Sabtu, 3 September 2011

KEWAJIBAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID BAGI LELAKI


Masjid yang tidak cukup jemaah 3 orang pada sesuatu waktu akan mengundang bala seperti ini.
 

by Muhammad Ahmad on Saturday, May 14, 2011 
 
Bismillah. Al-Hamdulillah. Was-Salatu Was-Salamu 'Ala Rasulillah Wa 'Ala Aaalih.
Was-Salamu Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakaatuh.
Mudah-mudahan nota saya kali ini bermanfaat untuk sahabat-sahabat sekalian amin. Ianya mengenai dalil-dalil kewajipan solat fardhu berjemaah di masjid, di dalam al-Qur'an bagi lelaki. Semoga hati kita semua khusyuk dan tawadhuk membacanya, kerana ianya adalah dari al-Qur'an sendiri. Jika tuan2 telah membacanya, maka saya serahkan pada tuan-tuan untuk berfikir sendiri.
1. Rukuklah bersama orang-orang yang Ruku'
1) وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ 
(  سورة البقرة  43)
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
Ayat di atas, jelas menunjukkan perintah Allah memerintahkan umat Yahudi untuk solat berjemaah bersama umat Islam. Dalam Ilmu Usul Fiqh, suatu perintah asalnya ialah wajib, melainkan jika ada dalil yang membawanya kepada sunat atau harus sahaja barulah hukumnya berubah. Dalam ayat ini tiada dalil yang membawa kepada makna sunat dan harus itu. Kerana ayat ini ditujukan kepada orang Yahudi. Ertinya mereka wajib memeluk ugama Islam dan solat bersama orang Islam.
Persoalan yang penting di sini ialah. Jika orang Yahudi di wajibkan untuk solat berjemaah, maka adakah umat Islam tidak diwajibkan solat berjemaah?
2. Hendaklah solat di buat di masjid
    قُلْ أَمَرَ رَبِّي بِالْقِسْطِ ۖ وَأَقِيمُوا وُجُوهَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَادْعُوهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ ۚ كَمَا بَدَأَكُمْ تَعُودُونَ  
(  سورة الأعراف  29)
Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang di setiap masjid dan bermunajatlah padanya dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
      31.    ۞ يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ    
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.
(  الأعراف  31)
Keterangan ayat
 Pada mulanya makna ayat 29 di atas tidak menyebutkan di setiap masjid, makna di setiap masjid itu saya tambah untuk menyatakan bahawa ayat itu mungkin diubah maksudnya bagi mengurangkan tekanan kewajipan untuk solat di masjid. Padahal jelas ayat itu menyuruh solat di masjid.
Makna ayat itu telah diertikan dengan makna ini:
Katakanlah: Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara) dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana Dia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikian pula) kamu akan kembali (kepadaNya).
Solat yang disebut sebenarnya hanyalah solat fardhu berjemaah di masjid sahaja bukannya solat sunat yang dibuat di rumah. Kerana apabila seorang solat berjemaah di masjid, maka mungkin niatnya adalah untuk riya dan sebagainya. Jadi kita diperintahkan untuk solat di masjid dan ikhlas dalam solat kita.  Namun bagi solat sunat di rumah, maka keikhlasansudah tentu. Jadi ayat itu bukanlah di maksudkan solat di rumah. Bahkan di masjid semata-mata.
Maksud ayat menyuruh ke masjid itu jelas dan ditafsirkan lagi oleh ayat 31 berikut iaitu ayat yang menyuruh untuk berhias apabila hendak ke masjid. Sekali lagi jelas bagi kita ayat itu telah di ubah maksudnya dengan tempat ibadat sahaja. Maksud ayat saya kekalkan seperti yang didapat dari tafsir, kerana untuk menggalakkan menghiasi diri di setiap solat sunat.
Hukum berhias dalam ayat  ini adalah wajib kerana tidak ada qarinah yang membawanya pada hukum lain. Kerana orang yang tidak berhias, lebih-lebih lagi berbau busuk akan menganggu orang lain solat. Manakala ketika solat  sendiri adalah sunat sahaja. Manakala bagi perempuan pula jika mereka berhias dengan hiasan yang boleh membawa tarikan untuk lelaki melihatnya, maka hukumnya adalah haram. Jadi solat fardhu berjemaah di masjid bagi perempuan adalah tidak lah wajib.
Dalam  hadis Rasulullah saw juga ada menyatakan, sesiapa yang memakan pokok ini (bawang), maka ia tidak boleh menghampiri Masjid kami ini (untuk masuk dan solat berjemaah) Au kama Qal saw.
(3) Tidak Hiraukan Laungan Azan
يَوْمَ يُكْشَفُ عَن سَاقٍ وَيُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ فَلَا يَسْتَطِيعُونَ 
(  سورة القلم  42)
  (Ingatkanlah orang-orang yang tidak beriman) akan masa didedahkan kedahsyatan huru-hara (hari kiamat) dan mereka diseru supaya sujud maka mereka tidak dapat melakukannya;
خَاشِعَةً أَبْصَارُهُمْ تَرْهَقُهُمْ ذِلَّةٌ ۖ وَقَدْ كَانُوا يُدْعَوْنَ إِلَى السُّجُودِ وَهُمْ سَالِمُونَ 
(  سورة القلم 43)
Sambil pandangan mereka tunduk malu, serta mereka diliputi kehinaan dan sesungguhnya mereka (di dunia) dahulu telahpun diseru supaya sujud (tetapi mereka enggan) sedang mereka dalam keadaan sihat.
Keterangan Ayat
Di akhirat nanti, untuk menguji seseorang itu solat sempurna atau tidak atau mereka telah solat berjemaah atau tidak, maka mereka akan disuruh bersujud kepada Allah swt. Namun sesetengah umat Islam yang pernah solat atau yang penuh solatnya ada juga yang tidak dapat sujud. Perkara ini ialah kerana apabila azan berkumandang, mereka tidak mengerjakan solat di sana. Sedangkan mereka tidak ada keuzuran yang berat dan menghalang mereka untuk solat berjemaah, seperti sakit atau bermusafir.
Ada pula yang merasa bijak sedikit mengatakan bahawa Nabi saw membenarkan bahkan menyuruh untuk menghabiskan hidangan terlebih dulu sebelum solat berjemaah. Namun sebenarnya, perkara itu tidak boleh dibuat setiap hari untuk menjadi alasan tidak solat kemasjid. Bahkan hendaklah diaturkan jadual sebaik-baiknya agar penghidangan makanan itu tidak bertembung dengan waktu solat.
Bahkan jika betul kita mahu solat berjemaah, kita boleh menghabiskan hidangan dan solat berjemaah sesudahnya bersama jemaah lain di masjid. Jadi kita tiada alasan untuk tidak ke masjid.
 
(4) Hanya yang mentakmirkan masjid itulah saja yang mungkin mendapat Hidayat
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ  
  (  التوبة  18)
Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.
Keterangan Ayat
Wahai saudaraku yang beriman, jika ayat di atas menyatakan hanya yang mentakmirkan masjid sahaja yang mungkin mendapat hidayah, maka jika mereka pun dikatakan mungkin dapat hidayah itu, maka bagaimanakah lagi dengan orang lain yang tidak ke masjid?  Maka adakah kita mahu tidak mendapat hidayah itu? Wa iyadzu billah  min dzalik.
Semoga bermanfaat. yang baik dari Allah swt jua. yang kurang baik adalah dari saya sendiri. Semoga dengannya, kita akan lebih dekat kepada kebenaran. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan