus pada kegiatan ini berarti membuat golongan baru pada ummat dan ini akan mengakibatkan perpecahan umat.Pada hakikat tablighlah satu2nya golongan islam yang syumul,yang mendidik kita iman,bermasyrakat,menghidupkan amalan sunnah dlm kehidupan,menghidupkan masjid2,n memperbaiki akhlak. Mengapa ada segelintir para tokoh yang kononnya ilmuan,uztaz menyatakan Dakwah dan tabligh sesat tanpa mereka memberikan bukti yang kukuh paa hakikatnya mereka menegakkan amal ibadah seperti sholat, puasa, dzikir, dan sebagainya mengikut sunnah. Sesunggunya, dakwah adalah tanggung jawab setiap individu ummat ini yang harus mereka tunaikan tanpa kecuali.Bukan di bentuk dibawah satu kelompok dakwah(persatuan), oleh kerana itu tentu akan memberi kesan bahwa dakwah adalah tugas anggota kelompok dakwah saja. Dengan pertimbangan itulah Maulana Ilyas tidak memberikan nama terhadap usaha agama ini seperti yang di COP masyarakat nusantara sebagai tabligh.

Contohnya, di beberapa wilayah Indonesia orang-orang mempunyai sebutan yang berbeza-beza. Misalnya jamaah silaturahmi, kuba, jaulah, khuruj, osamah, jama’ah tholib, bahkan ada yang menyebut jamaah periuk karena sering membawa periuk kemana-mana. Agak lucu juga mendengarnya tetapi pada hakikatnya disisi mereka ini adanya ALLAH yang maha sempurna.Ada juga sejumlah aktivis da’wah yang kurang senang bila dirinya di sebut anggota jamaah tabligh. Dakwah dan tabligh adalah tanggung jawab seluruh umat bukan tugasnya sekelompok orang tertentu. Namun yang menjadi kesalahfahaman besar, terutama di malaysia adalah menganggap kerja tersebut hanya milik golongan tertentu. Padahal di harapkan semua umat ikut ambil bagian dalam kerja dakwah ini mengikut kemampuan masing-masing.

Azas (landasan) dari kerja dakwah tersebut adalah musyawarah yang berdasarkan ruang lingkupnya terbagi dalam beberapa tingkatan musyawarah. Tingkat yang paling besar adalah musyawarah dunia yang biasanya di adakan 2 tahun sekali. Musyawarah nasional atau negara biasanya di adakan 4 bulan sekali atau setahun sekali mengiku negara, kemudian di bahagi lagi dalam wilayah-wilayah yang lebih kecil sebulan sekali, seterusnyadi bagi lagi dalam musyawarah halaqoh (kawasan) biasanya 1 minggu sekali. Sedangkan yang terkecil adalah musyawarah harian yang biasanya di adakan setiap hari di maholla (masjid) masing-masing. Setiap pekerja dakwah juga di anjurkan bermusyawarah setiap hari dengan keluarga di rumahnya masing-masing untuk kemajuan agama (setidaknya kemajuan agama dalam keluarga), sehingga ahli keluarga ikut ambil bagian dalam usaha dakwah. Selain itu juga masih banyak musyawarah-musyawarah lain yang belum di sebutkan di atas karena setiap kerja selalu di awali dengan musyawarah. Dalam musyawarah dunia, perkembangan dakwah di evaluasi, serta di bicarakan terti-tertib yang akan di ambil dalam masa yang akan datang. Sehingga terkadang terjadi perubahan tertib setelah musyawarah dunia.


Berdasarkan tempat berdakwah terbagi menjadi dua, yaitu intiqoli dan maqomi. Intiqoli yaitu dakwah di tempat orang lain atau kampung lain dengan berpindah atau dengan melakukan perjalanan dengan masa tertentu. Orang di sekitar tempat yang di datangi di harapkan akan memberi bantuan untuk kerja dakwah sehingga terjalin kerjasama antara pendatang dengan orang tempatan, sebagaimana kerjasama yang terjalin antara Sahabat muhajirin dan anshor di Madinah pada jaman Rasulullah saw. Sedangkan maqomi adalah dakwah di tempatnya masing-masing. Setiap pekerja di anjurkan untuk meluangkan beberapa jam setiap harinya untuk bersilaturahmi dengan orang-orang di sekitar tempatnya masing-masing untuk mendakwahkan agama. Dalam berdakwah juga di kenal istilah amalan secara infirodi dan Ijtima’i. Infirodi yaitu amalan secara individu sedangkan ijtima’i secara berkelompok(berjamaah). Begitu pula dalam berdakwah juga bisa di lakukan secara infirodi maupun ijtima’i.

Pekerja dakwah di anjurkan untuk mengikuti tertib-tertib dan arahan-arahan yang di sepakati guna menjalankan dakwah, misalnya ketika keluar di jalan Allah (khuruj fi sabilillah) hendaknya memperbanyak da’wah ilallah, ta’lim wa ta’lum, dzikir wal ibadah,dan khidmat. Mengurangi masa makan dan minum, tidur dan istirahat, bicara sia-sia, keluar dari lingkungan masjid. Menghadapi segala kesulitan dengan sabar. Jangan menyinggung masalah politik, khilafiyah (perbezaan pendapat di kalangan ulama), status sosial, dan derma sumbangan dalam berdakwah (ketika keluar). (Tidak boleh menyinggung masalah politik dan khilafiyah karena membicarakan hal tersebut ketika keluar di jalan Allah bisa menimbulkan perdebatan dan perpecahan di antara jamaah). Dan masih banyak arahan-arahan lainnya.

Pada zaman Rasulullah saw, masjid Nabawi menjadi pusat kegiatan umat, dari sana di bentuk jamaah / rombongan dakwah. Di sana juga sebagai pusat belajar-mengajar, pusat beribadah dan pusat melayani umat, Sehingga dalam usaha dakwah dan tabligh ini juga menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan dakwah. Berangkat dari masjid dan kembali lagi ke masjid. Untuk kawasan tertentu ada masjid yang di jadikan markaz (bahasa arab untuk kata centre/pusat). Di situlah biasanya para pekerja dakwah melakukan ijtima’ (pertemuan).

Dalam ijtima’ tersebut juga di bentuk jama’ah-jamaah yang akan di kirim ke berbagai tempat untuk berdakwah. Pada malam ijtima’ di adakan bayan,majlis fikir atas iman adan amal iaitu suatu majlis yang membawa kita berfikir sejenak,membuka mata hati dan fikiran. Petugas bayan (mubayin) memberikan nasihat serta dorongan kepada para jamaah agar memikul tanggung jawab agama dengan cara mengorbankan sebagian dari harta, diri dan waktu, untuk keluar di jalan Allah. Bayan di akhiri dengan tasykil iaitu tawaran serta bujukan kepada para jamaah untuk mengorbankan sebagian harta, diri dan waktu untuk keluar di jalan Allah dengan masa tertentu dalam rangka mendakwahkan agama. Kemudian orang yang berniat untuk ikut keluar (khuruj fi sabilillah) mendaftarkan diri dan nama mereka akan direkodkan ke dalam sebuah buku untuk semakan di masa hadapan untuk tindakan selanjutnya kerana untuk keluar di jalan ALLAH ,kita hanya sekadar berazam an merancang tetapi hakikat yang keluarkan kita ialah ALLAH. Di sana juga biasanya di bacakan kitab Hayatus-Shohabah yang berisi perjuangan dan pengorbanan para sahabat untuk agama, agar para jamaah dapat meneladani para sahabat r.a. dalam mengamalkan dan memperjuangkan agama. Dengan begitu juga bisa dirasakan bahwa pengorbanan para jamaah belum ada apa-apanya di bandingkan pengorbanan para sahabat r.a dalam membela agama. Orang yang mendapat tugas membaca kitab Hayatus-Sohabah haruslah orang ‘Alim(berilmu).

Kelebihan mereka dalam berdakwah adalah kerelaan mereka mengorbankan keperluannya untuk kepentingan dakwah. Mereka rela mengorbankan sebagian harta, diri dan waktu mereka untuk mendakwahkan agama  sampai melewati batas pulau dan negara. Dalam berdakwah mereka siap di caci dan di maki, hal itu tidak akan menghentikan mereka. Sehingga ada jemaah yang terbunuh semasa membuat usaha agama,ini sedikit tiakpun membuat mereka berhenti.Hubungan antara pekerja dakwah ini sangat erat, mereka memiliki kesatuan hati yang sangat kuat, di dalamnya ada kasih sayang, dan semangat mengutamakan orang lain (itsar). Keindahan hubungan mereka dapat di lihat dari ijtima’-ijtima’ yang di adakan. Kasih sayang ini bukan hanya untuk sesama pekerja dakwah saja. Dalam berdakwah jamaah senantiasa berusaha menjalin hubungan dengan baik kepada orang-orang yang di temui tetapi malangnya aa segelintir masyarakat yang becakap belakang menyatakan mereka ini olongan memencilkan diri dan hanay berkumpul dengan golongan mereka sahaj,ini tidak benar dan satu fitnah, hakikat mereka di ajar untuk ikram dan itilat masyarakat. Dalam berdakwah di anjurkan menghindari perdebatan serta berdakwah dengan penuh hikmah dan bijak. Para Da’i di anjurkan menghadirkan sifat ikromul muslimin (memuliakan sesama muslim) terutama kepada Ulama yang di jumpai.

Tidak ada paksaan dalam menjalankan usaha dakwah ini. Walaupun para masyaikh  dan Syuro senantiasa memberi arahan-arahan dan nasihat dalam mengamalkan dakwah, tapi dalam pelaksanaanya apakah akan di amalkan atau tidak kembali kepada setiap individu. Namun alangkah baiknya jika semua orang dapat ikut ambil bagian dalam usaha ini. Usaha dakwah tersebut sangat terbuka, semua orang mapu ikut ambil bagian dalam usaha dakwah cuma tanyalah iman masing2.

Para masyaikh(ulama) juga senantiasa mengingatkan kepada orang-orang yang bekerja di bawah usaha dakwah tersebut bahwa tujuan utama dalam mengamalkan dakwah tersebut adalah untuk memperbaiki diri (ishlah), dan bukannya memperbaiki orang lain sebagai tujuan utama mereka dalam berdakwah.

Amalan dakwah yang telah di konsepkan sangat bagus dan mulia, tapi yang menjalankan dan mengamalkan juga manusia biasa yang datang dari berbagai latar belakang. Tidak mungkin dapat lari dari kesalahan. Jika di cari-cari kekurangan mereka, tentu akan banyak di temukan, hal ini wajar. Di antara mereka sudah ada yang bertugas untuk mengarahkan dan meluruskan.

Secara realiti,hakikat umat saat ini pada umumnya sudah jauh dari apa yang di wasiatkan Rasulullah saw. Banyak masjid di bangun namun semakin sedikit yang memakmurkannya. Masjid hanya untuk dimegahkan namun semakin sepi dari amalan. Pemuda-pemuda kita lebih bangga menirukan gaya selebriti daripada Nabi kita dan menyatakan bahawa gaya sunnah ketinggalan zaman dan hanya sebgai aat bangsa arab, Kita sebagai Umat Islam tidak sedar telah ikut terbawa budaya yahudi dan nasrani. Kini agama, satu-satunya yang menjadi sebab kebahagiaan, kemuliaan dan kejayaan dunia akhirat di anggap sesuatu yang tidak penting sehingga di abaikan begitu saja. Dengan memberi ummat kitab tebal kemudian kita cuma berharap agar umat mengamalkanya sementara mereka belum memahami kepentingan agama merupakan perkara yang hampir mustahil.

Masyarakat terbentuk dari apa yang mereka lihat, masyarakat sudah jauh dari kehidupan islam yang syumul. Cara bagaimana bermu’amalah, mu’asyaroh, berakhlak yang dulu pernah di ajarkan Rasulullah saw kini telah hilang dari umat Islam. Jika dulu ada yang bertanya bagaimana akhlak Rasulullah saw maka dapat di jawab akhlak beliau adalah Al-quran. Namun saat ini kehidupan Islami seolah-olah hanya di dalam buku-buku saja dan hanyalah sekadar di dinding2 sebagai perhiasan,nauzubiollah..

Di zaman sekarang ini, budaya materialisme sudah meresap ke dalam kehidupan masyarakat, tetapi alhamdullillah masih ada lagi golongan yang ALLAH bangunkan yang mau berkorban untuk mendakwahkan agama,ini merupakan suatu rahmat dari Allah swt yang seharusnya kita tolong dan kita syukuri.  Thola’albadru‘alaina mintsaniyatilwada’ wajaba syukru ‘alaina maada’alillahida’. (Telah terbit purnama di atas kita muncul dari tsaniyatul wada’, wajib bersyukur atas kita selama masih ada Da’i yang mengajak kepada Allah.InsyaLLAH semoga kita dan keluarga serta segala keturunan kita dipilih ALLAH untuk membuat usaha ini,oalah wahai tuan2 yang mulia. dan jika kita tidak mampu untuk melakukan usaha ini tetapi jangnlah kita menjadi sebagai penghalang untuk mereka berjuang mendakwahkan agama yg mulia ini, semoga ALLAH merahmati kita semua..

Rabu, 23 November 2011

Majlis fikir atas iman dan amal 7 - karkuzari SYAIKH SHALIH ALY ASY SYUWAIMAN

Karguzari (laporan) ijtima' Raiwind daripada Syaikh Shalih bin Aly Asy-Syuwaiman kepada Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz melalui surat dengan berisi pujian, penafian keburukan dan tuduhan terhadap usaha dakwah dan tabligh berserta tasykil (ajakan). Surat ditulis pada tahun 1407H.



Catatan bersumber daripada terjemahan Indonesia buku Jilaaul Adzhan (Menyingkap Tabir Kesalahfahaman terhadap Jamaah Tabligh) di bahagian ketiga; Kumpulan Surat-Surat Dari Para Pemimpin, Tokoh Ulama, dan Masyaikh yang Mendukung Jamaah Tabligh di Kerajaan Saudi Arabia susunan Syaikh Ghulam Musthafa Hasan. Di dalam bab ini juga turut melampirkan surat daripada Syaikh Maulana Muhammad Ilyas dan Syaikh Muhammad Ihtisyamul Hasan rahimahumAllah kepada yang mulia Raja Abdul Aziz 1, Aali Saud rahimahullah pada tahun 1357H.


Syaikh Shalih bin Aly Asy-Syuwaiman menyatakan di dalam surat tersebut;


"Bismillahirrahmanirrahim,

Yang mulia orang tua kami, Syaikh Abdul-Aziz bin Abdullah bin Baz, Ketua Umum Lembaga Riset Ilmiah, Fatwa, Da'wah, dan Bimbingan Islam, semoga Allah menjaganya dari segala keburukan dan memberikan taufiq dalam langkah-langkahnya. Amin.


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Liburan saya dimulia pada tanggal 1/3/1407H, dan saya telah melakukan perjalanan ke Pakistan pada tanggal 3/3/1407H bersama rombongan ulama dan mahasiswa dari berbagai Universitas, antara lain Universitas Islam, Universitas Imam Muhammad bin Saud, Universitas Raja Saud dan lain-lainnya. Kami benar-benar telah menyaksikan suatu keajaiban. Begitu kami sampai di Bandara Lahore, kami disambut oleh sekelompok pemuda shalih, yang memancarkan cahaya ilmu dan iman dari janggut-janggut dan wajah-wajah mereka. Kami menuju ke masjid bandara dan melaksanakan shalat sunnah. Kemudian, kami duduk berkumpul dengan rombongan yang berasal dari berbagai negeri. Maka, seorang di antara mereka menyampaikan kalimat-kalimat ajaib yang sangat mengesankan hati.

Kemudian, mobil datang mengangkut kami ke tempat pertemuan di Raiwind. Pertemuan yang indah, yang menyebabkan kekhusyukan hati dan berlinangnya air mata karena rasa gembira dan rasa takut kepada Allah. Pertemuan yang menyerupai pertemuan penduduk surga. Di dalamnya tidak ada kata-kata teriakan, tidak ada  perasaan lelah, tidak ada perkataan sia-sia, tidak ada kekacauan, dan tidak ada kebohongan. Juga sangat bersih, tidak ada bau busuk dan tidak ada kotoran. Pertemuan yang diatur dengan sangat tertibnya - tanpa polantas, tanpa polisi keamanan, tanpa patroli polisi dan tanpa penjaga. Padahal, pertemuan ini meliputi satu juta orang lebih.

Demi Allah, inilah pertemuan yang menghidupkan hati, menyinarkan dan meningkatkan iman - sebuah kehidupan alami dan fitrah yang diliputi oleh dzikrullah, ilmu, ceramah umum, pelajaran (majelis ta'lim) dan halaqah dzikir siang dan malam.

Alangkah elok dan alangkah indahnya karena ia memberikan kepada kita gambaran yang hidup tentang kehidupan para sahabat, tabi'in dan tabiit-tabi'in r.a, yakni gambaran tentang perjuangan, ilmu dan dzikir, kata-kata yang baik, perbuatan-perbuatan yang baik, gerakan-gerakan Islami yang indah dan wajah-wajah yang memancarkan cahaya iman dan ilmu.

Anda tidak akan mendengarkan kecuali kata-kata Tauhid dan dzikir, tasbih, tahmid, takbir, membaca Al-Qur'an, salam, jawaban salam, ucapan jazakallahu khairan dan sebagainya.

Anda tidak memandang kecuali yang menyenangkan Anda dan menyemangatkan hati Anda berupa kegiatan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dengan segar - untuk Anda nikmati setiap saat. Sungguh, ini merupakan pertemuan Islami yang agung, indah dan manis.

Secara umum, ia merupakan praktek penerapan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Betapa sunnah menimbulkan kehidupan yang baik dan membahagiakan, dan betapa saya sangat mendambakan pertemuan seperti ini dapat dilaksanakan di negeri Saudi Arabia. Sebab, negeri ini sangat pantas bagi setiap kebaikan dan selalu melebihi negeri-negeri lain dalam setiap kebaikan semenjak masa kerajaan Raja Abdul Aziz - semoga Allah mengampuninya dan menyucikan ruhnya di jannatun-na'im dan mengumpulkan kia semua di Surga Firdaus.

Pribadi-pribadi Jamaah ini berasal dari seluruh pelosok dunia. Mereka memiliki satu bentuk, satu tabiat, satu kata dan satu tujuan. Seakan-akan mereka keturunan dari satu orang atau seakan-akan Allah s.w.t menciptakan satu hati dan membagi-bagikannya kepada mereka.

Mereka tidak mempunyai ambisi dan cita-cita selain ingin berpegang teguh pada agama dan mengadakan perbaikan terhadap pemuda-pemudi muslim dan membimbing non-muslim kepada jalan Allah yang terpuji. Bagaimanakah orang-orang yang bingung berani menyerang orang-orang yang shalih ini?

Syaikh Abdul Majid Az-Zindany mengatakan tentang mereka, "Mereka adalah penduduk langit yang berjalan di atas bumi."

Betapa lancangnya hati yang berani memaki mereka dan menuduh mereka dengan hal-hal yang tidak ada pada diri mereka.

Saya memperkirakan, tujuan jemaah ini sama dengan tujuan Pemerintah Saudi Arabia, yiaitu membuat perbaikan terhadap manusia di seluruh dunia, menyebarkan perasaan aman dan keamanan di seluruh pelosok negeri. Dari sudut manakah mereka dapat diserang?

Setelah ceramah selesai waktu Isya', apabila Anda mengarahkan pandangan Anda ke kanan dan ke kiri, Anda akan melihat halaqah-halaqah ilmiah yang dapat Anda ikuti, mana saja yang Anda suka. Di halaqah mana saja Anda duduk, Anda pasti akan mendapat pelajaran.

Apabila keadaan sudah sepi; saat menjelang tidur, Anda pasti melihat mereka tegak seperti tiang. Mereka mengerjakan shalat sebelum tidur. Pada akhir malam, Anda pasti mendengar suara mereka seperti suara sarang lebah karena menangis, merintih dan merengek-rengek kepada Allah agar mengampuni dosa-dosa mereka dan dosa-dosa kaum muslimin, menyelamatkan mereka dan saudara-saudara sesama muslim dari neraka dan memberikan hidayah kepada seluruh manusia agar mampu menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w.

Ringkasnya, sesungguhnya pertemuan ini sangat pantas dihadiri para ulama dan penuntut ilmu. Bahkan, oleh setiap muslim yang takut kepada Allah dan mengharapkan kebahagiaan di kampung akhirat. Semoga Allah memberi balasan yang baik kepada pelaksananya, meneguhkan mereka dan menjadikan (usaha) mereka bermanfaat untuk kaum muslimin. Sesungguhnya, Ia Maha Mendengar dan Maha Mengabulkan doa.

Adapun yang menangani semuanya adalah para hafizh Al-Qur'an. Penumbuk gandum menumbuk dengan basmallah, tasbih, tahmid dan takbir. Pembakar roti bekerja dengan basmalah, tasbih, tahmid dan takbir. Kami telah menyaksikan dan mendengarkan mereka tanpa mereka sadari. Maha Suci Allah yang telah membuka pandangan mereka, memberikan taufiq kepada mereka untuk senantiasa berdzikir kepada-Nya dan menunjukkan kepada mereka jalan yang benar - yang dicita-citakan oleh setiap muslim.

Pada hakikatnya Syaikh yang mulia, siapa saja menyertai mereka pasti akan menjadi da'i ilallah melalui latihan dan lamanya persahabatan. Alangkah baiknya seandainya saya mengenal mereka semenjak saya masih mahasiswa di Universitas dulu, pasti hari ini saya sudah menjadi 'allamah dalam da'wah dan seluruh ilmu.

Demi Allah, inilah yang saya pertaruhkan kepada-Nya. Dan Ia Yang Maha Berkuasa pasti akan meminta pertanggungjawaban saya terhadap hal inipada hari ketika harta maupun keturunan tidak berguna dan tidak seorang pun yang dapat menolong orang lain.

Alangkah baiknya seandainya para da'i di bawah lembaga Syaikh yang penuh berkah ini berpartisipasi dalam pertemuan ini dan keluar bersama Jamaah untuk belajar keikhlasan, sistem da'wah, akhlak para sahabat, tabi'in dan tabiit-tabi'in. Semoga Allah meridhai mereka semuanya.

Sebagai penutup, saya berdoa kepada Allah agar menunjukkan bahwa yang haq adalah haq dan memberikan kekuatan kepada kita untuk mengikutinya. Semoga Ia mengilhamkan kepada kita kebaikan urusan kita; memberikan keikhlasan dan ketetapan kepada kita; melindungi kita dari keburukan diri, hawa nafsu, syaitan; menolong agama-Nya, meninggikan kalimah-Nya, memuliakan pemerintahan kita dengan Islam dan memuliakan Islam dengan pemerintahan kita. Sesungguhnya Dialah Pemilik dan Penguasa segala urusan.

Shalawat dan salam semoga tetap dilimpahkan ke atas Nabi kita, Muhammmad s.a.w, keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


Ditulis oleh ananda murid Syaikh Shalih bin Aly Asy-Syuwaiman.
Perwakilan Da'wah dan Bimbingan Islam di Unaizah.