Jumaat, 24 September 2010

ANDAI HATI TERASA SAKIT

   ''Sakitnya hati ini'' sedar atau tidak ayat ini pernah kita luahkan dan berapa kali agaknya dalam kehidupan ini kita berasa sedemikian. Inilah lumrah kehidupan,sunnatullah, mana mungkin setiap hari cuaca cerah,pasti adakalanya hujan akan menyimbah bumi,tetapi tidak bermakna itu cuaca yang buruk,kedua-duanya adalah baik,bergantung kepada tahap pemikiran kita.

   Begitulah jua hati ini mana ada insan dalam dunia ini yang sentiasa tersenyum,riang,dan gembira hatinya.Mahu tidak mahu pasti kita akan merasai kesakitan hati yang kadangkala tak dapat dibendung hingga ada yang merosakkankan diri dan hingga ke tahap membunuh diri.Nauzubillah. Seakan tiada lagi jalan penyelesaian,kadangkala hanya isu yang remehpun boleh menjadi besar jika hati tak dapat dikawal dengan baik.Peliknya soal hati inikan? Persoalan dengan jawapan yang tiada habisnya untuk dihuraikan.

   Itulah kebenaran,yang kadangkala para daiepun boleh tersungkur,Maha besar sang pencipta hati ini,sangat unik dan kompleks.Kebanyakan sakit hati lebih tertumpu kepada soal perasaan kepada seseorang yang perasaannya tidak berbalas oleh sidia yang dicintai. Lihat sahaja berapa ramai yang tersungkur, mahsisiwa,mahsiswi yang jatuh akademik mereka hanya kerana sebuah perasaan,para usahawan ,perniagaan yang hampir muflis hanya keran pergolakn kehidupan dan rumahtangga, para ahli sukan yang merosot tahap potensinya hanya kerana kritikan dari penyokong,dan banyak lagi yang mana kesakitan hati boleh mengakibatkan tekanan perasaan hingga membuat fikiran bercelaru, semangat pudar dan seluruh anggota menjadi lemah, inilah kesan yang mendalam tetapi DIA maha pencipta lagi maha mengetahui, DIA jualah yang maha mengubati.Tetapi mengapa kita melarikan diri dari pengubatnya ?

   Wahai para sahabat, kita sering jatuh hati tetapi kita silap kerana tidak bersedia untuk menerima risiko menerima kesakitan hati, kita sering mengharap kejayaan tetapi kita tidak mahu menghadapi kegagalan, kita suka akan kecemerlangan tetapi kita takut dengan kehampaan, kita sanggup panjat pohon yang tinggi untuk memetik buah tetapi kita tidak mahu menerima risiko jatuh, apakah ini adil bagi kita. Hanya mementingkan di satu sisi sahaja. Jika semuanya mudah untuk dicapai, tiadalah harga diri ini,dimana agaknya kekuatan kita, kerana itu kesakitan adalah ujian paling baik untuk menguatkan hati dan mematangkan fikiran kita,oleh kerana itu kita akan menjadi lebih dewasa untuk menghadapi gelombang dalam perjuangan kehidupan ini.

   Walaupun begitu,hati yang sakit juga boleh menjadi senyuman jika kita tahu caranya yang betul, setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Kita lihat sahaja disekeliling kita,ada sesetengah orang walau sebesar manapun ujian dan kesakitan hati yang dihadapi ,dia tetap tenang dan senyum,dan ada sesetengah pula hingga membunuh diri sendiri biarpun hanya ujian yang remeh sahaja,sungguh ajaibkan.Adakah dua golongan ini berbeza,tidak,keduanya manusia biasa yang mempunyai hati yang sama cuma mungkin pendekatan menghadapi tekanan dan corak kehidupan yang berbeza.

   Penawarnya ada dalam diri kita, untuk mengubatinya tanyalah soalan2 ini kedalam hati kita.

Mengapa aku perlu bersedih jika aku masih ada tempat untuk ku luahkan ?
Mengapa aku pelu bersedih jika nikmat yang aku ada melebihi kedukaan yang aku ada ?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan hujan pastikan berhenti ?
Mengapa akau perlu bersedih sedangkan pelangi indah pasti muncul selepas hujan?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan ramai insan yang lain lebih besar ujiannya ?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan yang tidak mencacatkan nikmat2 aku yang lain ?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan didunia hanyalah kesakitan yang sementara berbanding akhirat ?

   Anda teruslah bertanya dan bertanya dengan berbagai soalan mengapa aku perlu bersedih, Mengapa aku perlu berputus asa, Mengapa aku perlu merosakkan diri, sedangkan DIA maha membantu dan maha membuka.Oleh kerana itu ketuklah pintuNYA, rintihah kepadaNYA kerana DIA maha mendengar, DIA suka kita meminta kepadaNYA, dan usahlah berprasangka buruk kepada DIA kerana DIA lebih maha mengetahui kepada apa yang tidak kita ketahui, DIA lebih maha merencanakan.Oleh itu senyumlah kerana tiada apa yang perlu kita sedihkan,kerana DIA tidak akan meningalkan kita hanya kita yag sering melupai DIA.

   Banyakkan isi waktu dengan menyibukkan diri dengan berbagai cara antaranya membaca buku2 agama, buku2 motivasi yang bisa menaikkan kembali semangat kita. Perbanyakkanlah berzikir dan berusaha menghafal ayat2 al quran dan memperbaiki bacaan kerana itulah makanan jiwa. Hadirlah ke rumah DIA, kerana disanalah taman kedamaian dan carilah cintaNYA di sepertiga malam. InsyaALLAH DIA akan memberi kita kekuatan dan membuka segala kesulitan kita,berusahalah ,janganlah berputus asa kerana manusia yang kuat dan gagah bukan mempunyai fizikal yang besar tetapi hati yang tenang biarpun sebesar manapun ujian yang datang.Jadi ukirlah hari2 anda dengan senyuman. :)

SALAM MUHASABAH..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan