Ahad, 3 Januari 2010

70 kali kasih sayang ALLAH daripada seorang ibu kepada anaknya

   Alhamdullillah, segala puji bagiNYA, masih diberi ruang untuk ana mencoret sedikit di lembaran ini , terasa hiba dan sayunya mengenangkan kekedilan diri dan bebanan dosa-dosa yang pastinya tak terhitung banyaknya, setiap saat pasti kita sebagai hambaNYA tak lari dari melakukan kesilapan,
tetapi kesilapan yang terbesar adalah kita terlupa akan keluasan magfirah pengampunanNYA dan kesilapan kita untuk bertaubat sehinggalah ke nafas yang terakhir,alangkah ruginya....

   Teringat ana akan kisah iblis hairan dengan 2 perangai manusia iaitu
1. kita mengaku mencintai ALLAH S.W.T tetapi kita jua menderhakai ALLAH dengan melakukan maksiat. 2.Kita jua mengaku sangat marah dan memusuhi iblis tetapi kita jua sentiasa menurut segala pujukan,rayuan dan hasutan iblis...amat benarlah 2 perangai itu yang ada pada kita...

   Tetapi yang buat ana hiba dan amat sebak bila mengenangkan firmanNYA...
"Hai iblis ! Demi KemuliaanKU dan KebesaranKU,sesungguhnya AKU anugerah ke atas
umat Muhammad itu 2 kebahagiaan :- 1. Kerana kasih mereka kepadaKU maka AKU jadikan kaparah(penebus dosa) bagi maksiat kerana tipu daya kamu. 2. Kerana kemarahan mereka kepada mu AKU jadikan jua kaprah(penebus dosa) bagi maksiat mereka keatasKU."

   Ingatlah wahai saudaraku,bahawa umat Muhammad amat disayangiNYA,70 kali kasih sayangNYA daripada kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anaknya,selagi kita berkesempatan...marila kita insaf dan bertaubat serta berpimpin tangan berdakwah menyebar risalah islam dengan akhlak yang terpuji seperti ajaran junjungan kita..Nabi Muhammad S.A.W.

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum..
    hebat penulisan....Allah bagi hebat.
    lagunya juga bermakna
    terima kasih yea

    BalasPadam