Jumaat, 2 September 2011

kerana nila setitik rosak satu jemaah tabligh

         Majoriti masyarakat yang tidak kenal secara dekat memandang negatif kepada Jemaah Tabligh. Patang sahaja ada ruang dan titik lemah pasti Jemaah Tabligh akan dilanyak habis-habisan layak statusnya lebih rendah daripada penjenayah dan kaki maksiat. Tak kurang juga orang yang lebih ilmu agamanya memandang sebelah mata terhadap Jemaah Tabligh.
   
          Jemaah yang memperjuangkan 6 prinsip yang diamalkan oleh Para Sahabat tidak  pernah melabelkan mereka sebagai Jemaah Tabligh. Jemaah yang mengajak umat Islam kembali kepada Al-Quran dengan cara hidup yang ditujukkan oleh Rasulullah SAW. Jemaah yang sentiasa mengajak Solat Berjemaah di masjid, bersangka baik kepada Allah dan sesama Manusia, menghormati yang muda dan memberi khidmat pada yang tua, membudayakan membaca kitab setiap hari di rumah dan masjid, mengamalkan akhlak baik, berkongsi ilmu walaupun sedikit, mengajak kita mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan dan banyak lagi aktiviti baik yang bertentangan dengan amalan kehidupan moden.


jemaahtabligh 300x200 Jemaah Tabligh tercemar akibat nila setitik

           Mana yang lebih baik seandainya seorang pemuda Islam itu mengikut Jemaah Tabligh atau mengikut Jemaah Rempet, dadah dan jenayah? Yakinlah ramai dikalangan kita tidak kisah jika anak bangsanya tercebak dalam dunia rempet, dadah dan jenayah daripada ikut Jemaah Tabligh. Agama lain memang sudah lama tidak suka kepada Jemaah Tabligh yang sentiasa sahaja bertebaran di seluruh dunia tanpa dibayar oleh sesiapa dan lebih malang lagi apabila umat Islam sendiri juga membeci Jemaah Tabligh.

          Jemaah Tabligh juga manusia yang sentiasa dibisikan kata-kata hasutan oleh Iblis durjana jadi sudah pasti ada kes-kes terpencil seperti kes kahwin bawah umur,pencabulan,dll. Jangan hanya kes-kes terpencil ini maka Jemaah Tabligh yang banyak jasanya kepada perkembangan Islam di dunia dilabelkan dengan label yang negatif.

          Tak kenal maka tak cinta. Ambilah peluang untuk mengenali Jemaah Tabligh dan azam sekurang-kurangnya sekali seumur hidup kita keluar ke jalan Allah SWT. Siapa lagi yang boleh kita harapkan untuk bertebaran di seluruh muka bumi menegakan Islam sekarang?
Tidakkah mereka perhatikan, bagaimana Allah memulai ciptaan kemudian mengulanginya? Sesungguhnya yang demikian itu mudah saja bagi Allah. Katakanlah:’Berjalanlah di muka bumi dan perhatikanlah, bagaimana Allah memulai ciptaan, kemudian Ia mengulangi penciptaan itu sekali lagi. Sesungguhnya Tuhan Berkuasa atas segala sesuatu.” (QS. 29:19-20)
Berjalanlah kamu di atas muka bumi, kemudian lihatlah bagaimana kesudahan orang yang mendustakan itu” (Al An’am: 11)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan