Selasa, 7 Februari 2012

6 sifat sahabat yang patut seluruh umat hidupkan dlm kehidupan

Assalamu'alaiakum warahmatullah...  Segala puji bagi ALLAH , Tuhan semesta alam , dengan sifat kerahimanNYA, kita masih diberi taufiq dan hidayah utk kita berusaha dlm mendekatkan diri kpdNYA. Semoga kita sentiasa di atas landasan dan petunjukNYA. Selawat dan salam kpd junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w yang telah bnyak berkorban jiwa dan raganya utk keselamatan kita bersama di dunia dan akhirat, semoga kita diberi taufiq dan hidayah untuk mengamalkan segala sunnah2 baginda s.a.w. Tidak lupa jua ingatan kita kepada para sahabat baginda s.a.w, golongan yang terbaik dalam zaman yang terbaik.Golongan yang telah mencapai kesempurnaan iman dan mengamalkan agama yang sempurna dalam kehidupan mereka. Mereka laksana bintang2 dilangit dan merekalah golongan al quran, bukan setakat menghafaz malah mereka memahami dan mengamalkan kehidupan seperti apa yg terkandung di dalam al quran. Menurut satu riwayat menyatakan bahwa umar al khatab r.a pernah bertanya kpd rasulullah s.a.w apakah cara kehidupan dia telah sama seperti surah al baqarah, rasullullah s.a.w bersabda ya, maka barulah dia beralih kpd surah yg lain, inilah sahabat bukan mereka cuba menghafaz tetapi memahami dan hidup seperti apa yg dikehendaki ALLAH. maka ALLAH telah meredhai mereka dan begitu jua mereka meredhai ALLAH sebgai tuhan sehinggakan di dunia lagi mereka telah dijanjikan syurga, dan ALLAH kirim salam kepada mereka asbab pengorbanan mereka utk agama maka beruntunglah kpd sesiapa yang berusaha menjadikan kehidupan mereka seperti kehidupan para sahabat r.a.Menurut para ulama, para sahabat mempunyai berbagai sifat dan akhlak yang terpuji maka mereka telah mengariskan beberapa sifat atau perkara yang utama yang ada pada sahabat sehinggakan mereka mendapar gelaran golongan yg di redhai ALLAH ( r.a ). Perkara2 ini lah sebenarnya kehidupan al quran yg dihidupkan oleh para sahabat yg mana zaman ini telah jauh terpesong akibat berbagai2 fitnah dan masyarakat telah hidup dengan kehidupan kaum2 kufur, majusi, nasrani, dan yahudi sehinggakan seperti terlihat macam agama sedangkan mereka tidak mebawa agama malah perkara2 agama yg hak dipandang sinis dan asing dlm kehidupan masyarakat maka beruntunglah kepada mereka yg belajar2 utk menghidupkan amalan2 agama ini.

Perkara2 yg telah digariskan oleh para ulama ada mempunyai 6 perkara utama atau 6 sifat iaitu :
  1. KALIMAH TOYYIBAH ( LAILLAH HAILLALLAH MUHAMMADARASULLULLAH )
  2. SOLAT KHUSYU' DAN KHUDU'
  3. ILMU DAN ZIKIR
  4. IKRAM MUSLIMIN 
  5. IKHLAS NIAT ( MEMPERBETULAKN NIAT )
  6. DAKWAH
 
          Inilah 6perkara yg sahabat telah hidupkan dlm kehiupan mereka, kebenaran akan 6 perkara ini sendiri diakui oleh golongan yahudi zionis seperti yang telah tercatat dalam  satu laporan jemaah dakwah yang telah keluar membuat usaha agama di Palestin dimana mereka telah ditangkap oleh pihak tentera israel lalu disoal siasat, dipendekkan cerita di akhiri perbualan mereka ,pegawai israel tersebut telah menunjukkan 6 perkara (sifat sahabat) ini kpd para jemaah melalui komputernya dalam bentuk,  dan pegawai israel itu mendakwa telah lama mengkaji 6 perkara ini dan sekiranya seluruh umat islam berusaha atas 6 perkara ini pasti kami akan binasa. Samaada ini hanya sekadar satu laporan biasa , terserah kpd anda utk meneliti dengan menggunakan akal yg telah ALLAH anugerahkan tetapi bukan menggunakn hati yg diselubungi dengan nafsu dan kesombongan. Moga2 artikel ini dapat memberi manfaat kita bersama dalam mengejar keredhaan ALLAH lalu mendapat kejayaan didunia dan akhirat.

         Sesungguhnya Allah SWT meletakkan kejayaan dan kebahagiaan manusia di dunia dan di akhirat hanyasanya dalam agama yang sempurna. Agama yang sempurna adalah agama yang dibawa oleh Rasulullah SAW tetapi manusia pada zaman ini tidak mempunyai kemampuan untuk mengamalkan agama yang sempurna. Sebagaimana yang kita tahu,para sahabat yang hidup dizaman Rasulullah SAW merupakan hamba Allah yang berjaya didunia dan diakhirat. Mereka telah berjaya dalam mengamalkan agama secara sempurna kerana mereka memiliki sifat-sifat yang terkandung dalam sifat enam perkara ini :

          Maka , jika kita mengamalkan enam sifat para sahabat tersebut, Insyaallah Allah akan mempermudahkan kehidupan dunia dan akhirat kita. Di bawah,saya akan cuba huraikan dengan terperinci setiap sifat sahabat yang seharusnya kita contohi dan usahakan ke dalam kehidupan kita, apapun ia hanya satu garisan penunjuk aras utk kita berusaha mencapai iman,amal dan akhlak seperti apa yg ALLAH kehendaki.

1. KALIMAH TOIYYIBAH
            Kalimah Toiyyibah merupakan kalimah iman dan amal iaitu, kalimah iman ialah “laa ilaaha illallah” yang bermaksud''tiada tuhan selain ALLAH ''  . yg mana kini wajib meyakini 100% hanyasanya ALLAH sahaja yang maha kuasa, tiada yang berkuasa melainkan ALLAH s.w.t, makhluk langsung tiada kuasa. Untuk mendapatkan keyakinan seperti itu kita mesti berusaha memasukkan kebesaran Allah dalam hati kita dan mengeluarkan kebesaran makhluk dalam hati kita. Dalam erti kata lain, kita hendaklah yakin bahawa hanya Allah yang berkuasa dan bukannya makhluk seperti manusia, haiwan, tumbuhan, penyakit, iblis, jin dan sebagainya langsung tidak memberi manfaat atau mudarat kpd kita tanpa izin ALLAH. Sebagai contoh, kebiasaa kita sakit, pastinya yg dicari ubat tetapi bukan ubat yang berkuasa menyembuhkan kita tetapi Allah SWT. Ubat itu hanyalah sekadar asbab ( perantara) dari Allah untuk menyembuhkan seperti kisah nabi musa a.s yg sakit perut, kali pertama nabi musa a.s bemunajat kpd ALLAH s.w.t, mengadu akan kesihatannya kpd ALLAH, dngn kerahiman ALLAH telah meemerintahkan nabi musa a.s memakan sejenis tumbuhan, lalu nabi musa makan dan izin ALLAH, sakit perut nabi musa hilang, Untuk kali ke dua, nabi musa sakit lagi lalu baginda terus sahaja makan tumbuhan tersebut tanpa merujuk kpd ALLAH, dari itu musa tidak sembuh lalu mengadu kpd ALLAH dan ALLAH s.w.t berfirman kpd nabi musa a.s bahawa sesungguhnya yg beri kebaikan kpd tumbuhan itu ialah AKU, bukan tumbuhan itu yg menyembuhkan kou wahai musa, ini lah iman yg mahu diajar oleh ALLAH kpd setiap hambaNya.. Jika kita lapar atau dahaga pasti kita akan makan dan minum tetapi itu hanyalah asbab dr ALLAH yg membuat kita kenyang atau hilang dahaga hanyalah dr ALLAH, nabi sulaiman a.s pernah memohon kpd ALLAH s.w.t utk memberi makanan kpd makhluk ALLAH, lalu ALLAH izinkan. Selama 40hari nabi sulaiman menyiapkan hidangan yang mana hidangan tersebut terhidang sejauh mata memandang. Setelah seluruh haiwan berhimpun maka nabi sulaiman memerintahkan haiwan laut yang memulakn santapan terlebih dahulu lalu datanglah seekor ikan yg besar, hanya dengan sekali telan seluruh makanan habis dan ikan tersebut berkata kepada nabi sulaiman a.s bahwa dia masih lapar lagi, maha suci ALLAH, inilah kehebatan ALLAH, AR RAZAK.MAHA Memberi Rezeki. ALLAH mempunyai 3kudrat, dengan asbab, tanpa asbab dan berlawanan asbab, kuasa ALLAH tiada tolok bandingnya. Seperti yg kita ketahui kita hidup hanya dengan asbab seperti dlm fikiran kita kita perlu makan utk hidup tetapi tanpa mknminumpun boleh hidup dngn kehndak ALLAH seperti nabi nuh a.s di dlm perut ikan nun 40 hari dlm kegelapan tnpa oksigen dan makan minum, tetap hidup dan sihat, inilah antara kudrat ALLAH tanpa asbab oksigen,makan dan minum ALLAH mampu mnjaga nabi nuh a.s, walaupun berlawanan asbab sekalipun , ALLAH mampu mengaturnya dengan penuh harmoni seperti kajian sains yg telah menemui api yg menyala di dasar laut. api dan air bercampur tetapi api tidak padam, maha kuasa ALLAH. DTetapi ini tidak bermaksud utk kita menolak dunia dan asbab cuma kita perlu menafikan asbab dan bahwa makhluk langsung tiada kuasa , tidak dapat memberi mudarat dan manfaat walau seikitpun, inilah kita kena belajar2 memperbetulkan niat walau hal sekecil sekalipun dlm membuat sesuatu adlah krn perintah ALLAH bukan kerana makhluk, seperti mkn bukan krn lapar tetapi krn perintah ALLAH.Kerja bukan utk hidup tetapi ALLAH yg prntah kita krja dan yg beri rezeki ALLAH. Inilah iman yang perlu kita bawa kpd ALLAH, iman yg sempurna tanpa syirik kpd ALLAH.


          Iman tidak terkira nilainya kerana dengan hanya membawa iman yg sempurna walau sebesar zarah sekalipun , Allah SWT akan anugerahkannya syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. 10 negara di dunia ini sealipun belum kita terokai apatah lagi satu dunia inikan pula 10 kali dunia, Subhanallah. Inilah kita perlu yakini imbuhan2 yg dijanjikan oleh ALLAH, sesungguhnya dunia hanya sekadar tempat ujian dan mengasah iman kita. Seorg hamba yg mati tidak membawa iman pula , bau syurgapun tidak akan dapat dia cium, bau syurga sahaja boleh dicium dari jarak 500 tahun perjalanan.
Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang:
Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa".
          Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rabb (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT berfirman bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya dan mereka akan menapat redha ALLAH selamanya yg melebihi dari kenikmatan syurga.
Kelebihan:
1.Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah wajib syurga ke atasnya.
2. Barang siapa yang bersaksi bahawa tidak ada yang berhak disembah selain Allah dan hatinya membenarkan lisannya, maka dipersilakan masuk surga dari pintu mana yang dia suka.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwahkan kalimah ini secara infradi mahupun istima'i akan maksud dan kelebihan2 akan kalimah ini.
2.Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah.
3. Doa supaya Allah memebri kita taufiq dan hidayah utk kita mendakwahkan kalimah ini dan ALLAH memasukkan kalih iman ini kedlm hati kita dan matikan kita dlm kalimah ini.

          “muhammadurrasulullah”  yg bermaksud nabi muhammad s.a.w itu pesuruh ALLAH s.w.t pula bererti kita hendaklah menanam keyakinan bahawa hanya sifat (sunnah) dan cara Nabi Muhammad SAW sahaja yang akan membawa kejayaan didunia dan diakhirat, tiada cara lain yg berjaya hatta sekalipun di dunia cara tersebut dipandang mulia di mata masyarakat seperti yg telah di bawa oleh golongan yahudi, nasrani, majusi dll semata2 utk menggatikan cara kehidupan yg dibawa oleh nabi muhammad s.a.w.  Tetapi sunggguh merasa hairan sunnah nabi dipandang asing brbanding sunnah kaum kufur yg dipandang tinggi oleh masyarakat islam, inilah punca kemunduran umat yg mana kaum kufur telah brjaya mengalihkan kehidupan islam dr sunnah baginda s.a.w dan mengikuti seperti kehidupan mereka.

      Sunnah2 nabi terdiri daripada 3 iaitu sirah ( cara kehidupan nabi ) seperti cara nabi bangun tidur, masuk tandas, mandi, makan, tidur dll. surah ( paras wajah nabi ) iaitu cara pakaian nabi seperti serban,jubah, janggut, dll dan sarirah ( cara fikir nabi)di mana nabi hanya memikirkan bagaimana umat dapat membawa agama yg sempurna dlm kehidupan mereka.Dlm satu riwayat, semasa nabi s.a.w balik dari kenduri rumah abd rahman bin auf r.a, nabi terlihat seorg sahabt yg termenung, lalu nabi s.a.w memberi salam dan bersabda kpdnya,bertanya kenapa tidak ke rumah abd rahman, sahabat teresubt berkata dia terlupa lalu nabi bersabda lagi , bertanya apa yg membuatkan dia terlupa, dan sahabat membalas bahawa dia memikirkan bagaimana mahu mengembangkan agama hingga ke seluruh dunia sehinggakan dia terlupa, nabi bersabda kpdnya sesungguhnya fikirnya walau sesaat utk agama lebh baik dr amalan sedekah abd rahman sepanjang hayatnya.  Ini lah 3 sunnah yg patut kita amalkn dlm kehidupan dan sesungguhnya sunna h yg terkecilpun lebih tinggi nilainya dr arasy ALLAH s.w.t.Tika nabi s.a.w dimikrajkan , sebelum nabi s.a.w mahu naik ke arasy ALLAH S.W.T, baginda s.a.w telah membuka seliparnya krn teringat akan prstiwa nabi musa yg disuruh menanggalkan seliparnya ketika naik ke bukit tursina utk bermunajat kpd ALLAH, tetapi ALLAH berfirman kpd baginda s.a.w agar tidak menanggalkan seliparnya krn sesunggunya debu2 yg melekat di selipar baginda s.a.w lebih tinggi dr arasy ALLAH. Subahanllah, betapa tinggi dan mulianya yg ALLAH beri kpd  nabi muhammad s.a.w tetapi malangnya kita yg selalu menyatakan cinta dan sayang kpd rasulullah s.a.w tidak memandang berat akan sunnah nabi s.a.w malah dipandang asing dan ketinggalan zaman dan masyarkat islam kini taksub dngn sunnah2 yahudi nasrani n majusi yg dianggap lebih moden.

Kelebihan
1.Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w  secara istiqamah di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.
2.Nabi bersabda siapa menghidupkan sunnahku beerti dia menyitai aku, siapa mnyintai aku dia bersama2 aku di dlm syurga ALLAH S.W.T
3. Dengan menghidupkan sunnah rasullullah s.a.w akan adanya nusrah ghaib ALLAH s.w.t dan dipandang tinggi di sisi ALLAH s.w.t

Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah kpd masyarkat akan maksud dan kelebihan2 sunnah rasullullah s.a.w dan ajar kpd mereka cara kehidupan nabi muhammad s.a.w.
2.Berusaha amalkan  sunnah2 Rasulullah s.a.w.
3.Doa supaya diberi taufiq dan hidayah utk mengamalkan sunnah2 rasullullah s.a.w an kalimah toyyibah ini meresap ke dlm hati.
2.Solat yang khusyuk dan khuduk 
          Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat. Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w. Dalam solat dimulai takbir dan diakhiri dengan salam yang mempunyai rangkuman ibadat dan amalan seperti zikir, membaca al quran, memprbesar ALLAH, mentashdiqkan ALLAH, berdoa, menisiplinkan waktu,menundukkan pandangan, bersifat tawadhuk, tawaju' , dan takwa kpd ALLAH dan begitulah halnya diluar solat yg mana ALLAH nak mentarbiyah kita seperti dlm ibadat solat.Yg mana kita perlu tawadhuk, tawaju' dan takwa kpd ALLAH walau dimana sekalipun kita berada, mnjaga pndangan mata, bibir dan anggota lain dr membuat prkara yg sia2 tetapi memperbanyakkan amalan kpd ALLAH s.w.t.

KELEBIHAN SOLAT KHUSYU' DAN KHUDUK

Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya. Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat
1. Berkat rezeki di dunia
2.Diangkat azab kubur.
3.Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan.
4.Melalui titian sirat sepantas kilat;
5.Masuk syurga tanpa dihisab.
       Bagi sesiapa yang menjaga solat 5waktu selama empat puluh 40 hari tanpa ketinggalan takbiratul ula (takbir selepas imam mengangkat takbir ) maka dijauhkan dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.

Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:
(i)Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha mendakwahkannya untuk menyediakan dia kepada solat.
(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita :
(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).
(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Berjemaah dirumah ALLAH s.w.t, diawal waktu )
(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).
(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.
(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT.
(iii) Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.
       
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwah maksud dan  kelebihan solat kpd masyarakat.
2.Mengamalkan solat secara berjemaah di rumah2 ALLAH seperti nabi n para sahabat.
3.Memperbanyakkan solat2 sunat.
4.Berusaha memperbaiki bacaan dan berusaha utk khusyuk dlm solat.
4.Berdoa agara ALLAH memeberi kita taufiq an hidayah utk mnjaga solat 5 waktu secara berjemaah dirumah2 ALLAH dan khusyuk dlm solat.

3.Ilmu dan zikir
Ilmu
          Ilmu bermaksud mengetahui perintah ALLAH dan larangan ALLAH mengikut keutamaan. Dengan adanya ilmu akan terbitnya keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah  dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw. Ilmu terbahagi kpd 2d iaitu ilmu masail (ilmu feqah, ilmu slyariat, ilmu muamalat,hudud dll ) yg berkaitan masalah hukum hakam agama dan ilmu ini boleh diperolehi dengan belajar daripada uztaz2, ulama2 yg mursyid di madrasah,sekolah2 agama mahupun di masjid2 dan yg ke dua ilmu fadhail iaitu ilmu berkaitan fadhilat sesuatu amalan yg mana boleh kita dapati daripada halqah taklim taklum di rumah2 dan masjid2 dengan mendengar  hadist2 nabi dr kitab fadhilat amal ataupun munthakab hadist tentang ganjaran sesuatu amalan,  yg mana utk mendatangkan keghairahan dlm beramal. Seperti dunia yg kita berlumba2 mengejarnya asbab keindahan ganjaran2 yang disediakan kpd yg berusaha ke arahnya tetapi ini semua hanyalah sementara dan tipudaya semata2 berbanding akhirat yg kekal selamanya.

           "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang''

Kelebihan Ilmu
1.Allah mudahkan jalan ke syurga
2.malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.
4.Barangsiapa mempelajari satu ayat Al Quran maka nilainya adalah lebih baik daripada solat sunat 100 rakaat.
5Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu maka lebih baik nilainya daripada solat sunat 1000 rakaat.
6.Orang yang keluar menuntut ilmu,Allah akan tunjuk kan satu dari jalan jalan ke syurga dan dikira syahid sekiranya dia meninggal sewaktu menuntut ilmu.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan2 ilmu kpd masyarakat.
2.Berusaha mempelajari ilmu walau bersusah payah sekalipun dengn penuh kesungguhn krn ALLAH.
2. Doa kpd ALLAH agr memberi taufiq dan hidayah kpd kita agar mnjadi hambaNYA yg mnyintai ilmu

Zikir 
       Bermaksud sentiasa mengingati ALLAH dimana jua kita berada ,keadaan apapun dan setiap masa. Orang yg berzikir kpd ALLAH adalah manusi yg hidup disisi ALLAH tetapi sesiapa yg tidak brzikir seperti manusi tanapa kepala, mayat hidup yg berjalan.

Kelebihan zikir
 
Kelebihan Zikir
1.Perumpamaan orang yang berzikir(pada Allah)dengan orang yang tidak berzikir,seperti orang yang hidup dengan orang yang mati
2.Bacaan Al Quran,solat dan sedekah adalah sebahagian dari rezeki,maksudnya ialah Allah akan murahkan rezeki .
3.Orang yang banyak zikir pada Allah ,terbebas dari sifat munafik
4.Ganjaran majlis zikir adalah syurga
5. Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum
Abu Mussa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati."
Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.

Cara mendapatkannya :
(i)Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari dngn penuh tawadhu',tawaju' dan takwa kpd ALLAH.
 (a)Seratus (100 x )  istighfar, tand akita cinta kpd diri kita dan kelebihan istigfar membuka pintu2 rezeki n mendapat kbrkatan rezeki.
 (b) Seratus (100 x ) selawat ke atas nabi s.a.w, tanda kita menyintai nabi dan kelebihannya wajib safaat nabi ke atas nya dengan istiqamah 10 x selawat setiap hari dan ALLAH akan selawat ke pada hamba yg selawat kpd nabi muhammmad s.a.w.
(c) Seratus (100 x ) tasybihat tanda kita mncintai ALLAH dan kelebihan mnjadi penyelamat kita didunia dan akhirat.
(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?
(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.
4. Ikromul Muslimin
         Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka. Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga dan setiap saudara seagama diibaratkan satu badan , jika satu anggota yg sakit pasti anggota yg lain akan turut merasainya. Tidak dikatakan beriman seseorang itu jika tidak menyintai saudaranya yg lain seperti mana dia menyintai dirinya sendiri.Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.
Nilai Ikram Muslimin
Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya
"Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya dari mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi
Riwayat At-Tabrani. 
Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."
Riwayat Muslim dan Bukhari. 
Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu."
Riwayat Muslim.
Kelebihan
Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran = Satu 1 diberi di dunia dan tujuh puluh dua 72 lagi disimpan di Akhirat.
Cara hendak mendapatkannya
1. Dakwah maksud dan kelebihan ikramul muslimin kpd masyarakat
2. Kasihi kanak-kanak, hormati 'Alim-Ulamak dan orang tua
3. Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.
5.IKHLAS NIAT
          Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.
          Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.
           Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.
Nilai ikhlas
maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya
An-Nasai.
Kelebihan
1. Walau sedekah satu tamar dengan ikhlas akan dikurniakan ganjaran emas sebesar Bukit Uhud.
2.Ikhlas meninggikan sesuatu nilai amalan dan amalan tanpa ikhlas tidak akan diterima ALLAH malah akan dicampakkan dia ke neraka ALLAH.
Cara hendak mendapatkannya
1.Dakwahkan maksud dan kelebihan ikhlas niat kpd masyarakat
2. Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu.
3. Doa supaya dikurniakan hakikatnya.

6.Dakwah 
          Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah].
Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman,
maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."
 At-Taubah ayat 111.
 
          Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama. Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya. Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari dalam setahun dan 10hari sebulan atau sekurangnya 3hari sebulan membuat usaha agama ini. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan  iaitu

1. Taklim taklum
2. Fikir atau mesyuarat harian tentang agama
3.memberi masa 21/2 jam setiap hari utk membuat usaha agama
4. Ghast (ziarah rumah ke rumah atas mksud agama di kwsn sendiri dan yg berjiran dengan kws yg diduduki)
5. Khuruj 3hari ( luangkan 3hari/bulan membuat usaha agama ) 

Cara mendapatkannya
1.Sampaikan maksud dan kelebihan dakwah illallah.
2.Buat 5 amal masjid
(i) setiap bulan kita melapangkan masa tiga hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal
(ii) membuat dua 2 usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran
(iii) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah
(iv) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia
(v) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah. Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.
Kelebihan
1.sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.
2.sepatah perkataan dijalan ALLAH lbh baik dr setahun ibdat sunat.
Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT
(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."
Bukhari, Muslim
(2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."
Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.

          Semoga artikel ini memberi manfaat kpd kita bersama dan semoga ALLAH memberi kita taufiq dan hidayah untuk berusaha hidup seperti kehidupan nabi muhammad s.a.w dan para sahabat r.a. Kehidupan ynag dikehendaki ALLAH s.w.t. Sesungguhnya kita umat yg lemah dan ALLAH lbh maha mengetahui tetapi kepada sesiapa yg belajar berusaha utk hidupkan kehidupan nabi,pasti ALLAH akan membuka jln2 kemudahan baginya, ini smeua terpulang kpd hati kita, kemahuan kita, jika kehidupan dunia kita berlumba2 utk kita kejar apatah lagi kehidupan akhirat yang sepatutnya kita junjung, dan sesungguhnya ALLAH menyukai bagi hamba2NYA yg bersusah payah krn agama.Mudahan dngn usaha kita belajar2 mnghidupkan amalan kehidupan nabi dan sahabat ini mendapat keredhaan ALLAH S.W.T..semoga tuan2 yg membca mndapat taufiq hidayah begitu jua dengan saya insan yg kerdil ini...jazakallah ......segala apa yg baik dtgnya dr ALLAH, yg burukpun dr ALLAH asbab dr sy yg lemah ini...
.

2 ulasan:

  1. syukran ....perbanyakkan lg artikel iman yakin ...semoga dengannya menambahkan lagi ilmu pembaca...dan pengaran mendapat saham yang sama disisi Allah..ameen

    BalasPadam
  2. Terimah kasih yang amat dalam kami ucapkan kepada AKI GENDENG yang
    telah memberikan kebahagian bagi keluarga kami…berkat Beliau saya
    sekarang udah hidup tenang karena orang tuaku udah buka usaha dan
    punya modal untuk buka bengkel skrang pun orang tuaku tidak di
    kejar-kejar hutang lagi…dan keluarga Kami di berikan Angka
    Ritual/Goib Dari mbah yg sangat Jitu 100%dijamin
    tembus…hingga keluarga kami sekarang merasa tenang
    lagi…terimah kasih mbah…Jika Anda ada yg merasa kesulitan
    masalah Nomer ToGEL silahkan hbg Aja AKI GENDENG
    dinmr hp beliau (082-313-481-643)
    dan saya sudah membuktikan 5 KALI berturut-Turut tembus terimah kasih AKI GENDENG

    BalasPadam