Ahad, 29 April 2012

ARASY

UKURAN ARASY

Ibnu Kathir dan selainnya dari kalangan ulama mufassir berkata,maksud dari firman ALLAH yg berbunyi :
"Malaikat-malaikat dan Jibril naik (mengadap) kepada Tuhan dalam sehari yang kadarnya lima puluh ribu tahun" (surah al-ma'aarij:4)
     Mereka berkata " Sesungguhnya jarak Arasy kebumi sepanjang perjalanan 50 ribu tahun dan luasnya sepanjang perjalanan 50ribu tahun"

KETIKA ARASY BERGOYANG

     Kaum muslimin bersepakat dengan riwayat yang mereka dapat bahawa Arasy merupakan makhluk yang paling agung, berat dan sebagai atap bagi seluruh makhluk yang lain. Kerana keagungan dan beratnya, Arasy pernah bergoyang sekali,ketika salah seorang sahabat Rasullullah yang bernama Sa'ad bin Mu'az meninggal dunia pada perang Ahzab.Beliau merupakan salah seorang sahabat yang mendapat posisi yang terbaik di sisi ALLAH S.W.T dan Rasullullah s.a.w, kerana pengorbanannya kepada islam.Ia seorang sahabat yag menjadi perlindung bagi kaum muhajirin menuju Madinah.Rasullullah sangat menyintainnya dan merasa senang bila Sa'ad bin Mu'az berada di dalam masjidnya. Akan tetapi pada suatu malam, Malaikat Jibril datang menemui Rasullullah, seraya bertanya kepada beliau " Siapa diantara para sahabatmu yang meninggal pada malam ini,penghuni langit menyambut gembira akan kematiannya ?" Rasullullah sama sekali tidak mengetahui, di antara para sahabatnya yang meninggal dunia pada malam itu.Tiba-tiba suara teriakan terdengar " Sa'ad bin Mu'az telah meninggal dunia "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan