Isnin, 20 September 2010

impian

IMPIAN...satu perkataan yg mudah tetapi sukar utk dimengerti.
Jika ditanya apa impian pasti bermacam2 ayat yang kita dengar,
yang pastinya setiap manusia pasti ada impian disisi hidupnya,
tetapi apakah impian kita itu sejati....apa ia impian sejati ?

Nahh...disini pasti kita tertanya2,apakah kita mempunyai impian sejati.
impian sejati ibarat kita di dlam air yang memerlukan udara biarpun segunug emas ditawarkan kepada kita pasti udara juga pilihan,keadaan yang mendesak hati utk berusaha kuat,melupakan segala cabaran tetapi terus berusaha utk mencapainya.

Adakah kita memliki impian sebegitu ? tanyalah hati anda sendiri .
yang pastinya kebanyakan hanya ada impian hangat2 tahi ayam yang sementara sahaja kehangatannya.
Bila sahaja ujian dan cabaran baru bermula, telahpun tersungkur dan tidak mahu bangun.

Saya suka dengan kanak2 yang berusia lingkungan 5 tahun,
bila ditanya apa impian mereka,pasti mereka akan berkata,nak jadi doktor,pilot,usahawan dll.
biarpun ada yang menggelakkannya tetapi mereka tidak sekalipun makan hati dan tersinggung,
mereka tetap senyum dan bersemangat menyatakan impian mereka tetapi bila makin membesar impian itu makin hilang.

Kemana hilangnya api itu ? Api semangat impian diwaktu kecil.
Untuk mengejar impian berbagai2 ujian dan cabaran pasti kita akan tempuh,
ramai yang meremehkan impian kita berbanding yang mendukung,
ramai yang hanya suka melihat dari bertindak.Itulah kesilapan kita.

Jika ditanya apakah rahsia utk berjaya dalam hidup,jawapannya ada pada diri kita,
tanya kembali hati,apakah kita mempunyai impian sejati,dan terancang dengan disiplin dlm mencapainya.

Seperti saya walau berusia 20an telah mempunyai pendapatan 20k sebulan dan setiap bulan bertambah,apakah ini secara tdak sengaja.tidak.tidak sama sekali...dari kecil saya sendiri telah merancang utk mencapainya.kita bukan gagal dalm kehidupan tetapi kita gagal dalam merancang dan bertindak.

Setiap manusia berbeza rezeki dan tahap ujian,yang pasti janganlah mudah berputus asa,
tetapi ingatlah bahawa ALLAH MAHA MEMBUKA setiap kesulitan,
DIA jua MAHA MEMEBRI REZEKI.mohonlah,tegakkan apa yang diperintah,tegakkan dhuha dan tahajud..insyaALLAH.Ramai yang silap,mengejar impian sehingga melupakan PEMBERINYA,
yg MAHA MEMAKBULKAN.

Saya pernah digelakkan bahawa ingin berpendapatan sejuta malah lebih sebulan dan mempunyai empayar perniagaan gergasi sendiri,mungkin ia sukar tetapi bukanlah mustahil,kerana seperti yg saya katakan jadikan impian kita impian sejati bukan sekadar hangatnya tahi ayam,sementara sahaja hangatnya.

Bagaimana nak kekalkan kehangatannya,anda sendiri kena berpandangan luar biasa dr insan biasa.
Lihatlah sejauh yg boleh dan bertindaklah.Hilangkan segala perkara negatif di benak fikiran kita yang bisa menjadi penghalang api semangat kita terus menyala.Gagal bukanlah suatu yang patut ditakuti kerana dengan kegagalanlah kita menghampiri mencapai impian kita.memang benar kita tak dapat mencapai semua impian tetapi kehidupan tidak bermakna tanpa adanya impian.Jadilah pemburu impian yang hebat. IMPIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan