Jumaat, 8 Januari 2010

TATAPAN UNTUK PARA MUSLIMAH

     Isu  masalah menutup aurat pada muslimah adalah satu isu semasa masalah yang kian parah dikalangan masyarakat kita,telah kering air liur rakan taulan,saudaramara mahupun makayah menasihati namun ada sahaja alasan dan hujah2 mereka mempertahankan hak mereka tak bertudung atau tidak menutup aurat ini, antaranya ialah hujah mereka,
    
     tidak mahu hipokrit, tidak mahu berubah kerana disuruh.

   Adakah layak kita menyatakan hujah sedemikian, meremehkan soal tuntutan dan suruhanNYA yang MAHA KUASA yang telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung sahaja. Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu. tiada istilah hipokrit dalam soal perintahNYA.

  Sebagai contoh mana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.

   Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' or Samseng jalanan di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah sistem dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.

   Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi dan sistem perundangan oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain.sesungguhnya DIA lagi MAHA MENGETAHUI di atas setiap perintahNYA.

    Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.

   Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.

    Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

    Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lain saudari seperti menuai dosa yang bercambah setiap ada mata lelaki bukan mahram melihatnya.dan pastinya saudari akan menjawap dosa masing-masing,kubur masing-masing.Jika diperlihatkan azabNYA,adakah saudari akn berkata sedemikian.
    Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan. selain itu ada juga kenyataan dikalangan mereka,

          YANG BERTUDUNG PUN TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.

     Kembali kepada persoalan di atas, kelihatan mereka ini begitu membenci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi memakai pakaian ketat,berakhlak buruk,membuat maksiat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit dan berburuk sangka. 

     Satu perkara yang ingin ana jelaskan, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu tahap pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT. Saudari perlulah tahu akan istilah menutup aurat yang sebenar dituntut islam.

     Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT dalam tuntutan islam sebenar. Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.

     Adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik. Tanyala kepada diri, siapa kita untuk mengeluarkan hujah2 sedemikian, jangan sampai suatu hari nanti pintu hati saudari tidak akan berubah selamanya.

    Telah di jelaskan dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.

Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..

Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani)

     Ada juga dikalangan mereka berkata
WALAUPUN TIDAK MEMAKAI TUDUNG (MENUTUP AURAT) TETAPI MASIH JAGA SOLAT DAN MAMPU MENJAGA TINGKAH LAKU.


     Sebelum itu, ana mengucapkan Tahniah atas kemampuan  untuk terus menjaga solat dan menjaga tingkah laku, namun solat yang hakiki dan ikhlas akan menghasilkan seorang yang gerun melakukan dosa, serta akan mendorong seseorang untuk tanpa lengah menunaikan tanggungjawab yang diarahkan Allah seperti dalam isu menutup aurat.

     Namun apabila saudari terus redha dalam pembukaan aurat sedangkan saudari menunaikan solat, ia bermakna solat saudari juga bermasalah. Tapi jangan pula mengatakan, "kalau begitu saya tak mahu solat kerana tak mahu hipokrit", ia telah kita bincang di atas tadi.

   Juga, buktikan kepada diri bahawa jagaan solat saudari adalah benar-benar sebuah ketaatan dan bukan hanya kosong tanpa isi yang bermakna solat hipokrit,tak terkesan pada perbuatan dan identiti seorang muslimah. Tanda awal ia adalah benar-benar sebuah solat adalah saudari akan terbuka hati dengan cepat untuk menutup aurat tanpa terkesan dek buruk perangai orang sekitar yang kononnya menutup aurat tetapi buruk.

     Justeru, ana menasihatkan saudari agar segera keluar dari jenis individu yang saudari sendiri benci (bertudung atau tutup aurat tapi tak solat, mengumpat dsbgnya). Saudari membenci perangai mereka tetapi dari sudut pandangan agama, saudari sebenanrya adalah sebahagian dari mereka kerana :
 Mereka yang menutup aurat dan buruk perangai adalah sama darjatnya dengan mereka yang solat tapi tidak menutup aurat. Kedua-duanya tidak bertanggungjawab terhadap Allah dan sedang melakukan dosa.

      Bagi ana, saudari yang tidak menutupa aurat ini lebih hipokrit kerana mereka tanya la hati saudari,benarkah saudari menyayangi ibuayah,abang atau suami saudari. Jika ya,tutupla aurat kerana mereka yang akan menanggung kesan daripada dosa-dosa saudari,kasihanilah mereka akan dipertanggungjawapkan hal-hal saudari ke atas bahu mereka.Adakah saudari mahu menderhaka kepada ibu, menyuruh melaksanakan suruhanNYA,tetapi saudari lebih mementingkan keegoaan dan kekerasan hati,dimanakah saudari nanti,ingatlah.Jika di duniapun kita telah rugi,jangan biarkan kita tak punya apa2 diakhirat nanti.

     Saudari boleh fikir sendiri, bukankah mentaati ibu dalam hal yang agama adalah WAJIB?. Dan jatuh derhaka bagi seorang anak yang mengguris perasaan ibu, khususnya dalam hal nasihat ibu untuk kita mentaati arahan Allah swt. Alangkah tak dapat nak dibayangkan hanya kerana kegoaan yang tak seberapa,kita menerima kemurkaanNYA yang pasti saudari sendiri tak dapat nak bayangkan.

  Wahai saudari,adakah masih ada hati saudari ingin sampaikan..

BUKAN SEKARANG MASA UNTUK BERUBAH,tunggulah jika dapat hidayah, kami pakai tudug...

    Adakah saudari yang menentukan umur, adakah telah dijanjikan umur saudari dipanjangkan sehingga esok hari or hati telah keras dan dibutakan mata hati,sehingga tidak nampak teguran darinNYA dan hidayah dariNYA..Wahai sahabat, jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin beurbah. Sedarilah, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
Kebaikan dan pelaksanaan tanggungjawab jangan sesekali ditangguhkan, kelak  kempunan di hadapan Allah. Moga Allah membantu kita untuk segera berubah dan terbuka untuk menerima jawapan ini.
dan teruslah kita semua berusaha untuk ikhlas dalam semua amalan kita. insyaALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan