Selasa, 29 Mac 2011

Dialog masalah bermazhab

DIALOG

Dr. Said Ramadhan(DSR) : Bagaimana cara anda memahami hukum Allah? Apakah anda mengambil terus daripada Al-Kitab dan as Sunnah  atau mengambilnya daripada para Imam mujtahid?

 
penolak hujah bermazhab ,(PHB) : Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”.
(*Inilah cara lelaki ini mengeluarkan hukum. Pembaca tolong ingat hal ini)


DSR: Baiklah , kami ingin bertanya, apakah setiap orang Islam wajib meneliti dalil-dalil yang dikemukakan oleh para Imam mujtahid kemudian mengambil mana yang paling sesuai dengan al Quran dan as Sunnah?

PHB: Ya , benar (semua orang wajib teliti dalil-dali para Imam Mujtahid kemudian pilih mana yang tersesuai dengan al Quran dan Sunnah)

DSR: Kalau begitu maksudnya semua orang Islam kena memiliki kemampuan berijtihad seperti yang dimiliki para imam mazhab. Bahkan mereka harus mempunya memiliki kemampuan yang lebih sempurna kerana orang-orang yang mampu memutuskan pendapat para imam menurut dasar Al Kitab dan as Sunnah sudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu”.
PHB : Sesungguhnya manusia terbahagi kepada tiga jenis iaitu mujtahid, muqallid dan muttabi;. Orang yang mampu membandingkan mazhab , kemudian menyaring mana yang lebih dekat kepada Al Kitab dan As Sunnah , adalah muttabi’ iaitu pertengahan antara muqallid dengan mujtahid”.
(* Di sini si lelaki tidak menjawab soalan. Pembaca diharap dapat faham permainannya. Di sini fahamlah kita bahawa jawatan dan peranan muttabi’ nampaknya seolah-olah lebih tinggi daripada mujtahid kerana mujtahid sendiri tidak membanding-bandingkan mazhab, menyaring pendapat-pendapat imam mazhab lalu memutuskan pendapat para imam mazhab tersebut. Inilah yang dimaksudkan oleh Syeikh sebagaisudah tentu lebih pandai daripada kesemua imam itu.”  )




DSR: Apakah sebenarnya kewajiban muqallid?
(* Syeikh faham kelonggaran hujah si lelaki lalu Syeikh mengikut saja peralihan yang dibuat oleh si lelaki)


PHB : Taqlid (* mengikut)kepada mujtahid yang sesuai dengannya.


DSR: Apakah berdosa seandainya taqlid secara terus-menerus kepada seorang imam dan tidak berpindah kepada imam yang lain?
PHB : Memang, hal itu hukumnya haram.
(* Bertaqlid terus kepada seorang imam seperti umat Melayu Nusantara yang sudah ratusan tahun bertaqlid kepada Imam Syafie dihukum haram oleh si lelaki. Rupanya sudah ratusan tahun umat Islam Melayu termasuklah para wali Allah, para ulama dan datuk nenek kita membuat pekerjaan haram)


DSR: Apakah dalilnya kalau hal itu memang haram?


PHB : Kerana ia menetapi sesuatu yang tidak diwajibkan oleh Allah.

DSR: Dengan qiraat  apakah Anda membaca Al Quran?”.


PHB : Dengan Qiraat Hafas.


DSR: Adakah anda selalu membaca Al Quran dengan Qiraat hafas, atau anda juga membaca Al Quran setiap hari dengan qiraat yang bermacam-macam?

PHB : Tidak, saya selalu membaca Al Quran dengan qiraat Hafas.


DSR: Mengapa anda menetapi  qiraat hafas, padahal Allah Azza wajalla tidak mewajibkan anda kecuali membaca Al Quran menurut riwayat yang diterima dari Nabi s.a.w. secara mutawatir?
(* Si lelaki telah terperangkap! Dia mengatakan haram kepada umat Islam yang berterusan mengikut satu-satu mazhab, tetapi harus pula bagi dirinya berterusan membaca ikut satu-satu qiraat. Nampak jelas hukum-hakamnya mengikut suka hati. Di bawah nanti akan lebih jelas bagimana dengan suka hati saja dia meletakkan/ mengeluarkan hukum dalam hal ehwal Islam)


PHB : Kerana saya tidak sempurna dalam mempelajari qiraat yang lain dan tidak mudah bagi saya untuk membaca Al Quran selain dengan qiraat Hafas.

DSR: Demikian pula halnya bagi orang yang mempelajari fikih menurut mazhab As syafie . dia tidak cukup sempurna dalam mempelajari mazhab lain dan tidak mudah baginya untuk mempelajari hukum agama selain menurut Imam as Syafie. Kalau anda mewajibkan kepadanya untuk mengetahui ijtihad para imam dan mengambil semuanya, ini bererti anda pun wajib mempelajari semua qiraat dan anda harus membaca semuanya. Kalau anda beralasan tidak mampu, begitu juga halnya dengan si muqallid tadi.
(* Syeikh faham yang si lelaki tak akan sampai ke mana dengan hujah-hujah yang longgar begitu, lalu Syeikh kemukakan soalan lain)




DSR: Ringkasnya, kami ingin bertanya kepada anda,  apakah alasan yang mewajibkan muqallid harus berpindah-pindah dari mazhab satu ke mazhab lain, padalah Allah Azzawa Jalla tidak mewajibkan seseorang untuk berpegang terus pada suatu mazhab tertentu , juga tidak mewajibkan seseorang berpindah-pindah terus dari satu mazhab ke mazhab lain?

PHB : Sesungguhnya yang haram ialah kalau seseorang mempunyai iktikad ( keyakinan) bahawa Allah memerintahkannya untuk terus-menerus menetapi mazhab tertentu.
DSR: Ini masalah lain dan apa yang anda katakan itu ada benarnya juga, tidak ada perbezaan pendapat. Tetapi masalah sekarang ialah bagaimana kalau terus-menerus menetapi imam tertentu dan dia tahu bahawa Allah Azza wa Jalla tidak mewajibkannya begitu. Apakah dia telah berdusta?

PHB : Tidak jika begitu.
(* Jelas- umat Islam contohnya di Nusantara yang bermazhab Syafie tidak melakukan perkara haram kerana mereka terus berpegang dengan Mazhab Syafie tetapi tidak pula mereka beranggapan Allah mewajibkan begitu)


DSR: Tapi , buku Syekh Khajandi yang anda pelajari menyebutkan hal yang berbeza dengan apa yang anda ucapkan . Ia secara tegas mengharamkan hal tersebut , bahkan pada bahagian tertentu dalam buku itu menyatakan kafir kepada orang yang menetapi secara berterusan seorang imam tertentu dan tidak mahu berpindah kepada yang lain.

PHB : Di mana ……?


DSR:  “ bahkan siapa yang menetapi seorang imam tertentu dalam setiap masalah , bererti ia fanatik yang salah dan taqlid buta, serta termasuk golongan yang memecah- belahkan agama, serta mereka pun berkelompok-kelompok”.

PHB : Yang dimaksudkan dengan  menetapi disini ialah meyakinkan wajibnya hal tersebut menurut syariat. Jadi dalam ibarat tersebut terdapat kekurangan.
(* Si lelaki berjaya mengelak dengan baik tetapi tafsiran begini memerlukan bukti penyokong)


DSR: Apakah bukti yang menunjukkan penulis buku tersebut bermaksud begitu? Mengapa anda tidak mengatakan bahawa penulis buku itu keliru?

(Atas pertanyaan ini, dia ( si lelaki) tetap berpendirian bahawa pernyataan dalam buku Halil Muslimun Bittibaa’I mazhabin mu’ayyanin Minal Mazaahibil Arba’ah dapat dibenarkan dan penulisnya pun tetap tidak salah kerana dalam pernyataan tersebut memang ada kekurangan)
(* Syeikh tidak mahu memanjangkan hal ini lagi kerana memang tidak akan ditemui bukti selain tafsiran si lelaki sendiri, maka Syeikh beralih kepada pertanyaan lain.)



DSR: Setiap orang Islam mengetahui bahawa mengikut seseorang imam tertentu daripada keempat-empat imam mazhab bukanlah termasuk kewajiban syariat, tetapi atas dasar pilihan (kesedaran ) orang itu sendiri.

PHB : Bagaimana boleh jadi begitu? Saya mendengar daripada banyak orang dan juga sebahagian ahli ilmu bahawa diwajibkan secara syariat untuk menetapi mazhab tertentu dan tidak boleh berpindah-pindah kepada yang lain.

DSR: Cuba anda sebutkan kepada kami seorang saja daripada orang awam atau ahli  ilmu yang menyatakan demikian.

(Dia kemudian berdiam sejenak dan berasa hairan dengan ucapan kami yang benar, bahawa sesungguhnya apa yang dia gambarkan (selama ini) adalah sebahagian besar manusia mengharamkan berpindah-pindah mazhab )


DSR: Anda tidak akan bertemu dengan orang yang bertanggapan keliru seperti itu. Memang pernah diriwayatkan bahawa pada zaman terakhir dinasti Uthmaniyah, mereka keberatan kalau ada seorang yang bermazhab Hanafi  berpindah ke mazhab lain. Hal ini kalau memang benar, termasuk fanatik buta yang terkutuk.
(* Maksudnya perbuatan segelintir orang tidaklah boleh dihukumkan kepada kebanyakan orang- ini kaedah asas yang sedia kita maklum. Si lelaki sudah tidak ada apa yang hendak dikata lalu Syeikh beralih kepada soalan lain))




DSR: Dari mana anda mengetahui  perbedaan antara muqallid dan muttabi.

PHB : Perbedaannya ialah dari segi bahasa.


(Kami pun mengambil kitab-kitab Lughah agar dia dapat menetapkan perbezaan makna bahasa dari dua kalimat tersebut, tetapi dia tidak menemukan apa-apa)

DSR: Sayyidina Abu Bakar r,a pernah berkata kepada seorang Arab Badwi yang menentang pajak dan perkataannya ini pernah di akui segenap Para Sahabat :
“ Apabila para muhajirin telah rela, kamu semua kenalah menyetujuinya (mengikuti)”.
Abu Bakar mengatakan “ taba’un’ (mengikuti ) yang bererti menyetujui (muwafaqah).


PHB : Kalau begitu, perbezaan makna kedua kata tersebut adalah dari segi istilah dan bukan hak saya untuk membuat suatu istilah.

DSR: Senang-sennag saja anda menjawab istilah, tetapi istilah yang anda buat tetap tidak akan mengubah hakikat sesuatu . Orang yang anda sebut muttabi’ , kalau dia mengetahui dalil dan cara melakukan istinbath darinya , bererti dia adalah mujtahid . Tetapi apabila tidak tahu dan tidak mampu melakukan istinbath , bererti dia mujtahid dalam sebahagian masalah dan muqallid dalam masalah lain. Oleh kerana itu, bagaimanapun juga pembahagian tingkatan seseorang hanya ada dua macam , yaitu mujtahid dan muqallid, dan hukumnya sudah cukup jelas dan diketahui.

 PHB : Sesungguhnya muttabi’ adalah orang yang mampu membezakan pendapat mujtahidin dan dalil-dalilnya, kemudian menguatkan salah satu daripadanya. Tingkatan ini berbeda daripada taqlid.

DSR:Kalau yang anda maksudkan “membezakan pendapat para imam mujtahid” ialah membezakan mana yang kuat dan mana yang lemah dari segi dalil, bererti tingkat ini adalah lebih tinggi daripada ijtihad. Apakah anda mampu berbuat demikian?

PHB : Saya akan lakukannya setakat kemampuan saya.
(*Hebatnya! Si lelaki secara tidak langsung mengakui yang dia mempunyai kemampuan yang lebih tinggi daripada berijtihad! Apabila telah sampai ke tahap sebegini, maka Syeikh faham tidak ada gunanya membincangkan hal tersebut lalu beralih persoalan)



DSR: Kami mendapat tahu yang anda telah memberi fatwa bahawa talak tiga yang dijatuhkan dalam satu majlis bererti jatuh satu talak saja. Apakah sebelum menyampaikan fatwa anda telah meneliti pendapat para imam mazhab serta dalil-dalil mereka , kemudian anda memilih salah satu dari pendapat mereka dan anda fatwakan ?.
Ketahuilah bahwa Uwaimir Al Ijlani telah menjatuhkan talak tiga kepada isterinya di hadapan Rasulullah s.a.w. Setelah ia bersumpah lian dengan isterinya, ia berkata  “ Saya akan berbohong kepadanya, Ya Rasulullah, bila saya menahannya, dan saya talak tiga”. Bagaimana pengetahuan anda tentang hadis ini dan kedudukannya dalam masalah ini, serta pengertiannya menurut mazhab sebahagian besar ulama dan menurut mazhab Ibnu Taimiyyah?


 PHB : Saya belum pernah melihat hadis ini.


DSR: Bagaimana anda boleh memfatwakan suatu masalah yang bertentangan dengan apa yang telah disepakati oleh keempat imam mazhab , padahal anda belum mengetahui dalil-dalil mereka, serta tingkatan kekuatan dalil tersebut .
Kalau begitu anda telah meninggalkan prinsip yang anda anuti , iaitu ittiba’ menurut istilah yang anda katakan sendiri. 
(Memang benar, kenyataan si lelaki ini bertentangan dengan kenyataan awalnya tadi iaitu “Saya akan meneliti pendapat para imam mujtahid serta dalil-dalilnya , kemudian saya mengambil keterangan yang paling mendekati dalil Al-kitab dan as Sunnah”. Yang dibuat tidak sama dengan yang diwarwarkan)


PHB : Pada waktu itu saya tidak memiliki kitab yang cukup untuk melihat dalil dari imam-imam mazhab.
(* Kalau sudah sedar yang diri sendiri tidak cukup maklumat/ sumber untuk keluarkan fatwa, mengapa dibuat hukum sendiri?)


DSR: Kalau begitu, apa yang mendorong anda untuk tergesa-gesa memberikan fatwa yang menyalahi pendapat jumhur kaum muslimin, padahal anda belumpun memeriksa dalil-dalil mereka?

PHB : Apakah yang harus saya perbuat ketika saya ditanya mengenai masalah tersebut, sedangkan kitab yang ada pada saya terbatas sekali?

DSR: Sesungguhnya cukup saja bagi anda untuk mengatakanSaya tidak tahu  tentang masalah ini”, atau anda terangkanan saja pendapat mazhab empat kepada si penanya, serta pendapat mereka yang berbeza dengan mazhab empat tanpa harus memberikan fatwa kepadanya dengan salah satu pendapat.
Demikianlah ,apa yang kami kemukakan ini sudah cukup untuk anda dan memang sampai disitulah kewajipan anda. Apatah lagi masalah itu tidak langsung berkaitan dengan diri anda sehingga anda memberikan fatwa dengan pendapat yang menyalahi ijma’ keempat-empat imam tanpa mengetahui dalil-dalil yang dijadikan hujah oleh mereka, kerana anda menganggap cukup dengan dalil yang ada pada pihak yang bertentangan dengan mazhab yang empat.
Anda berada dipuncak kefanatikan sebagaimana yang anda selalu tuduhkan kepada kami.
(*Si lelaki sebagimana kebiasaannya lain-lain penganut fahaman “La Mazhabiyyah” sering menuduh umat Islam yang mengikut mazhab sebagai taksub, tetapi kini terbukti dirinya pula yang taksub)


PHB : Saya telah menelaah pendapat keempat-empat imam dalam kitab Subulus Salam karya as Syaukani dan Fiqhus Sunnah karya As Sayyid Sabiq”.

DSR: Kitab yang anda sebutkan adalah kitab yang memusuhi keempat imam mazhab dalam masalah ini. Apakah anda rela menjatuhkan hukuman kepada salah seorang tertuduh hanya dengan mendengarkan keterangan saja, keterangan saksi-saksi dan keluarganya tanpa mendengarkan keteranga tertuduh lain?”.

PHB : Saya kira apa yang telah saya lakukan tidak patut dicela . Saya telah memberikan fatwa kepada orang yang bertanya dan itulah batas kemampuan paham saya.

DSR: Anda telah menyatakan sebagai muttabi’ dan kita semua kena menjadi muttabi’. Dan anda telah mentafsirkan bahwa ittiba’ ialah meneliti semua pendapat mazhab dan mempelajari dalil-dalil yang dikemukakannya. Kemudian mengambil mana yang paling mendekati dalil yang benar.
Namun apa yang telah anda lakukan ternyata bertolak kebelakang.
Anda mengetahui bahawa mazhab yang empat telah ijma’ bahwa talak yang dijatuhkan tiga sekaligus, bererti jatuh tiga. Anda mengetahui bahwa keempat imam mazhab mempunyai dalil tentang masalah ini, cuma anda belum melihatnya. Namun demikian , anda berpaling dari ijma’ mereka dan mengambil pendapat yang sesuai dengan keinginan anda. Apakah anda (*secara automatik) sejak dari mula telah yakin bahawa dalil-dalil keemppat-empat iamam mazhab itu tidak dapat diterima?


PHB : Tidak, cuma saya tidak melihatnya kerana saya tidak memiliki kitab-kitab tersebut.

DSR: Mengapa anda tidak mahu menunggu?. Mengapa anda tergesa-gesa  padahal Allah s.w.t tidak memaksakan anda untuk berbuat demikian?. Apakah kerana anda tidak melihat dalil-dalil para ulama jumhur yang dapat dipakai sebagai alasan untuk menguatkan pendapat Ibnu Taimiyyah? Apakah  fanatik yang anda anggap dusta itu tidak lain ialah apa yang anda telah lakukan?

PHB : Dalam kitab-kitab yang ada pada saya , saya telah melihat beberapa dalil yang cukup memuaskan dan Allah tidak membebani saya lebih dari itu.
(* Masih tidak mahu mengalah walaupun sudah terbukti salah)


DSR: Apabila seorang muslim melihat satu dalil dalam kitab yang dibacanya , apakah cukup dengan dalil tersebut ia meninggalkan semua mazhab yang berbeda dengan fahamannya sekalipun dia belum melihat dalil-dalil daripada mazhab-mazhab tersebut?

PHB : Cukup.


DSR: Ada seorang pemuda yang baru saja memeluk agama Islam , dan dia sama sekali tidak mengetahui pendidikan agama Islam. Lalu ia membaca firman Allah azza wajalla :
“Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat , maka ke mana pun kamu menghadap , disitulah wajah Allah. Sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatnya ) lagi Maha Mengetahui”.
(Al Baqarah 115).
Pemuda tersebut lalu beranggapan bahawa setiap orang hendak melakukan solat boleh menghadap ke arah mana saja sebagaimana ditunjukkan oleh zahirnya lafaz ayat Al quran itu.
Kemudian ida mendengar bahwa keempat-empat imam mazhab telah bersepakat bahwa (*sesungguhnya) dia kena menghadap  Kaabah. Dia pula sedia maklum bahawa  para imam mempunyai dalil untuk masalah ini, cuma dia belum melihatnya saja. Apakah yang harus dilakukan oleh pemuda tersebut sewaktu dia hendak mengerjakan solat?
Apakah cukup dengan mengikuti panggilan hatinya saja kerana dia telah menemukan ayat Al Quran tersebut ataupun dia harus mengikuti imam-imam yang berbeda dengan fahamnya?.

PHB : Cukup dengan mengikuti panggilan hatinya.
(* Astaghfirullah… ini sangat berbahaya! Seandainya seorang muallaf ataupun orang Islam awam tiba-tiba membuka Al Quran lalu terjumpa ayat “Bunuhlah mereka (orang-orang kafir) di mana saja kamu menjumpai mereka”, bolehkah anda bayangkan apa yang akan terjadi?)


DSR:Meskipun dengan menghadap ke arah Timur misalnya? Apakah solatnya dianggap sah?
(* Dengan penuh kehairanan)


PHB : Ya, kerana dia wajib mengikut panggilan hatinya.
(*Rupanya hukum-hakam si lelaki dari golongan La Mazhabiyyah ini adalah mengikut panggilan hati!)


DSR: Andaikata panggilan hati pemuda itu mengilhami dirinya sehingga ia merasa tidak apa-apa berbuat zina dengan isteri tetangganya, memenuhi perutnya dengan khamar dan merampas harta manusia tanpa hak, apakah Allah akan memberikan syafaat kepadanya lantaran pangillan hatinta itu?

(Kemudian dia terdiam sejenak, lalu berkata…)

PHB : Sebenarnya contoh-contoh yang tuan tanyakan hanyalah     khayalan belaka dan tidak ada buktinya.

DSR: Bukan khayalan atau dugaan semata-mata (*Syeikh seorang ulama besar, tentu pelbagai pengalaman manusia telah dilaluinya), bahkan selalu terjadi hal seperti itu ataupun lebih aneh lagi.
Bagaimana tidak begitu, seorang pemuda yang tidak mempunyai apa-apa tentang Islam, Al Kitab dan As Sunnah, kemudian membaca sepotong ayat Al Quran yang dia fahami menurut apa adanya. Dia kemudian berpendapat bahawa boleh saja solat menghadap ke arah mana saja meskipun dia tahu bahawa solat kena menghadap kiblat (Kaabah).
Dalam kes ini, apakah anda tetap berpendirian bahwa solatnya sah kerana menganggap cukup dengan adanya bisikan hati nurani atau panggilan jiwa si pemuda tersebut? Disamping itu menurut anda , bisikan hati, panggilan jiwa dan kepuasan mental dapat memutuskan segala urusan (*dijadikan sumber untuk mengeluarkan hukum?). Pendirian ini jelas bertentangan dengan prinsip anda , bahawa manusia terbahagi tiga kelompok : mujtahid, muqallid dan muttabi’ (*kerana ternyata pula semua manusia adalah muttabi’/ mujtahid  termasuklah muallaf tadi).


(Setelah kami katakan demikian, ia menyatakan bahwa sebenarnya pemuda tersebut kenalah membahas dan meneliti. Apakah ia tidak membaca hadis atau ayat lainnya?)


DSR: Dia tidak memiliki cukup bahan untuk membahas sebagaimana halnya anda ketika membahas tentang masalah talak (*tadi).  Dia tak sempat membaca ayat-ayat lain yang berhubungan dengan masalah kiblat selain ayat di atas . Dalam hal ini apakah dia tetap kena mengikuti bisikan hatinya dengan meninggalkan ijma’ para ulama’?

PHB : Memang kena begitu (* muallaf tadi memang kena ikut bisikan hatinya dengan meninggalkan ijmk para ulama. Kalau muallaf saja sudah begitu, umat Islam lain tentulah lebih lagi layak begitu) kalau dia tidak mampu membahas dan menganalisis. Baginya cukuplah berpegang kepada hasil fikirannya sendiri dan ia tidaklah salah.

DSR: Ucapan (*pegangan) anda sangat berbahaya dan menakjubkan, dan kami akan siarkan...


PHB : Silakanlah tuan menyiarkan pendapat saya dan saya tidak takut.


DSR: Bagaimana anda akan takut kepada saya padahal anda tidak takut kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya dengan ucapan tersebut anda telah membuang firman allah s.w.t :
            “Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai ilmu jika kamu tidak mengetahui”.
(An Nahl: 43)
(*Syeikh Ramadhan menghukum orang sebegini sebagai “tidak takut kepada Allah”. Janganlah hendaknya kita menjadi salah seorang daripada mereka)


PHB : Tuan, para Imam tidaklah maksum yang terpelihara dari kesalahan. Mana boleh dia (si muallaf) meninggalkan yang maksum dan berpegang pada orang yang bukan maksum?

DSR: Yang terpelihara dari kesalahan adalah makna yang hakiki yang dikehendaki oleh Allah azza wa jalla dengan firmannya:
            “Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat…”
Akan tetapi , fahaman “pemuda yang jauh sekali dari pendidikan Islam” sama sekali tidak maksum. 
Jadi masalahnya:
Ialah perbandingan antara dua kefahaman,
Iaitu fahaman atau pemikiran seorang pemuda yang jahil
Dengan
Fahaman atau pemikiran para imam mujtahiddin,
Yang kedua-duanya tidak maksum.


Perbezaannya hanyalah:
Yang satu terlalu jahil
Yang satu lagi sangat dalam ilmunya.


PHB : Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak membebani dia melebihi kemampuannya.
(* Mengikut keputusan para Imam Mazhab bukanlah sesuatu yang di luar daripada kemampuan kita. Ini jawapan yang bukan jawapan)


DSR: Tolonglah jawab lah pertanyaan ini .
 Seorang mempunyai anak kecil yang sedang sakit panas. Menurut saranan semua doktor yang ada di kota , dia harus diberi ubat khusus dan mereka melarang orang tua si anak untuk mengubatinya dengan antibiotik. Merekapun telah memberitau kepada orang tua si anak sekiranya peraturan ini dilanggar, ia boleh menyebabkan kematian si anak.
Kemudia orang tua tersebut membaca lembaran tentang kesihatan dan menemukan keterangan bahawa antibiotik kadang-kadang bermanfaat untuk mengubat sakit panas. 
Dengan adanya lembaran ini, orang tua tersebut tidak mempedulikan lagi nasihat doktor. Kemudian dengan panggilan hatinya, ia merawat anaknya dengan antibiotik sehingga mengakibatkan kematian si anak.
Dengan tindakan ini, apakah orang tua tersebut berdosa atau tidak?


PHB : Saya kira masalah tersebut lain dengan masalah ini dan maksudnya pun berbeza dengan persoalan yang sedang kita bicarakan.
(*Si lelaki gagal menangkap tamsilan yang mudah ini, bagaimana agaknya dia mampu membandingkan hujah-hujah para imam mazhab?)

DSR: Masalah ini sama hakikatnya dengan hal yang sedang kita bicarakan.
Cuba anda perhatikan ! . Orang tua tersebut sudah mendengarkan ijma’ (kesepakatan ) para doktor , sebagaimana pemuda tadi juga telah mendengar ijma’ para ulama. Akan tetapi , orang tua tersebut berpegang pada selembaran buku kesihatan , sebagaimana pemuda tersebut melaksankan panggilan hatinya”.

PHB : Tuan, Al Quran adalah Nur. Nur Al Quran tidak dapat disamakan dengan yang lain.

DSR: Apakah pantulan Al Quran itu dapat difahami oleh yang membaca sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t.? Kalau begitu apa bezanya antara ahli ilmu dan yang bukan ahli ilmu dalam menerima cahaya Al Quran?

PHB : Panggilan hati adalah yang paling asas/ pokok.

DSR: Orang tua tersebut telah melaksanakan panggilan hatinya sehingga kematian anaknya . Apakah ada pertanggungjawaban bagi orang tua itu baik dari segi syariat mahupun tuntunan hukum?.

PHB :Dia tidak dituntut apa-apa.
(*Jelas, pemikiran lelaki ini jauh terseleweng dan sukar untuk diperbetulkan lagi. Tuan Syeikh pun telah dapat apa yang dia pelrukan daripada perbincangan ini, maka dirasanya tak perlu lagi dipanjang-panjangkan kerana tidak akan membawa apa-apa faedah)


DSR: Dengan pernyataan anda  seperti ini , saya kira dialog dan diskusi ini kita cukuplah sampai di sini saja. Sudah putus jalan untuk menemukan pendapat kami dengan anda . Dengan jawaban anda yang sangat mengganjilkan itu, cukuplah kiranya kalau anda telah keluar dari ijma’ kaum muslimin”.
(*Sesiapa yang berpegang dengan fahaman seperti fahaman lelaki ini, maka Syeikh Ramadhan al-Buti menghukum mereka sebagai terkeluar daripada ijma’ kaum muslimin)



TAMAT DIALOG



Cuba anda renungkan. Seorang muslim yang jahil, hanya bersandarkan panggilan hatinya dalam memahami apa yang dia temukan dalam Al Quran, lalu dia mengerjakan solat menghadap ke arah selain kiblat dan menyalahi semua umat Islam, tetapi solatnya dianggap sah dan tidak apa-apa.
 Kemudian orang biasa dengan panggilan jiwanya  mengubati orang sakit  sekehendaknya, sehingga menyebabkan kematian orang yang dia ubati . Lalu atas perbuatannya itu, dia bebas daripada segala tuntutan.


Kalau begitu, mengapa mereka tidak membiarkan orang-orang jahil menggunakan panggilan hatinya untuk bertaqlid dan mengikut imam mujtahid, kerana mereka adalah lebih waspada daripada mereka yang jahil tentang urusan kitab Allah Azza w Jalla dan sunnah Rasulullah saw?
Pendapat ini mungkin salah menurut mereka , tetapi tercakup dalam pengertian memenuhi jiwa.


Setelah kami ungkapkan dialog kami dengan pemuda ajaib ini, kami ingin menghimbau para pembaca agar sedar dan insaf serta membebaskan diri daripada fanatik apabila pembaca ingin mengetahui perkara yang hak dengan segala alasan serta dalil-dalilnya , apa yang telah kami tulis dan kami jelaskan sudah cukup mengungkapkan perihal yang samar-samar dan menghilangkan semua hal yang meragukan.
Akan tetapi  kalau anda mempertahankan pendapat lantaran fanatik dan fanatik itu sudah menjadi watak dan karakter anda, berapa banyak pun dalil dan alasan yang saya tambah , tetap tidak ada gunanya untuk anda.
Sesungguhnya masalah anda bukanlah masalah kebodohan yang dapat dihilangkan dengan ilmu, tetapi masalah fanatik yang tidak mungkin dapat dilengkapkan , kecuali dengan cara melakukan koreksi peribadi yang tulus ikhlas di hadapan Allah Azza wajalla.


Terlepas dari golongan manakah anda berada, yang perlu kami ingatkan ialah kelompok masyarakat tempat anda melakukan dakwah, mengenai golongan yang sasaran dakwahnya tidak lagi ditujukan pada usaha perbaikan iman dan menghindarkan kekufuran, tetapi satu-satunya usha mereka lakukan ialah menyalakan api persengketaan dikalangan umat Islam manakala api sudah padam.
(*Begitulah umat Islam di Nusantara. Ratusan tahun hidup aman damai tanpa persengketaan ini, apabila datang saja golongan ini ke sini maka merebaklah pelbagai perbalahan yang tidak selesai-selesai. Musuh-musuh Islam tersenyum senang)


Mereka seolah-olah melakukan kegiatan pembahasan ilmiah (*kononnya) untuk mengungkapkan pokok-pokok pemikiran, tetapi tujuan utamanya hanya ingin memperdalamkan jurang perselisihan dan mencetuskan terjadinya permusuhan  dan perpecahan serta menjauhkan pola-pola berfikir yang sihat dalam segala persoalan . Inilah kenyataan yang dapat kita rasakan.


Lalu apa jalan keluar untuk menyelamatkan umat Islam  dari kenyataan ini dan bagaimana cara menghindarkan diri daripada sikap-sikap yang menunjukkan pertengkaran , permusuhan serta perpecahan?


Satu-satunya jalan adalah kembali pada norma-norma ilmiah setiap kali hendak melakukan kegiatan pembahasan dan jauh daripada sikap fanatic, atau adanya maksud lain yang mencampuri kemurnian ilmu pengetahuan.
Dengan cara ini , perselisihan akan lenyap , sedikit-demi sedikit kemudian larut  serta tidak ada kemungkinan bagi para penyeludup dari luar untuk mengiring ke dalam lembah perpecahan , hasad  dan sakit hati.


Dalam risalah ini , telah kami kemukakan penjelasan yang diperlukan untuk mengetahui mana yang benar dalam permasalahan ini.
Telah kami ungkapkan bahawa penulis buku , yakni Syekh Khajandi telah menukil keterangan yang tidak benar, bahkan bertentangan dengan kenyataan.


Pembaca pun telah mengetahui bahawa penjelasan para imam yang dinukil oleh Syekh Khajandi adalah bertolak belakang dengan apa yang dituduhkan oleh Syekh Khajandi .
Kami yakin bahawa para pembaca   telah mengikuti uraian (pemjelasan) kami dalam risalah ini dengan penuh perhatian dan pengharapan.


Demi Allah, orang yang iri dan tidak mempunyai keinsafan  mungkin menuduh kami melakukan pelanggaran dalam pembahasan sekadar sambil lalu serta main-main dalam menukil suatu keterangan  atau kurang professional dalam menukil suatu keterangan dan mengemukakan dalil .
Oleh kerana itu , kami mengajak pembaca untuk menuntut kebenaran yang selama ini selalu dipegang oleh JUMHUR KAUM MUSLIMIN setiap masa. Tegaklah berdiri sebagai pembela dalam mempertahankan kebenaran dengan memerangi segala macam sikap yang berlebihan.
(* Syeikh mengajak kita menjadi pembela. Sahutlah seruannya)

masalah bermazhab 1

Dalam ilmu usuhul fiqh, terdapat istilah penting yang berkaitan dengan masalah bermadzhab, yaitu ijtihad, taqlid dan talfiq.

1. Ijtihad

Ijtihad didefinisikan sebagai "upaya untuk menemukan hukum-hukum syariah (agama).

Untuk bisa mencapai taraf ijtihad, para ulama membuat beberapa persyaratan, yaitu :

1. Mengetahui arti ayat-ayat al-qur'an, baik dari segi bahasa maupun hukum.

2. Mengetahui hadist-hadist hukum, dan mengetahui maksudnya dari segi bahasa maupun hukum.

3. Mengetahui masalah nasikh dan mansukh (abrogasi dalam hukum qur'an dan hadist)

4. Mengetahui permasalahan-permasalahan yang telah terjadi konsensus para ulama mengenai hukumnya.

5. Mengetahui masalah analogi hukum Islam.

6. mengetahui bahasa Arab.

7. Mengetahui methodologi pengambilan hukum islam.

8. Mengetahui maqasid shariah (filsafat hukum Islam).

Itjihad dalam masalah-masalah agama senantiasa terbuka sampai kapan pun. Memang sering kita dengar isu bahwa pintu ijtihad telah tertutup, tapi kalau mau kita sadari, itu adalah isu yang menyesatkan, karena menutup pintu ijtihad sama saja dengan melarang orang berfikir.

Agama Islam adalah agama yang mengajak kebebasan berfikir dengan logika yang benar.

Imam Baghawi pernah mengatakan bahwa mencari ilmu untuk bisa mencapai tingkat ijtihad hukumnya fardlu kifayah.

Bila dalam satu masa, tidak ada orang yang mau mencari ilmu untuk meraih tingkat ijtihad maka, berdosalah seluruh umat Islam yang hidup pada saat itu.

Mencari solusi hukum islam untuk permasalahan-permasalahan baru di zaman sekarang juga termasuk ijtihad.

Ijtihad dibuka dalam segala bidang, termasuk dalam masalah-masalah ritual dan fiqh.

Hanya yang perlu diketahui di sini adalah ijtihad dengan cara,metodologi dan etika yang benar, sesuai dengan dalil-dalil yang ada.

2. Taqlid

Taqlid adalah mengambil pendapat ulama dengan tanpa mengetahui dalilnya. Mengambil satu hukum dengan referensi empat madzhab atau lainnya dengan tanpa mempelajari dalilnya, termasuk taqlid.

Taqlid boleh dilakukan oleh orang yang pengetahuan agamanya terbatas, sehingga tidak mempunyai kemampuan untuk bisa mengakses dalil-dalil yang ada. Taqlid boleh dilakukan hanya kepada ulama-ulama yang benar-benar mengetahui ilmu-ilmu agama dan taqlid yang terbaik adalah dengan disertai memperlajari dlail-dalil dari pendapat yang diikutinya.

Taqlid buta, meskipun ia tahu itu bertentangan dengan dalil yang ia ketahui, atau taqlid dengan fanatik, sehingga merasa benar seindiri, sangat dicela dalam agama.

Bidang yang diperbolehkan taqlid, menurut sebagian besar ulama, secara teoritis, adalah furu' (cabang-cabang fiqh), sedangkah masalah tauhid (keyakinan) tidak boleh taqlid.

Namun kalau dikaji secara empiris, tentu sulit untuk menerapkan ketentuan seperti itu. Masyarakat yang pengetahuannya terbatas dalam bidang apapun, pasti akan cenderung melakukan taqlid.

Bertaqlid kepada salah satu dari empat madzhab fiqh merupakan tindakan terpuji , karena muqallid (orang yang melakukan taqlid) tentu telah berkeyakinan bahwa madzhab yang dianutnya adalah yang terbaik bagi dirinya, artinya dari pertimbangan memperkecil keraguannya.

Namun fanatik dengan madzhab yang dianutnya merupakan perbuatan tercela, karena ini berarti menganggap madzhab lain salah. Muqallid harus tetap berkeyakinan bahwa di sana ada pendapat lain yang mungkin layak juga untuk dipakai.

Keuntungan dari menggunakan satu madzhab adalah dari aspek simplifikasi pengajaran. Orang awam tentu akan lebih mudah belajar dan diajari dengan pendekatan satu madzhab, karena ini tidak membingungkan.

Kerugiannya, antara lain:
terkadang taqlid dengan satu madzhab bisa merangsang fanatisme madzhab, apalagi pada kalangan awam yang tidak diberi wawasan agama yang baik.

Terkadang taqlid kepada satu madzhab juga memperberat penerapan hukum,aplagi bila kondisi tidak memungkinkan.

Sebagian besar ulama berpendapat tidak ada ketentuan yang mewajibkan bertaqlid kepada satu imam saja, namun boleh kepada imam lain yang diyakininya benar.

Pendapat ini juga dipakai oleh para ulama terkemuka saat ini, karena menghembuskan nafas keterbukaan dalam menerapkan hukum agama.

3. Talfiq

Permasalahan taqlid yang telah mengundang polemik ulama dari rentang waktu yang cukup panjang, pada sekitar abad ke-10 hijriyah telah mengantarkan kepada gagasan pembatasan taqlid, yaitu dengan konsep talfiq.

Mereka mengatakan bahwa taqlid sah apabila tidak mengantarkan kepada talfiq.

Talfiq didefinisikan : mencetuskan hukum dengan mengkombinasikan berbagai madzhab, sehingga hukum tersebut menjadi sama sekali baru, tidak ada seorang ulama pun yang mengatakannya. Mencampur-campur madzhab dengan sengaja dan mencetuskan hukum baru yang sama sekali tidak ada dalilnya, itulah yang lebih tepat disebut talfiq yang dicela agama.

Adapun berpindah madzhab dalam satu masalah agama dengan berlandasan kepada dalil atau karena kondisi tertentu, tidak lah termasuk talfiq.

Dalam menggunakan pendapat madzhab yang berbeda-beda yang perlu diperhatikan adalah sebagai berikut :

1. Tidak dengan sengaja mencari-cari yang mudah (sengaja mencari enaknya) dengan tujuan mempermainkan agama, apalagi yang mengantarkan kapada hukum baru yang sama sekali tidak dikatakan oleh salah seorang ulama.

Misalnya mengambil pendapat yang mengatakan boleh nikah tanpa wali, kemudian mengambil pendapat kedua yang mengatakan boleh nikah tanpa saksi, kemudian mengambil pendapat ketiga yang mengatakan sah nikah tanpa mahar, lalu mencetuskan pendapat "boleh nikah tanpa wali, saksi dan mahar". Pendapat ini tidak ada seorang pun ulama yang mengatakannya.

2. Tidak mengantarkan kepada pendapat baru yang sama sekali bertentangan dengan dalil.

3. Tidak memaksakan diri menggunakan pendapat yang telah diketahui atau diyakini kelemahnya.

4. Tidak boleh dalam satu ibadah, misalnya dalam wudlu mengambil mazhab Syafi'i dalam mengusap sebagain kepala, kemudian mengikuti mazhab Hanafi dalam masalah tidak batal memegang kemaluan, padahal tanpa mengetahui dalil masing-masing dan hanya bermazhab buta atau taqlid.

Rabu, 19 Januari 2011

APAKAH AIR HUJAN DAPAT MEMADAMKAN NERAKA ????

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.

Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata "Ayah! Saya dah bersedia"
Ayahnya terkejut dan berkata "Bersedia untuk apa?"
"Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah?" jawabnya.
"Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat?" tanya si ayah lagi.
"Ayah Bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun?" jawabnya pula.
Ayahnya menambah "Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini."
Dengan merintih anaknya merayu "Benarkan saya pergi ayah?"
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun akhirnya menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya "Pergilah nak dan berhati-hatilah. Semoga Allah bersama-sama kamu!"
"Terima kasih Ayah" Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah "Jalan-jalan Syurga" ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. "Nak, apa yang makcik boleh bantu?" Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah". Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. "Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu" dalam nada yang lembut.

Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya " Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu". Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. "Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini".

Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

"Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi".

"Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu". "Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat". "Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik" itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar".

"Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi". "Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka"

Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.  Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang.

Isnin, 3 Januari 2011

MATAHARI MENGELILINGI BUMI ?
               
"Dan matahari itu berjalan (bergerak) di tempat ketetapan baginya, yang demikian itu ketetapan Allah Yang Maha Gagah dan Maha Mengetahui"     Yaasin : 38

     Kenyataan  tentang bumi mengelilingi matahari dan matahari statik di tempatnya sendiri memang sudah sebati bagi kita yang dilahirkan di abad ke 20. Benarkah bumi mengelilingi matahari. Kita percaya seratus peratus kerana ia adalah pendapat sains kerana sains membuktikan teorinya itu dengan gambar dari satelit dan disokong pula oleh pendapat majoriti ahli sains diseluruh dunia. 

     Sejak 2500 tahun yang lalu PYGRUSR melahirkan pendapat bahawa bumi mengelilingi matahari. Kemudian pendapat ini telah dibatalkan oleh ISKANDAR PTOLEMY pada tahun 150 Masehi  berpandukan kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Menurut ajaran Islam, matahari mengelilingi bumi. Pendapat ini telah diterimapakai selama lebih kurang 12 abad tanpa sebarang bantahan. Sekitar abad ke 14 Masehi, muncul COPERNICUS NICOLAUS seorang tokoh Gereja membangkitkan kembali teori PYGRUSR tadi. Namun pendapat ini hanya mendapat sokongan sekitar abad ke 16 apabila ia disokong oleh YOHANES KEPLER

     Ironiknya, setelah pendapat  matahari mengelilingi bumi diterimapakai selama 12 abad tanpa sebarang bantahan, muncul kembali teori lama dan lapuk  bumi mengelilingi matahari oleh seorang tokoh gereja. Mungkin anda faham !! Sebagaimana yang kita tahu sekitar abad ke 14 itulah kuasa-kuasa Kristian - Eropah berlumba-lumba untuk menjajah dan menghacurkan Islam serta menyebarkan agama Kristian. Tentu anda masih ingat tentang motto Portugis misalanya (3G - Glory, Gospel, Gold). Jadi, ini adalah usaha mereka untuk membuktikan al-Quran itu salah dan Kristian itu benar.

     Dhohir dalil-dalil syar’I menetapkan bahwa mataharilah yang berputar mengelilingi bumi dan dengan perputarannya itulah yang menyebabkan terjadinya pergantian siang dan malam dipermukaan bumi, tidak ada hak bagi kita untuk melewati dhohir dalil-dalil ini kecuali dengan dalil yang lebih kuat dari hal itu yang memberi peluang bagi kita untuk mentakwilkan dari dhahirnya. Diantara dalil-dalil yang menunjukkan bahwa matahari berputar mengelilingi bumi sehingga terjadi pergantian siang dan malam adalah sebagai berikut:


1.Allah Subhanahu wa Ta’ala telah berfirman tentang Nabi Ibrahim akan hujjah-nya terhadap orang-orang yang menentang Rabb, firman-Nya:
…فَإِنَّ اللّهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ …(258) سورة البقرة.
“…sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia (matahari) dari barat…” (QS. Al-Baqoroh: 258).
2.Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman tentang Nabi Ibrohim:
فَلَمَّا رَأَى الشَّمْسَ بَازِغَةً قَالَ هَذَا رَبِّي هَذَآ أَكْبَرُ فَلَمَّا أَفَلَتْ قَالَ يَا قَوْمِ إِنِّي بَرِيءٌ مِّمَّا تُشْرِكُونَ (78) سورة الأنعام.
“Kemudian tatkala dia melihat matahari terbit, dia berkata:’Inilah Rabku, ini yang lebih besar’, maka tatkala matahari itu telah terbenam, dia berkata:’Hai kaumku, sesungguhnya aku berlepas diri dari apa yang kamu persekutukan” (QS. Al-An’am: 78).
Jika Allah menjadikan bumi mengelilingi matahari, niscaya Allah akan berfirman:”Ketika bumi itu hilang darinya (matahari, pent)”.
3.Allah Azza wa Jalla berfirman:
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُ … (17) سورة الكهف
“Dan kamu akan melihat matahari ketika terbit condong dari arah gua mereka ke sebelah kanan dan bila matahari itu terbenam menjauhi mereka ke sebelah kiri sedang mereka berada dalam tempat yang luas dalam gua itu…” (QS. Al-Kahfi: 17).
Dalam ayat di atas Allah menjadikan yang condong dan menjauhi adalah matahari, itu adalah dalil bahwa gerakan itu adalah dari matahari, kalau gerakan itu berasal dari bumi, maka niscaya Allah akan berfirman:”gua mereka condong darinya (matahari)”. Begitu juga bahwa penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari menunjukkan bahwa dialah (matahari) yang berputar meskipun dilalah-nya sedikit dibandingkan dengan dilalah firman-Nya:”condong dan menjauhi mereka”.
4.Allah Azza wa Jalla berfirman:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ (33) سورة الأنبياء.
“Dan Dia-lah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan. Masing-masing dari keduanya itu beredar di dalam garis edarnya” (QS. Al-Anbiya’: 33).
Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhu berkata:”Berputar dalam satu garis edaran alat pemintal”. Penjelasan itu terkenal darinya.
5.Allah Azza wa Jalla berfirman:
…يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا…(54) سورة الأعراف
Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat…” (QS. Al-A’rof: 54).
Allah menjadikan malam mengejar siang, dan yang mengejar itu yang bergerak dan sudah maklum bahwa siang dan malam itu mengikuti matahari.
6.Allah Subahanahu wa Ta’ala berfirman:
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُسَمًّى أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ (5) سورة الزمر
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan tujuan yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun” (QS. Az-Zumar: 5).

Firman-Nya:”Menutupkan malam dan siang” artinya memutarkannya seperti tutup sorban menunjukkan bahwa berputar adalah dari malam dan siang di atas bumi. Kalau saja bumi yang berputar atas keduanya (malam dan siang) niscaya Dia berfirman:”Dia menutupkan bumi atas malam dan siang”. Dan makna firman-Nya:”…matahari dan bulan, semuanya berjalan” menerangkan apa yang terdahulu menunjukkan bahwa matahari dan bulan keduanya berputar dengan putaran yang semestinya, karena menundukkan yang bergerak dengan gerakannya lebih jelas maknanya daripada menundukkan yang tetap diam tidak bergerak.
7.Allah Azza wa Jalla berfirman:
وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا. وَالْقَمَرِ إِذَا تَلَاهَا (1-2) سورة الشمس
“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan bulan apabila mengiringinya…” (QS. Asy-Syams: 1-2).

Makna “mengiringinya” adalah datang setelahnya, dan itu adalah dalil yang menunjukkan atas berjalan dan berputarnya matahari dan bulan atas bumi. Seandainya bumi yang berputar mengelilingi keduanya tidak akan bulan itu mengelilingi matahari, akan tetapi kadang-kadang bulan mengelilingi matahari dan kadang-kadang matahari mengiringi bulan, karena matahari kedudukannya lebih tinggi daripada bulan. Dan untuk menyimpulkan ayat ini membutuhkan penelitian.
8.Allah Azza wa Jalla berfirman:”Dan suatu tanda (kekuasaan Allah Yang Maha Besar) bagi mereka adalah malam; Kami tanggalkan siang dari malam itu, maka dengan serta merta mereka berada dalam kegelapan, dan matahari berjalan di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapn Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua. Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malampun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya” (QS. Yaasiin: 37-40).

Penyandaran kata berjalan kepada matahari dan Dia jadikan hal itu sebagai kadar/batas dari Dzat yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Menunjukkan bahwa hal itu adalah jalan yang sesungguhnya dengan kadar yang sempurna, yang mengakibatkan terjadinya perbedaan siang dan malam dan batas-batas waktu. Dan penetapan batas-batas edar bulan menunjukkan perpindahannya di garis edar tersebut. Kalau seandainya bumi yang berputar mengelilingi, maka penetapan garis edar itu untuknya bukan untuk bulan. Peniadaan bertemunya matahari dengan bulan dan malam mendahului siang menunjukkan pengertian gerakan muncul dari matahari, bulan, malam dan siang.
9. Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Abu Dzar r.a dan matahari telah terbenam. Artinya:”Apakah kamu tahu kemana matahari itu pergi?” Dia (Abu Dzar) menjawab:’Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu’. Beliau bersabda:”Sesungguhnya dia pergi lalu bersujud di bawah Arsy, kemudian minta izin lalu diizinkan baginya, hampir-hampir dia minta izin lalu dia tidak diizinkan. Kemudian dikatakan kepadanya; Kembalilah dari arah kamu datang, lalu dia terbit dari arah barat (tempat terbenamnya)” atau sebagaimana sabdanya1).
Firman-Nya:“Kembalilah dari arah kamu datang, lalu dia terbit dari tempat terbenamnya” sangat jelas sekali menunjukkan bahwa matahari itulah yang berputar mengelilingi bumi. Dengan putarannya itu terjadinya terbit dan terbenam (siang dan malam).
10. Banyak hadits-hadits yang menerangkan tentang penyandaran terbit dan terbenam kepada matahari, maka maka jelaslah bahwa hal itu terjadi dari matahari bukan dari bumi.
Boleh jadi disana masih banyak dalil-dalil lain yang tidak saya hadirkan sekarang, namun apa yang telah saya sebutkan sudah cukup. Wallahu Muwaffiq.

 
   

Ahad, 17 Oktober 2010

POHON KEHIDUPAN

   

      Segala puji hanya bagi ALLAH,dan segala kurnia mudahan sentiasa tercurah kepada kita semua,dan tak lupa selawat dan salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Shbt2 yg dirahmati ALLAH,kebahagiaan yg dicari kita melalui fizikal atau meterial,dan juga penghargaan ataupun emosional laksana pohon2 yg tumbuh sesaat,berbuah sesaat,namun kemudian pohon itu lama kelamaan mati,akarnya,batanngnya semakin lemah semakin reput dan akhirnya apabila sedikit angin bertiup,pohon itupun tumbang,tak dapat tegak sedikitpun.Itulah gambaran kehidupan manusia apabila mereka mengabdikan kehidupannya,aktiviti hariannya,keluarganya,kariernya semata2 utk mengejar material n emosional sahaja.maka ia tidak akan mendapatkan apa yg sesungguhnya paling bermakna dlm jiwanya,pohon itu tumbang dan akhirnya mati.

     Mari kita lihat,boleh jadi inilah gambaran sesetengah orang yg hidup masa kini,mungkin dahulu kita menyatakan bahagia adalah jika aku memiliki pekerjaan dan menerima gaji atau mendapatkan pendapatan,dan kita merasa bahagia dengan pekerjaan kita yang pertama walaupun ia bergaji atau berpendapatan kecil,tetapi tidak lama kemudian kita merasakan tak cukup akhirnya kita mengejar jawatan yg lbh tinggi,gaji yg lbh besar namun,itu tidak memberi kita kebahagiaan.

     Mula2 kita merasakan kebahagiaan,apabila aku membina rumah tangga,kemudian kita berkahwin,memiliki anak2 dan merasa bahagia namun dalam perjalanan badai datang dan hujan yg kemudian angin yg bertiup kencang,ribut yang datang mengakibatkan kita tidak lagi mampu menahan semua badai dan hujan yg lebat itu,dan lama kelamaan,pohon itu semakin rapuh dan tumbang.Bahkan kita lihat hari ini org yg telah berjaya,yg telah memiliki sebuah syarikat tak mampu menghadapi ujian ketika ia diterpa badai kehidupan,akhirnya kita mendengar kes orang yg membunuh diri,seseungguhnya kita telah melihat org2 yg memiliki intelek yg tinggi bahkan kehidupan material yg mencukupi malahan berlebihan,dan kemudian kita melihat betapa banyak kes org yg mencari kebahagiaan sesaat fizikal dan emosional namun akibatnya kita menyaksikan bagaimana bayi2 dibuang hanya kerana keinginan utk mencapai kebahagiaan fizikal,emosional dan kenikmatan sesaat.Inilah gambaran kehidupan pohon2 yg buruk,yg reput dan tumbang.


     Sahabat2ku sekalian,itulah ketika pohon yg tidak memiliki akar yg kuat,gagal dibaja dengan baja yg berkualiti,gagal disirami dengan konsisten dan dijaga dengan baik semasa petumbesarannya.Maka jadilah ia pohon sesaat berbuah,yg kemudian mereput lalu mati dan tumbang.Namun yg demikian ,pohon yg baik ialah ketika seseorg memahami apakah makna hakikat kehidupan yg sebenarnya.Ketika seseorng memahami hidupnya,sesungguhnya adalah utk mengabdikan diri kpd yg mencipta mereka.Pekerjaan dan pengabdiannya adalah semata2 krn ALLAH S.W.T.Keluarga yg dibinanya adalah utk kebahagiaan hidup kpd ALLAH,sbagai seorg isteri atau suami,ia membuat sesuatu adalah utk ALLAH dan mencari redha ALLAH.Ketika membesarkan anak2,ujian datang,walaupun berat utk dipikul namun mereka sedar dan tahu itulah salah satu daripada sisi kehidupan yg mesti dilalui sebagai hamba ALLAH dan itulah pohon yg baik,pohon yg berakarkan tauhid.Pengabdiannya adalah utk ALLAH.Maka tiada badai apapun mampu membuat dia tumbang kerana akarnya berpaut kukuh kepda pencipta yg MAHA BERKUASA.Biatpun sekuat mana angin ribut yang bertiup,mereka masih mampu mengangkat kedua belah tanagn ,seraya berkata ya ALLAH,Sesungguhnya ujian yg Kou berikan kpd kami adalh lbh kkecil drpd nikmat dan ganjaran yg telah Kou sediakan utk kami,kami tidak meminta apa2 cuma kemudahan dan kekuatan drMU,agar kami tidak tumbang ya ALLAH...inilah gambaran pohon yang memiliki akar yg kuat dan mencengkam jauh kedasar bumi.


     Marilah kita memejamkan mata dan menundukkan diri sejenak,merenung sedalam dalamnya,pohon apakah yg selama ini kita tumbuhkan jauh di dlm kehidupan kita,pohon apakah selama in yg kita rawat dlm kehidupan kita,bagaimana selama ini kita menjalani kehidupan kita,sudahkah kita menjadikan kehidupan ini semata2 pengabdian kita kepada ALLAH.Sudahkah kerja kita,karier kita,ketika kita berada pejabat,ketika kita menjalankan bisnes atau apa yg kita lakukan utk mencari nafkah dlm kehidupan kita,sudahkah dibalik semua itu kita mengikhlaskan diri  hidup kepada ALLAH dan sudahkah kita mengajar anak2 kita,biar apapun yg mereka lakukan,ketika mereka menuntut ilmu,bukan semata2 utk mereka dapatkan gelaran dan kehormatan sahaja tetapi sesungguhnya semua itu utk pengabdian kpd ALLAH.

     Mari kita bertanya jujur kedalam diri kita,mari kita lihat selama ini kemana umur kita telah kita habiskan,kemana kehidupan selama ini telah kita berikan, dan marilah kita lihat ketika ujian yg sedikit sahaja datang menimpa,betapa kita sering berkeluh kesah bahkan berputus asa,bahkan boleh jadi kita menyalahkan ALLAH.Tak dapat dan tidak mahu menerima takdir ALLAH,boleh jadi kita menyesali di saat ini kehidupan yg kita sedang jalani,kita menyesali keadaan suami kita,kita menyesali keadaan isteri kita,kita menyesali keadaan anak2 kita,kita menyesali keadaan ibubapa kita,kita menyesali semuanya dlm kehidupan kita,seolah2 tidak pernah cukup dalam hidup kita.Kita tidak menyedari saat itu hati kita sedang jauh dr ALLAH.Hari kita yg sakit itu sesungguhnya tidak dpt merasakan bahawa ALLAH dekat dlm kehidupan kita,akar keimanan dalam pohon kehidupan kita boleh menjadi kering bahkan mati,bahkan kita tidak mahu semula meenyuburkan dan menghidupkan semula dan boleh jadi kita menjadi pohon hidup yg lupa dan alpa mendidik hati kita sesungguhnya utk apa hidup ini.

     Shbt2ku,marilah kita ucapkan istigfar sebanyak2nya kepada DIA,krn selama ini kita telah lalai dan alpa malah tidak perasan kehadiranNYA dlm kehidupan kita.Maka marilah kita memohon keampunan,astagfirullahala'zim..hari ini kita melihat kebahagiaan material dan emosional adalah sesaat,kebahagiaan yg sebenarnya ialah apabila ketika kita menanamkan akar kecintaan kita kpd ALLAH,yg masuk menghujam ke dasar hati,yg kemudian akan tumbuh tinggi dngan batangnya yg kuat,yg menghasilkan buah kebahagiaan,bukanlah kebahagiaan yg terhad kerana material atau fizikal tetapi kerana kita sentiasa merasakan ALLAH bersama kita,ALLAH menaungi kehidupan kita,ALLAH mnjga kita setiap saat meskipun ujian dtg silih berganti,maka mudahan2 kita semua detik ini menyedari betapa MAHA KASIH SYGNYA DIA kpd kita,betapa dekatnya DIA kpd kita,yg sentiasa bersama2 kita diwaktu susah dan senang.Semoga dengan kesedaran itu kita akan mengabdikan hidup kita kpdNYA.

Selasa, 12 Oktober 2010

JANGAN TAKUT GAGAL.

     ''Aku takut gagal'' ayat yg biasa kita dengar, biasalah siapa yg nak gagal dlm hidup, nak gagal dlm peperiksaan, nak gagal dalam ambil ujian memandu, nak gagal dlm percintaan dan sebagainya.
Sedar tak sedar ayat ini telah di tanam jauh dan dalam di lubuk hati kita hingga kita takut utk melangkah, dengan itu akan terpaculla ayat '' cukuplah apa yg aku ada'' dan kita akan terus melihat insan2 lain terus kedepan dan menempa nama, dan yg pasti ayat ini juga kita akan dengar '' rezeki dia,bolehlah,dia tu,dia ni dan mcm2 lagi alasan'' tak kurang dngn alasan '' aku dah usaha dah, aku redha''..ni nada2 biasa yang kita dengar, nada kecewa, nada sedih tetapi jangn silap ini bukan nada pasrah. Memang benar, kita patut bersyukur apa yang ada,tetapi yang silap cara pemikiran tentang erti sebuah kesyukuran atau erti pasrah yg sebenar.
     Tanya sahaja kepada mereka yg telah berjaya berapa banyak kalikah mereka telah gagal brbanding brjaya, pasti kegagalan mereka lbh bnyak helaiannya dlm buku catatan hidup mereka berbanding helaian kejayaan yg bezanya mereka lebih kuat berusaha dan tidak kenal apa itu putus asa.
Adakah ini nasib ? Jika benar adakah kita pernah tanam dalam sanubari kita firman ALLAH '' tidak aku ubah sesuatu bangsa melainka bngsa itu sendiri '' nah...sudah terjawap ALLAH tidak akan memberi atau menentukan nasib seseorg melainkan hasil dari usaha yg dia kerjakan.
     Pasti sebelum kita brjalan kita akan merangkak dahulu,baru berjalan dan baru berlari.yg beza cepat atau lambat brgntung tahap ujian seseorng dan usahanya.Tak salah jika kita memikirkan sesuatu yg negatif yg bakal terjadi utk kita bersedia menghadapinya, tetapi bukan utk mematahkan semangat atau menghentikan langkah kita utk mencapai kejayaan, gagal atau berjaya pasti terjadi tetapi lebih baik gagal setelah berusaha berbanding gagal mencuba, lebih baik berjaya mendapatkan sesuatu hasil usaha kita berbanding hasil insan lain.
     Jika gagal kita fikir kembali kenapa aku gagal, kita lihat balik n teliti setiap langkah kenapa aku gagal lagi, kemudian perbaiki apa yg lemah tetapi jangan henti melangkah kerana sesungguhnya kejayaan makin menghampiri kita. Kejayaan bukanlah kemanisan dalam kehidipan tetapi kegagalan krn dngn kegagalan mampu mendidik kita lbh matang, lbh berpengetahuan, lbh berpengalaman utk kita menongkah arus masa depan. Jadi jangnlah takut gagal kerana gagal adalah satu permainan yg menarik dlm kkehidupan, dlm perjuangan ini,sesungguhnya DIA akan sentiasa disisi kita, DIA maha berkuasa, jngn putu asa krn DIA suka akan hambaNYA yg xkenal putus asa dlm mncari rahmatNYA,dan ketahuilah setiap kesusahan dlm kehidupan yg kita hadapi ada imbuhan disisiNYA..insyaALLAH. Salam perjuangan

Ahad, 26 September 2010

LAYAR KEHIDUPAN

Wahai para ibubapa,sudahkah kita memberi layar untuk anak2 kita dengan baik....cukupkah sekadar dengan menghantar sekolah2 yang terbaik, menghantar hingga keluar negara, memnberi pendidikan yang terbaik sebagai layar mereka, tetapi sudahkah memberi mereka layar pendidikan mereka mengenal TUHANnya?

Wahai teman2,selama ini mungkin kita hanya menumpu kecantikkan luaran, tetapi kita melupakan kecantikan dalaman dengan mengenal pencipta langit dan bumi, apabila kita bercemin kita hanya mengingat kecantikan paras rupa yang ada dan berbanga dengan kesegakan tubuh badan kita sering lupa siapa yang menciptakan kita dari setitis air yang hina, barangkali juga kita juga lupa siapa yang memejamkan mata dimalam hari, siapa yang membuka mata dipagi hari, siapa yang mengeyangkan perut ketika lapar, siapa yang mebuat kita berakal mengenal dunia, siapa yang meberi berbagai nikmat alam untuk kehidupan kita ini, siapa? Pernahkah kita teringat atau sengaja memperkecilkan nikmat2 itu semua.Janganlah menjadi hamba yang sombong dan ego. Jangan teman2.

Maka bacalah dengan nama tuhanMU, YANG MAHA MENCIPTAKAN, bacalah, siapa YANG MAHA PEMURAH ? siapa yang mengajar melalui pena dan tulisan, siapa yang mengajarkan kepada apa yang tidak engkou ketahui. Marilah kita muhasabah diri kita saat ini, renung sedalam2nya.

Wahai ibubapa apa yang telah kou ajar kepada anak2 kou selama ini? Siapa yang mereka idolakan dalam kehidupan mereka didunia ? Adakah mereka mengenal nabi muhammad s.a.w atau mereka lebih mengenal artis2 yang mereka puja, ahli sukan sebagai pendorong dan sebagainya.Pernahkah kou menanamkan kerinduan kepada rasulNYA dan TUHANnya atau membiarkan mereka hanyut dengan merindui kekasih mereka yang kou sendiri tidak kenali. Dan telahkah kou ketahui siapakah yang mereka cinta ? Adakah ALLAH S.W.T ataukah kehidupan fatamorgana dunia yang bernafsu serakah ?

Mari kita lihat diri kita semuanya, kemana kita bawa hidup kita selama ini, kemana ? Kemana kita membawa tubuh badan, ketampanan, kecantikan dan kesihatan yang diberikan sebagai kurnia dari ALLAH sang pencipta. Ibarat sebuah kapal yang telah sempurna tetapi kita biarkan ia hanyut dibawa harus kehidupan. Kemana kou bawa tangan dan kakimu ? Apa yang kou lihat dengan kedua matamu ? Apa yang keluar lisanmu ketika berbicara ? Apa yang sering kou dengari dari sepasang telingamu ? Apa yag kou semai didalam hatimu ?

Mari kita merenung sejenak, terutama ibubapa, para orangtua, apa yang selama ini kita ajarkan kepada amanah ini ? Apa yang kita ajarkan kepada anak2 anda ? Kelak diakhirat sana ketika anakmu dihadapkan kehadapan TUHANnya, lalu mereka berkata, ya ALLAH, ini bukan salahku, tetapi ini semua salah kedua ibubapaku yang tidak mengajarkan aku tentang diriMU dan mereka menunjuk wajah kita sambil berkata itu ibubapaku ya ALLAH, mereka yang membiarka aku jauh dariMU ya ALLAH, bayangkan semuanya ,sudahkah kita mengajar anak2 kita tentang siapa yang menciptakannya dari segumpal darah, tentang siapa yang MAHA PEMURAH, siapa yang mengajar melalui pena dan tulisan. siapa yang mengajarkan apa yang tidak kou ketahui, bacalah, bacalah dengan nama TUHANmu, marilah kita renungi bersama segala semua kekhilafan kita terutama kepada ibubapa, jangn terus biarkan anak2mu Terumbang ambing dilautan kehidupan dengan badai yang bergelora. Ayuh,selamatkanlah mereka. selamatkanlah mereka sebelum mereka karam. Moga mereka menjadi penebus dan penyelamat kita diakhirat bukan sebagai suatu bebanan yang kita resahkan. Marilah kita melihat kembali, tentang agenda tertinggi dalam kehidupan ini, tentang layar yang sebenarnya sepatutnya kita gunakan agar kita tidak di bawa arus kehidupan, agar kita memiliki pegangan yang teguh yang bisa menyelamatkan kita didunia dan akhirat. Selamat bermuhasabah. Jangan terlewat.

Jumaat, 24 September 2010

ANDAI HATI TERASA SAKIT

   ''Sakitnya hati ini'' sedar atau tidak ayat ini pernah kita luahkan dan berapa kali agaknya dalam kehidupan ini kita berasa sedemikian. Inilah lumrah kehidupan,sunnatullah, mana mungkin setiap hari cuaca cerah,pasti adakalanya hujan akan menyimbah bumi,tetapi tidak bermakna itu cuaca yang buruk,kedua-duanya adalah baik,bergantung kepada tahap pemikiran kita.

   Begitulah jua hati ini mana ada insan dalam dunia ini yang sentiasa tersenyum,riang,dan gembira hatinya.Mahu tidak mahu pasti kita akan merasai kesakitan hati yang kadangkala tak dapat dibendung hingga ada yang merosakkankan diri dan hingga ke tahap membunuh diri.Nauzubillah. Seakan tiada lagi jalan penyelesaian,kadangkala hanya isu yang remehpun boleh menjadi besar jika hati tak dapat dikawal dengan baik.Peliknya soal hati inikan? Persoalan dengan jawapan yang tiada habisnya untuk dihuraikan.

   Itulah kebenaran,yang kadangkala para daiepun boleh tersungkur,Maha besar sang pencipta hati ini,sangat unik dan kompleks.Kebanyakan sakit hati lebih tertumpu kepada soal perasaan kepada seseorang yang perasaannya tidak berbalas oleh sidia yang dicintai. Lihat sahaja berapa ramai yang tersungkur, mahsisiwa,mahsiswi yang jatuh akademik mereka hanya kerana sebuah perasaan,para usahawan ,perniagaan yang hampir muflis hanya keran pergolakn kehidupan dan rumahtangga, para ahli sukan yang merosot tahap potensinya hanya kerana kritikan dari penyokong,dan banyak lagi yang mana kesakitan hati boleh mengakibatkan tekanan perasaan hingga membuat fikiran bercelaru, semangat pudar dan seluruh anggota menjadi lemah, inilah kesan yang mendalam tetapi DIA maha pencipta lagi maha mengetahui, DIA jualah yang maha mengubati.Tetapi mengapa kita melarikan diri dari pengubatnya ?

   Wahai para sahabat, kita sering jatuh hati tetapi kita silap kerana tidak bersedia untuk menerima risiko menerima kesakitan hati, kita sering mengharap kejayaan tetapi kita tidak mahu menghadapi kegagalan, kita suka akan kecemerlangan tetapi kita takut dengan kehampaan, kita sanggup panjat pohon yang tinggi untuk memetik buah tetapi kita tidak mahu menerima risiko jatuh, apakah ini adil bagi kita. Hanya mementingkan di satu sisi sahaja. Jika semuanya mudah untuk dicapai, tiadalah harga diri ini,dimana agaknya kekuatan kita, kerana itu kesakitan adalah ujian paling baik untuk menguatkan hati dan mematangkan fikiran kita,oleh kerana itu kita akan menjadi lebih dewasa untuk menghadapi gelombang dalam perjuangan kehidupan ini.

   Walaupun begitu,hati yang sakit juga boleh menjadi senyuman jika kita tahu caranya yang betul, setiap penyakit ada ubatnya melainkan mati. Kita lihat sahaja disekeliling kita,ada sesetengah orang walau sebesar manapun ujian dan kesakitan hati yang dihadapi ,dia tetap tenang dan senyum,dan ada sesetengah pula hingga membunuh diri sendiri biarpun hanya ujian yang remeh sahaja,sungguh ajaibkan.Adakah dua golongan ini berbeza,tidak,keduanya manusia biasa yang mempunyai hati yang sama cuma mungkin pendekatan menghadapi tekanan dan corak kehidupan yang berbeza.

   Penawarnya ada dalam diri kita, untuk mengubatinya tanyalah soalan2 ini kedalam hati kita.

Mengapa aku perlu bersedih jika aku masih ada tempat untuk ku luahkan ?
Mengapa aku pelu bersedih jika nikmat yang aku ada melebihi kedukaan yang aku ada ?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan hujan pastikan berhenti ?
Mengapa akau perlu bersedih sedangkan pelangi indah pasti muncul selepas hujan?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan ramai insan yang lain lebih besar ujiannya ?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan yang tidak mencacatkan nikmat2 aku yang lain ?
Mengapa aku perlu bersedih sedangkan didunia hanyalah kesakitan yang sementara berbanding akhirat ?

   Anda teruslah bertanya dan bertanya dengan berbagai soalan mengapa aku perlu bersedih, Mengapa aku perlu berputus asa, Mengapa aku perlu merosakkan diri, sedangkan DIA maha membantu dan maha membuka.Oleh kerana itu ketuklah pintuNYA, rintihah kepadaNYA kerana DIA maha mendengar, DIA suka kita meminta kepadaNYA, dan usahlah berprasangka buruk kepada DIA kerana DIA lebih maha mengetahui kepada apa yang tidak kita ketahui, DIA lebih maha merencanakan.Oleh itu senyumlah kerana tiada apa yang perlu kita sedihkan,kerana DIA tidak akan meningalkan kita hanya kita yag sering melupai DIA.

   Banyakkan isi waktu dengan menyibukkan diri dengan berbagai cara antaranya membaca buku2 agama, buku2 motivasi yang bisa menaikkan kembali semangat kita. Perbanyakkanlah berzikir dan berusaha menghafal ayat2 al quran dan memperbaiki bacaan kerana itulah makanan jiwa. Hadirlah ke rumah DIA, kerana disanalah taman kedamaian dan carilah cintaNYA di sepertiga malam. InsyaALLAH DIA akan memberi kita kekuatan dan membuka segala kesulitan kita,berusahalah ,janganlah berputus asa kerana manusia yang kuat dan gagah bukan mempunyai fizikal yang besar tetapi hati yang tenang biarpun sebesar manapun ujian yang datang.Jadi ukirlah hari2 anda dengan senyuman. :)

SALAM MUHASABAH..