Isnin, 25 Julai 2011

ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU bhg 1

Mengapa Israel bersusah-payah membina pangkalan dan pengaruhnya di Singapura?Apa kaitan Cina Singapura dengan Yahudi Zionis?Adakah terdapat apa-apa perancangan ketika Stamford Raffles menjejakkan kakinya di Pulau Singapura?Apa hubungan Bangsa Melayu dengan Bangsa Yahudi?Apakah dia alter terahsia Bangsa Melayu?.Apa yang terjadi 2000 tahun sebelum Masehi di antara Melayu dan Yahudi?

Semua persoalan ini akan terjawab di dalam siri artikel yang penuh dramatik ini.Artikel ini berasal dari kompilasi tulisan Lodgekeeper dan temuramah-temuramah yang dibuat dalam masa yang berasingan.

Selamat Membaca.



-M.O


ALTER TERAHSIA BANGSA MELAYU




"...sent them away from his son Isaac to the land of the east."

(Genesis 25:6 New International Version)



Di atas adalah petikan dari Kitab Kejadian dari Kitab Injil yang merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yang bergerak ke Timur dunia bagi mengembangkan keturunan manusia seperti yang diperintahkan Tuhan.

Bangsa terahsia inilah yang menurunkan pelbagai bangsa Asia dari tempat asal mereka iaitu Asia Barat dan Asia Tengah di mana dari situlah bermulanya peradaban manusia.

Bangsa ini,yang merupakan pemegang rahsia akhir zaman adalah satu bangsa besar yang pernah membina kota-kota purba dan menyertai peperangan-peperangan agung sejak surutnya Banjir Besar bersama-sama bangsa agung yang telah pupus seperti Sumerian dan Akkadian.

Sesungguhnya kisah pengembaraan bangsa ini merupakan satu epik yang teramat panjang,lebih panjang dari epik Homer,The Iliad and the Odyssey.

Untuk mengkaji sifat dan karakter bangsa misteri ini,perlulah dicari dan dirintis sejarah panjang pengembaraan mereka dan apakah yang ditemui mereka di sepanjang epik perjalanan mereka itu.Faktor yang mewujudkan kepelbagaian dari segi wajah,bahasa dan personaliti bangsa ini.Faktor yang menjadi sumber ALTER TERAHSIA bangsa misteri ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan alter?Alter dalam bahasa mudah adalah personaliti tambahan atau pun personaliti lain yang selalunya akan muncul apabila di'suis' dalam keadaan tertentu.Istilah alter sebenarnya berasal dari istilah mindcontrol di mana alter ini muncul setelah seseorang individu mengalami teknik mindcontrol tertentu contohnya teknik berasaskan-trauma.

Contoh yang paling mudah ialah apabila seseorang dikejar oleh anjing yang garang.Secara tiba-tiba orang tadi akan berlari sepantas-pantasnya sehingga dia sendiri merasa hairan dengan kemampuan dirinya yang luarbiasa itu.Padahal setiap kali pertandingan larian 100 meter,dialah yang tercorot (misalnya).

Juga jika seseorang yang dianggap lemah dalam sesuatu perkara,secara tiba-tiba menjadi begitu bersemangat dan gagah bila menyentuh perkara yang lain.

Satu contoh yang baik tentang alter ialah dalam buku Norman Cousins berjudul Anatomy of an Illness, yang menceritakan kisah yang penuh dengan maklumat tentang Pablo Casals,salah seorang pemuzik yang terhandal dalam abad ke 20.Cousins menceritakan pertemuannya dengan Casals tidak lama sebelum hari jadinya yang ke 90 pemain celo yang handal itu.Cousins mengatakan bahawa adalah sangat menyiksakan untuk melihat orang tua itu semasa dia memulakan harinya.

"Dia sangat lemah dan artritisnya tambah melemahkannya sehinggakan dia memerlukan pertolongan untuk memakai pakaian.Emfisemanya sangat jelas semasa dia bertungkus lumus untuk bernafas.Dia berjalan dengan mengheretkan kakinya,badannya bongkok dan kepalanya menjunam ke depan.Tangan-tangannya membengkak dan jari-jarinya menggenggam.Dia kelihatan seperti seorang yang amat tua,dan tersangat letih".

"Sebelum waktu makan,dia berjalan ke arah piano,iaitu salah satu alat muzik yang Casals cekap bermain.Dengan bersusah payah dia membetul-betulkan dirinya di atas kerusi piano.Dia nampaknya bersusah-payah berusaha untuk membawa jari-jarinya yang bengkak lagi tergenggam itu ke papan tanda."

Kemudian sesuatu yang menakjubkan berlaku.Casals dengan tiba-tiba betul-betul dapat mengubah dirinya di depan mata Cousins.Dia telah masuk ke dalam keadaan yang pintar akal,dan semasa dia melakukannya,fisiologinya berubah ke tahap di mana dia mula bergerak dan bermain,menunjukkan di kedua-dua badan dan piano hasil yang sepatutnya hanya berlaku pada seorang pemain piano yang sihat,kuat dan fleksibel.Seperti yang dinyatakan oleh Cousins,

"Jari-jarinya terbuka dengan perlahan-lahan dan mencapai ke arah mata piano seperti tunas-tunas pokok bergerak ke arah cahaya matahari.Belakangnya ditegakkan.Dia nampaknya bernafas dengan lebih mudah".

"Tubuh badannya tidak lagi kaku dan susut tetapi lemah lembut dan benar-benar bebas daripada lingkaran hidup atritisnya.Apabila dia meninggalkan piano,dia kelihatan benar-benar berubah daripada orang yang mula-mula duduk bermain.Dia berdiri dengan lebih tegak dan lebih tinggi;dia berjalan tanpa ada tanda-tanda mengheretkan kakinya.Dia serta-merta berjalan ke meja sarapan pagi,makan bersungguh-sungguh,dan kemudian keluar berjalan-jalan di sepanjang pantai".

Alter selalunya tersembunyi dibelakang personaliti utama yang membayangi alter-alter tadi.Tetapi apabila subjek berada dalam keadaan tertentu di mana personaliti utama tidak mampu menanganinya,alter ini akan tiba-tiba muncul dan beraksi.Maka subjek tadi akan berubah menjadi alter lain,berbeza dari alter utama(personaliti utama).Tidak mustahil pula alter ini menggantikan pula alter sebelumnya sebagai personaliti utama subjek tersebut.

Alter inilah yang tersembunyi di dalam setiap orang Melayu yang kenal dirinya,asal-usulnya dan siapa dirinya yang sebenar.'Melayu' adalah bangsa misteri yang dimaksudkan,telah banyak berubah dari karakter asal mereka ketika berada di wilayah Kanaan dan Sumeria (Mesopotamia) akibat perjalanan masa yang amat panjang selama beribu-ribu tahun dahulu,serta perubahan akibat cuaca dan pengembaraan yang merentasi beratus kilometer menuju ke arah timur untuk menuju ke arah 'The Promised Land' seperti yang diwahyukan Tuhan kepada Nabi Ibrahim a.s.


Menurut kajian geneologi setakat ini,Nabi Ibrahim (Abram,Abraham) mempunyai tiga orang isteri,iaitu Sarah,Hajar dan yang terakhir Keturah.Sarah telah melahirkan Ishak (Isaac) manakala Hajar (Hagar) pula melahirkan Ismail (Ishmael).Keturah pula melahirkan enam orang anak iaitu Zimran,Jokshan,Medan,Midian,Ishbak dan Shuah.Nabi Ishak menurunkan bangsa Yahudi manakala Nabi Ismail menurunkan bangsa Arab.Kebanyakan teks-teks Judeo-Kristian mahupun Islam banyak menceritakan riwayat kedua-dua orang isteri Nabi Ibrahim ini tetapi lain pula dengan Keturah,isteri bongsu Nabi Ibrahim.Sarah,iaitu mempunyai pertalian keluarga dengan Nabi Ibrahim diketahui jelas berasal dari Tanah Kanaan iaitu tempat Nabi Ibrahim tinggal,manakala Hajar pula berasal dari keluarga diraja Firaun Mesir.Namun majoriti teks-teks Yahudi dan Kristian mendefinisikan Keturah sebagai 'unknown nationality'.Persoalannya,

"Siapakah Keturah ini?"

Dari mana dia berasal?.Telah ditakdirkan dari perut Keturah ini lahirlah bangsa-bangsa agung penakluk seperti Chaldea,Media dan Parsi yang mewarisi bangsa Sumeria,Akkadia,Assyria,Babylon dan lainnya dari kalangan Melayu cucu cicit Nabi Nuh dari jurai keturunan Heth bin Kanaan bin Ham bin Nuh a.s di mana di dalam teks Yahudi Kuno mengatakan kelak akan lahir bangsa-bangsa penakluk yang menjadi musuh orang Israel dari saudara mereka sebelah Keturah.Selama beribu-ribu tahun bangsa Yahudi diperangi,dibuli dan dikacau oleh bangsa-bangsa ganas dan kejam yang teramat gagah ini sehingga dibayangkan di dalam hikayat-hikayat mereka sebagai 'raksasa','orang gasar(barbarian)','kaum yang ganas' dan sebagainya.Jika kita lihat kisah Nabi Musa yang ingin kaumnya memasuki Tanah Palestin,di mana kaum Yahudi berkeras tidak mahu memasukinya kerana terdapat 'kaum yang ganas' di dalam Palestin dan sanggup mengeluarkan kata-kata,

"Biarlah engkau saja yang pergi berperang dengan mereka bersama Allah,dan kami menunggu di sini" (Kisah Nabi Musa)

Perlu diingat,akibat trauma dengan sejarah pedih bangsa mereka yang dibuli oleh saudara mereka yang ramai dari sebelah ibu tiri mereka Keturah,rabbi-rabbi Yahudi telah membeza-bezakan taraf isteri-isteri nabi Ibrahim di mana hanya Sarah saja disebut sebagai isteri (wife) manakala Hajar dan Keturah disebut gundik (concubine).Kita boleh lihat di dalam Perjanjian Lama (Taurat) dan Perjanjian Baru (Injil),di mana mereka telah mengubah tafsiran isteri-isteri nabi Ibrahim.Sesungguhnya Nabi Ibrahim selaku Rasul Allah yang teramat alim dan warak tidak pernah membeza-bezakan isterinya,meskipun di dalam peristiwa menghantar Siti Hajar dan anaknya Ismail ke lembah gersang di Mekah.Betapa pilu dan hancur hatinya melihat isterinya dan anaknya yang masih kecil terdampar di tengah padang pasir yang panas.Namun perintah Tuhan tetap dilaksanakan mengingatkan tanah yang dipijak Ismail ketika itu adalah Rumah Tuhan yang akan dibangunkannya bersama anaknya Ismail kelak.Adakah hanya Siti Khadijah sahaja sebagai isteri Nabi Muhammad s.a.w manakala isteri-isterinya yang lain hanya layak disebut gundik?TIDAK SAMA SEKALI.Walhal pada asalnya Siti Sarah adalah wanita yang mandul,sebelum Allah s.w.t mengurniakan Nabi Ishak kepadanya pada saat umur yang terlampau tua.Sebab itulah Siti Sarah berkeras mengahwinkan Siti Hajar (yang disangka hamba perempuan Firaun) dengan suaminya bagi meneruskan keturunan.Bukan sahaja disebut gundik,malah perasaan rasis mereka terhadap keturunan Keturah meleret-leret dengan mengheret keturunan Siti Hajar bersama-sama.Siti Hajar dikatakan hamba Firaun manakala sumber lain pula menyatakan 'gundik Firaun'.Padahal Siti Hajar adalah PUTERI FIRAUN yang diserahkan kepada Nabi Ibrahim untuk menebus rasa bersalah Firaun ketika itu yang ingin memperkosa Siti Sarah semasa Nabi Ibrahim dan Siti Sarah di dalam tahanannya .Dengan kuasa Allah setiap kali Firaun datang untuk memperkosa Siti Sarah,perbuatannya terhalang secara aneh berkat doa Nabi Ibrahim.Dari situ barulah Firaun sedar bahawa Nabi Ibrahim bukanlah sebarangan orang dan mungkin berasal dari orang suci yang harus dihormati.Akibat rasa bersalah yang teramat sangat,maka bukan sahaja Firaun membebaskan kedua-duanya malah membekalkan mereka dengan seorang perempuan muda yang bertutup wajahnya sebagai 'kifarat' dan hadiah kepada Nabi Ibrahim.Rahsia perempuan muda itu terbongkar ketika perjalanan pulang di mana Nabi Ibrahim membuka tutup kepala perempuan itu sambil bertanyakan asal-usulnya yang pada awalnya disangka seorang hamba yang dihadiahkan kepada mereka.Alangkah terkejutnya Nabi Ibrahim dan Siti Sarah bila mendengar pengakuan dari perempuan itu bahawa dia adalah anak perempuan Firaun bertaraf puteri diraja.Tersentuh hati Nabi Ibrahim sambil mengucapkan kesyukuran kepada Allah s.w.t yang sememangnya berkehendak menjaga keturunannya sebaik-baiknya.Jadi keturunan Nabi Ismail yang turun kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah berketurunan diraja dari empayar agung Firaun yang pengaruhnya melewati Anatolia dan Kanaan ketika itu (Firaun ini berbeza langsung dengan Firaun di zaman Nabi Musa kerana Firaun ini hidup lebih lama dari Ramses II kerana sezaman dengan Nabi Ibrahim).

Perlu dingatkan bahawa semasa zaman Nabi Ibrahim tidak ada bangsa yang disebut sebagai Yahudi.Dan sesungguhnya Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi.Nabi Ibrahim adalah berasal dari satu kaum purba yang sezaman dengan bangsa Hittites yang telah pupus dan bangsa misteri di Mesir (Firaun tadi) yang mungkin mewariskan rahsia Piramid dan teknologi canggih zaman itu kepada bangsa Qibti yang menjadi pemerintah selepas itu termasuklah Ramses II di zaman Nabi Musa.

dalam Alquran ada disebut:

"Wahai ahli-ahli Kitab! Mengapa kamu berani bertengkar mengenai agama Ibrahim, pada hal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan kemudian daripada zaman Ibrahim; patutkah kamu berdegil sehingga kamu tidak mahu menggunakan akal?....Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah juga baginda seorang Kristian".
(Ali Imran: 65 - 68)


Bangsa Yahudi diturunkan dari jurai keturunan Nabi Ishak di mana anaknya Yaakub telah digelar sebagai isra' yang bermaksud suka berjalan malam akibat dari kegemaran Nabi Yaakub yang berjalan malam.Dari Nabi Yaakub ini turunlah anak-anaknya termasuk Levi,Yusuf,Bunyamin dan Yahudza.Di sini kita dapat mengesan perkataan yang memaparkan karakter Yahudi seperti Levi dan Yahudza.Bunyamin (Benjamin) pula adalah adik kesayangan Nabi Yusuf,yang kembali bertemu dengan Nabi Yusuf setelah sekian lama terpisah ketika Nabi Yusuf pada waktu itu menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan Raja Mesir (dalam hal ini pemerintah Mesir pada waktu itu digelar al-Aziz bermaksud raja).Pada waktu itu bangsa Yahudi masih menjadi bangsa belasahan dan di bawah pemerintahan bangsa purba lain sehinggalah menjadi semakin kuat dan berjaya menubuhkan kerajaan sendiri sepertimana di era Nabi Sulaiman dan Nabi Daud.Dalam pada itu keturunan dari saudara -saudara mereka yang enam orang tadi dari sebelah Keturah telah membina kekuatan yang amat dasyat,pada masa yang sama mereka telah mula maju sedikit demi sedikit lebih pantas dari bangsa Yahudi,mencipta pelbagai ilmu sains dan teknologi yang canggih,membina negarakota-negarakota yang bertembok tinggi dan tebal,membina organisasi-organisasi moden yang sistematik serta menyusun balatentera yang gagah dan teknik peperangan yang maju.Perlu dingat ketika ini dunia di sebelah lain seperti di Tanah Besar Cina dan Benua Kecil India masih mundur dan kurang berpenghuni.Adakalanya kaum-kaum dari sebelah Barat ini,(di mana pusat ketamadunan manusia purba bermula dari sini di sekitar Mesopotamia) telah mengembara ke India dan China untuk menangkap kaum asli yang masih bercawat di dalam hutan untuk dijadikan hamba atau buruh kasar membina tembok-tembok dan kota (peristiwa ini dapat dihayati jika kita menonton filem Apocalypse arahan Mel Gibson atau 1000000 B.C).Pada masa yang sama bangsa Yahudi masih ditakuk lama,hidup bermalas-malasan sambil mengharap belas ihsan bangsa-bangsa yang lebih gagah dari mereka.Sehinggalah mereka bertembung kembali dengan bangsa-bangsa keturunan Keturah seperti Media (Madyan) dan Babilon (Babil) serta Chaldea (Kaldan) yang mula merampas tanah-tanah mereka dan mula mengganas memusnahkan kediaman mereka.


Bangsa Yahudi menjadi bangsa hamba di bawah pemerintahan bangsa-bangsa hebat yang menjajah mereka berkurun lamanya secara bersilih ganti.Bangsa ini pernah dibawa beramai-ramai ke kota Babilon untuk dijadikan hamba,pencacai,buruh kasar,kuli dan orang gaji dibawah kekuasaan Emperor Nebuchadnezzar (Buktanassar) dalam keadaan hina dengan dirantai kaki dan tangan mereka.Pada masa ini semua suhuf-suhuf dan Taurat telah dibakar oleh pemerintah dan hanya segelintir dari mereka berjaya menyimpan dan menghafal isi kitab itu secara sembunyi-sembunyi.



Diwaktu pemerintahan Babilon inilah bangsa Yahudi telah banyak tersesat jauh dengan mengamalkan sihir dan penyembahan syaitan akibat kekurangan ajaran agama dan tekanan hidup yang tinggi.Mereka mula mengabdikan diri kepada amalan spiritual yang pelik-pelik dengan harapan syaitan akan membantu mereka melepaskan mereka dari penderitaan di bawah penjajahan bangsa Babilon.Disinilah bermulanya amalan 'Babilonian Magic' yang menjadi asas Sihir Gematria,Necronomicon,Kultus Pentagram,Ramalan Tarot dan Persaudaraan Ular Iblis menyebabkan terjadinya insiden Harut dan Marut seperti yang dikisahkan dalam AlQuran.



Kegilaan bangsa Yahudi ini dalam mempelajari sihir telah menjauhkan mereka dari hidayah Tuhan dan menyebabkan ramai nabi diutus kepada mereka bagi membetulkan akhlak mereka.Bangsa Yahudi adalah bangsa spiritual.Mereka peka kepada perkara-perkara bersifat ghaib dan misteri.Mereka percaya kepada makhluk halus dan kuasa sakti.Mereka gemar mempelajari sisi spiritual dari bangsa-bangsa gagah yang menjajah mereka silih berganti.

Berbalik kepada wanita misteri yang menjadi isteri ketiga Nabi Ibrahim,tidak banyak diketahui tentang kehidupannya malah berasal dari kawasan mana ataupun dari jurai keturunan mana walaupun sudah pasti berasal dari kelompok pengikut Nabi Nuh mahupun mungkin terus berasal dari kaum kerabat Nabi Nuh sendiri.Sumber-sumber kuno Yahudi juga masih samar-samar dalam membicarakan asal-usul Keturah,si wanita misteri ini.Tetapi jika disusur dari kehidupan Nabi Ibrahim sebagai 'patriarch' (gelaran yang diberikan kepada lelaki yang menjadi ketua keluarga yang sekaligus sebagai pemimpin atau raja bagi kaum kerabatnya yang terhormat dan besar) memungkinkan baginda hanya berkahwin dengan suku terhormat sahaja.Tambahan pula Keturah telah melahirkan anak-anaknya yang gagah-gagah dan hebat.


*Keturah di khemah sebelah kanan bersama-sama 6 anaknya.Diambil dari teks Yahudi kuno.


Keturah bermaksud kemenyan atau pun wangi-wangian yang kadangkala digunakan dalam upacara ritual.Dari sini kita dapat menyelusuri susurgalur bangsa Melayu sebagai bangsa spiritual.Tidak diketahui siapakah ibu bapa Keturah.Tetapi terdapat sumber yang mengatakan kemungkinan Keturah berasal dari kaum kerabat raja agung Sargon yang memerintah Akkadia (namun begitu teori yang paling meyakinkan setakat ini ialah Keturah berasal dari Timur Jauh;tempat di mana keturunan nabi Ibrahim diarahkan menyebar selepas itu).Jika demikian maka sahlah bangsa misteri ini sememangnya berasal dari keturunan raja-raja agung sepertimana Arab Quraisy yang berketurunan dari Raja Mesir dari bangsa misteri yang memerintah Sungai Nil ketika itu.Sesungguhnya Piramid Agung bukanlah dibina ketika pemerintahan Firaun Khufu (Cheops) tetapi telah dibina berkurun sebelumnya oleh kerajaan-kerajaan silam yang lepas.Firaun-firaun Mesir hanyalah membaikpulih sahaja piramid-piramid ini yang diwarisi mereka.Hakikat ini lama-kelamaan disedari oleh ramai pengkaji tetapi terlampau lama untuk dapat dipercayai oleh masyarakat dunia.Anda boleh tonton filem 1000000 B.C dimana terdapat kaum yang membina Piramid ditengah-tengah padang pasir untuk mendapatkan gambaran tentang hal ini.Arkiteknya dalam menentukan lokasi piramid terpaksa melihat jarak bintang dilangit dan koordinasi buruj-buruj dimana pada masa yang sama dia juga adalah ahli astronomi dan ahli nujum Istana.Kedudukan ketiga-tiga piramid termasuk Piramid Agung Giza adalah bertepatan dengan kedudukan buruj Orion di langit,dan mengarah tepat ke arah kiblat.Ini antara misteri paling terbesar dalam sejarah kemanusiaan.Siapakah bangsa agung yang mula-mula merencanakan pembinaan Piramid?Sesungguhnya Piramid Mesir adalah penunjuk kiblat paling besar yang terdapat dibumi di mana Allah Yang Maha Agung telah menciptakan bintang-bintang Orion sebagai tanda kiblat dilangit.Piramid Mesir adalah penunjuk arah ke Baitullah di bumi manakala bintang Orion adalah penunjuk arah ke Baitul Makmur di langit.Maha Suci Allah yang menciptakan segala sesuatu tanpa sia-sia.Bangsa misteri yang membina piramid terawal sudah tentu sebuah bangsa yang teramat bijak dan genius dan di zaman itu kemajuan material adalah setanding malah lebih maju dari apa yang kita dapati hari ini.Tidak percaya?.Cuba anda bayangkan kehidupan manusia sebelum Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Bayangkan kehidupan mereka adalah teramat canggih dengan kereta-kereta mewah dan kotaraya-kotaraya bercahaya serta pesawat-pesawat terbang seperti UFO yang bersimpang siur di udara.Setiap rumah ada sistem komputer yang canggih dan kemudahan internet kelajuan tinggi.Tetapi adakah semua itu berguna setelah banjir besar melanda seluruh dunia.TIDAK...TIDAK SAMA SEKALI.Nabi Nuh terpaksa memuatkan kapalnya dengan manusia,haiwan-haiwan yang berpasangan serta spesis-spesis tumbuh-tumbuhan yang terpilih.Di sini kita dapat mengetahui bahawa profesion Nabi Nuh bukan sahaja seorang pengembang agama tetapi juga pakar sains zoologi yang handal



Nabi Nuh boleh membina kapal yang teramat besar hanya berbekal pengikut yang tidak sampai 100 orang?FIKIRKAN.100 orang itupun ada yang wanita dan kanak-kanak jadi jumlah pekerja untuk membina bahtera nabi Nuh teramatlah sedikit.Malahan pula para pengikut nabi Nuh terdiri dari orang miskin yang lemah dan melarat sahaja.Nabi Nuh juga membina kapalnya dalam jangka masa yang terhad (sesetengah pendapat mengatakan dalam beberapa minggu sahaja).Misteri ini benar-benar memeningkan pengkaji malah ada pengkaji Barat mengatakan Bahtera Nabi Nuh dibina oleh makhluk asing.Sebenarnya kita tidak akan hairan dengan kemampuan Nabi Nuh ketika itu jika kita membayangkan kemajuan manusia sebelum Banjir Besar adalah seperti kemajuan pada masa kini sekurang-kurangnya.Kita boleh membayangkan yang Nabi Nuh membina bahtera di dalam hangar kapal yang besar berserta peralatan dan mesin-mesin yang canggih dibantu sistem perkomputeran yang termaju.



Masih tidak percaya?.Kalau kita lihat kronologi kemajuan manusia pun kita dapat melihat logik atau tidak kenyataan ini.Biar kita ambil jangkamasa dari lahirnya Nabi Isa mengikut kalendar Masehi iaitu 1 Masehi hingga 2009 Masehi.Bagaimana kehidupan manusia di zaman Nabi Isa hidup.Bagaimana kemajuan manusia selepas 2000 tahun selepas kelahiran Nabi Isa?Berapakah jangkamasa Adam manusia pertama sehingga peristiwa Banjir Besar di zaman Nabi Nuh.Katakanlah lebih kurang 2000 tahun (ini anggaran yang amat minimum memandangkan jangkamasa dari manusia pertama turun ke Bumi sehingga Banjir Besar boleh memakan masa beribu-ribu tahun),maka logiklah kemajuan manusia mencapai tahap terhebat dan maju ketika Banjir Besar.Maka jika berfikir seperti ini,kita tidak akan terkejut dengan kisah-kisah seperti Atlantis dan Lemuria serta Kerajaan Rama yang mempunyai pesawat-pesawat terbang seperti UFO.Peperangan pun melibatkan kuasa nuklear seperti kesan-kesan yang ditemui di Mohenjo-Daro dan Harappa.TETAPI ADAKAH SEMUA KEMAJUAN ITU BERGUNA APABILA TIBA BALA BENCANA?Semua kemajuan itu habis tenggelam bersama-sama orang musyrik yang mengingkari perintah Allah s.w.t setelah hanyut dalam arus kemajuan material dan kecanggihan teknologi yang mengkhayalkan.Manusia ketika itu semakin rakus dengan kebendaan dan berbuat maksiat secara terang-terangan.Tidak hairan jika terdapat parti bogel di sana-sini.Pesta-pesta mandi buih acapkali diadakan di festival-festival besar.Konsert-konsert muzik yang mengkhayalkan seringkali diakhiri dengan pesta seks yang menghairahkan dihadapan sembahan-sembahan berhala yang mereka pertuhankan.Dakwah Nabi Nuh dikesampingkan walaupun sering keluar di media-media antarabangsa.


Mungkin anda berasa lucu dengan senario yang dipaparkan di sini.Ini kerana anda memikirkan Nabi Nuh hidup seperti orang gua,bercucuk tanam dan mengembala kambing sahaja.TIDAK SAMA SEKALI.Lihatlah lukisan-lukisan misteri di dinding kuil-kuil Firaun yang menceritakan satu mitos purba tentang penghasilan tenaga elektrik siap dengan lukisan kabel bawah tanah dan filemen elektrik.Penemuan bateri purba di Iraq dan cakera padat purba Dropa (sehingga kini tidak diketahui sama ada ia berbentuk CD,CD-RW,DVD,DVD-RW atau sebagainya) di China.Dan yang paling menggemparkan adalah penemuan loji nuklear berusia lebih 2 juta tahun di Afrika!Apa maksud semua ini?Berapa umur Bumi sebenarnya?Berapa umur umat manusia sebenarnya?.Kita tidak boleh menganggarkannya berdasarkan kajian Barat yang dipengaruhi oleh The Hidden Hand seperti Illuminati dan Freemason.Mereka ada sebab untuk mengelirukan manusia.Segala kenyataan sebenarnya amat jauh dari apa yang kita dapat bayangkan.Maka setelah Banjir Besar,para pengikut Nabi Nuh pun bertebaranlah di muka bumi sehelai sepinggang setelah meninggalkan kehidupan moden dan canggih mereka ditelan banjir.Mereka kembali menjadi orang gua dan mula berburu,bercucuk tanam dan mengail ikan.Di waktu-waktu malam mungkin mereka berkumpul di tepi unggun api sambil mendengar cerita orang-orang tua dikalangan mereka tentang kehidupan moden dan canggih mereka suatu ketika dahulu seperti menaiki bas dan komuter (kebanyakan pengikut Nabi Nuh adalah miskin) dan ada juga yang pernah menaiki kereta.Mereka juga menceritakan bangunan-bangunan tinggi dan komputer.


Sudah tentu cucu-cicit mereka tercengang bangang mendengar 'dongeng-dongeng' ini dikala kehidupan mereka sekarang ditahap zaman Paleolitik.Maka keluarlah pelbagai mitos mengenai 'keajaiban' cerita-cerita ini.Dan tidak hairan jika ada di antara mereka yang 'nakal' mula berangan-rangan tentang dewa-dewi yang menaiki kenderaan terbang dan berperang menggunakan senjata nuklear seperti yang kita dapati dari kitab Hindu Mahabrata.Malah tidak keterlaluan jika ada pengkaji yang merumuskan dewa-dewi orang Hindu diambil dari anak-anak raja kerajaan Rama,Atlantis dan Lemuria yang tenggelam di dasar lautan.Cuba perhatikan patung-patung sembahan Hindu.Dewa-dewi yang termasyhur semuanya berkulit cerah dan segak-segak seperti raja-raja purba.Apakah yang dikatakan oleh orang-orang gua apabila bertemu seorang yang kacak turun dari helikopter sambil memegang telefon bimbit?Lelaki tampan tadi akan dianggap sebagi dewa yang berkuasa!!Itulah yang terjadi kepada orang-orang Hindu.Mereka sebenarnya menyembah raja-raja purba yang digambarkan melalui kitab-kitab purba mereka seperti Ramayana dan Mahabharata,Veda serta Upanishad.Sudah tentu cucu-cicit keturunan Nabi Nuh yang menurunkan bangsa-bangsa moden selepas itu yang menceritakan kisah-kisah ajaib nenek moyang mereka yang menaiki pesawat terbang,komputer,reaktor nuklear dan kereta mewah seperti Mercedes Sport dan Ferrari!FIKIR-FIKIRKAN....tidak rugi kita meluangkan masa sejenak untuk berfikir asal-usul kita.

LAYAR KEINSAFAN

Layar Keinsafan

Album : Layar Keinsafan
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar

Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi

Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora

Rabu, 20 April 2011

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AMALAN ISLAM

AMALAN BERKABUNG 40 HARI BUKAN AMALAN ISLAM

Perkara ini perlu diingatkan. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi banyak negara lain yang ‘berlebihan’ dalam memuja pembesar mereka. Amalan berkabung selama 40 hari dengan pelbagai pantang larang atau pakaian tertentu sempena kematian pembesar negara atau kerabat diraja adalah bercanggah dengan ajaran Islam. Perkara-perkara berikut perlu dijelaskan;

1. Dalam ajaran Islam, yang diwajibkan berkabung hanyalah isteri kematian suami iaitu selama 4 bulan 10 hari. Ini telah ditegaskan oleh al-Quran dan al-Sunnah. Dalam Surah al-Baqarah ayat 234: (maksudnya)
“Dan mereka yang meninggal dunia antara kamu dengan meninggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka menangguh (menunggu iddah) selama empat bulan, sepuluh hari..”.
Dalam hadis Nabi s.a.w bersabda:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Berkabung dengan pantang larangnya mempunyai hikmat dan latar sejarah yang tersendiri. Walaupun asalnya amalan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam, namun Islam membuang amalan buruk yang ada padanya dan mengekalkan atau menambah nilai-nilai baik yang dapat menjaga dan memelihara nama baik seorang isteri.
berkabung2.jpg
- Gambar Hiasan
2. Hadis Nabi s.a.w:
“Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
menunjukkan bahawa selain isteri, tidak dibolehkan berkabung melainkan keizinan atau kelonggaran kepada wanita yang kematian keluarga, dengan syarat tidak lebih dari tiga hari. Sebab itu dalam riwayat Zainab binti Abi Salamah, dia berkata,
“Aku masuk menemui Ummu Habibah r.ha iaitu isteri Nabi s.a.w ketika sampainya berita kematian ayahnya Abu Sufyan r.a dari negeri Syam. Pada hari ketiga setelah ayahnya (Abu Sufyan) meninggal, Ummu Habibah meminta minyak wangi lalu mengusapkannya pada kedua sisi wajahnya dan kedua pergelangannya. Beliau berkata: “Demi Allah! Aku sebenarnya tidak berkeinginan terhadap wangian, cumanya kerana aku pernah mendengar Rasulullah s.aw. : “Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat untuk berkabung atas kematian melebihi tiga hari, kecuali atas kematian suaminya, iaitu empat bulan sepuluh hari”.
3. Telah wafat Rasulullah s.a.w sedangkan para sahabah baginda yang amat mengasihi baginda tidak melakukan amalan berkabung. Telah wafat para khalifah yang sangat mulia; Abu Bakr, Umar, Uthman, ‘Ali dan seluruh para sahabah Nabi s.a.w yang mulia, umat Islam tidak pernah membuat amalan berkabung! Telah meninggal ‘Umar bin ‘Abd al-Aziz khalifah yang agung, umat Islam tidak berkabung. Padahal mereka lebih layak untuk ditangisi dan berkabung –jika diizinkan.
Generasi mereka lebih faham dan menghayati Islam dibandingkan kita. Telah meninggal ramai ulama yang sangat besar dan berjasa seperti para tabi’in, para imam hadis dan fekah, tidak pula umat Islam berkabung. Apakah ada sesiapa yang lebih mulia dari mereka semua untuk kita berkabung?!
4. Maka amalan berkabung sempena kematian pembesar atau kerabat istana bukanlah dari ajaran Islam. Bahkan menyanggahi apa yang ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. Mereka yang meninggal pada hari ini tidak lebih mulia dari insan-insan soleh bermula Rasulullah s.a.w dan selepas baginda. Jika kematian mereka pun umat tidak berkabung kerana mematuhi arahan Rasulullah s.a.w, apakah kita merasai pembesar dan kerabat yang meninggal pada zaman ini lebih mulia dari mereka?! Sama sekali tidak. Kepada Allah kembali segala urusan!

Isnin, 4 April 2011

ARASY bahagian 1

Tiada yg tahu akan kebesaran arasy melainkan ALLAH.




Fiman ALLAH.. '' ALLAH,tiada tuhan (yg berhak disembah) kecuali IA,Tuhan yg mempunyai arasy yg besar'' (surah an-naml :26)


" Ia, Tuhan (Yg mempunyai) Arasy yg mulia'' ( surah al mukminuun::116)

''...yg mempunyai Arasy lg Maha Mulia'' (surah al-buruj:15)

''Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi...." (surah al-baqarah:255)

Abu Zar berkata tentang Arasy , ''Tidaklah kursi terhadap Arasy ,melainkan sebuah besi yg diletakkan dipermukaan padang pasir yg ada dibumi''. maksudnya, kursi yg luasnya seluas langit dan bumi dibandingkan dengan arasy , seperti sebuah besi yg diletakkan di tengah tanah kosong.Disifatkan Arasy dengan keagungan,krn Arasy adlh makhluk yg paling agung diantara makhluk.

BERATNYA ARASY

Imam Muslim meriwayatkan dari juwairiyah binti harith, " ketika rasullullah masuk ke dlm rumah juwairiyah dan saat itu juwairiyah sedang bertasbih menggunakan batu kecil, mulai sembahyang subuh hingga masa sembahyang dhuha.Kemudian beliau berkata kepadanya, ''Sungguh kamu telah mengucapkan empat kalimat, andaikata kamu timbang dengan apa yg kamu katakan, nescaya mereka akan menyamainya, ''subahanallah utk seluruh makhlukNYA,subahanallah utk berat ArasyNYA,utk keridhaan diri NYA, subahanallah utk seluruh kalimatNYA'' dari sini jelas lah bg kita bhw 'Arasy makhluk yg paling berat.

PEMIKUL ARASY

Ghazali dlm bukunya Musyafatul Qulub dr Ibnu Abbas berkata "Manakala ALLAH menciptakan pikulan Arasy, ALLAH berfirman kpd para malaikatNYA, " pikullah Arasy!" Maka mereka tidak mampu memikulnya.Maka ALLAH mnciptakan kekuatan salah seorang mereka seperti kekuatan tujuh lapis langit.Kemudian ALLAH,berfirman kpd mereka " Pikullah ArasyKU!" Tetap mereka tidak mampu memikulnya,Kemudian ALLAH memberikan kepada setiap mereka seperti kekuatan tujuh lapis langit ditambah dengan kekuatan makhluk yg ada dibumi. Lalu ALLAH berfirman lagi "Pikullah ArasyKU!" mereka juga tidak mampu memikulnya. Kemudian mereka berkata " Tiada daya upaya melainkan dr ALLAH semata." Manakala mereka mengucapkan kalimat itu, mereka mampu utk memikulnya,tetapi kaki mereka terjurumus kedlm tujuh lapis bumi dan berada diatas angin.Manakala tiada sesuatu yg dpt dijadikan pijakan kaki mereka,mereka segera memegang Arasy.Mereka tidak berhenti mengucapkan kalimat " Tiada daya dan upaya melainkan ALLAH semata " kerana takut Arasy tersebut berbalik meimpa salah seorang mereka.

ALLAH s.w.t berfirman :

"(malaikat-malaikat) yg memikul Arasy dan malaikat yg berada disekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka berima kpdNYA"  (surah al-mukmin:7)

" dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. dan pada hari itu ada lapan orang malaikat menjunjung Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka" ( surah al-haaqqah:17)

Syahir bin Hausyib berkata, "empat dr mereka berkata"

"Maha Suci Engkou, ya ALLAH! segala puji bagiMU,kpd MU segala kepujian kerana kemurahanMU setelah IlmuMU"

sedangkan empat lagi berkata"

"Maha Suci Engkou,ya ALLAH! segala puji bagiMU,kepadaMU segala kepujian kerana kemaafanMUsetelah kekuasaanMU"

Imam Abu Daud meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah berkata Rasullullah s.a.w bersabda " izinkan aku utk berbicara tentang satu malaikat dari para malaikat yg memikul Arasy ALLAH.Sesungguhnya jarak diantara dua telinganya dan lehernya perjalanan 700 tahun"

SIFAT ARASY

     Imam Baihaqi berkata " Para ahli bahasa sepakat bahawa Arasy merupakan singgahsana raja dan ia merupakan makhluk yang ALLAH ciptakan.ALLAH memerintahkan kepada para malaikatNYA utk memikul dan mengagungkannya serta tawaf di sekelilingnya.Sebagaimana ALLAH mnciptakan sebuah bangunan dibumi,kemudian ALLAH memerintahkan anak adam utk tawaf di sekitar bangunan tersebut dan sebagai kiblat sembahyang.

     Qatadah dan ulama yg lain berkata " Sesungguhnya Arasy diperbuat dr permata merah" Ibnu Hajar dlm Syarah Shahih Bukhari berkata " Sesungguhnya Arasy merupakan makhluk yg diciptakan dan para malaikat memikulnya.Maka tidak mustahil mereka menyentuh Arasy ,ketika mereka memikulnya.Sekalipun mereka memikul Arasy tetapi pada hakikatnya ALLAHlah yg memikulnya."  Maha Suci ALLAH.......

bersambung..............

Selasa, 29 Mac 2011

mazahab,sejarah n hukum bermazhab...

Setelah Rasulullah SAW meninggal dunia banyak para sahabat yang berpindah dari satu negeri ke negeri lain, terutama pada masa pemerintahan Bani Umayyah. Di setiap negeri yang mereka diami, mereka mengajarkan apa yang mereka peroleh dari Rasulullah kepada penduduk di mana mereka tinggal. Di antara kota-kota tempat tinggal para sahabat tersebut akhirnya ada yang berkembang menjadi pusat perkembangan ilmu-ilmu keislaman yang di antaranya adalah ilmu fiqh Islam.
Kota-kota tersebut antara lain:
Madinah
Di kota ini berdiam seluruh khulafa Arrasyidin dan sejumlah besar ulama sahabat. Di antaranya adalah Abdullah bin Abbas (wafat 68 H), Abdullah bin Umar (wafat 73 H) sebelum keduanya pindah ke Makkah, Zaid Bin Tsabit (wafat 45H), dll. Dari merekalah para ulama tabiin (generasi sesudah sahabat) -seperti Said bin Musayyab, Urwah bin Zubair, Abu Bakar bin Abdurrahman, Sulaiman bin Yasar dll- yang tinggal di madinah menimba ilmu.
Imam Malik adalah seorang ulama Madinah yang hidup setelah generasi tabiin tersebut. Beliau adalah seorang mujtahid dan ulama besar yang diikuti oleh banyak orang, yang kepada beliaulah mazhab Maliki di nisbahkan. Mazhab Maliki ini juga dikenal dengan mazhab ahlul hadis. Sebab mereka lebih banyak mendasarkan ijtihad mereka pada hadis-hadis Nabi yang banyak mereka terima dari para tabiin yang meriwayatkannya dari Rasulullah.
Makkah
Di antara sahabat besar yang tinggal di Makkah adalah Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Umar. Murid-murid beliau dari kalangan tabiin di antaranya adalah Atha’ bin Rabah (wafat 114 H), Thawus bin Kaisan (wafat 124 H), Sufyan bin Uyainah (wafat 198 H), Muslim bin Khalid al Jauzi dll. Muslim bin Khalid ini adalah guru Imam Syafii sebelum beliau pergi berguru kepada Imam Malik di Madinah. Sedangkan Sufyan bin Uyainah adalah salah satu guru Imam Ahmad bin Hambal.
Kufah
Di antara sahabat yang terkenal di kota ini adalah Abdullah bin Mash’ud (wafat 32 H) dan Ali bin Abi Thalib (wafat 40 H). Di antara para murid mereka adalah: Alqomah bin Qais Annakha’i (wafat 60 H) dan Qadli Syuraih (wafat 78 H).
Kepada merekalah para fuqaha Kufah seperti Ibrahim Annakha’i, Sufyan Ats-Tsauri, Abdullah bin Syubrumah dan Imam Abu Hanifah belajar ilmu fiqh. Namun hanya Abu Hanifahlah yang kemudian mempunyai pengikut hingga sekarang. Mazhab beliau dikenal dengan mazhab Hanafi atau mazhab ahlu arra’yi.
Sebab beliau dalam ijtihadnya banyak menggunakan ra’yu atau qiyas dan mengembangkan madzhabnya yang sampai sekarang banyak dianut oleh kebanyakan bangsa Mesir, Turki dan India. Ulama Kufah terkenal dengan mazhab qiyasnya karena mereka dalam memahami fiqh banyak menggunkakan qiyas.
Hasil-hasil ijtihad dan pendapat Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam Syafii dan Imam Ahmad bin Hambal tersebut akhirnya dikembangkan dan dibukukan oleh pengikut-pengikutnya. Karenanya pengikut pengikut mereka masih wujud hingga saat ini, hasil-hasil ijtihad dan pendapat para imam itulah yang kemudian kita kenal dengan mazhab.
Sebenarnya selain mereka (mazhab empat) ada juga mazhab lain tapi sayang mazhab mereka kurang dikenal karena pendapat-pendapatnya tidak dibukukan seperti mazhab yang empat. Akan tetapi kita dapat menemukan pendapat-pendapat mereka dalam kitab-kitab mazhab yang masyhur. Di antara mazhab-mazhab yang kurang dikenal tersebut adalah :
Mazhab Auza’iyyah yang dinisbahkan kepada Abdurrahman Al Auza’i (wafat 113 H).
Mazhab Atstsauri yang dinisbahkan kepada Imam Sufyan Atstsauri (wafat 161 H) dll.
HUKUM BERMAZHAB
Pada beberapa tahun yang silam di Jepun, tepatnya di Tokyo diadakan konferensi Islam. Dalam acara itu ada seorang yang menanyakan bagaimana hukumnya bermazhab, apakah wajib bagi seseorang untuk mengikuti salah satu mazhab yang empat.
Pada kesempatan itu tampil syaikh Muhammad Sulthan Alma’sumi Al Khajandi, seorang pengajar di masjidil Haram Makkah. Beliau menyerukan kaum muslimin untuk kembali kepada yang pernah dilakukan oleh umat yang terbaik yaitu para sahabat.

Beliau menyeru untuk tidak bertaqlid buta (fanatik) pada salah satu mazhab tertentu. Akan tetapi dipersilakan mengambil dari tiap mujtahid atau ahli ijtihad dengan berdasarkan pada Alqur’an dan sunnah sebagai rujukan. Sebab sebenarnya mazhab-mazhab adalah pendapat dan pemahaman orang-orang berilmu dalam beberapa masalah.
Pendapat, ijtihad dan pemahaman ini tidak diwajibkan oleh Allah dan rasul-Nya untuk mengikutinya. Karena di dalamnya terdapat kemungkinan betul dan salah. Karena tidak ada pendapat yang seratus persen benar kecuali yang berasal dari Rasulullah SAW.
Sementara itu mengikuti salah satu mazhab yang empat atau lainnya bukanlah persoalan wajib atau sunnah. Seorang muslim tidak diharuskan mengikuti salah satunya. Dan bahkan orang yang mengharuskan untuk mengikuti salah satunya sebenarnya ia seorang fanatik. Begitulah menurut Syeikh Sulthan.
Selain dari itu ada lagi pendapat syekh Ramadlan Al Buthi dalam bukunya “Alla Mazhabiyyah , Akhtharu bida’in fil Islam” (Tidak bermazhab adalah bid’ah paling berbahaya dalam Islam). Beliau berpendapat wajib bagi seorang muslim untuk mengikuti salah satu mazhab yang masyhur (mazhab empat). Sebab mazhab-mazhab itu sudah teruji kesahihan nya. Namun begitu tidak boleh bagi yang telah mengikuti salah satu mazhab tertentu menyalahkan orang di luar mazhabnya.
Dalam buku tersebut beliau membahagi kaum muslimin sekarang menjadi dua golongan. Golongan muttabi’ dan golongan muqallid.
Orang yang telah faham (mengerti) Alqur’an dan sunnah wajib mengikuti mazhab tertentu sebagai kerangka berfikir, supaya ia tidak jatuh pada kesalahan. Golongan inilah yang disebut muttabi’
Sementara orang yang belum faham terhadap Alqur’an dan sunnah diharuskan mengikuti ulama yang dianggap mengerti dalam masalah agama. Golongan yang ke dua ini disebut muqallid.
Secara implisit beliau meniadakan kelompok yang ketiga, yaitu kelompok mujtahidin. Dengan kata lain beliau menutup pintu ijtihad untuk masa sekarang.
Inilah yang kemudian ditentang oleh Muhammad Abu Abbas dalam bukunya “Al mazahibul muta’ashshabah hiyal bid’ah aw bid’atut ta’ashshubi al Mazhabi” Beliau berpendapat justru pintu ijtihad masih terbuka sampai sekarang dengan alasan Nabi telah membuka pintu ijtihad ini dan beliau tidak pernah menutupnya. Karenanya tidak ada seorang pun yang berhak untuk menutup pintu ijtihad tersebut.
Oleh kerana itu Muhammad Abu Abbas membahagi kaum muslimin pada tiga golongan, yaitu: Mujtahid, muttabi dan muqallid.
Bagi mereka yang telah mampu untuk mengetahui dan mengkaji hukum-hukum langsung dari Alqur’an dan Sunnah walaupun hanya dalam masalah tertentu maka haram baginya bertaklid dalam masalah tersebut (golongan mujtahid).
Sedangkan bagi mereka yang hanya mampu untuk mengkaji pendapat-pendapat para ulama serta mengetahui metode istimbath (pengambilan hukum) mereka dari Alqur’an dan sunnah maka kewajiban mereka adalah ‘ittiba’. Jelasnya ittiba’ -mengutip perkataan Abu Syamah- adalah mengikuti pendapat seorang ulama lantaran nyata dalilnya dan shah mazhabnya.”
Adapun bagi orang yang betul-betul awam (tidak mengerti dalam masalah agama) BOLEH bagi mereka bertaklid dengan syarat, – sebagaimana dikatakan Imam Asysyatibi dalam ali’tishom-
1: Tidak boleh bertaklid kecuali pada orang yang benar-benar ahli di bidang agama.
2: Tidak boleh mengikat dirinya serta menutup dirinya dari mengikut selain mazhabnya, jika telah jelas padanya bahwa pendapat mazhabnya itu salah,maka wajib baginya mengikuti yang telah jelas kebenarannya.
Pendapat yang terahir inilah yang wasatah (pertengahan).
Sebab mengharamkan taklid secara mutlak adalah menafikan mereka yang benar-benar awam terhadap agama.
Sedangkan mewajibkan taklid dan menutup pintu ijtihad berarti menghilangkan universalitas Islam yang senantiasa relevan dan responsive terhadap perkembangan zaman. Padahal banyak hal-hal baru yang tidak bisa dijawab dan disikapi kecuali dengan ijtihad. Jelasnya setiap orang perlu ditempatkan sesuai dengan kemampuan dan kondisinya.
Bererti fenomena bermazhab adalah sesuatu yang perlu dilihat berdasarkan kondisi orang per-orang, yang tentunya tidak boleh jadi umum semata.
Tidak boleh diharuskan secara mutlak dan tidak boleh dilarang secara mutlak pula.
Berkaitan dengan masalah bermazhab ini ada dua hal yang perlu dijauhi oleh setiap muslim:
Fanatisme (ta’ahshub) terhadap suatu madzhab tertentu seraya memonopoli kebenaran apalagi jika sampai menimbulkan perpecahan. Sebab setiap orang kecuali nabi memiliki potensi untuk salah, walaupun ia seorang mujtahid. Rasul bersabda : Barang siapa berijtihad dan ia benar maka baginya dua pahala, dan barang siapa berijtihad dan ternyata salah, maka baginya satu pahala.”
Tatabbu’ rukhas atau mencari-cari pendapat para ulama yang paling mudah dan sesuai dengan seleranya. Perilaku seperti ini berarti mempermainkan agama. Sebab ia menggunakan dalih agama untuk memperturutkan hawa nafsunya.
Wallahu a’lam bishshowab. (Syahid

Dialog masalah bermazhab

DIALOG

Dr. Said Ramadhan(DSR) : Bagaimana cara anda memahami hukum Allah? Apakah anda mengambil terus daripada Al-Kitab dan as Sunnah  atau mengambilnya daripada para Imam mujtahid?

 
penolak hujah bermazhab ,(PHB) : Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”.
(*Inilah cara lelaki ini mengeluarkan hukum. Pembaca tolong ingat hal ini)


DSR: Baiklah , kami ingin bertanya, apakah setiap orang Islam wajib meneliti dalil-dalil yang dikemukakan oleh para Imam mujtahid kemudian mengambil mana yang paling sesuai dengan al Quran dan as Sunnah?

PHB: Ya , benar (semua orang wajib teliti dalil-dali para Imam Mujtahid kemudian pilih mana yang tersesuai dengan al Quran dan Sunnah)

DSR: Kalau begitu maksudnya semua orang Islam kena memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki para imam mazhab. Bahkan mereka harus mempunya memiliki kemampuan yang lebih sempurna kerana orang-orang yang mampu memutuskan pendapat para imam menurut dasar Al Kitab dan as Sunnah sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu”.
PHB : Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu mujtahid, muqallid dan muttabi;. Orang yang mampu membandingkan mazhab , kemudian menyaring mana yang lebih dekat kepada Al Kitab dan As Sunnah , adalah muttabi’ iaitu pertengahan antara muqallid dengan mujtahid”.
(* Di sini si lelaki tidak menjawab soalan. Pembaca diharap dapat faham permainannya. Di sini fahamlah kita bahawa jawatan dan peranan muttabi’ nampaknya seolah-olah lebih tinggi daripada mujtahid kerana mujtahid sendiri tidak membanding-bandingkan mazhab, menyaring pendapat-pendapat imam mazhab lalu memutuskan pendapat para imam mazhab tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh sebagaisudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu.”  )




DSR: Apakah sebenarnya kewajiban muqallid?
(* Syeikh faham kelonggaran hujah si lelaki lalu Syeikh mengikut saja peralihan yang dibuat oleh si lelaki)


PHB : Taqlid (* mengikut)kepada mujtahid yang sesuai dengannya.


DSR: Apakah berdosa seandainya taqlid secara terus-menerus kepada seorang imam dan tidak berpindah kepada imam yang lain?
PHB : Memang, hal itu hukumnya haram.
(* Bertaqlid terus kepada seorang imam seperti umat Melayu Nusantara yang sudah ratusan tahun bertaqlid kepada Imam Syafie dihukum haram oleh si lelaki. Rupanya sudah ratusan tahun umat Islam Melayu termasuklah para wali Allah, para ulama dan datuk nenek kita membuat pekerjaan haram)


DSR: Apakah dalilnya kalau hal itu memang haram?


PHB : Kerana ia menetapi sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah.

DSR: Dengan qiraat  apakah Anda membaca Al Quran?”.


PHB : Dengan Qiraat Hafas.


DSR: Adakah anda selalu membaca Al Quran dengan Qiraat hafas, atau anda juga membaca Al Quran setiap hari dengan qiraat yang bermacam-macam?

PHB : Tidak, saya selalu membaca Al Quran dengan qiraat Hafas.


DSR: Mengapa anda menetapi  qiraat hafas, padahal Allah Azza wajalla tidak mewajibkan anda kecuali membaca Al Quran menurut riwayat yang diterima dari Nabi s.a.w. secara mutawatir?
(* Si lelaki telah terperangkap! Dia mengatakan haram kepada umat Islam yang berterusan mengikut satu-satu mazhab, tetapi harus pula bagi dirinya berterusan membaca ikut satu-satu qiraat. Nampak jelas hukum-hakamnya mengikut suka hati. Di bawah nanti akan lebih jelas bagimana dengan suka hati saja dia meletakkan/ mengeluarkan hukum dalam hal ehwal Islam)


PHB : Kerana saya tidak sempurna dalam mempelajari qiraat yang lain dan tidak mudah bagi saya untuk membaca Al Quran selain dengan qiraat Hafas.

DSR: Demikian pula halnya bagi orang yang mempelajari fikih menurut mazhab As syafie . dia tidak cukup sempurna dalam mempelajari mazhab lain dan tidak mudah baginya untuk mempelajari hukum agama selain menurut Imam as Syafie. Kalau anda mewajibkan kepadanya untuk mengetahui ijtihad para imam dan mengambil semuanya, ini bererti anda pun wajib mempelajari semua qiraat dan anda harus membaca semuanya. Kalau anda beralasan tidak mampu, begitu juga halnya dengan si muqallid tadi.
(* Syeikh faham yang si lelaki tak akan sampai ke mana dengan hujah-hujah yang longgar begitu, lalu Syeikh kemukakan soalan lain)




DSR: Ringkasnya, kami ingin bertanya kepada anda,  apakah alasan yang mewajibkan muqallid harus berpindah-pindah dari mazhab satu ke mazhab lain, padalah Allah Azzawa Jalla tidak mewajibkan seseorang untuk berpegang terus pada suatu mazhab tertentu , juga tidak mewajibkan seseorang berpindah-pindah terus dari satu mazhab ke mazhab lain?

PHB : Sesungguhnya yang haram ialah kalau seseorang mempunyai iktikad ( keyakinan) bahawa Allah memerintahkannya untuk terus-menerus menetapi mazhab tertentu.
DSR: Ini masalah lain dan apa yang anda katakan itu ada benarnya juga, tidak ada perbezaan pendapat. Tetapi masalah sekarang ialah bagaimana kalau terus-menerus menetapi imam tertentu dan dia tahu bahawa Allah Azza wa Jalla tidak mewajibkannya begitu. Apakah dia telah berdusta?

PHB : Tidak jika begitu.
(* Jelas- umat Islam contohnya di Nusantara yang bermazhab Syafie tidak melakukan perkara haram kerana mereka terus berpegang dengan Mazhab Syafie tetapi tidak pula mereka beranggapan Allah mewajibkan begitu)


DSR: Tapi , buku Syekh Khajandi yang anda pelajari menyebutkan hal yang berbeza dengan apa yang anda ucapkan . Ia secara tegas mengharamkan hal tersebut , bahkan pada bahagian tertentu dalam buku itu menyatakan kafir kepada orang yang menetapi secara berterusan seorang imam tertentu dan tidak mahu berpindah kepada yang lain.

PHB : Di mana ……?


DSR:  “ bahkan siapa yang menetapi seorang imam tertentu dalam setiap masalah , bererti ia fanatik yang salah dan taqlid buta, serta termasuk golongan yang memecah- belahkan agama, serta mereka pun berkelompok-kelompok”.

PHB : Yang dimaksudkan dengan  menetapi disini ialah meyakinkan wajibnya hal tersebut menurut syariat. Jadi dalam ibarat tersebut terdapat kekurangan.
(* Si lelaki berjaya mengelak dengan baik tetapi tafsiran begini memerlukan bukti penyokong)


DSR: Apakah bukti yang menunjukkan penulis buku tersebut bermaksud begitu? Mengapa anda tidak mengatakan bahawa penulis buku itu keliru?

(Atas pertanyaan ini, dia ( si lelaki) tetap berpendirian bahawa pernyataan dalam buku Halil Muslimun Bittibaa’I mazhabin mu’ayyanin Minal Mazaahibil Arba’ah dapat dibenarkan dan penulisnya pun tetap tidak salah kerana dalam pernyataan tersebut memang ada kekurangan)
(* Syeikh tidak mahu memanjangkan hal ini lagi kerana memang tidak akan ditemui bukti selain tafsiran si lelaki sendiri, maka Syeikh beralih kepada pertanyaan lain.)



DSR: Setiap orang Islam mengetahui bahawa mengikut seseorang imam tertentu daripada keempat-empat imam mazhab bukanlah termasuk kewajiban syariat, tetapi atas dasar pilihan (kesedaran ) orang itu sendiri.

PHB : Bagaimana boleh jadi begitu? Saya mendengar daripada banyak orang dan juga sebahagian ahli ilmu bahawa diwajibkan secara syariat untuk menetapi mazhab tertentu dan tidak boleh berpindah-pindah kepada yang lain.

DSR: Cuba anda sebutkan kepada kami seorang saja daripada orang awam atau ahli  ilmu yang menyatakan demikian.

(Dia kemudian berdiam sejenak dan berasa hairan dengan ucapan kami yang benar, bahawa sesungguhnya apa yang dia gambarkan (selama ini) adalah sebahagian besar manusia mengharamkan berpindah-pindah mazhab )


DSR: Anda tidak akan bertemu dengan orang yang bertanggapan keliru seperti itu. Memang pernah diriwayatkan bahawa pada zaman terakhir dinasti Uthmaniyah, mereka keberatan kalau ada seorang yang bermazhab Hanafi  berpindah ke mazhab lain. Hal ini kalau memang benar, termasuk fanatik buta yang terkutuk.
(* Maksudnya perbuatan segelintir orang tidaklah boleh dihukumkan kepada kebanyakan orang- ini kaedah asas yang sedia kita maklum. Si lelaki sudah tidak ada apa yang hendak dikata lalu Syeikh beralih kepada soalan lain))




DSR: Dari mana anda mengetahui  perbedaan antara muqallid dan muttabi.

PHB : Perbedaannya ialah dari segi bahasa.


(Kami pun mengambil kitab-kitab Lughah agar dia dapat menetapkan perbezaan makna bahasa dari dua kalimat tersebut, tetapi dia tidak menemukan apa-apa)

DSR: Sayyidina Abu Bakar r,a pernah berkata kepada seorang Arab Badwi yang menentang pajak dan perkataannya ini pernah di akui segenap Para Sahabat :
“ Apabila para muhajirin telah rela, kamu semua kenalah menyetujuinya (mengikuti)”.
Abu Bakar mengatakan “ taba’un’ (mengikuti ) yang bererti menyetujui (muwafaqah).


PHB : Kalau begitu, perbezaan makna kedua kata tersebut adalah dari segi istilah dan bukan hak saya untuk membuat suatu istilah.

DSR: Senang-sennag saja anda menjawab istilah, tetapi istilah yang anda buat tetap tidak akan mengubah hakikat sesuatu . Orang yang anda sebut muttabi’ , kalau dia mengetahui dalil dan cara melakukan istinbath darinya , bererti dia adalah mujtahid . Tetapi apabila tidak tahu dan tidak mampu melakukan istinbath , bererti dia mujtahid dalam sebahagian masalah dan muqallid dalam masalah lain. Oleh kerana itu, bagaimanapun juga pembahagian tingkatan seseorang hanya ada dua macam , yaitu mujtahid dan muqallid, dan hukumnya sudah cukup jelas dan diketahui.

 PHB : Sesungguhnya muttabi’ adalah orang yang mampu membezakan pendapat mujtahidin dan dalil-dalilnya, kemudian menguatkan salah satu daripadanya. Tingkatan ini berbeda daripada taqlid.

DSR:Kalau yang anda maksudkan “membezakan pendapat para imam mujtahid” ialah membezakan mana yang kuat dan mana yang lemah dari segi dalil, bererti tingkat ini adalah lebih tinggi daripada ijtihad. Apakah anda mampu berbuat demikian?

PHB : Saya akan lakukannya setakat kemampuan saya.
(*Hebatnya! Si lelaki secara tidak langsung mengakui yang dia mempunyai kemampuan yang lebih tinggi daripada berijtihad! Apabila telah sampai ke tahap sebegini, maka Syeikh faham tidak ada gunanya membincangkan hal tersebut lalu beralih persoalan)



DSR: Kami mendapat tahu yang anda telah memberi fatwa bahawa talak tiga yang dijatuhkan dalam satu majlis bererti jatuh satu talak saja. Apakah sebelum menyampaikan fatwa anda telah meneliti pendapat para imam mazhab serta dalil-dalil mereka , kemudian anda memilih salah satu dari pendapat mereka dan anda fatwakan ?.
Ketahuilah bahwa Uwaimir Al Ijlani telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya di hadapan Rasulullah s.a.w. Setelah ia bersumpah lian dengan isterinya, ia berkata  “ Saya akan berbohong kepadanya, Ya Rasulullah, bila saya menahannya, dan saya talak tiga”. Bagaimana pengetahuan anda tentang hadis ini dan kedudukannya dalam masalah ini, serta pengertiannya menurut mazhab sebahagian besar ulama dan menurut mazhab Ibnu Taimiyyah?


 PHB : Saya belum pernah melihat hadis ini.


DSR: Bagaimana anda boleh memfatwakan suatu masalah yang bertentangan dengan apa yang telah disepakati oleh keempat imam mazhab , padahal anda belum mengetahui dalil-dalil mereka, serta tingkatan kekuatan dalil tersebut .
Kalau begitu anda telah meninggalkan prinsip yang anda anuti , iaitu ittiba’ menurut istilah yang anda katakan sendiri. 
(Memang benar, kenyataan si lelaki ini bertentangan dengan kenyataan awalnya tadi iaitu “Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”. Yang dibuat tidak sama dengan yang diwarwarkan)


PHB : Pada waktu itu saya tidak memiliki kitab yang cukup untuk melihat dalil dari imam-imam mazhab.
(* Kalau sudah sedar yang diri sendiri tidak cukup maklumat/ sumber untuk keluarkan fatwa, mengapa dibuat hukum sendiri?)


DSR: Kalau begitu, apa yang mendorong anda untuk tergesa-gesa memberikan fatwa yang menyalahi pendapat jumhur kaum muslimin, padahal anda belumpun memeriksa dalil-dalil mereka?

PHB : Apakah yang harus saya perbuat ketika saya ditanya mengenai masalah tersebut, sedangkan kitab yang ada pada saya terbatas sekali?

DSR: Sesungguhnya cukup saja bagi anda untuk mengatakanSaya tidak tahu  tentang masalah ini”, atau anda terangkanan saja pendapat mazhab empat kepada si penanya, serta pendapat mereka yang berbeza dengan mazhab empat tanpa harus memberikan fatwa kepadanya dengan salah satu pendapat.
Demikianlah ,apa yang kami kemukakan ini sudah cukup untuk anda dan memang sampai disitulah kewajipan anda. Apatah lagi masalah itu tidak langsung berkaitan dengan diri anda sehingga anda memberikan fatwa dengan pendapat yang menyalahi ijma’ keempat-empat imam tanpa mengetahui dalil-dalil yang dijadikan hujah oleh mereka, kerana anda menganggap cukup dengan dalil yang ada pada pihak yang bertentangan dengan mazhab yang empat.
Anda berada dipuncak kefanatikan sebagaimana yang anda selalu tuduhkan kepada kami.
(*Si lelaki sebagimana kebiasaannya lain-lain penganut fahaman “La Mazhabiyyah” sering menuduh umat Islam yang mengikut mazhab sebagai taksub, tetapi kini terbukti dirinya pula yang taksub)


PHB : Saya telah menelaah pendapat keempat-empat imam dalam kitab Subulus Salam karya as Syaukani dan Fiqhus Sunnah karya As Sayyid Sabiq”.

DSR: Kitab yang anda sebutkan adalah kitab yang memusuhi keempat imam mazhab dalam masalah ini. Apakah anda rela menjatuhkan hukuman kepada salah seorang tertuduh hanya dengan mendengarkan keterangan saja, keterangan saksi-saksi dan keluarganya tanpa mendengarkan keteranga tertuduh lain?”.

PHB : Saya kira apa yang telah saya lakukan tidak patut dicela . Saya telah memberikan fatwa kepada orang yang bertanya dan itulah batas kemampuan paham saya.

DSR: Anda telah menyatakan sebagai muttabi’ dan kita semua kena menjadi muttabi’. Dan anda telah mentafsirkan bahwa ittiba’ ialah meneliti semua pendapat mazhab dan mempelajari dalil-dalil yang dikemukakannya. Kemudian mengambil mana yang paling mendekati dalil yang benar.
Namun apa yang telah anda lakukan ternyata bertolak kebelakang.
Anda mengetahui bahawa mazhab yang empat telah ijma’ bahwa talak yang dijatuhkan tiga sekaligus, bererti jatuh tiga. Anda mengetahui bahwa keempat imam mazhab mempunyai dalil tentang masalah ini, cuma anda belum melihatnya. Namun demikian , anda berpaling dari ijma’ mereka dan mengambil pendapat yang sesuai dengan keinginan anda. Apakah anda (*secara automatik) sejak dari mula telah yakin bahawa dalil-dalil keemppat-empat iamam mazhab itu tidak dapat diterima?


PHB : Tidak, cuma saya tidak melihatnya kerana saya tidak memiliki kitab-kitab tersebut.

DSR: Mengapa anda tidak mahu menunggu?. Mengapa anda tergesa-gesa  padahal Allah s.w.t tidak memaksakan anda untuk berbuat demikian?. Apakah kerana anda tidak melihat dalil-dalil para ulama jumhur yang dapat dipakai sebagai alasan untuk menguatkan pendapat Ibnu Taimiyyah? Apakah  fanatik yang anda anggap dusta itu tidak lain ialah apa yang anda telah lakukan?

PHB : Dalam kitab-kitab yang ada pada saya , saya telah melihat beberapa dalil yang cukup memuaskan dan Allah tidak membebani saya lebih dari itu.
(* Masih tidak mahu mengalah walaupun sudah terbukti salah)


DSR: Apabila seorang muslim melihat satu dalil dalam kitab yang dibacanya , apakah cukup dengan dalil tersebut ia meninggalkan semua mazhab yang berbeda dengan fahamannya sekalipun dia belum melihat dalil-dalil daripada mazhab-mazhab tersebut?

PHB : Cukup.


DSR: Ada seorang pemuda yang baru saja memeluk agama Islam , dan dia sama sekali tidak mengetahui pendidikan agama Islam. Lalu ia membaca firman Allah azza wajalla :
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat , maka ke mana pun kamu menghadap , disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatnya ) lagi Maha Mengetahui”.
(Al Baqarah 115).
Pemuda tersebut lalu beranggapan bahawa setiap orang hendak melakukan solat boleh menghadap ke arah mana saja sebagaimana ditunjukkan oleh zahirnya lafaz ayat Al quran itu.
Kemudian ida mendengar bahwa keempat-empat imam mazhab telah bersepakat bahwa (*sesungguhnya) dia kena menghadap  Kaabah. Dia pula sedia maklum bahawa  para imam mempunyai dalil untuk masalah ini, cuma dia belum melihatnya saja. Apakah yang harus dilakukan oleh pemuda tersebut sewaktu dia hendak mengerjakan solat?
Apakah cukup dengan mengikuti panggilan hatinya saja kerana dia telah menemukan ayat Al Quran tersebut ataupun dia harus mengikuti imam-imam yang berbeda dengan fahamnya?.

PHB : Cukup dengan mengikuti panggilan hatinya.
(* Astaghfirullah… ini sangat berbahaya! Seandainya seorang muallaf ataupun orang Islam awam tiba-tiba membuka Al Quran lalu terjumpa ayat “Bunuhlah mereka (orang-orang kafir) di mana saja kamu menjumpai mereka”, bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi?)


DSR:Meskipun dengan menghadap ke arah Timur misalnya? Apakah solatnya dianggap sah?
(* Dengan penuh kehairanan)


PHB : Ya, kerana dia wajib mengikut panggilan hatinya.
(*Rupanya hukum-hakam si lelaki dari golongan La Mazhabiyyah ini adalah mengikut panggilan hati!)


DSR: Andaikata panggilan hati pemuda itu mengilhami dirinya sehingga ia merasa tidak apa-apa berbuat zina dengan isteri tetangganya, memenuhi perutnya dengan khamar dan merampas harta manusia tanpa hak, apakah Allah akan memberikan syafaat kepadanya lantaran pangillan hatinta itu?

(Kemudian dia terdiam sejenak, lalu berkata…)

PHB : Sebenarnya contoh-contoh yang tuan tanyakan hanyalah     khayalan belaka dan tidak ada buktinya.

DSR: Bukan khayalan atau dugaan semata-mata (*Syeikh seorang ulama besar, tentu pelbagai pengalaman manusia telah dilaluinya), bahkan selalu terjadi hal seperti itu ataupun lebih aneh lagi.
Bagaimana tidak begitu, seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa tentang Islam, Al Kitab dan As Sunnah, kemudian membaca sepotong ayat Al Quran yang dia fahami menurut apa adanya. Dia kemudian berpendapat bahawa boleh saja solat menghadap ke arah mana saja meskipun dia tahu bahawa solat kena menghadap kiblat (Kaabah).
Dalam kes ini, apakah anda tetap berpendirian bahwa solatnya sah kerana menganggap cukup dengan adanya bisikan hati nurani atau panggilan jiwa si pemuda tersebut? Disamping itu menurut anda , bisikan hati, panggilan jiwa dan kepuasan mental dapat memutuskan segala urusan (*dijadikan sumber untuk mengeluarkan hukum?). Pendirian ini jelas bertentangan dengan prinsip anda , bahawa manusia terbahagi tiga kelompok : mujtahid, muqallid dan muttabi’ (*kerana ternyata pula semua manusia adalah muttabi’/ mujtahid  termasuklah muallaf tadi).


(Setelah kami katakan demikian, ia menyatakan bahwa sebenarnya pemuda tersebut kenalah membahas dan meneliti. Apakah ia tidak membaca hadis atau ayat lainnya?)


DSR: Dia tidak memiliki cukup bahan untuk membahas sebagaimana halnya anda ketika membahas tentang masalah talak (*tadi).  Dia tak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di atas . Dalam hal ini apakah dia tetap kena mengikuti bisikan hatinya dengan meninggalkan ijma’ para ulama’?

PHB : Memang kena begitu (* muallaf tadi memang kena ikut bisikan hatinya dengan meninggalkan ijmk para ulama. Kalau muallaf saja sudah begitu, umat Islam lain tentulah lebih lagi layak begitu) kalau dia tidak mampu membahas dan menganalisis. Baginya cukuplah berpegang kepada hasil fikirannya sendiri dan ia tidaklah salah.

DSR: Ucapan (*pegangan) anda sangat berbahaya dan menakjubkan, dan kami akan siarkan...


PHB : Silakanlah tuan menyiarkan pendapat saya dan saya tidak takut.


DSR: Bagaimana anda akan takut kepada saya padahal anda tidak takut kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya dengan ucapan tersebut anda telah membuang firman allah s.w.t :
            “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.
(An Nahl: 43)
(*Syeikh Ramadhan menghukum orang sebegini sebagai “tidak takut kepada Allah”. Janganlah hendaknya kita menjadi salah seorang daripada mereka)


PHB : Tuan, para Imam tidaklah maksum yang terpelihara dari kesalahan. Mana boleh dia (si muallaf) meninggalkan yang maksum dan berpegang pada orang yang bukan maksum?

DSR: Yang terpelihara dari kesalahan adalah makna yang hakiki yang dikehendaki oleh Allah azza wa jalla dengan firmannya:
            “Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat…”
Akan tetapi , fahaman “pemuda yang jauh sekali dari pendidikan Islam” sama sekali tidak maksum. 
Jadi masalahnya:
Ialah perbandingan antara dua kefahaman,
Iaitu fahaman atau pemikiran seorang pemuda yang jahil
Dengan
Fahaman atau pemikiran para imam mujtahiddin,
Yang kedua-duanya tidak maksum.


Perbezaannya hanyalah:
Yang satu terlalu jahil
Yang satu lagi sangat dalam ilmunya.


PHB : Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak membebani dia melebihi kemampuannya.
(* Mengikut keputusan para Imam Mazhab bukanlah sesuatu yang di luar daripada kemampuan kita. Ini jawapan yang bukan jawapan)


DSR: Tolonglah jawab lah pertanyaan ini .
 Seorang mempunyai anak kecil yang sedang sakit panas. Menurut saranan semua doktor yang ada di kota , dia harus diberi ubat khusus dan mereka melarang orang tua si anak untuk mengubatinya dengan antibiotik. Merekapun telah memberitau kepada orang tua si anak sekiranya peraturan ini dilanggar, ia boleh menyebabkan kematian si anak.
Kemudia orang tua tersebut membaca lembaran tentang kesihatan dan menemukan keterangan bahawa antibiotik kadang-kadang bermanfaat untuk mengubat sakit panas. 
Dengan adanya lembaran ini, orang tua tersebut tidak mempedulikan lagi nasihat doktor. Kemudian dengan panggilan hatinya, ia merawat anaknya dengan antibiotik sehingga mengakibatkan kematian si anak.
Dengan tindakan ini, apakah orang tua tersebut berdosa atau tidak?


PHB : Saya kira masalah tersebut lain dengan masalah ini dan maksudnya pun berbeza dengan persoalan yang sedang kita bicarakan.
(*Si lelaki gagal menangkap tamsilan yang mudah ini, bagaimana agaknya dia mampu membandingkan hujah-hujah para imam mazhab?)

DSR: Masalah ini sama hakikatnya dengan hal yang sedang kita bicarakan.
Cuba anda perhatikan ! . Orang tua tersebut sudah mendengarkan ijma’ (kesepakatan ) para doktor , sebagaimana pemuda tadi juga telah mendengar ijma’ para ulama. Akan tetapi , orang tua tersebut berpegang pada selembaran buku kesihatan , sebagaimana pemuda tersebut melaksankan panggilan hatinya”.

PHB : Tuan, Al Quran adalah Nur. Nur Al Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.

DSR: Apakah pantulan Al Quran itu dapat difahami oleh yang membaca sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.? Kalau begitu apa bezanya antara ahli ilmu dan yang bukan ahli ilmu dalam menerima cahaya Al Quran?

PHB : Panggilan hati adalah yang paling asas/ pokok.

DSR: Orang tua tersebut telah melaksanakan panggilan hatinya sehingga kematian anaknya . Apakah ada pertanggungjawaban bagi orang tua itu baik dari segi syariat mahupun tuntunan hukum?.

PHB :Dia tidak dituntut apa-apa.
(*Jelas, pemikiran lelaki ini jauh terseleweng dan sukar untuk diperbetulkan lagi. Tuan Syeikh pun telah dapat apa yang dia pelrukan daripada perbincangan ini, maka dirasanya tak perlu lagi dipanjang-panjangkan kerana tidak akan membawa apa-apa faedah)


DSR: Dengan pernyataan anda  seperti ini , saya kira dialog dan diskusi ini kita cukuplah sampai di sini saja. Sudah putus jalan untuk menemukan pendapat kami dengan anda . Dengan jawaban anda yang sangat mengganjilkan itu, cukuplah kiranya kalau anda telah keluar dari ijma’ kaum muslimin”.
(*Sesiapa yang berpegang dengan fahaman seperti fahaman lelaki ini, maka Syeikh Ramadhan al-Buti menghukum mereka sebagai terkeluar daripada ijma’ kaum muslimin)



TAMAT DIALOG



Cuba anda renungkan. Seorang muslim yang jahil, hanya bersandarkan panggilan hatinya dalam memahami apa yang dia temukan dalam Al Quran, lalu dia mengerjakan solat menghadap ke arah selain kiblat dan menyalahi semua umat Islam, tetapi solatnya dianggap sah dan tidak apa-apa.
 Kemudian orang biasa dengan panggilan jiwanya  mengubati orang sakit  sekehendaknya, sehingga menyebabkan kematian orang yang dia ubati . Lalu atas perbuatannya itu, dia bebas daripada segala tuntutan.


Kalau begitu, mengapa mereka tidak membiarkan orang-orang jahil menggunakan panggilan hatinya untuk bertaqlid dan mengikut imam mujtahid, kerana mereka adalah lebih waspada daripada mereka yang jahil tentang urusan kitab Allah Azza w Jalla dan sunnah Rasulullah saw?
Pendapat ini mungkin salah menurut mereka , tetapi tercakup dalam pengertian memenuhi jiwa.


Setelah kami ungkapkan dialog kami dengan pemuda ajaib ini, kami ingin menghimbau para pembaca agar sedar dan insaf serta membebaskan diri daripada fanatik apabila pembaca ingin mengetahui perkara yang hak dengan segala alasan serta dalil-dalilnya , apa yang telah kami tulis dan kami jelaskan sudah cukup mengungkapkan perihal yang samar-samar dan menghilangkan semua hal yang meragukan.
Akan tetapi  kalau anda mempertahankan pendapat lantaran fanatik dan fanatik itu sudah menjadi watak dan karakter anda, berapa banyak pun dalil dan alasan yang saya tambah , tetap tidak ada gunanya untuk anda.
Sesungguhnya masalah anda bukanlah masalah kebodohan yang dapat dihilangkan dengan ilmu, tetapi masalah fanatik yang tidak mungkin dapat dilengkapkan , kecuali dengan cara melakukan koreksi peribadi yang tulus ikhlas di hadapan Allah Azza wajalla.


Terlepas dari golongan manakah anda berada, yang perlu kami ingatkan ialah kelompok masyarakat tempat anda melakukan dakwah, mengenai golongan yang sasaran dakwahnya tidak lagi ditujukan pada usaha perbaikan iman dan menghindarkan kekufuran, tetapi satu-satunya usha mereka lakukan ialah menyalakan api persengketaan dikalangan umat Islam manakala api sudah padam.
(*Begitulah umat Islam di Nusantara. Ratusan tahun hidup aman damai tanpa persengketaan ini, apabila datang saja golongan ini ke sini maka merebaklah pelbagai perbalahan yang tidak selesai-selesai. Musuh-musuh Islam tersenyum senang)


Mereka seolah-olah melakukan kegiatan pembahasan ilmiah (*kononnya) untuk mengungkapkan pokok-pokok pemikiran, tetapi tujuan utamanya hanya ingin memperdalamkan jurang perselisihan dan mencetuskan terjadinya permusuhan  dan perpecahan serta menjauhkan pola-pola berfikir yang sihat dalam segala persoalan . Inilah kenyataan yang dapat kita rasakan.


Lalu apa jalan keluar untuk menyelamatkan umat Islam  dari kenyataan ini dan bagaimana cara menghindarkan diri daripada sikap-sikap yang menunjukkan pertengkaran , permusuhan serta perpecahan?


Satu-satunya jalan adalah kembali pada norma-norma ilmiah setiap kali hendak melakukan kegiatan pembahasan dan jauh daripada sikap fanatic, atau adanya maksud lain yang mencampuri kemurnian ilmu pengetahuan.
Dengan cara ini , perselisihan akan lenyap , sedikit-demi sedikit kemudian larut  serta tidak ada kemungkinan bagi para penyeludup dari luar untuk mengiring ke dalam lembah perpecahan , hasad  dan sakit hati.


Dalam risalah ini , telah kami kemukakan penjelasan yang diperlukan untuk mengetahui mana yang benar dalam permasalahan ini.
Telah kami ungkapkan bahawa penulis buku , yakni Syekh Khajandi telah menukil keterangan yang tidak benar, bahkan bertentangan dengan kenyataan.


Pembaca pun telah mengetahui bahawa penjelasan para imam yang dinukil oleh Syekh Khajandi adalah bertolak belakang dengan apa yang dituduhkan oleh Syekh Khajandi .
Kami yakin bahawa para pembaca   telah mengikuti uraian (pemjelasan) kami dalam risalah ini dengan penuh perhatian dan pengharapan.


Demi Allah, orang yang iri dan tidak mempunyai keinsafan  mungkin menuduh kami melakukan pelanggaran dalam pembahasan sekadar sambil lalu serta main-main dalam menukil suatu keterangan  atau kurang professional dalam menukil suatu keterangan dan mengemukakan dalil .
Oleh kerana itu , kami mengajak pembaca untuk menuntut kebenaran yang selama ini selalu dipegang oleh JUMHUR KAUM MUSLIMIN setiap masa. Tegaklah berdiri sebagai pembela dalam mempertahankan kebenaran dengan memerangi segala macam sikap yang berlebihan.
(* Syeikh mengajak kita menjadi pembela. Sahutlah seruannya)

masalah bermazhab 1

Dalam ilmu usuhul fiqh, terdapat istilah penting yang berkaitan dengan masalah bermadzhab, yaitu ijtihad, taqlid dan talfiq.

1. Ijtihad

Ijtihad didefinisikan sebagai "upaya untuk menemukan hukum-hukum syariah (agama).

Untuk bisa mencapai taraf ijtihad, para ulama membuat beberapa persyaratan, yaitu :

1. Mengetahui arti ayat-ayat al-qur'an, baik dari segi bahasa maupun hukum.

2. Mengetahui hadist-hadist hukum, dan mengetahui maksudnya dari segi bahasa maupun hukum.

3. Mengetahui masalah nasikh dan mansukh (abrogasi dalam hukum qur'an dan hadist)

4. Mengetahui permasalahan-permasalahan yang telah terjadi konsensus para ulama mengenai hukumnya.

5. Mengetahui masalah analogi hukum Islam.

6. mengetahui bahasa Arab.

7. Mengetahui methodologi pengambilan hukum islam.

8. Mengetahui maqasid shariah (filsafat hukum Islam).

Itjihad dalam masalah-masalah agama senantiasa terbuka sampai kapan pun. Memang sering kita dengar isu bahwa pintu ijtihad telah tertutup, tapi kalau mau kita sadari, itu adalah isu yang menyesatkan, karena menutup pintu ijtihad sama saja dengan melarang orang berfikir.

Agama Islam adalah agama yang mengajak kebebasan berfikir dengan logika yang benar.

Imam Baghawi pernah mengatakan bahwa mencari ilmu untuk bisa mencapai tingkat ijtihad hukumnya fardlu kifayah.

Bila dalam satu masa, tidak ada orang yang mau mencari ilmu untuk meraih tingkat ijtihad maka, berdosalah seluruh umat Islam yang hidup pada saat itu.

Mencari solusi hukum islam untuk permasalahan-permasalahan baru di zaman sekarang juga termasuk ijtihad.

Ijtihad dibuka dalam segala bidang, termasuk dalam masalah-masalah ritual dan fiqh.

Hanya yang perlu diketahui di sini adalah ijtihad dengan cara,metodologi dan etika yang benar, sesuai dengan dalil-dalil yang ada.

2. Taqlid

Taqlid adalah mengambil pendapat ulama dengan tanpa mengetahui dalilnya. Mengambil satu hukum dengan referensi empat madzhab atau lainnya dengan tanpa mempelajari dalilnya, termasuk taqlid.

Taqlid boleh dilakukan oleh orang yang pengetahuan agamanya terbatas, sehingga tidak mempunyai kemampuan untuk bisa mengakses dalil-dalil yang ada. Taqlid boleh dilakukan hanya kepada ulama-ulama yang benar-benar mengetahui ilmu-ilmu agama dan taqlid yang terbaik adalah dengan disertai memperlajari dlail-dalil dari pendapat yang diikutinya.

Taqlid buta, meskipun ia tahu itu bertentangan dengan dalil yang ia ketahui, atau taqlid dengan fanatik, sehingga merasa benar seindiri, sangat dicela dalam agama.

Bidang yang diperbolehkan taqlid, menurut sebagian besar ulama, secara teoritis, adalah furu' (cabang-cabang fiqh), sedangkah masalah tauhid (keyakinan) tidak boleh taqlid.

Namun kalau dikaji secara empiris, tentu sulit untuk menerapkan ketentuan seperti itu. Masyarakat yang pengetahuannya terbatas dalam bidang apapun, pasti akan cenderung melakukan taqlid.

Bertaqlid kepada salah satu dari empat madzhab fiqh merupakan tindakan terpuji , karena muqallid (orang yang melakukan taqlid) tentu telah berkeyakinan bahwa madzhab yang dianutnya adalah yang terbaik bagi dirinya, artinya dari pertimbangan memperkecil keraguannya.

Namun fanatik dengan madzhab yang dianutnya merupakan perbuatan tercela, karena ini berarti menganggap madzhab lain salah. Muqallid harus tetap berkeyakinan bahwa di sana ada pendapat lain yang mungkin layak juga untuk dipakai.

Keuntungan dari menggunakan satu madzhab adalah dari aspek simplifikasi pengajaran. Orang awam tentu akan lebih mudah belajar dan diajari dengan pendekatan satu madzhab, karena ini tidak membingungkan.

Kerugiannya, antara lain:
terkadang taqlid dengan satu madzhab bisa merangsang fanatisme madzhab, apalagi pada kalangan awam yang tidak diberi wawasan agama yang baik.

Terkadang taqlid kepada satu madzhab juga memperberat penerapan hukum,aplagi bila kondisi tidak memungkinkan.

Sebagian besar ulama berpendapat tidak ada ketentuan yang mewajibkan bertaqlid kepada satu imam saja, namun boleh kepada imam lain yang diyakininya benar.

Pendapat ini juga dipakai oleh para ulama terkemuka saat ini, karena menghembuskan nafas keterbukaan dalam menerapkan hukum agama.

3. Talfiq

Permasalahan taqlid yang telah mengundang polemik ulama dari rentang waktu yang cukup panjang, pada sekitar abad ke-10 hijriyah telah mengantarkan kepada gagasan pembatasan taqlid, yaitu dengan konsep talfiq.

Mereka mengatakan bahwa taqlid sah apabila tidak mengantarkan kepada talfiq.

Talfiq didefinisikan : mencetuskan hukum dengan mengkombinasikan berbagai madzhab, sehingga hukum tersebut menjadi sama sekali baru, tidak ada seorang ulama pun yang mengatakannya. Mencampur-campur madzhab dengan sengaja dan mencetuskan hukum baru yang sama sekali tidak ada dalilnya, itulah yang lebih tepat disebut talfiq yang dicela agama.

Adapun berpindah madzhab dalam satu masalah agama dengan berlandasan kepada dalil atau karena kondisi tertentu, tidak lah termasuk talfiq.

Dalam menggunakan pendapat madzhab yang berbeda-beda yang perlu diperhatikan adalah sebagai berikut :

1. Tidak dengan sengaja mencari-cari yang mudah (sengaja mencari enaknya) dengan tujuan mempermainkan agama, apalagi yang mengantarkan kapada hukum baru yang sama sekali tidak dikatakan oleh salah seorang ulama.

Misalnya mengambil pendapat yang mengatakan boleh nikah tanpa wali, kemudian mengambil pendapat kedua yang mengatakan boleh nikah tanpa saksi, kemudian mengambil pendapat ketiga yang mengatakan sah nikah tanpa mahar, lalu mencetuskan pendapat "boleh nikah tanpa wali, saksi dan mahar". Pendapat ini tidak ada seorang pun ulama yang mengatakannya.

2. Tidak mengantarkan kepada pendapat baru yang sama sekali bertentangan dengan dalil.

3. Tidak memaksakan diri menggunakan pendapat yang telah diketahui atau diyakini kelemahnya.

4. Tidak boleh dalam satu ibadah, misalnya dalam wudlu mengambil mazhab Syafi'i dalam mengusap sebagain kepala, kemudian mengikuti mazhab Hanafi dalam masalah tidak batal memegang kemaluan, padahal tanpa mengetahui dalil masing-masing dan hanya bermazhab buta atau taqlid.